Listen

Description

Ketika Malaysia dalam mode PKP. Di satu lorong gelap di belakang banggunan maya, kami telah terjumpa akan makhluk ini. Terus kami tangkap mereka dan di bawa ke siri Podcast Sayajualoffical! 

Abang Ranum! Kemunculan mereka menghiasi landskap hiburan tanah air menerusi beberapa siri video-video viral yang sangat mengeletek hati. Kedua-dua jejaka ini bukan calang-calang kerjaya sebenar mereka. Sangkaan asal kami bahawa, mereka ini ibarat tiba-tiba terjatuh dari langit untuk menghibur orang ramai ternyata meleset! 

Dengarkan sembang santai kami untuk mengenali Alfian & Rocco, dua jejaka di sebalik nama Abang Ranum yang kacak, versatile dan berbakat ini secara lebih dekat. Dengarkan episode Sayajualofficial featuring Abang Ranum!