Episod paling menyentuh hati dan sukar untuk kami rakam.
Sempena Hari Abah, kami buka hati dan berkongsi kenangan terindah, pelajaran hidup, serta rasa rindu yang tak terungkap terhadap abah-abah kami — sama ada yang masih ada, atau yang telah pergi buat selamanya.
Ini bukan sekadar episod biasa. Ini adalah luahan hati, penghormatan terakhir, dan titipan kasih buat insan pertama yang mengajar kami erti kehidupan.