Keluaran 34:6-7 menyatakan bahawa: “TUHAN, ya TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, serta berlimpah kasih dan setia; Allah mengukuhkan kasih abadi bagi beribu-ribu orang, mengampunkan kesalahan, pelanggaran, dan dosa, tetapi sekali-kali tidak membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman, serta membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan yang keempat.”
Menurut Yesus Mesias, TUHAN Allah itu BAIK dan BERBELAS KASIHAN (Lukas 6:35-36). Oleh kerana Dia juga ADIL, Dia akan menghukum ("keturunan yang ketiga dan yang keempat") tetapi Dia lebih suka untuk mengampuni ("beribu-ribu orang" keturunan) kerana Dia BERBELAS KASIHAN ✔️ Amen! 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas