podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Hadri Shah
Shows
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 126 Marathon
Hadri menceritakan cerita marathon di Haytai Happy Run 2025 baru-baru ini. Tiada tips berlari, tiada tips kasut run apa sedap dipakai. Yang ada segalanya tentang berlari, makan, rasa nak terberak di awal pagi dan pengalaman berlari bersama keluarga terchenta. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits
2025-06-02
18 min
Le Déclic | Podcast par Alec Henry
De 0 à 170 franchises à l'internationale : la puissance du business model derrière l'histoire d'Iron Bodyfit | Hadri Jaffal | Déclic 169
Ravi d’accueillir aujourd’hui Hadri Jaffal, cofondateur d'Iron Bodyfit. Découvrez l'histoire d'un entrepreneur qui a su transformer sa passion pour le fitness en un empire mondial grâce à la technologie EMS (Électro Myo Stimulation). Hadri nous emmène dans son voyage, depuis ses débuts modestes jusqu'à la création d'un réseau mondial de plus de 170 franchises, générant un chiffre d'affaires annuel de plus de 40 millions d'euros. Il partage les défis et les succès rencontrés, ainsi que les stratégies clés derrière l'expansion rapide d'Iron Bodyfit.Hadri se confie sur son par...
2024-02-19
1h 12
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 115 Bual Kosong 2023
Teori Alienation / Pengasingan yang pernah dibahas Karl Marx menjadi modal Hadri bergebang dalam episod terakhir 2023. Dari hal kerja-hidup-Palestin-Perlarian Perang hingga ke kutuk-kutuk Keluar Sekejap, semuanya dikaver kemas dalam episod ini. Terima kasih menjadi pendengar setia THP. Kita jumpa di tahun 2024. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
2023-12-31
41 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 114 Palestine VS Israel
Dalam episod kali ini, Hadri bersama co-host pasangan Amir dan Aira dalam edisi bajet intelek berbincang mengenai keadaan sekarang di Palestin. Hang takkan dapat perbincangan yang sebegitu menarik, kritis dan menimbulkan banyak persoalan mengenai penjajahan Israel ke atas Palestin di podcast lain. Antara persoalan-persoalannya - apakah keadaan Palestin sebuah wacana agama semata, atau adakah berbaloi semua manusia pergi berjuang di Gaza, atau adakah benar orang Gaza memang mengimpikan syahid? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2023-10-19
1h 18
Legal Selva
Nassira El Hadri - Embracing Global Experiences, Overcoming Borders, and Establishing a Successful Law Firm
In this captivating episode, we sit down with Nassira El Hadri, an accomplished lawyer with a fascinating international background. Nassira shares her inspiring journey of growing up in multiple countries, overcoming the challenges of transferring her degrees to practice law in Canada, and ultimately founding her successful law firm.Join us as we delve into Nassira's unique experiences and gain insights into the power of diversity and determination in the legal profession.Connect with Nassira:- LinkedIn: www.linkedin.com/in/toronto-business-lawyer- Instagram: @nassiraelhadri- Hadri Law Website: www.hadrilaw.co...
2023-10-17
34 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 112 Hidup Seratus Tahun
Apakah kita boleh hidup selama seratus tahun tanpa ada sakit kronik, nyanyuk dan sebagainya? Adakah tahap panjang umur bergantung kepada apa hang kita makan,pekerjaan dan tingkat kesihatan mental. Dengar sampai Hadri berleter di episod ini. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits Untuk membeli buku terbaru Hadri Melayu Maha Mulia ketik link ini https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
2023-09-26
24 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 111 Melayu Pelarian
Bagaimanakah wajah Melayu sekiranya mereka menjadi seorang pelarian? Apakah adil untuk mereka dilayan teruk hanya kerana mereka seorang pelarian? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits. Untuk membeli buku terbaru Hadri Melayu Maha Mulia ketik link ini https://wa.me/60194299298?text=MelayuMahaMulia
2023-09-18
23 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 109 Sembang Bola
THP membuktikan yang podcast lo-fi ini bukan saja boleh sembang hal-hal politik, agama dan artis tempatan tetapi juga boleh tapau scene bola sepak. Sambil dilatari lagu-lagu dari album God's Pee At State's End dari God Speed Emperor, Hadri sembang falsafah bola dari soal team underdog, perseteruan El Classico dan secebis ulasan cabuk perlawanan terhebat musim ini antara Kedah VS JDT. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shit!
2023-08-29
36 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 108 Era Agama Menjadi Budaya
Minggu ini Hadri mengupas sebuah buku bertajuk "Era Ketika Agama Menjadi Kultural Milik Bersama". Kalau hang nak tau betul ke tidak Nabi Musa wujud, dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2023-08-08
27 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 105 Kurt Cobain Lebih Kristian Dari Pope
Hadri mengulas sebuah artikel yang dibacanya di Medium mengenai mengapa Kurt Cobain lebih soleh sebagai seorang kristian berbanding seorang Pope. Apakah si penulis artikel itu sudah gila? Atau sebenarnya wujud kebenaran dalam artikel tersebut. Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits!
2023-03-27
29 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 101 Peniaga Yang Sebenar : Bersama Tarique Syahman
Borak bisnis bersama kawan Hadri selama hampir 30 tahun - saudara Tarique. Bermula dari hal situasi bisnis tahun 2022 - pengalaman berniaga - achievements - famili - influencer bisnis media sosial sehinggalah topik scene naik bas sekolah tahun 90an dan driver bus yang brutal. Kenali perniagaan Tarique lebih dekat disini https://shope.ee/9URgGqMrZZ Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2023-01-03
1h 14
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 99 Tribute To Abang E
Ketika berusia 15, Hadri berjumpa dengan beberapa watak yang datang dari pelbagai latarbelakang. Watak-watak ini meninggalkan kesan dalam pikiran Hadri dan tak mungkin akan terlupus begitu sahaja. Dengar sampai habis cerita mat kenangan ini. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan the real shits. Pre order Coach Jacket P X OT X THP sempena 100 episod Tengkorak Hang Podcast disini http://www.wasap.my/+60123416694/pxoxthp
2022-12-30
27 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 98 Pengutip Hutang Sejati
Menceritakan perjalanan karier Hadri ketika dia baru habis study dari 2007 sehingga tahun 2015. Dengar dengan teliti supaya memperoleh pedoman. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2022-12-29
28 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 96 Barang Kenangan
Selama kita hidup, sudah pasti kita akan mengenang barang/sesuatu yang pernah menjadi bahagian kebahagiaan kita suatu ketika dahulu. Minggu ini Hadri bercerita pasal kasut bola pertama beliau, dan juga kisah bagaiman masyarakat Ting Kang Yard, Alor Setaq Kedah menyuburkan sistem ekonomi mereka di tahun 94. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2022-12-27
20 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 92 6 Buku Anarki Faveret Hadri
6 buku Anarki menurut Hadri cukup menginspirasikan, mendebarkan dan membahagiakan. Apakah judul buku-buku itu? Dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits
2022-12-17
25 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 91 Antara Kaum
Sebuah perbincangan separa serius yang dirakam dari sembang-sembang kosong antara Hadri dan kawannya mengenai kaum. Bilakah kali terakhir anda berkawan dengan seseorang yang berlainan kaum? Adakah masih valid mempertahankan ketuanan bangsa? Dan adakah Tuhan tidak adil mencipta bangsa dan agama yang berbeza-beza? Ikuti rapat episod ini. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2022-12-15
18 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 88 Kejadian Di Padi Reborn 25 Years
Konsert Padi Reborn 25 years di KL sukses. Tapi apakah yang telah berlaku kepada Hadri sebelum dia menghadiri konsert tersebut? Sama-sama kita dengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Dengarkan the real shits.
2022-12-07
22 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 77 Belanjawan Negara. Dari Rakyat Untuk Rakyat
Episod kali ini membincangkan sebuah artikel yang Hadri tulis pada Nov 2018 di zaman Malaysia Baharu (kononnya). Ia berkenaan belanjawan negara dan impaknya kepada rakyat kebanyakkan serta perbezaan antara belanjawan Menteri tak guna dengan belanjawan komuniti Porto Alegre (participatory budgeting)
2022-10-14
28 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 74 Denggi. Kovid. Imigran
Hari ke-6 Hadri diduga kovid, dia mengimbas kembali pengalaman di denggi kan nyamuk tak guna, persamaan keadaan antara denggi dan kovid, drama Pam &Tommy dan video Vice mengenai imigran di US. Tinggalkan bullshits. Dengarkan The Real Shits.
2022-08-15
28 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 71 Tiada Penghayatan Agama
Apa kaitan main skateboard, hisap rokok dan baju sekolah tak tuck in dengan penghayatan agama? Benda boleh bincang. Teruskan mendengar sampai habis. Tinggalkan bullshits. Demgarkan The Real Shits. Untuk membeli buku ke-4 Hadri Bukan Jurnal Anarki ketik link ini http://www.wasap.my/60194299298/sayanak
2022-06-24
20 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 70 Pesta Buku Melayu Islam Antarabangsa
Mari kita berbual mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini. Mengapakah ada mulut-mulut sumbang yang mengkritik kesaktian acara paling terulung di Malaysia? Apakah mereka butthurt, dengki dan tersakiti? Atau buku depa tak laku? Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits. *Untuk dapatkan buku keempat Hadri - Bukan Jurnal Anarki atau pre order tshirt Tengkorak Hang Podcast ketik link ini http://www.wasap.my/60194299298/sayanak
2022-06-20
26 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 69 Tentang Jem, Matematik Tambahan, Tanggungjawab dan Struktur Sosial
Episod kali ini Hadri dedikasikan khas kepada Memeng dan Chot serta Amir dan Aira yang secara tak langsung memberi idea bersembang di episod 69 tentang pelbagai perkara; dari hal jem yang macam setan, lauh mahfuz, matematik tambahan dan struktur sosial yang sedang pasrah kita semua jalani. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits.Dengarkan The Real Shits! Link pesanan Buku Bukan Jurnal Anarki karangan Hadri http://www.wasap.my/60194299298/sayanak
2022-06-15
30 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 64 Negara Tanpa Ulama Satu Artikel Terpaling Punk Rock
Hadri membacakan sebuah artikel baru mengenai kajian oleh Ahmet T.Kuru dalam buku Perikatan Ulama Negara Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim. Astaghfirullahhhhh. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
2022-02-28
29 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 63 Sekolah, Matematik, Cikgu Rosita dan Kemanakah Perginya Budak-Budak Skema Sekolah Pergi?
Mengimbau semula zaman sekolah lalu, Hadri bergebang sakan pasal Matematik, markah exam, cikgu matematik yang bitter dan nasib budak-budak skema sekolah setelah berjaya menyelesaikan soalan ungkapan Algebra. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits!
2022-02-23
30 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 61 Rebel With A Cause| Anarki Sendu | Apa Kena Buat Lepas Azam Baki Rembat Duit & Lain-Lain
Minggu ini Hadri berkongsi pengalaman talk beliau bersama Nasir Jani di Pesta Buku Komik Seremban lalu. Dari hal memberontak ,Azam Baki, Michael Moore, kenapa rumah Sultan tidak dinaiki air dan juga Azizan Osman. Dengar sampai habis. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
2022-02-07
34 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 60 Rambut Panjang | Main Band | Budak Sabah | Dan Cerita Cerita Mengarut Lain
Ada dua perkara yang Hadri hajatkan saat menghabiskan alam persekolahan; 1. Berambut Panjang. Dan kedua-Main Band sampai jadi Rockstar. Tapi semua itu hanyalah mimpi budak belasan tahun. Yang kekal ialah kenangan sepanjang zaman kolej. Dengar sampai habis. Mana tahu, kita berkongsi pengalaman yang nyaris sama. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits.
2022-01-24
31 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 57 Tips Membawak Kucing Pergi Travelling
Baru-baru ni sejak sudah boleh merentas semesta alam, Hadri bersama keluarga kecil pulang ke kampung halaman yang dirindui. Tetapi kali ini ada keistimewaannya - bawa pulang Kaido kucing, ahli keluarga berlainan spesis pulang bersama-sama buat pertama kali. Dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam, Hadri mahu kongsikan pengalaman membawa ahli keluarga berlainan spesis dari keperluan menyediakan keselesaan, keselamatan dan kalaut-malut menjaga Kaido yang begitu eksaited berada dalam suasana yang berbeza dari rumah kecilnya di Damansara. Dengarkan sampai habis, mana tahu dapat pedoman. Tinggalkan Bullshits. Dengarkan The Real Shits! Tengkorak Hang Podcast for Life!
2021-12-17
14 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 56 1 Minggu 1 Album Cigarrettes After Sex
'Segmen 1minggu 1 album minggu ini kita berbicara tentang album kugiran cinta luar biasa bunuh diri di angkasa, Cigarettes After Sex. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits'
2021-12-11
10 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 55 Syahadah Kedua
Syahadah Kedua ialah buku terbaru tulisan saudara Syazreen. Disenaraikan antara 16 buku kontroversi di Malaysia oleh sebuah portal media baru-baru ini, buku ini cukup menarik kerana idea melawan pemikiran statuq quo yang telah didoktrin ke dalam kebanyakkan sanubari umat yang kononnya warga tetap syurga milik Tuhan. Dengar sampai habis dan buatlah apa yang patut selepas itu. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-12-03
21 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 54 1 Minggu 1 Album : Nirvana Nevermind
Untuk segmen 1 Minggu 1 Album kali ini, mari berbual mengenai album rock terunggul yang akan sentiasa membuatkan kita semua Teenage Angst sampai mati. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
2021-09-19
17 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 53 Jihad Selfie & Cerita Bagi Makan Tayang Kat Socmed Kejar Like
Membuat kerja kebajikan atau kerja kemanusiaan memang patut di war warkan lebih dari cerita semua orang mesti buat bisnis jadi kaya naik kereta Porsche. Tapi buat kerja ini mestilah ada adab dan kepedulian terhadap orang yang ditolong. Dengarlah sampai habis. Lepas tu termenung fikir betul tak betul apa Hadri cakap. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-09-12
19 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 52 1 minggu 1 Album : Sweetass
Review Album kugiran noise pop tempatan, Manisnya Ponggong-Sweetass. Antara kugiran tempatan yang elektrik, fun dan bising. Faveret track secara peribadi buat Hadri; Naughty By Nature, Aria, Suria dan Wa Caya Sama Lu. Dengar sampai habis!
2021-09-04
13 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 51 Kaido, Bela Kucing, Kucing Berak & Hal-Hal Seputarnya
Minggu ini THP tidak lagi berbicara topik deep. Sebaliknya, bertenang dengan menyembang pasal kucing dan Kaido yang kini sudah menjadi sebahagian dari keluarga Hadri walaupun berlainan spesis. Dengar sampai habis dan tinggalkan bullshits dengarkan the real shits.
2021-08-29
18 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 50 Taliban
Sejak Taliban berkuasa semula, teringat aku filem Act of Dishonor. Filem terbitan orang Afghanistan dengan sebuah and produksi filem Kanada yang mendokumentasikan cara hidup dan budaya kesan dari pemerintahan Taliban terhadap hidup seorang anak gadis bernama Mena. Debgarlah sampai habis. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits
2021-08-22
23 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Anak Beranak : Bela Kucing
Aku tak pernah ada pengalaman bela kucing dalam rumah. In fact, aku bukanlah dikategorikan sebagai pencinta kucing. Tetapi bukan pembenci kucing. Aku okie okie je dengan kucing. Tapi minggu ini kami menerima seekor anak kucing yang ditinggalakan masuk ke dalam famili kami. Dengarkalah perbualan kami sampai ke tetesan terakhir; anak beranak sembang pasal Kaido, anak kucing merangkap ahli keluarga terbaru kami. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits. Meow!
2021-07-18
23 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 49 Bendera Putih Bendera Hitam
Setelah sekian kes bunuh diri disebabkan keterdesakan hidup di zaman korona, ramai manusia ekonominya lumpuh, pendidikan anak-anak yang ternafikan, kadar pengangguran yang mega, kerajaan masih teguh berdiri, masih sombong bertanya 'di mana gagalnya kerajaan'? Malah lebih menyebalkan, apabila ada usaha usaha membantu golongan terpinggir lagi rapuh, para alim mencantasnya lalu menyebut, sebenar bantuan adalah datang dari seorang hamba. Kalaulah begitulah bunyinya, lalu apakah kita masih kekal berdiam tanpa bunyi. Tidak bersalahkah kita pada mereka yang hidupnya kini diambang kepayahan? Dengarkan episod ini sampai habis. Dan kibarkan bendera hitam dalam hatimu. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits.
2021-07-03
27 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 48 Kisah Ustaz Suka Bertanya Dah Semayang Ke Belum?
Minggu ni kita rage pasal beberapa ustad jenis suka tanya orang miskin dah semayang ke belum. Ada banyak masalah timbuk dari sikap macam ni antaranya bukankah kita meluat dengan perangai macam bagus dia sorang je dah semayang? Macam lah semayang dia boleh menjadi tiket masuk surga dibawahnya mengalirnya sungai. Jadi teruskan mendengar sampai habis epiaod kali ini. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits!
2021-06-28
24 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Laki Bini : Filem Shawshank Redemption
Pada malam yang mulia, saya dan isteri saya, Pari-Pari Polka Dot berbincang buat terer pasal filem Shawshank Redemption, falsafah hidup, pelakon kacak kegemaran dan entah-entah apa lagi. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-06-18
28 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 46 Menebus Dosa
Apa perlu kita buat untuk menebus dosa? Semayang? Zikir? Melepak duaplohpatjam kat masjid? Atau menitiskan air mata di atas sejadah? Tak. Tak semestinya. Ikuti episod minggu ini, Hadri akan memperkenalkan seorang lelaki bernama Charlie Benetto dan bagaimana dia menebus dosanya. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-05-07
19 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 45 Veganisme
Untuk epiaod kali ini, ayuh kita bersembang pasal dokumentari bertajk Seainspiracy yang kini hangat ditayang di saluran veria anda - Netflix. Ada banyak perkara yang kita sebenarnya taktau kenapa ada manusia menjalani hidup sebagai seorang vegan dan salah satu sebabnya kerana sebanyak 10 ribu ikan jerung dibunuh setiap hari untuk dijadikan hidangan mewah orang kaya tak berguna. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut, sila layan saluran Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits anda ni sampai habis.
2021-04-30
21 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 44 Nostalgia Puasa
Semua orang terkenang zaman tak berpuasa bila Ramadon menjelma. Samada zaman tu dia budak-budak atau dah besar panjang, pengalaman tidak berpuasa akan kekal dalam ingatan masing-masing. Tapi, mengapakah berpuasa di bulan ramadon dianggap sebagai bulan mengumpul pahala? Apa pasal time puasa, semua orang berlumba buat kebaikkan? Sebab nak dapat surga? Bidadari? Tanah seluas alam semesta? Kenapa perlu ganjaran? Tak bolehkah buat kebaikkam semata-mata tanpa mengharapkan apa-apa? Dengar epuaod THP ini sampai habis. Subscribe & follow kami di Spotify | Anchor | Youtube. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
2021-04-23
14 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 43 Kenapa Semua Orang Nak Jadi Kaya?
Dari kecik sampai besar, makpak kita pesan belajar rajin-rajin supaya nanti besar dapat kerja bagus. Bila kerja bagus, pastilah kerja pun bagus. Bagus disini bermakna, tidak susah. Hidup senang lenang. Bila senang, boleh tolong orang susah. Soalannya, apakah hidup senang, atau erti kata lain 'kaya' boleh menyelesaikan masalah orang susah? Dengar episod terbaru THP sampai habis. Subscribe dan follow kami di Spotify | Anchor & Youtube. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-04-16
16 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 42 Porn
Apa pandangan anda mengenai Porn a.k.a Porno? Tidak bermoral? Berdosa? Salah di sisi undang-undang?. Masuk neraka? Atau sebenarnya Syok? Kalau syok, kenapa kita malu nak sembang benda ni? Jom sembang porno di Tengkorak Hang Podcast. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2021-02-12
16 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 41 Kenapa Orang Kaya Hidup Lebih Lama?
Akhirnya aku sudah ketemui sebab sebab yang mantap, mengapa orang kaya hidup lebih lama dari orang biasa. Setelah dibebani dengan persoalan-persoalan yang bergelodak di dalam pundak, kini aku sudah berkongsi sebab-sebab orang kaya, hidupnya panjang. Bersama Tengkorak Hang Podcast kita selami resipi untuk hidup lebih lama. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits. http://www.krinstitute.org/Publications-@-Social_Inequalities_and_Health_in_Malaysia.aspx
2021-01-15
15 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep.40 Selamat Tinggal 2020
Tahun 2020 sudah meninggalkan kita. Apakah tahun 2020 antara tahun yang paling tak best dan celaka? Tidak juga. Sepatutnya kita berterima kasih kepada tahun 2020,khususnya kovid 19. Dah kenapa pula? Tonton sampai habis untuk mengetahui mengapa kovid perlu diterima kasihkan. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits
2021-01-10
25 min
Tengkorak Hang Podcast
1 Minggu 1 Album : At The Drive In Yang Chaos!
Minggu ini, kita bersembang mengenai sebuah album yang dibikin 20 tahun lalu - Relationship Of Command oleh Kugiran At The Drive In. Album yang energetik, powerfull dan melankolik ini telah merubah warna peta musik bergenre Post Hardcore. Dengarlah sampai habih kalau mahu tahu lebih dalam pasal album ini. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-12-25
16 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 39 Anak & Family Planning
Siapa kata anak ramai itu bagus dan family planning adalah satu kesia-siaan? Tengkorak Hang Podcast hadir membuka persoalan ini supaya tidak ada lagi makpak tak guna yang beranak banyak-banyak tapi tidak bertanggungjawab kepada anak-anak yang tidak berdosa. Jadi bagaimana nak family planning dan berapa orang anak yang ideal untuk sesebuah famili? Teruskan mendengar keseluruhan episod kali ini. Sebarang luahan perasaan boleh dihantar ke tengkorakhangpodcast@gmail.com. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-12-18
22 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 38 Duit : Penting Atau Tidak
Terima kasih kepada saudara Amerul yang memberi topik untuk dibincangkan pada minggu ini. Ameerul bertanya apakah wang segala-galanya dalam hidup yang fana ini. Jadi sebagai saluran pemuda yang diharapkan nusa bangsa, THP berhujah, berdebat, beragumen apakah sekeping wang kertas itu segala-galanya atau cinta semata kekal di tangga teratas? Jawapan dan pedoman ada di keseluruhan episod ini. Teruskan mendengar tanpa ragu. Segala curhat boleh dihantar ke emel tengkorakhangpodcast@gmail.com. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-12-11
21 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 37 Maradona Dan Agama
Salut Diego Armando Maradona yang telah kembali ke negeri abadi pada 27 Nov lalu. Beliau, manusia yang menginspirasi jutaan umat bukan sahaja kerana magis di padang bola, malah kerana sifat peribadi yang transperen, berani, kiri dan kontroversi telah meninggalkan dunia yang fana ini dengan nama dan kenangan teragung. Tahukah anda ada gereja yang didirikan atas nama beliau? Tahukah anda terdapat 200 ribu manusia termasuk dari negara Afghanistan 'menganuti' agama kultus Maradonian? Apakah kitab pengikut ini? Bilakah mereka menyambut perayaan rituan Iglesia Maradonania? Sama-samalah kita merungkai agama Maradona ini bersama Hadri, pengendali podcast paling lofi dalam sejarah peradaban dunia. Oh ya. Tshirt minggu...
2020-12-04
19 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 36 The Hives Yang Gila Babi
Segmen 1 Minggu 1 Album Kembali. Kali ini kita bergebang perihal album ketiga kugiran garage punk dari negara paling happy dalam dunia Sweden iaitu - The Hives. Apa yang bestnya album ini? Bila album ni release? Track mana paling best? Dengarlah sampai habis. Jangan harap Hadri tulis semua kat description. Hell no!Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits. Subscribe and follow Tengkorak Hang Podcast di Youtube | Spotify & Anchor. T-shirt yang disarung Hadri minggu ini ialah : Piri Ries sebuah unit screamo dari Shah Alam.
2020-11-27
12 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 35 Deepavali & Tosei Aunty Sundree
Tengkorak Hang Podcast mengucapkan selamat deepavali buat semua kaum hindu yang menyambutnya. Walaupun terlewat seminggu, apadahal, kan? Deepavali, seperti perayaan keagamaan yang lain, membuktikan bahawasanya dunia lengkap dengan kepelbagaian warna. Minggu ini, Hadri bersembang mengenai nostalgia menyambut deepavali di rumah jirannya Aunty Sundree. Keenakan tosei dan kari ayam yang setiap tahun menjadi menu utama di pagi perayaan, hidup yang harmoni, dan kepentingan menjaga tali silahturrahim sampailah pesan-pesan menolak perangai tak guna rasisme. Teruskan mendengar podcast lofi kegemaran semua ini. Tinggalkan bullshits Dengarkan the real SHITS.
2020-11-20
18 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 34 BULI : Apa sepatutnya kita lakukan?
Terkenangkan tahun-tahun silam, Hadri berbual mengenai pengalaman beliau melihat sendiri sekumpulan budak perasan cool penuh knowledge punk di dada melempang seorang budak yang dituduh sebagai poser di sebuah sekolah di Kedah. Walaupun terlalu punk untuk mencampuri urusan budak-budak, itulah dosa Hadri membiarkan keadaan berlaku tanpa keadilan seorang yang dituduh poser. Dengarkan sampai habis dan berdoalah supaya dosa Hadri ini diampunkan tuhan. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits!
2020-11-13
17 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep.33 Mahathir Macron & Kebencian Yang Tidak Putus-Putus
Hadri kembali berbual hal-hal bajet serius. Minggu ini kita menyelami, meyelidik dan mendidik hati dan perasaan tentang situasi seorang pelajar inimgran berbangsa chechen di sebuah pekan sub urban Paris yang telah memenggal kepala cikgunya. Masalahnya sebab cikgu dia cerita pasal Charlie Hebdo dan kebebasan bersuara. Soalannya ialah, apa jadahnya kalau benarlah cikgu dia menyebelahi Charlie Hebdo, dan kenapa pula dia kena penggal? Dan apakah benar bekas PM Malaysia paling betul tak pernah silap menyogok kebencian serta violence dalam tweet beliau yang telah dipadamkan? Macron tu pula macam. Sebagai right wing and a dick senang-senang je kata agama Islam ni antara...
2020-11-06
16 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 32 Hidup Yang Happy VS Hidup Yang Bermakna
Mana satu yang lebih penting? Mencari kehidupan yang happy atau kehidupan yang bermakna. Minggu ini, Hadri dilatari sinar mentari yang terang berleter pasal hal ini. Semua orang nak jadi hepi. Beli barang. Jual barang. Jadi kaya. Semuanya as sebab nak happy. Tapi apakah happy berkekelan? Kenapa nak hepi kena jadi kaya dahulu? Mengapa kesusahan hidup tidam dianggap sebagai proses kehidupan yang bermakna? Kenapa nak kena gebang dulu miskin, duit takdak, makan kais pagi kais petang, tapi bila sekarang dah kaya, kerja macam nak gila, viral sana sini sebab nak jual produk, tapi apakah happy yang dikecapi tu kekal? Sama sama...
2020-11-01
20 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 31 Backstreet Boys - Segmen 1 Minggu 1 Album
Siapa tidak kenal Backstreet Boys tuan-puan? Janganlah kita berdalih yang suatu masa di zaman rambut belah tengah disaluti Brylcream kita tidak pernah bercita-cita menjadi Nick Carter sekonyong konyongnya? Minggu ni kita berbual mengenai album pertama boi band ternama kelahiran Florida, US ini. Dari Karekter boi band, lagu apa yang sedap, dan mengapa mereka ketika femes tidak terhegeh hegeh datang berkonsert di Malaysia? Semua ini terjawab di Tengkorak Hang Podcast. Komen lah kalau hang pun teringin into scene pasal BSB ni. Tinggalkan Bullshits dengarkan The Real Shits.
2020-10-21
12 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 30 Segmen 1 Minggu 1 Album - Muse, Origin Cemetry
Siapa peminat Muse di sini? Ayuh kita dengar sembang-sembang album ke dua kugiran Rock British Muse di Tengkorak Hang Podcast. Tinggalkan komen anda kalau anda juga pernah mendengar album ini. Kalau tak pernah dengar pun dipersilakan into the scene jugak. Ikuti Tengkorak Hang Podcast di : Fecebook | Youtube | Spotify | Anchor. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits
2020-10-16
14 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 28 Dilema Media Sosial : Tutup Akaun Fesbukmu!
Ada satu dokumentari terbaru di Netflix bertajuk The Social Media Dilemma yang wajib ditonton setiap netizen. Hadri membicarakan tajuk ini dengan penuh keberahian, kejujuran & carut marut terhadap isu-isu viral. Media sosial dicipta berlandaskan cita-cita yang maha indah; tetapi apakah benar semuanya yang berlaku hari ini adalah keindahan yang dicitakan? Ikuti Tengkorak Hang Podcast di Youtube, Spotify & Anchor. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits!
2020-10-06
31 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 29 7 Album Rock Yang Wajib Didengar Ketika Dalam Perjalanan Balik Ke Kampung
Deftones, Nirvana, Payung Teduh, Amir Meludah, Krowbar, Pitahat, KKC adalah album wajib dengar ketika Hadri ber roadtrip balik ke kampung. Dengar sendiri mengapa album-album ini penting bagi beliau ketika dalam perjalanan yang panjang. Hang pun boleh kongsikan album-album yang hang suka dengar dalam kereta. Ikuti Tengkorak Hang Podcast di Youtube, Spotify & Anchor. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The real Shits!
2020-10-02
34 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 27 Siapa dia Gaetano Bresci lelaki Itali yang Lebih Badass dari Hang Tuah Hang?
Selepas Anarkisme : Paham Yang Tak Pernah Selesai, episod seterusnya kita mahu berkenalan dengan seorang lelaki Itali biasa, pendiam tetapi sangat badass. Dia pernah menyelamatkan Errico Malatesta dari dibunuh & juga watak utama pembunub King Umberto. Mahu taju lebih lanjut (klise). Ikuti terus bebelan Hadri di Tengkorak Hang Podcast di Youtube, Spotify & Anchor. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-09-18
32 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep 26 Anarkisme & Paham Yang Tak Pernah Selesai
Anarkisme menjadi subjek yang tidak pernah siap perdebatannya. Setiap kali menyebutnya, pasti akan ada yang mengulangi cerita-cerita basi. Antaranya, anarki ialah hukum buas, violen, tidak humanis & anti agama. Namun, contoh-contoh yang telah berlaku di Chechen, Rojava, Porto Alegre memusatkan bukti bahawa anarkisme ialah puncah nikmat solidari, demokrasi & cinta tertinggi. Ayuh mendengar leteran Hadri disepanjang episod ini. Dan epuaod 26 adalah episod khusus, sebuah & and tribut kepada frontman Power Trip En Riley Gale & juga Antropolgi terulung, En David Graeber yang telah pulang ke rahmatullah. Ikuti Tengkorak Hang Podcast di Facebook | Spotify | Youtube & Anchor.
2020-09-12
47 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 25 Skateboarding : Sebuah Falsafah Hidup & Segala Rukun Hidup Yang Mempesonakan
Minggu ini, kita bercakap tentang skateboarding : cara hidup mengayuh papan bertuah dengan begitu elegan. Apakah skateboarding adalah sebuah sukan? Apakah skateboarder memerlukan seorang wakil rakyat untuk membina skatepark? Apakah pentingnya skateboarder merespons Black Live Matter? Dan bagaimana penerimaan skateboarder terhadap golongan LGBTQ? Macam biasa, Hadri sebagai pemimpin anak muda masa kini merungkai segalanya dan diharapkan selepas mendengar THP, semua manusia beroleh pedoman dunia akhirat dan bakal kickflip di sorga. Ikuti kami di Spotify, Anchor, Facebook & Youtube. Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-09-04
55 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 15 - Kemana Hilangnya Edisi Buat Terox? Playlist lagu. Siti Nurhaliza VS Aiman Tino
Juan Pablo Hadri, Echo ato Nov, Man Beger & Faz Lotsa Love kembali menggegarkan edisi buat terox episod terbaru. Depa menjelaskan mengapa depa mengambil masa yang lama berpodcast setelah hampir 3 bulan tidak bergelak ketawa, kutuk mengutuk dan carut mencarut. Kali ini depa kembali berkelahi tentang playlist lagu siapa lebih mantap. Antara lagu yang didebatkan kualitinya ialah lagu KU2, XPDC, Aiman Tino & artis kegemaran bos depa ; Ah Keong iaitu Siti Nurhaliza. Oh terlupa nak memperkenalkan tetamu jemputan, Bos Ah Keong bos syarikat mereka bekerja (Ah Keong Electricity Sdn Bhd.) Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits.
2020-09-02
44 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep 24. Perkahwinan Interasial. Bolehkah Muslim berkahwin dengan Non Muslim tanpa Convert?
Takkan Melayu Islam tak boleh kahwin dengan seorang Latina Hot tanpa memerlukan Latina Hot tu convert ke Islam? Hadri merungkai persoalan ini dengan begitu kemas & jitu sekali berdasarkan sebuah video yang ditontonnya di Youtube. Tanpa hadis, tanpa bahas kitab suci, persoalan kahwin interasial ini bukanlah perkara sensitif tak kena gaya melainkan keiinginan kita berdialog bersembang pong pang pong pang pasal benda ini sekadar mencari jawapan peribadi. Ikuti Tengkorak Hang podcast di Youtube, Spotify, Anchor & Facebook.
2020-08-28
34 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep 23 Selamat Ulangtahun Pertama Tengkorak Hang Podcast
Tengkorak Hang Podcast sudah berumur setahun. Hadri mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama THP sepanjang setahun. Dan untuk meraikan tahun pertama, maka dengan itu THP dengan rileksnya menerbitkan episod kali ini julung julung kalinya di channel Youtube Tengkorak Hang Podcast. Subscribe lah tunggu apa lagi kalau hang jenis suka tengok Youtube.
2020-08-21
21 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep 22 Sadiq Bawak Bekal Madey & Parti Baru Beliau Deftones & Tuesday With Morrie
Hai Sumaorang! Episod ke 22 kali menampilkan gelak ketawa keatas ahli politik yang berperangai macam gampang. Masak sandwich pun tayang kat rakyot jelata. Hadri bercerita pula pasal kugiran anti numetal kegemaran beliau iaitu Deftones & mengapa kugiran ini dahulunya selalu menolak pelawaan Korn bertour sesama. Siapa pernah baca Tuesday With Morrie tulisan Mitch Albom? Ya tuan-puan, marilah mendengar pengalaman Hadri membacanya & menghubungkaitkan buku ini dengan konon falsafah hidup. Kenapa 11juta pembacanya yang terpesona dengan cinta Morrie hanya kini mampu menyaksikan dunia lumayan dengan kebencian? Apa yang tak kena? Sempenan setahun aniverseri Tengkorak Hang Podcast pada 21 ogos nanti, jenama terpunk rock dari Ampang...
2020-08-08
42 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 21 Pulang Ke Kampung Selepas PKP bersama Hadri, Pari-Pari Polka Dot & Sang Quds
Direkod dalam kereta ketika perjalanan dari Sg Petani ke Kuala Lumpur, Tengkorak Hang Podcast mempersembahkan sebuah episod perbualan anak beranak, hos THP, Hadri, Pari-Pari Polka Dot & Sang Quds berkenaan episod Pulang Ke Kampung Selepas PKP. Dalam episod terbaru ini, ustazah kegemaran anda iaitu Pari-Pari Polka Dot bersyarah tentang kepentingan pulang ke kampung menjenguk dan menyantuni makpak setelah lama terkurung dek kerana korona durjana. Ustazah juga menggariskan perangai-perangai jahanam anak-anak yang gemar menyusahkan kehidupan makpak dan tingkat-tingkat neraka khas bagi anak-anak bangang sedemikian rupa. Tidak ketinggalan, sang quds mencelah perbualan orang-orang tua dengan idea2 bernas dalam memberi tips merancang perjalan pulang...
2020-07-06
22 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 14 Tamat Work From Home & Seribu Kerinduan Selepasnya
Hadri, Echo, Faz & Man Beger kembali bekerja penuh setelah 3 bulan Work From Home tamat. Depa riuh berbincang tentang aktiviti-aktiviti harian selama depa bekerja di rumah. Dari anak menyendeng duaplohpatjam, masak resipi tak jadi, lipat baju, tidoq sampai 3 hari berturut-turut serta tolong anak buat homework/kelas online dan melangut membunuh masa.
2020-06-13
58 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 13 Ayuh Boikot Jakel Baju Melayu Cap Aaron Aziz
Hadri & Faz bergabung tenaga menembak Azwe dengan soalan-soalan dengan harapan untuk menyuburkan semangat kebangsaan & kaum dalam diri Azwe yang saban hari saban luntur. Soalan-soalan berkisar tentang kebodohan orang melayu yang dituduh tak reti baca SOP. Kemudian Hadri & Faz beri pelbagai situasi umpama antara membeli kicap entah buatan bangsa mana tapi sedap nokharam dengan kicap buatan melayu tapi haram tak sedap, yang manakah perlu kita beli. Dengarlah selebihnya sampai habis. Takkan semuanya nak tulis kat sini?
2020-05-13
55 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 20 Pablo Escobar | Rasisme | Kalut Nak Semayang Jemaah kat Masjid | Mayday & Besdei Bapak
Episod ke 20 membawa pendengar mendengar Hadri melabun pasal karekter Pablo Escobar yang perlu diteladani. Sebenarnya Hadri nak bagitau pengalaman dia menonton Narcos di Netflix dan betapa hati dia berpecah belah bila Escobar mati dan kebrutalan El Patron membunuh 4k manusia sepanjang kariernya sebagai drug lord, bandit, narcoteroris. Dari Netflix, Hadri berkongsikan komen-komen melayu tanjak yang memaki hamun beliau selepas membaca esei Bila Melayu Jadi Pelarian yang diterbitkan beberapa hari lalu. Ada seorang Melayu bawak mulut di twider cakap ada pakgad rohingya gigit tetek seorang penghantar grab food berketurunan melayu. Benarkah cerita gigit tetek ni? Dari situ, perbincangan berkembang ke keputusan...
2020-05-04
46 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 19 Cerita Pasal Babi, Dinosor, Zoo, Industri Lembu & Ayam, ALF dan Kebabian Exploitasi.
Sepanjang tempoh PKP, semua orang macam nak gila bagitau dia tengok movie apa, drama series apa, masak apa & segalanya yang Hadri tak mau ambil tau pun sebenarnya. Tapi hari-hari bila orang ni bagitau itu, orang itu bagitau ini, terpaksalah Hadri bagitau konon-konon berkongsi film apa yang dia tengok. Jadi, marilah mendengar THP ep. 19 (hadri dok habaq ep. 18) dan bergembiralah mendengar syarah Hadri pasal dinosor, pasal babi, pasal ayam lembu, pasal Animal Liberation Front dan pasal eksploitasi pasaran makanan.
2020-04-20
48 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 12 Antara Layanan Dua Darjat : Alphard Hitam VS Perodua Kenari Biru
Ada satu cerita macam mana manusia melayan dengan penuh sopan santun, budi pekerti dan servis 5 bintang kepada pemilik Alphard Hitam. Tetapi apakah layanan mewah penuh hormat itu sama kepada pemilik Kenari Biru? Perbincangan ini melalut sampai ke isu homeless, viva yasin, hospital swasta dan yang paling gampangnya perbincangan yang sepatutnya serius dan bersifat intelektual dicemari carut marut & gelak ketawa host & co-host Edisi Buat Terox. Buat pengetahuan am semua, Echo je tadak. Tempat dia digantikan Cassie La Scala. Dan yang lain macam biasalah, Hadri, Faz Lotsa Love & lelaki was-was, Man Beger.
2020-04-13
50 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 18 Sebuah Falsafah Di Sebalik Korona & RIP Jeff Grosso
Hadri bangun subuh berbual kosong mengenai Jeff Grosso, badass, funny, gnarly madefaker skaterboarder. Jeff mati di usia 51 di rumahnya di California. Seorang yang diingati kerana keghairahannya pada skateboard, legenda ini dikenang kerana karekternya yang lumayan, rendah diri dan menjadi inspirasi kepada ramai. Kemudian Hadri melabun tentang korona shits yang masih mengganas. Sampai bila? Apa akan jadi kepada kita semua? Apakah korona sebenarnya virus yang datang untuk menyembuhkan aturan hidup manusia yang selama ini bergelumang dengan ketidakadilan, ketidakjujuran, ketidakpedulian dan macam-macam ketidak yang lain? Jemput semua mendengar sebuah bual acah falsafah di sebuah subuh yang dingin.
2020-04-06
36 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 11 Besdei Echo To Nov & Apakah Bertambahnya Umur Maka Kita Bertambah 'Wise'?
Hadri, Echo, Faz & Man Beger kembali berpodcast sambil makan nasik lemak. Edisi kali ini disambut dengan nyanyian hepi besdei versi Frank Sinatra. Kemudiannya hosts mengupas definisi 'Wise' dan ciri-cirinya. Man Beger klaim isterinya manusia paling banyak bertoleransi, Echo kata dia nak jadi lebih wise terutama sekali dalam bidang suami-isteri manakala Faz cakap dia sorang je paling betul. Apakah maksud wise nagi kalian? Dengarkan sampai habis. Gelak, mencarut dan live the fullest!edisi buat terox.
2020-04-03
45 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 17 Korona Virus, Feudalisme & Nasib Pekerja Imigran
Apabila Midin, PM bukan pilihan hati rakyot membaca doa, seluruh negara syahdu. Apakah doa akan menyahkan korona? Atau Midin tahu betapa lembutnya hati rakyot bila mendengar bacaan doa? Hadri kembali membebel dalam episod ke 17. Dalam suasana stay defak home, episod kali ini segera membincangkan tentang hal ehwal semasa; kebimbangan, ketakutan & dalam masa yang sama mengeji mamat2 feudal kisin ass menyamakan kerajaan sekarang seperti kerajaan zaman kahlifah. Kahkahkah. Hadri turut berkongsi artikel beekenaan nasib pekerja imigran yang berkerja di ini saat korona liar berkeliaran mencari mangsa. Apakah mereka dapat mengakses layanan kesihatan secara percuma? Atau belum sempat masuk wad dah kena...
2020-03-30
51 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 16 Sembang Anarki: Bagaimana Anarkis Melihat Situasi Politik Malaysia Pasca Coup Sheraton?
Selamat datang ke epiasod 16. Kali ini Hadri melabun tentang situasi politik Malaysia yang bertambah gampang. Antaranya 5 Kegampangan Malam Coup Celaka di Sheraton | Mengapa Anarkis Menolak sistem Elektoral | Adakah Penolakan Elektoral Menyelesaikan Masalah | Apa Tanggungjawab Kaum Anarkis ; Baling Bom, Lepak Tepi, Tak Pedulikan Masyarakat atau Jadi Nabi Bebaskan Ummat? | Patutkah Kaum Anarkis Marah-Marah Sekarang? Semuanya dilabunkan disini. Hang tolong kongsikan demi sekeping pahala, kenderaan menuju Syurga. Oh jangan lupa bermula 1 mac - 7 mac, Rumah Kolektif Cempaka menganjurkan event 7 Hari-7Malam. Nak tau lebih lanjut, dengarkan epison ini sekarang! Tinggalkan Bullshits Dengarkan The Real Shits!
2020-02-29
55 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 10 Edisi Jangan Ketawa | Mengapa Malu Tunjuk Muka IC | Share Bekas Minum Kawan
Hadri, Faz, Echo & Man Beger kembali lagi di Edisi Jangan Ketawa / Edisi Tidak Mengilai. 4 orang pengendali Edisi Buat Terox minggu ini sedaya upaya mereka untuk tampil lebih beradab, lebih steady dan lebih dewasa. Bertemankan 4 bungkus nasi lemak, kopi ais dan sebatang mic shoppee, diskusi kali ini fokus kepada isu mengapa ada dari kalangan kawan kita yang malu, menggelabah bewak malu nak tunjukkan muka IC dia. Apakah sebab-sebab orang-orang ini menggedik? Muka buruk? Hidung senget? Cabai terlekat di gigi? Atau usaha memelihara aurat? Man Beger juga telah membuat satu confession isu share bekas minum/makanan kawan? Apakah yabg cuba disampaikan beliau...
2020-02-16
44 min
Tengkorak Hang Podcast
Ep. 15 Review Album Pita Hati Selamat Datang ke Panggung Suara & Krowbar Swagton Nirrojim
Bukannya kerja THP pun mereview album-album terrbaru melainkan sengaja berkongsi rasa indah bila mendengar album yang sudah 4 tahun release. Hadri bersembang album kugiran psikedelik tempatan Pita Hati. Selamat Datang ke Panggung Suara yang lagu-lagunya adalah runut filem tempatan Terbaik Dari Langit. Dari aura atmosfera Malaysia, Hadri mereview pula album hip hop act seberang. Merepresentasi Bandung dan angkatan Grimlock Records, Krowbar merilis album pasti milik Swagton Nirrojim pada tahun 2018. Jadi demgarkan THP ep. 15 & jangan lupa kongsikan ep. kali ini di grup wasep famili, di fesbuk, twitter dan instagram. Tinggalkan bullshits dengarkan the real shits
2020-02-09
32 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 09 - Kalau Hang Tak Kahwin, Apa Jadi Dekat Diri Hang Sekarang?
Hadri, Echo, Faz & Man Beger kembali menggegarkan episod pertama Edisi Buat Terox di tahun 2020. Mereka berbincang tentang bila depa kahwin, mengapa depa pilih untuk berkahwin & apa kemungkinan terjadi kepada depa saat ini sekiranya depa tidak berkahwin. Apakah berkahwin menyelesaikan masalah? Adakah memilih tidak berlahwin akan berakhir dengan kematian sendiri yang tragis? Sama-samalah kita menghayati perbualan dewasa dilatari riuh rendah 4 sekawan ini.
2020-01-30
51 min
Tengkorak Hang Podcast
14. Tidakkah Hang Sedar Betapa Bullshitnya Azam Tahun Baru Hang?
Selamat tahun baru semua! Azam Tahun Baru adalah perkara paling klise setiap manusia buat. Bermula energetik tapi tak sampai setengah tahun semua jadi mandom balik. Ada juga yang berazam nak happy sepanjang tahun. Tetapi menjadi happy sahaja mencukupi? Hadri berkongsi apa yang lebih bermakna dari menjadi happy semata, yakni memaknai kehidupan sendiri. Ada satu talk di pentas Ted Talk dimana seorang author perempuan bercakap perihal 4pillars of meaningdul life. Antara duanya ialah belonging (berpihak) dan purpose (tujuan hidup). Benda nilah yang Hadri buat terer mengulas macam lah dalam dunia ni, life dia paling bagus. Padahal sebenarnya Hadri nak menjual 30 lanyard...
2020-01-24
36 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 08 Perkahwinan | Menangis Di Hari Pernikahan | Dapat Baby | Cita2 Bangang Tahun 20
Edisi Buat Terox kembali dengan tetamu terbaru ; Azwe. Bersama Hadri, Faz melanyak Azwe dengan bertanyakan perihal baby Azwe yang baru lahir, komunikasi bersama pasangan, mind reader, sembang sweet sweet, kesan tahun 2019 dan cita-cita bangang tahun 2020. Tinggalkan feedback hang di butang 'voicemail' atau kirimkan saja luahan perasaanmu ke shahhadri@gmail.com
2019-12-28
46 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 07 Iklan Paling Menambat Hati | Takuya Kimura & Libresse | Kluang Man
Iklan mana hang paling ingat & memberi kesan dalam hidup? Paling tidak, lepas terpengaruh tengok iklan, hang pow duit mak beli barang yang dijual dalam iklan. Hadri, Faz & Echo berlabun topik ini dengam begitu serius sehinggakan tak pasal-pasal cerita Usop Sontorian & Kluang Man tersangkut sama.
2019-12-19
24 min
Tengkorak Hang Podcast
13. Parenthood Menurut Lelaki Slackers Yang Kulup Anak Lelakinya Baru Dicantas
Hadri bangun tengah pagi berpodcast mengenai Parenthood atau dalam bahasa melayunya Alam Ibu Bapa. Ini bukanlah epiaod dimana Hadri menjadi seorang Pakar anak-anak yang arrogant melainkan mempertanya kembali apakah semua orang wajib melalui alam ibu bapa. Apakah ianya satu pilihan? Jumlah anak yang ideal? Ataupun adakah menjerit dan menjerkah serta menibai anak-anak masih valid di zaman sekarang? Jadi jangan jadi sombong dan kedekut tidak mengongsikan epiaod terbaru ini dengan rakan taulan lain. Copy link episod ini dah share di twitter, Facebook, Whatsapp, Telegram dan Instagram. Kirimkan 'hai' anda ke shahhadri@gmail.com. Follow Tengkorak Hang Podcast di Facebook, Hadri Shah...
2019-12-12
48 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 06 Besdei Faz Lotsa Love & Apakah Keperluan Mengucapkan Besdei Setiap Tahun?
Hadri, Man Beger, Faz & Echo kembali lagi mengunyah sambil berbincang hal penting di dunia : Apakah perlu mengucapkan hari jadi setiap tahun samada secara verbal, atau menghantar kiriman mesej/video? Kemudian mereka mempersoalkan keperluan mengucapkan hari jadi di grup whatsapp; apakah kita mesti mengucapkan hanya kepada ahli grup yang dikenali atau kepada semua walaupun ada yang haram jadam kita tak pernah tau pun kewujudan dia. Hadri turut menimbulkan keresahan apabila dia mempersoalkan keaslian serta keikhlasan ahli grup whatsapp yang hanya main copy paste je bila nak ucap hari jadi. Apakah golongan ini jenis terpaksa, atau cuma nak bagitau dia juga concern...
2019-12-06
44 min
Tengkorak Hang Podcast
12. Kota Banten, Jatidiri & Keperluan Membantu Cikgu - Sebuah episod Motivasi Pagi
Hadri meroyan pasal kepoweran Kota Banten menurut syarah Prof Farish A Noor. Syarah itu bukan didengari langsung olehnya tetapi hanya membacanya melalui ciapan seorang lelaki misteri di Tweeter beberapa hari lepas. Tapi Kota Banten bukanlah topik asasi ep. 12 Tengkorak Hang Podcast melainkan satu leteran bagaimana ibu bapak boleh membantu cikgu dari menjadi asahole tak guna yang menyusahkan dalam grup sekolah. Dengarlah dan beristighfarlah kerana banyak yang dicarut Hadri. Kirimkan doa & teguran kepada Hadri ke shahhadri@gmail.com.
2019-11-30
32 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 05 Relasi Makanan & Nostalgia serta perbincangan mengenai semangat kenegerian
Hadri, Man Beger, Echo & Faz bergandingan di edisi Buat Terox 05 berdiskusi tentang hubungan antara makanan, tukang masak dan Nostalgia. Ada orang setiap kali makan spaghetti teringat ke mak dia. Ada orang lain pula masih bernostalgia tentang nasik lemak sardin bawah Menara tangki air di kawasan kejiranan. Ada yang teringat makan bihun goreng plastik zaman sekolah. Ada juga yang tak terkenang apa-apa langsung sebab daerah negeri dia tak best. Kahkah. Dari makanan & Nostalgia, mereka singgah Sebentar membincangkan semangat kenegerian, bila last sekali masuk stadium tengok bola dan bila kali terakhir balik kampung. Lepas tu ntah apa-apa depa bersembang jauh dari topik...
2019-11-20
58 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 04 Siapa Itu Man Beger?
Ini merupakan episod terpendek, menampilkan Echo, Faz, Hadri serta memperkenalkan debut pertama Man Beger. Siapa beliau? Lelaki hetroseksual kah? Melayu penyokong BMF kah? Atau seorang Wahabi penolak Qunut di Subuh hari? Yang pasti, episod ino juga mencetuskan rasa kantoi sedang galak berpodcast dan kantoi diambush seorang bos.
2019-11-18
06 min
Tengkorak Hang Podcast
11. Persamaan Fans Butterfingers & Fans Hijau Kuning serta 5 buku bad ass terbitan Dubook Press
Jam 4 pagi berlatarbelakangkang hujan renyai-renyai, Hadri bersiap merekod episod ke 11 demi untuk melunaskan nafsu membantai fans butterfingers & fans Hijau kuning yang tersakiti. Apasal pulak kalau idola hang main tak bagus hang tak boleh kecam depa? Apakah selepas kecaman dilemparkan bermakna hang tak akan ngefans band/Tim bola sepak yg sama? Dah main cegampang takkan hang nak ambik hati 'menang kita sorak, kalah kita tetap sokong'? Turut dibincangkan ialah 5 buku terbaik (menurut pilihan Hadri) pernah diterbitkan penerbit liar, angkuh & kontroversi serta gulung tikar tutup kedai - Dubook Press. Kirimkan kecaman balas, caci maki anda ke shahhadri@gmail.com
2019-11-08
48 min
Tengkorak Hang Podcast
10. Pameran peluh Nabi, debu makam & Sembang Filem "Kodachrome"
Dah apa ke gila nya manusia buat pameran peluh Nabi tuan-tuan? BILA manusia manusia macam ni nak bertaubat nasuha? Tapi persetankan semua itu, minggu ini Hadri berkongsi rasa dan kecintaanya terhadap filem Kodachrome yang membawa tema semangat dunia analog. Apakah teknologi sekarang lebih baik untuk tamadun manusia atau adakah idea kembali ke zaman analog boleh menyelamatkan manusia dari mengarang mesej-mesej panjang macam cilake kat WhatsApp? Jangan lupa kongsikan episod ke 10 kepada sanak saudara. Sebarang caci makian, salurkannya ke shahhadri@gmail.com
2019-10-26
45 min
Tengkorak Hang Podcast
Buat Terox Ep. 03 Duit Belanja Sekolah & Erti Menyimpan Barang Buat Kenang Kenangan
Echo & Faz (bukan nama sebenar) kembali ke edisi Buat Terox bersama Hadri berbual sambil menikmati sarapan pagi tanpa tajaan siapa-siapa. Dan edisi kali ini depa berbual mengenai duit belanja sekolah zaman 90an dan melalut sampai benda-benda deep kenapa kita kena mula menyimpan barang-barang buat kenyang-kenangan.Lemparkan caci maki anda ke shahhadri@gmail.com
2019-10-09
45 min
Tengkorak Hang Podcast
09. Sejam Bersama Chok - Pemuda Tawau Berbangsa Cina Si Pemandu Grab
Balik trip Langkawi, Hadri terus melabun pengalamannya bersembang selama sejam dengan Chok si pemandu Grab tentang Timor Lester, ikan paus, ikan lumba-lumba dan kenapa kita masih melihat warna kulit, bangsa dan Agama? Sebuah episod yang sedikit serius bajet ilmiah dan bajet melawan arus. Sebarang caci maki, kirimkan ke shahhadri@gmail.com
2019-10-05
34 min
Tengkorak Hang Podcast
08. Travelling : Budaya Orang Kaya. Fak em.
Episod terbaru menampilkan tetamu mahasiswa sengkek Haddaf, mahasiswa baru nak Grad, Hadirah, Pari-pari polka dot & bapak. Bersama Hadri depa berbincang serius mengenai kepentingan travelling. Adakah aktiviti ini sekadar trend upload gambar mengemis like di medsos, atau ianya perkara yang semua orang mesti lakukan demi pembangunan diri? Juga apakah travelling di luar Negara lebih bagus dari berjalan di negeri sendiri? Duit travel nak cari mana dan kenapa Muslim ni kena ada pakej 'Muslims travel' baru terhegeh nak keluar tengok dunia? Semuanya sudah di cover di Tengkorak Hang Podcast. Hang dengar je rileks-rileks, lepas tu share kat kawan-kawan lain.
2019-09-30
24 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 02. Best Friend. Kawan. BFF. Teman. Sahabat dan sebuah perbualan macam pillow talk
Edisi Buat Terox 02 bersama Echo (bukan nama sebenar) Faz (bukan nama sebenar) berpadu tenaga bersama Hadri melabun hal menggelabah siapakah best friend anda? Apakah best friend kena berkepit 24jam tidor sebantal dan bermain di padang bersama sama selamanya? Atau boleh atau tidak pow duit best friend masa sengkek? Kalau tak, kenapa pulak tak boleh? Kata best friend. Semuanya terjawab di sini. Dan ini merupakan edisi tribute kepada sacred brother kami, Hafez a. k. a Man Beger yang kini di perlukan boss berkhidmat sebagai primadona di department lain.
2019-09-23
45 min
Tengkorak Hang Podcast
07. Mat Belia & Kenapa Hang Tak Perlu Berkorban Lembu Tahun Depan?
Mat Belia kalau benar nak hidup, bernafas dan berjalanlah dengan tangan sendiri. Bukannya perlu tunggu Raja dari langit suapkan hang makan, belai dan manja-manjakan hang. Tengkorak Hang Podcast kali ini mereview artikel Mohd Syazreen a.k.a Ustaz pakai T Shirt Hard Rock bertajuk "Aidiladha : Korban Atau Pesta Penyembelihan Haiwan. Perlu lagi ke korbankan lembu? Perlu ke bawa anak kecil tengok ibadah korban? Perlu ke korbankan lembu di ruang awam, haiwan dipertontonkan sambil hang terpekik-pekik bergambar dan berinsta story? Semuanya tak akan djawab selagi hang tak dengar sampai habis Tengorak Hang Podcast.
2019-09-20
34 min
Tengkorak Hang Podcast
06. Sastera Melawan Ketidakadilan
Episod 06 adalah diskusi antara Hadri dan Johan Radzi, seorang peguam juga penulis buku Peluru & tinju sempena acara Merdekalah Kata anjuran Gerak Malaysia X Dapur Jalanan KL. Depa dua sakan berborak tentang sastera. fungsi dan peranan penulis.Tanggungjawab masyarakat. Kebebasan menulis, membac, menyaring dan berbuat keputusan atas bahan bacaan yang telah dibaca. Juga tentang anugerah sasterawan. Apakah anugerah itu diperlukan atau ianya hanya ilusi dan hipokrasi semata? Deep, kan?
2019-09-16
50 min
Tengkorak Hang Podcast
05. Too Phat Whutadilly. Fateh & lust - Terkesima. Hip hop aloq staq. Rumah Cempaka. Acara Gerak
Episod 05 membawakan perbincangan beli CD setiap bulan sebagai harta peninggalan untuk anak cucu. Juga tentang zaman 15 tahun scene hip hop aloq lepak Menara Alor Star. Dan juga promo event Abortion Rumah Cempaka dan Acara Merdeka lah Kata oleh Gerak Malaysia.
2019-09-09
23 min
Tengkorak Hang Podcast
04. BMF - tapi kan sayang, sampai bila nak beli barang berasaskan bangsa?
Bayangkan 10 tahun lagi semua umat masih lagi bercerita, berpesan-pesan kalau nak beli barang kena utamakan produk atau servis dari bangsa sendiri? Tak ke faking shit? Tapi itulah yang kita labunkan dalam episod kali ini.
2019-09-06
17 min
Tengkorak Hang Podcast
Edisi Buat Terox 01 Kawin campur. Melecet celah kangkang. Drama Melayu VS Johnny Depp. Lelaki Melayu
Edisi Buat Terox ialah edisi khas dalam Tengkorak Hang Podcast. Menampilkan tetamu jemputan dan kesemuanya menggunakan nama samaran (bimbang dikecam netizen) seperti Fazz, Echo & Erny. Bersama Hadri, depa melabun tentang perkahwinan campur, filem melayu VS filem mat saleh, tanah kubur, sifat kolonialisme dalam bahasa inggeris dan macam-macam lagi. Jangan lupa share selepas mendengar. Takkanlah hang nak share resipi kejayaan setiap masa je kan?
2019-09-02
22 min
Tengkorak Hang Podcast
03. Woodstock 99. Si bastard meraba dalam pit. Rage terbalik bendera. SNL. Poverty shit.
Kali ini ayuh mengimbau konsert paling terox, Woodstock 99. Sexual Harrasment masa tengah liar berkonsert. Isu bendera terbalik. Rage Against The Machine kena ban Saturday Night Life dan kecelakaan kemiskinan.
2019-08-30
20 min
Tengkorak Hang Podcast
02. Amazon. Negara Orang Tak Payah La Ambil Peduli. Bumi Manusia. Ayuh Jadilah Tua Seperti Bapak Soes
Episod 2 kali ini Hadri melabun pasal dia jadi Moderator di Forum Kemanusiaan & Kekuasaan. Juga terselit cerita mamat-mamat yang dok kata hal amazon ni tak payahah kita ambil peduli sebab bukan negara kita pun. Tapi sebenarnya betul ke Amazon supply 20% sumber oksigen dunia? Betul ke kita patut jaga perut sendiri dari memikirkan hak orang lain? Dan paling penting, hang nak jadi tua macam Mahathir atau Soesilo?
2019-08-26
33 min
Tengkorak Hang Podcast
01. Tengkorak Hang. Duit Tak Cukup. Zakir Naik Maza. Bumi Manusia
Episod Pengenalan TH. Sebab nak buat podcast (terpengaruh dengan The Nine Club membawa ke duit tak pernah cukup sambil give a shits statement Zakir Naik dan promosi ala radio acara Bumi Manusia 24 Ogos ini
2019-08-21
17 min