Apabila Petrus melihat Yesus bersama Musa dan Elia, dia berkata: "Tuan, baik sekali kami di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah: satu untuk Engkau [Yesus], satu untuk Musa dan satu lagi untuk Elia" (Lukas 9:33). Motif Petrus sangat baik (mungkin juga berkaitan dengan perayaan Pondok Daun) tetapi anggapannya salah. Dengan ingin mendirikan tiga khemah, dia beranggapan bahawa Yesus, Musa dan Elia setara. Ini salah ❌
Sebab itu, Allah Bapa 'mengganggu' tindakkan Petrus dengan meliputi mereka dengan awan, iaitu, hadirat-Nya, dan berfirman tentang Yesus, "Inilah Anak-Ku yang Kupilih. Dengarlah kata-kata-Nya!" (v.35). Bukan Musa atau Elia, tetapi Anak-Nya yang terutama. Yesus unik dan tidak setara dengan Musa dan Elia ✔️ Dengar episod ini untuk mengetahui lebih lagi tentang tajuk petikan ini 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas