Listen

Description

Pihak-pihak musuh ingin memerangkap Yesus Kristus. Orang Farisi mahu Yesus disingkir dalam keagamaan mereka; manakala, orang Herodes mahu menggunakan Yesus untuk agenda politik mereka. Jadi, mereka menggunakan taktik yang kotor untuk bertanya kepada-Nya, "Wajarkah membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?" (Matius 22:17) Jika Yesus jawab BAYAR, Dia akan dilihat sebagai menyebelahi Roma dan orang Israel akan menentang-Nya - ini yang orang Farisi mahu. Jika Yesus jawab JANGAN, Dia akan dilihat sebagai penentang Roma dan pemberontakkan pasti akan terjadi - ini yang orang Herodes mahu. Tetapi Yesus ialah bukan calang-calang orang, Dia ialah Anak Allah yang Maha Tinggi! Mari saya ajak kita untuk melihat latarbelakang pihak-pihak musuh ini, apa cerita disebalik isu 'cukai' dan bagaimana Dia menjadikan semua mereka "tercengang" (22:22) dengan jawapan-Nya. This is exciting! 😆🔥⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius