Apabila para murid Yesus Kristus bersendirian dengan-Nya, mereka bertanya, "Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?" (Matius 17:19). Kamu harus sedar bahawa mereka pernah dan dapat menghalau roh-roh jahat sebelum ini. Dalam Matius 10:8 dan Markus 6:8, Yesus pernah mengutus mereka dan "memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat" dan mereka sendiri pernah "menghalau banyak roh iblis" (6:13). Jadi, kenapa sekarang tidak dapat?
Jawab Yesus, "Ini kerana kepercayaanmu tipis" (Matius 17:20). Apa yang Dia maksudkan? Benarkan kita boleh mengalihkan gunung (21a)? Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kita (21b)? Ini ayat-ayat kegemaran para pendeta-motivasi dan guru-inspirasi masakini 🤠Tapi jom lihat konteks keseluruhan petikan ini - dan melihat maksudnya yang sebenar 😊🤳💪 #ServeToLead #InjilMatius