Dalam The Law of Magnetism, John C. Maxwell, mengatakan, "Siapa kamu ialah siapa yang kamu tarik." Bukan siapa yang kamu mahu; tetapi siapa kamu ialah siapa yang kamu tarik sebagai pemimpin. Nabi Elia ditolak oleh raja Ahab dan dibenci oleh ratu Izebel. Tetapi dia disukai oleh orang-orang yang benar dan dikagumi oleh para nabi. Kenapa? Kerana siapa Elia ialah siapa yang Elia tarik. Dalam podcast ini, saya menerangkan 5 Perkara Pemimpin dan the Law of Magnetism. Pemimpin, siapa yang kamu tarik? #ServeToLead