Listen

Description

Bayangkan semangat dan keyakinan Yohanes Pembaptis apabila dia berseru kepada orang ramai di gurun di Yudea bahawa Kristus atau Mesias akan datang untuk membaptis orang dengan Roh Kudus dan api dan akan menghakimi orang yang tidak bertaubat (baca Matius 3:11-12). Dia sendiri juga bersaksi bahawa Yesuslah orang itu! Malah dia berkata bahawa Yesus ialah "Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!" (Yohanes 1:29) dan "Dialah Anak Allah" (1:34). Tetapi selepas dia dipenjarakan (Matius 4:13), hal-hal ini belum terjadi dan sangat nyata sepanjang pelayanan Yesus. Keraguan mulai muncul. Keyakinan menjadi kekeliruan. Iman menjadi goyah. Yohanes bertanya kepada Yesus, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu, atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Matius 11:3). Apa respon Yesus? Apa yang terjadi kepada Yohanes? Bagaimana kita harus mengendalikan keraguan? πŸ€”β˜ΊπŸ“– #ServeToLead #InjilMatius