Kitab-kitab Injil, kalau ditulis oleh orang yang berfikir secara duniawi, akan meninggikan orang yang nampak benar tetapi merendahkan orang yang dianggap jahat. Tetapi kitab-kitab Injil ditulis oleh orang yang diilhami oleh Roh Kudus dan mengenali kebenaran kerana orang yang nampak benar sebenarnya jahat dan orang yang dianggap jahat tetapi beriman akan diperbenarkan oleh TUHAN Allah.
Inilah bezanya para pemungut cukai dengan orang Farisi dan ahli-ahli Taurat dalam petikan ini ✍️ Kemudian Tuhan Yesus Mesias berkata: "Dengan apakah dapat Kubandingkan orang zaman (atau generasi) ini? Bagaimana keadaan mereka?" (Lukas 7:31). Ada tiga (3) ciri-ciri orang pada generasi Yesus yang sama dengan orang pada generasi sekarang juga dan ada tiga (3) aplikasi utama untuk petikan ini ☑️
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas