Listen

Description

Sebelum ini, Yesus Kristus sudah menyatakan kepada para murid-Nya bahawa mereka harus menyangkal diri dan memikul salib (Matius 16:24), merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak (18:3-4) dan meninggalkan segalanya untuk nama-Nya (Matius 19:29). Dia juga sudah tiga kali menyatakan kepada mereka tentang penganiayaan, kematian dan kebangkitan-Nya (Matius 16:21; 17:22-23; 20:17-19). Tetapi apa yang bermain dalam fikiran mereka? Mereka berebut kuasa, autoriti dan kedudukan! Mereka mahu menjadi BOSS bukan HAMBA 😤 Sikap ini tidak asing bagi para pengikut Kristus masakini 😒 Ada lima (5) hal yang kita harus pelajari daripada respon Yesus kepada mereka 😊⚡💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius