Listen

Description

Apabila Yesus Kristus ditolak oleh para pemimpin agama dan orang ramai enggan bertaubat, Dia mulai mengajar orang ramai "banyak perkara melalui ibarat" (Matius 13:3). Perkara ini menjadikan para pengikut-Nya bertanya, "Mengapa Engkau bercakap kepada mereka melalui ibarat?” (ayat 10). Ada tiga pemerhatian yang saya dapat: 1) Mereka belum lagi pernah mendengar Yesus mengajar melalui ibarat; 2) Mereka sendiri tidak faham maksud kesemua ibarat itu; dan 3) Mereka merasakan bahawa ada sesuatu disebalik hal ini.
Jadi, kenapa Yesus bercakap melalui ibarat? 🤔⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius