Listen

Description

Antara sembuh dan sabar, saya terkenang sebuah hadis Nabi SAW:حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى ‏.‏ قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي ‏.‏ قَالَ ‏"‏ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ ‏.‏ قَالَتْ أَصْبِرُ ‏.‏ قَالَتْ فَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ‏.‏ فَدَعَا لَهَا ‏.‏'Atha' bin Abi Rabah berkata: Ibnu 'Abbas r.a. telah menceritakan kepadaku: Mahukah engkau aku tunjukkan seorang wanita yang merupakan seorang ahli Syurga?Aku menjawab: sudah tentu. Katanya: wanita yang berkulit hitam ini telah pergi menemui Nabi Muhammad ﷺ dan mengadu dengan berkata: sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan semasa serangan sakit berkenaan, aku akan bertelanjang (tanpa kerelaanku). Berdoalah kepada Allah untukku.Baginda ﷺ menjawab: jika engkau memilih untuk bersabar, maka bagimu Syurga, dan jika engkau memilih kesembuhan, aku berdoa kepada Allah agar menyembuhkanmu.Wanita itu berkata: aku memilih untuk bersabar. Cumanya, kebimbanganku ialah semasa serangan penyakit itu aku akan bertelanjang. Doalah kepada Allah agar aku tidak lagi menanggalkan pakaianku semasa serangan penyakit ini.Lantas Rasulullah ﷺ berdoa kepada Allah menurut hajat perempuan itu.[Hadith riwayat Muslim : 2576]#pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #pendidikaninklusif #adhdmalaysia #adhddewasa



Get full access to ADHD at adhddewasa.substack.com/subscribe