Memang ini yang harus ditekankan bahawa kita sebagai anak-anak harus menghormati ibu bapa kita dan menjaga kebajikan mereka (Keluaran 20:12; Matius 15:4, 15:6, 19:19). Tetapi begitu juga, ibu bapa harus bertanggungjawab memerihara, memberi nasihat benar dan membawa anak-anak kepada Tuhan Yesus Kristus iaitu satu-satunya jalan kebenaran (Yohanes 14:6). Didiklah mereka untuk mengikuti-Nya "maka pada masa tuanya dia tidak menyimpang dari laluan itu" (Amsal 22:6). Selepas kita melihat konteks dan mengkaji petikan dalam Matius 19:13-15 ini, saya akan berkongsi lima (5) cara untuk membawa anak-anak kepada-Nya, samada sebagai ibu dan bapa atau sebagai umat Allah yang melihat mereka sebagai anak-anak rohani dalam Kristus 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius