Listen

Description

Composer : rhymebo0k
Lyric : rhymebo0k & Napio Hatta

Macam-macam ragam, ada juga lain macam
Ada yang lebih garam, ada juga kurang asam
Kurang faham, pergi cari pihak berkenaan
Jangan simpan, tiada kayuh apa guna sampan
Supan? Kenapa malu tiada bertempat
Ini hukum dunia, siapa cepat dia dapat
Buat, selagi ada kudrat, kuatkan semangat
Macam Rinong renang untuk terus menang pingat
Dari Kuching ku merantau, untuk kaching ku mengiau
Aku singgah di Nilai, mengimbau kisah lampau
Detik bernilai, takkan berkecai
So fly, sampai lalai, aku terabai
Ahhhh! Itu kisah dulu-dulu
Pahit manis yang dirasa, biarkan berlalu
Bersamaku, sama-sama mari bukak buku baru
Berjumpa bertemu, berkongsi ilmu

Chorus:
Bersalaman, tersusun jari
Ada yang bersua oh hari-hari
Berpesta, berdansa bersama
Hey itulah ragam si manusia

Desa direntas walau berbeza di kertas
Walau berbeza juga lampu kita di pentas
Untuk siapakah itu, milik siapakah itu
Siapakah yang mengawal setiap penjuru
Yang lain-lain adakalanya dimainkan
Adakalanya bagaikan tiada peranan
Hari-hari tertanya-tanya tentang saingan
Dan saringan yang terakhir di ruang mainan
Seolah-olahnya kini tiada tandingan
Harmonikah kita selama dipertandingkan
Dan cuma satu bendera yang kita kibarkan
Merah, putih, biru, kuning, tiada perbezaan
Jadi mengapa harus kita persoalkan
Tentang gaya hidup dan lainya pemikiran
Rendahkan diri bila diberi watak sampingan
Bertemu juga nanti di ruang persimpangan

Mari-mari aku bukakan pintu
Sila-sila masuk, duduk dulu
Kurangkan segan, cuma ku pinta sopan
Hati ku dijaga, tradisi jangan ditinggalkan
Terima kasih pintu terbuka untukku
Terima kasih yang dikongsikan padamu
Sambil berkarya ingat adat kita jaga
Angkat sama-sama, sama kita berjaya
Jangan kau berjaya terus meninggi diri
Di jalan besar, pandang kanan, toleh kiri
Ingin bersembang? Hulurkan secawan kopi
Sampai ke pagi juga nanti tiada henti
Nanti, mana pergi mereka yang lain
Mari diskusi bukan mahu jaga tepi kain
Mahu shining macam satin, kita jangan main-main
Jaga line, to be fine, sama shine aku ingin

Produced/recorded/mixing/mastering: Wrecktune/Mustdeaf studio