Para murid Yesus Krisus berada dalam krisis apabila perahu yang dinaiki mereka "terubang-ambing kerana angin berhembus dari arah bertentangan" (Matius 14:24). Tentu mereka panik dan takut. Kita juga sekarang berada dalam krisis ribut ekonomi, politik, kesesatan dan pendamik yang boleh menjadikan iman kita terubang-ambing. Seolah-olah angin berhebus dari pelbagai sudut kehidupan kita. Yesus berkata kepada para murid-Nya, "Tabahkan hatimu. Aku Yesus. Jangan takut" (Matius 14:27). Bagaimana kata-kata ini boleh mendorong kamu sekarang? 🙏🔥📖 #ServeToLead #InjilMatius #TabahHati #JanganTakut