Douglas Lim, dalam Lawak Ke Der 2015, kata kalau rakyat Malaysia dapat diskaun 6% cakap "sikitnya" tetapi bila kena GST 6% cakap "banyaknya" 🤣 Cukai oh cukai. Ada yang ingin memansuhkannya dan ada pula yang ingin melaksanakanya dengan cukai-cukai yang lain. Pemungut-pemungut cukai bertanya kepada rasul Petrus, "Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?" (Matius 17:24) Apakah jawapan Petrus dan penjelasan Yesus Kristus?
Respon dan tindakkan Yesus selepas itu akan memberikan kita - para pengikut-Nya - klu tentang tanggungjawab dan panggilan kita sebagai warganegara di dunia (lebih-lebih lagi di Malaysia) masakini 😉✅📖 #ServeToLead #InjilMatius