Tabiat saya ialah, apabila saya seorang diri, di kedai kopi saya akan membaca buku. Suatu hari, seorang pelayan memberanikan diri untuk berbual dengan saya. Dia berkata, "Hi, saya selalu tengok kamu. Kamu selalu baca buku. Antara semua pelanggan lain, kamu seorang sahaja yang baca buku." Wow! Rupa-rupanya dia selalu memperhatikan saya 🙊
Begitu juga, samada hal baik atau buruk, kita harus sedar bahawa ada orang sedang memerhatikan kelakuan, sikap dan tindakkan kita. Sebagai pengikut Kristus, iman kita harus menyerlah dan mempengaruhi (dengan baik) orang lain. Bagaimana untuk melakukannya? ⚡🙏🔥 #ServeToLead #InjilMatius