Listen

Description

Neurotransmitter dopamine individu ADHD tidak dirembeskan hanya dengan desakan satu-satu perkara itu PENTING. Ugutlah sepenting mana pun satu tugas itu perlu selesai, ia selalu berakhir dengan termenung menunggu kegagalan dan musibah itu berlaku. Dopamine hanya keluar apabila individu ADHD dapati tugas itu menarik dan memberi ganjaran bermakna kepadanya.

Ia tidak terhenti setakat itu. Defisit dopamine dan penghasilannya yang tidak teratur berada di belakang ramai undiagnosed ADHD dewasa terjebak dalam tabiat ‘self medicating’. Feeling good yang sepatutnya diperolehi apabila neurotransmitter dopamine itu terhasil, tidak dapat dirasai. Untuk feeling good, undiagnosed ADHD ‘merawat diri’ dengan banyak minum kopi, energy drinks, air manis, malah penyalahgunaan ‘substance’ seperti rokok, dadah dan sebagainya. Ia membawa kepada diabetis, metabolic syndrome kronik, usaha diet yang gagal dan macam-macam lagi. Sebab itu ADHD diklasifikasikan sebagai ancaman kedua utama ke atas kesihatan awam di Amerika Syarikat.

Individu ADHD yang tidak dirawat juga mudah terjebak dalam perbuatan-perbuatan berisiko lagi berbahaya, kerana badan ‘dahagakan’ feeling good yang hilang itu. Ramai terjebak dalam jenayah, dan statistik menunjukkan undiagnosed adults with ADHD berisiko mati sedekad lebih awal berbanding potensi hidupnya yang sebenar.

#adhd #adhdmalaysia #adhdadult #dopamine #hasrizalabduljamil



Get full access to ADHD at adhddewasa.substack.com/subscribe