Listen

Description

Ada ramai orang alim dalam media sosial suka berkata: "Walaupun mulut saya jahat, hati saya baik." Adakah ini benar? Hmmm... 🤔 Memang benar ada kalanya orang yang berhati baik terlepas cakap hal-hal yang kurang menyenangkan. Dan ada kalanya juga, orang yang jahat pun boleh mengucapkan kata-kata yang baik dan suci. Tetapi selalunya - secara konsisten dan sifat yang zalim - orang yang bermulut jahat sebenarnya berhati jahat! Longkang tidak boleh menghasilkan taman ✖️

Tuhan Yesus Mesias sendiri berfirman: "Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya" (Lukas 6:45) ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas