Yesus Kristus pergi ke Nazaret dan "Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, 'Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? Bukankah Dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibu-Nya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudara-Nya? Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya ada bersama kita? Dari manakah Dia mendapat semua ini?' Dengan demikian mereka enggan menerima-Nya" (Matius 13:54-57).
Pada mulanya, mereka "hairan" atau terjemahan yang lebih baik lagi iaitu "takjub" atau "amazed" dalam Bahasa English. Dari "takjub" kepada "enggan menerima-Nya" apa yang terjadi? Apakah empat peringkat penolakan? Bagaimana caranya untuk mengatasi ketidakpercayaan? 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius