Jika kamu membaca kitab-kitab Injil, kamu akan mendapati bahawa ramai orang kagum (amazed, marvelled) dengan Yesus Mesias. Mereka "kagum akan pengertian dan jawapan-Nya" (Lukas 2:47), "kagum dengan ajaran-Nya" (Lukas 4:32), selepas membangkitkan orang mati mereka "sungguh kagum" dengan-Nya (Markus 5:42) dan sebagainya. Semua respon ini sangat wajar kerana keperibadian, perbuatan dan firman Yesus memang mengagumkan!
Tetapi dalam episod kali ini, Yesus pula yang kagum dengan orang lain 😲 khususnya, kagum dengan iman yang ditunjukkan oleh seorang ketua tentera ✔️ Apa yang terjadi? Apa yang dia cakap? Apa empat (4) hal yang boleh mengagumkan Yesus? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas