Listen

Description

Soalan pertama Yesus Kristus kepada para murid-Nya ialah: "Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?" (Matius 16:13). Soalan ini senang kerana ia menurut pendapat orang lain dan tidak memerlukan kita untuk berfikir panjang dan kritikal, hanya terus mencari maklumat. Tetapi soalan kedua Yesus lebih peribadi dan memerlukan kita untuk menilai diri dan kepercayaan dengan lebih dalam lagi: "Menurut kamu, siapakah Aku ini?" (16:15). Ya, menurut kamu siapakah Yesus itu? Ingat, jawapan atau respon yang kamu beri akan menentukan segala-galanya (Yohanes 14:6). Adakah Dia orang gila atau penipu atau mitos atau Ilahi menurut Alkitab? 📖😊💪 #ServeToLead #InjilMatius