Jika kamu berdosa terhadap saya, saya boleh mengampuni dosa kamu: "Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang disyurga akan mengampunkan kesalahanmu juga" (Matius 6:14). Tetapi ada seorang yang lumpuh dibawa kepada Yesus Mesias - ini kali pertama dia berjumpa dengan Yesus dan tidak dinyatakan bahawa dia berdosa terhadap Yesus - dan Dia berkata kepada orang itu: "Saudara, dosamu telah diampunkan" (Lukas 5:20).
"Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" tegas orang Farisi dan ahli Taurat apabila mendengar Yesus berkata begitu (5:21b). Adakah Yesus mengufuri atau menghujat Allah? Adakah Yesus sekadar manusia biasa yang bercakap besar? Atau adakah benar Yesus berkuasa untuk mengampunkan dosa? 🤔
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas