Listen

Description

Tugas 'Jeneral Perang COVID-19' sepatutnya kini digalas Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan bukan lagi dibahu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 



Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor menegaskan Dr Noor Hisham yang merupakan seorang birokrat tidak mempunyai punca kuasa seperti mengeluarkan arahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan sebagainya. 



Tatkala Ordinan Darurat berkuat kuasa, beliau melihat perlu pelaksanaan inisiatif yang lebih proaktif dan pantas dalam menangani pandemik itu.