Bila orang Farisi datang kepada Yesus Kristus dengan bertanya, "Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” (Matius 19:3) fokus mereka ialah perceraian, sedangkah fokus Yesus ialah kesatuan dalam perkahwinan "mereka berdua menjadi satu"; orang Farisi menggunakan petikan Ulangan 24 untuk menjadi alasan bercerai; Yesus pergi balik ke "pada mulanya" (Matius 19:4, 8) dalam Kejadian 1 dan 2 untuk menyatakan kebenaran tentang perkahwinan. Apa sikap kamu apabila datang kepada Firman Allah - untuk mencari pengesahan kepada perbuatan jahat atau kerana ingin mentaati-Nya? Mencari alasan atau penyelesaian? Apa fokus kamu? 🤔🙏📖 #ServeToLead #InjilMatius Dengar juga dua episod lepas ⚡ Yesus tentang Isu Berkahwin dan Bercerai (Matius 5:31-32), KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius33 ⚡ Tujuh Kesimpulan tentang Perkahwinan dan Perceraian (dan Kahwin Semula), KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius34