Listen

Description

Tertinggal Kebelakang

Sekor katak timpa kemarau
Gulung-gulung kertas kajang sama tembakau
terik cahaya terang kuat menyilau
ini kata-kata pelat suara anak dari perantau

perjuangan jangan skali dilepas
hitungan terhutang dalam terang cepat rampas

hempas pulas atas tanah siapa tertumpas
panggung sutera dirombak dirungkas

kain mastuli tiup asap berjampi
belakang jembalang bersarang bersiung bergigi

tatu diukir diguris belakang bibir, tak nampak
bercorak kepala tengkorak
terkoyak minda kena tipu engkau tak tahu.
belum cukup ilmu
belum baligh
keliru

masuk dalam kandang terperangkap
pandang kiri kanan konon nyata terselungkap
tengok-tengok kalau ada yang menyorok
ulat sutera merengkok bisu senyap terbatuk

ayam berkokok subuh datang menghasut
laknat si makhluk nyorok bawah selimut

celah-celah batu ada udang keropok
kocak-kocak kacau-kacau tanpa henti mengocok
peracun budaya hampir siap dibancuh
bersembur menghamun anjing mula bergaduh

angkat tangan simbol jari mencarut
hamba pengikut perompak penghasut
mahkota bahtera beta jadi bahan berebut
ribut taufan kilat tunduk jatuh tersujud

satu-satu cepat mula menipu
satu-satu mula cepat mengaku
siapa kamu siapa tahu
siapa kan kucup ibu jari kakiku

tengok atas dan tengok bawah
air liur siapa yang sempat cecah tanah
kepala keras tak nak mengaku kalah
bersorak bergembur meranyah gelisah

minda gila dibakar menyala
detik masa kan tiba mula nafas neraka

naga raksasa sang dewi dewa
semua keliru sambil saling tertanya
"kenapa mereka?"
"kenapa sang hina?"
"mereka celaka, pembawa bencana."
"mereka celaka, penipu, pendusta"
"khalifah gagal yang rosak binasa"

perasan tuhan? sila gerak ke depan
serta-merta safku dikosongkan

arnab kura-kura pernah berlawan
anjing dan kuncing pun pernah skali berkawan

ikut kitaran tentang lawan putaran
satu alam semesta mula dari letupan

hantu dajal ibelis dan syaitan
duduk berempat rapat-rapat berjabat tangan
suara kelima suara manusia suara sekor hamba cucu hawa dan adam

lantunkan cerminkan visi semalam
hancurkan padamkan buang dari ingatan
biar terlupa janji masih berdendam
biar berluka janji emas kekal dalam genggaman