Semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Persekutuan Pelajar Kristian (PPK) di universiti dahulu, pernah beberapa kali rakan-rakan bukan Kristian bertanya kepada saya/kami, "Kenapa orang Kristian suka menyanyi?" kerana setiap tengah hari Jumaat dan malam Sabtu dalam persekutuan, kami akan memulakan dan mengakhirinya dengan menyanyi lagu-lagu pujian kepada TUHAN πΆπΌβΊ Alkitab penuh dengan contoh-contoh para umat TUHAN Allah bernyanyi dan bermazmur bagi-Nya. Nyanyian mengekpresikan emosi, fikiran, kehendak dan hubungan kita dengan-Nya. Tahukah kamu bahawa Yesus Kristus sendiri menyanyi lagu pujian? Bahawa Dia ialah Pemimpin Pujian? Bahawa Dia menghafal firman atau lirik lagu suci? π #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius