Bukti yang jelas seseorang dipenuhi dengan Roh Kudus ialah apabila dia menggunakan mulutnya (jika tiada mulut, maka, seluruh tubuh yang ada akan digunakan) untuk meninggikan Tuhan, memuji Allah, dan bersaksi tentang Yesus Mesias! Menjerit-jerit seperti orang gila, bergembar-gembur tanpa kawalan, dan mulut yang tertutup kerana malu mengakui Yesus ialah BUKAN manifestasi Roh suci dan benar. Contohnya, Alkitab menyatakan apabila Zakharia dipenuhi dengan Roh Kudus, dia bernubuat, "Segala puji bagi Tuhan, Allah Israel!" (Lukas 1:68a). Adakah bukti bahawa Roh Kudus tinggal di dalam kamu dimanifestasikan dalam kesaksian kamu? Adakah mulut kamu meninggikan dan memuji nama-Nya? Pernahkah kamu bersaksi tentang Mesias Penyelamat? Selidikilah hati kami Tuhan... Amen 🙏
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas