Yesus Kristus ialah "Hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai" (Matius 12:18; Yesaya 42:1). Kata nama 'pais' selalunya diterjemahkan sebagai 'hamba' dan juga sebagai 'anak.' Semasa pembaptisan Yesus, suara Bapa berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan" (3:17). Apabila Yesus dimuliakan di atas gunung, suara itu sekali lagi berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!" (17:5). Kupilih. Kukasihi. Kuredai. Kuberkenan.
Jadi, Yesus ialah Hamba Yahweh (untuk membezakan istilah 'hamba Allah' dalam Al-Quran yang TIDAK sama dalam Al-Alkitab. 'Isa' dan 'Yesus' TIDAK sama) yang bukan hanya sekadar hamba biasa-biasa tetapi "dalam Nama-Nya [Yesus], bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya" (Matius 12:21). Kepada siapa? 🤔 Jom dengar episod ini! 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius