Listen

Description

Apakah contoh-contoh orang yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang" (Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang. Persoalan dalam Matius 6:1 ialah ini: adakah amal ibadat yang kamu buat ialah supaya dilihat orang? Atau Bapamu yang disyurga? Periksa MOTIF kamu ☑💪😉 #ServeToLead #InjilMatius