Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

Kawah Buku

Shows

Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastKepala Yang Hilang di Gaza Berkata2 Kepada Si Penikam Belakang | 001 Pentas RedupFaisal Tehrani mendeklamasikan puisi baharunya berjudul 'Kepala Yang Hilang di Gaza Berkata2 Kepada Si Penikam Belakang', yang dikarang untuk mengisahkan darihal penderitaan Palestin dan jiwa-jiwa yag terkorban akibat kedurjanaan Israel dan sekutu.2025-01-3012 minFluentFiction - IndonesianFluentFiction - IndonesianSurviving Kawah Ijen's Blue Flames: A Miner’s Tale of FriendshipFluent Fiction - Indonesian: Surviving Kawah Ijen's Blue Flames: A Miner’s Tale of Friendship Find the full episode transcript, vocabulary words, and more:fluentfiction.com/id/episode/2024-11-30-23-34-02-id Story Transcript:Id: Di suatu malam yang gelap, kawah Ijen bersinar dengan api birunya yang misterius.En: On a dark night, the kawah Ijen glowed with its mysterious blue flames.Id: Adi, seorang penambang, berjalan hati-hati di antara kabut sulfur yang tebal.En: Adi, a miner, walked carefully through the thick sulfur fog.2024-12-0118 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastSyarahan Guru Bangsa: Apa dan Kenapa?Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kuliah kolektif ini.2023-11-0137 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastIsrael-Palestine, Bah. 3: Kegagalan Dunia ArabDalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi pelbagai cara serta kelicikan dan kecekapan membaca politik semasa zaman itu dan kemunculan momen-momen sejarah yang dimanfaatkan oleh Zionist dengan strategik, negara penjajah Israel akhirnya berjaya ditubuhkan di tanah air Palestine pada tahun 1948. Bermula dari Nakba pertama pada 15 Mei 1948, malapetaka yang melanda bangsa Arab Palestine tak kunjung padam. Keempat-empat perang yang dilalui oleh mereka bermula dengan...2023-10-092h 07Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastIsrael-Palestine, Bah. 2: Menjayakan Cita-cita ZionismeDalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi kenyataan. Gerakan tanpa idea hanya akan membawa kepada kebuntuan. Israel adalah sebuah projek negara-bangsa moden yang "berjaya". Dari tiada menjadi ada. Dan daripada ada menjadi semakin besar, menguat dan mengukuh. Menjayakan cita-cita Zionism bukan hanya berlegar seputar idea semata-mata tetapi juga digerakkan dari sebuah gerakan yang tersusun. Zionism adalah sebuah gerakan moden yang bersumberkan...2023-10-092h 02Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastIsrael-Palestine, Bah. 1: Permasalahan Nasionalisme IredentisIsrael-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 2012, perjuangan rakyat Palestin untuk merebut kembali tanah air mereka berterusan. Meneropong dari kacamata teori nasionalisme sebagai sebuah idea yang mengutip sumber-sumber sejarah dan budaya terdalam di masa silam serta gerakan politik yang mencitakan sebuah wilayah tanah air untuk bangsanya sendiri, Israel dari tiada menjadi ada dan semakin membesar. Manakala...2023-10-091h 38Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast25 Tahun Reformasi; Titik Tengah yang Menemui Hujungnya?Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentukan aktif tenaga-tenaga sosial baharu seperti organisasi masyarakat sivil dan perkumpulan kolektif yang kemudiannya menjalar dalam mengubah idea, pemikiran dan wacana dalam masyarakat. Lalu, 25 tahun lewat kemunculan Gerakan Reformasi ini, kita menyusur garis masa, mengamati masyarakat Malaysia yang telah tumbuh mekar percikan daripada gelombang reformasi dan merenungkan dilema-dilema baharu Malaysia untuk menjadi lebih baik...2023-09-291h 21Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastAbdullah Munshi: Guru Bangsa atau Khadam Penjajah?Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dalam syarahan ini, Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) merincikan kesosokan Abdullah Munshi dan sisi-sisi beliau daripada sorotan karyanya dan catatan-catatannya semenjak akhir abad ke-19.2023-09-261h 20Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast3. Syed Husin Ali dan karya 'Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat'Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana. 2023-08-0845 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastIlmu Mandiri (Bah. 2); bersama Syed Farid AlatasIlmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan yang selalu ditagih dari Barat menambahkan krisis keilmuan dalam ranah ini. Ilmu Mandiri akan sentiasa berhadapan kekangan sementelah institusi dan autoriti juga tertawan mindanya. Ikuti bahagian akhir perbualan Azan Safar dan Syed Farid Alatas dalam mencerakinkan Ilmu Mandiri dalam menghadapi krisis keilmuan ini. 2023-06-2232 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastIlmu Mandiri (Bah. 1); bersama Syed Farid AlatasEurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gagasan untuk membereskan manipulasi dan membetulkan kembali lensa alam fikir kita yang kabur berkiblatkan sumber ilmu Eropah semata. Ikuti bahagian satu dalam perbualan Azan Safar bersama Syed Farid Alatas seputar hal yang mengasak ini. 2023-06-2227 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp. 1 – Cinta dan Kegelisahan, bersama Mohd. Rosli Ibrahim | Aku dan Buku"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku dan akhbar untuk anak-anaknya membaca. "Ramai orang membaca, tetapi tidak merasa gelisah," sambungnya lagi.2022-10-051h 00Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastMeracik Isu E6 – Analisa & Sorotan PRN Johor – Bahagian I#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan seputarnya. Analisa yang diperikan melalui sudut pandang sosiologikal menjadi landasan perbincangan dalam memberi faham bagaimana operasi politik yang berlaku di Malaysia, dan PRN Johor adalah kajian kes yang terkini untuk diperhatikan. Pemerhatian pada tingkat individu, masyarakat dan institusi memberikan penjelasan yang masuk akal akan senario politik yang kita gulati kini dan ke mana arah...2022-03-2459 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Sebuah Sorotan | Kawah Buku x Institut NyalaTemasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya ingatan ratifikasi Perlembagaan Malaysia, dan tentang muzik, sastera, serta hal-hal berselirat dengan identiti kebangsaan.2021-09-3051 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Dari Dilema Melayu ke Bangsa Malaysia | Kawah Buku x Institut NyalaSebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorikan secara perduaan (binary). Hitam, putih, kelabu dan warna-warna lain tersulam di dalam anyaman biografi seorang Mahathir. Tapi suatu hal yang jelas ialah Mahathir adalah gergasi politik Malaysia. Legasi beliau baik yang positif, mahu pun negatif sudah terpahat kejap dalam perjalanan sejarah Malaysia. Bermula sebagai seorang nasionalis Melayu, Mahathir kemudiannya diberi amanah untuk...2021-09-301h 07Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Titik Temu Malaysia Terangkum | Kawah Buku x Institut NyalaApakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan "merdeka, merdeka, merdeka" beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya  beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang sebelum-sebelum ini? Tanpa mengambil sikap menyatakan bahawa kita mesti mendapatkan maksud "merdeka" itu?  Atau cukup sekadar mendapatkan maksud perkataan "merdeka" itu, tanpa ambil pusing tentang bagaimanakah boleh diterjemahkan maksud "merdeka" itu kepada pengujaran dan perbuatannya? Perlulah kita membincangkan apakah yang dipanggil perbuatan yang menerjemahkan makna perkataan “merdeka” itu? Apakah erti merdeka pemikiran? Apakah ertinya merdeka pengucapan? Apakah...2021-09-301h 48Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Cita Malaysia dan OKU | Kawah Buku x Institut NyalaKesedaran dan kepedulian masyarakat Malaysia dalam isu dan nasib OKU masih rendah. Kejadian terbaru di mana seorang atlet paralimpik Ukraine telah dikecam dengan dasyat oleh netizen Malaysia, termasuk hantaran-hantaran berupa penghinaan dan makian yang mempermainkan fizikal dan kecacatan atlet tersebut mencerminkan betapa runcingnya tahap pemikiran serta nilai masyarakat Malaysia dalam mendepani isu-isu OKU. Justeru itu persoalannya ialah mengapakah masih wujud nilai dan pemikiran yang sebegini teruk dalam masyarakat Malaysia walaupun kita sudah 64 tahun Merdeka dan bakal pula merayakan hari Malaysia yang ke-58 tidak lama lagi? Pernah tak berapa lama dahulu telah viral sebuah video seorang pemimpin gerakan mahasiswa Islam...2021-09-302h 10Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Muzik, Lagu dan Identiti Kebangsaan | Kawah Buku x Institut NyalaMuzik dan lagu tidak hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata. Bermula mungkin sebagai suatu persembahan buat entiti metafizik yang dianggap sebagai maha kuasa samada dalam bentuk tuhan, dewa, makhluk ghaib atau semangat yang dipercayai oleh sesuatu komuniti itu, kini menerusi proses pemodenan masyarakat, muzik dan lagu juga telah menjadi sumber peluahan ekspresi diri individu, bahan komoditi perdagangan dan perniagaan, produk pelancongan, alat kuasa lunak (soft power) serta identiti sesuatu bangsa, etnik dan suku kaum serta boleh juga berfungsi sebagai pembangkit kesedaran serta perlawanan. Muzik dan lagu juga turut digunakan oleh negara (state) sebagai suatu sarana untuk propaganda kerajaan dan  usaha-usaha n...2021-09-302h 40Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Ingatan Ratifikasi Perlembagaan Malaysia | Kawah Buku x Institut NyalaPerlembagaan merupakan undang-undang asas dan sumber tertinggi perundangan bagi sesebuah negara moden. Perlembagaan menyediakan corak kerajaan dan perincian kepada pengagihan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan had-had kerajaan ke atas yang ditadbir. Undang-undang asas ini yang ada dalam kebanyakan negara telah berkembang melalui proses sejarah yang panjang dan boleh dijejaki ke masa silam. Pada zaman moden perlembagaan adalah suatu penyataan perwakilan kepada keinginan kolektif rakyat. Begitu hal-nya turut berlaku dalam negara moden bernama Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak terbentuk dalam hampawa. Ada konteks dan proses sejarah yang panjang, malah mungkin boleh dijejak sedari beratus tahun dulunya. Selembar kertas perlembagaan...2021-09-291h 30Teh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast#MenganyamNusa: Orang Asli dalam Naratif Kemerdekaan | Kawah Buku x Institut NyalaCatatan sejarah merekodkan Orang Asli mempunyai kedudukan penting dalam unit politi keRAJAan Melayu sebelum kolonial menjarah Tanah Melayu. Peranan penting yang dimainkan dalam membekalkan sumber alam kepada orang Melayu untuk didagang menjadikan orang darat dan orang laut menjalin kerjasama yang istimewa bersama pembesar keRAJAan pada ketika itu. Pada suatu ketika juga, Orang Asli mempunyai kedudukan yang tinggi dalam struktur kepimpimpinan masyarakat, seumpama Biduanda Waris di Negeri Sembilan. Namun menjengah 60 tahun tahun selepas merdeka, naratif ini telah lenyap sama sekali. Naratif gantinya adalah penindasan dan perlawanan dengan tangan yang diikat dalam mempertahankan hak, identiti dan warisan Orang Asli. Justeru persoalan...2021-09-292h 12Sawahan Brothers PodcastSawahan Brothers PodcastEps 46 – MUSBUK #9 Outliers oleh Malcolm GladwellThomas Edison, seorang ilmuwan yang dijuluki Penyihir Menlo Park itu pernah berujar bahwasanya kesuksesan adalah 1% ilham dan 99% kerja keras. Saya dulu begitu percaya dengan jargon kerja keras tidak akan mengkhianati hasil. Tapi setelah beranjak dewasa, saya meralat kepercayaan tersebut. Dunia tak pernah sesederhana itu.Ada begitu banyak faktor untuk kesuksesan. The Beatles menunjukkan tampil selama 1200 kali di atas panggung dalam rentang waktu 4 tahun menjadi kawah candradimuka mereka untuk menjadi matang. Bill Gates mengajarkan passion dan kegilaan kepada komputer membawanya tumbuh bersama Microsoft yang mengubah dunia. Namun, tanpa setitik kesempatan yang mereka peroleh, semua kerja keras itu tak...2021-07-011h 07Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp29 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian IV | Menjadi MalaysiaSiri #MenjadiMalaysia memasuki bahagian terakhir bersama Dr. Alinor dalam membincangkan kerajaan Champa, dengan perbincangan dimulakan pada topik mengapa kajian mengenai Champa mengundang risiko dari sudut politik antarabangsa. Hal ini dijelaskan oleh Dr. Alinor, akan sejarah gerakan pemberontakan dan kemerdekaan Champa dari negara Vietnam. Perkara ini telah mengundang kesukaran buat para pengkaji khususnya, apabila kajian-kajian mengenai Champa tidak mudah dilakukan dalam negara Vietnam, atas faktor pemantauan pihak berkuasa di sana. Perbincangan turut menyentuh persoalan penting mengenai hubungan antara kerajaan Champa dan kerajaan-kerajaan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Dr. Alinor juga berkongsikan beberapa teori penting yang perlu para pengkaji Champa kuasai...2021-05-2140 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp28 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian III | Menjadi MalaysiaPerbincangan siri #MenjadiMalaysia bersambung lagi, masih bersama dengan tetamu istimewa — Dr. Alinor — untuk memperincikan perbincangan tentang Champa. Mad Koy memulakan perbincangan dengan mempertanyakan darihal perkembangan terkini kajian dan penyelidikan Champa. Dr, Alinor mencerakinkan kepada dua hal iaitu apa yang kita tahu, dan apa yang kita boleh berbuat mengenainya. Memetik nama seorang penyelidik Champa, Arlo Griffiths yang menyebut bahawa terdapat 50 penemuan prasasti yang baharu, semenjak Cordes sehingga tahun 2000. Hal ini sahaja menunjukkan suatu keperluan kepada usaha transliterasi manuskrip dilakukan. Demikian juga, Dr. Alinor berkongsikan usaha yang dilakukan oleh Prof. Shaharir Mohd Zain dalam penyelidikan Champa dengan menganalisis data-data saintifik yang wuju...2021-05-0735 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp27 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian II | Menjadi MalaysiaMenyambung perbincangan dari minggu lepas dan siri #MenjadiMalaysia, Dr. Alinor bermula dengan perbincangan mengenai asal usul nama Champa berdasarkan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh para pengkaji Champa, antaranya kerajaan tersebut bermula dengan nama Champa-Desa, dan Champa-Pura—nama-nama yang diberikan sendiri oleh orang Cam. Dr. Alinor turut menghuraikan teori nama Champa yang berasal dari sebuah kota di India, dengan membentangkan sejarah Universiti Nalanda, sebuah pusat pengajian terbesar bagi agama Buddha di mana terdapatnya sebuah asram (kolej) yang diberi nama Asram Srivijaya. Dr. Alinor turut menerangkan kaedah pemetaan (mapping) dalam pengkajian sejarah dengan membawa contoh bagaimana dakwaan bahawa bertapaknya Islam di Ch...2021-04-3033 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp26 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian I | Menjadi MalaysiaDalam episod minggu ini dan beberapa episod kehadapan, #MenjadiMalaysia mengundang tetamu khas iaitu Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir untuk membicarakan wacana Champa secara lebih mendalam dan memberi ulasan kepada sumber kajian Champa yang bersifat primer. Digandingkan dengan Mad Koy, Dr. Alinor memberi keterangan dari segi latar belakang penglibatannya dalam kajian Champa, bermula dengan suatu tugasan yang diberikan oleh Prof. Shaharir Mohamad Zain ketika Dr. Alinor sedang melengkapkan pengajian di United Kingdom. Kemudian, kajiannya semakin mendalam sehingga ke hari ini, Dr. Alinor sedang mengusahakan kajian prasasti Champa, Funan, Chenla, Srivijaya, dan beberapa lagi kerajaan lama di Asia Tenggara.2021-04-2419 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastE11 - Mengingati Rustam Sani: Pergulatan Seorang Nasionalis Malaysia | Melawan LupaSeorang sarjana, intelektual awam dan pemikir politik yang berada dalam kelasnya tersendiri, Rustam A. Sani telah pergi meninggalkan kita pada hari ini, 13 tahun yang lalu. Pemergiannya pada usia yang boleh dikira muda, mengejutkan ramai orang terutamanya mereka yang rapat mengikuti wacana sains sosial di Malaysia. Dari buah fikirnya, terhasil rencana, makalah serta buku yang membincangkan persoalan penting buat masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya. Polemik "Melayu Baru" suatu ketika dulu telah diracik dengan lebih halus oleh Rustam dalam penulisan beliau untuk memberikannya suatu nafas yang lebih segar dalam konteks Malaysia yang majmuk. Dari ketajaman fikiran Rustam juga telah...2021-04-232h 04Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastE10 - Remembering James Puthucheary: A Conversation with Sharaad Kuttan | Melawan LupaDuring his formative years at the University of Malaya (Singapore), James believed that "if the University is to play its important role in the development of the country it must become the advocate and guardian of the concept of the Malayan Nation and work for the achievement of this idea". But before university his youthful adventures took him into the Indian National Army—he fought at the Battle of Imphal—then to Rabindranath  Tagore’s University at Shantiniketan, also serving as an ambulance driver during India's brutal Partition. Returning to Malaya in the late 40s James' entered University and was cat...2021-04-231h 21Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp25 - Sebelum Melaka: Mengapa Champa? | Menjadi MalaysiaSiri #MenjadiMalaysia dalam episod minggu ini merungkai persoalan hubungkait antara Champa dan kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya Melaka menerusi catatan dalam teks Sulalatus Salatin dan juga kerajaan di Kelantan yang menghantar bantuan ketenteraan kepada Champa sewaktu perang melawan Viet. Mad Koy mengajukan bahawa unsur agama memainkan peranan penting dalam membentuk kesatuan dan hubungan antara kerajaan Champa dan kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Huraian turut menyentuh mengapa perbincangan mengenai Champa adalah penting dalam memberi kefahaman kepada pendengar tentang persoalan kemenjadian Malaysia, pada hari ini.2021-04-1626 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp24 - Sebelum Melaka: Pemberontakan di Zaman Akhir Champa | Menjadi MalaysiaPerbincangan dalam episod seterusnya siri #MenjadiMalaysia berkalih ke zaman-zaman akhir kerajaan purba Champa. Kosmologi dan pengaruh India turut mula terlerai sedikit demi sedikit dari kerajaan Champa, dan yang tersisa hanyalah pengamalan budayanya. Pada babad ini, telah berlakunya siri pemberontakan yang dianggap sebagai peristiwa penting untuk menuruti hubungan serantau Champa dan kerajaan-kerajaan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Antara yang dihurai oleh Mad Koy adalah pemberontakan diketuai oleh Katip Sumat yang berasal dari Kelantan, memimpin tentera Champa bagi menentang kerajaan Viet.2021-04-0932 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp23 - Sebelum Melaka: Titik Penting Champa dalam Era Indianisasi | Menjadi MalaysiaSepanjang Champa melalui proses Indianisasi, telah tercatatnya beberapa titik penting yang pada pandangan Mad Koy, wajar diketengahkan dalam usaha menuruti sejarah kerajaan purba tersebut. Demikianlah, dalam episod siri #MenjadiMalaysia kali ini dibentangkan. Dalam kurun ke-10, berlakunya beberapa siri pertembungan antara kerajaan Champa dan kerajaan Viet. Menurut Mad Koy, peristiwa-peristiwa ini telah menunjukkan sisi wewenang dalam kalangan pemerintah dan raja kerajaan Champa apabila mereka menyerahkan wilayah kekuasaannya kepada pihak yang menang dalam konflik, atau juga mengaturkan perkahwinan antara keluarga diraja. Chế Bồng Nga, antara pemerintah Champa yang dikatakan hampir-hampir mengalahkan kerajaan Viet dan menduduki kota Viet. Perlu diingatkan bahawa, kera...2021-04-0229 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp22 - Sebelum Melaka: Indianisasi Champa | Menjadi MalaysiaChampa melalui tiga era utama, iaitu era sebelum proses indianisasi, sewaktu indianisasi, dan selepas indianisasi. Berikut adalah rangkuman yang cuba disampaikan oleh Mad Koy menerusi episod ini dalam siri #MenjadiMalaysia. Sejarah Champa ditandai dengan siri peperangan dengan kerajaan dalam dinasti Viet dan kerajaan Khmer, dengan Champa berada di tengah antara kedua-dua kerajaan tersebut. Ditambah lagi dengan faktor kedudukan geografinya, pada akhirnya kerajaan purba ini lenyap.2021-03-2624 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp21 - Sebelum Melaka: Bentuk dan Rupa Champa | Menjadi MalaysiaSiri #MenjadiMalaysia masih dalam perbincangan mengenai Champa, dengan pemfokusan diberi kepada bentuk-bentuk dan rupa kerajaan purba Champa dari segi sosial, ekonomi, dan politiknya. Mad Koy menghuraikan perihal bentuk geografi Champa yang berlatarkan Banjaran Annam (Annamite Range), yang berjajar dari Quảng Bình sehingga ke Phan Rang—dan keterkaitannya dengan faktor lenyapnya kerajaan Champa pada era terkemudian. Perbincangan turut menyentuh perihal bentuk agama, dalam kerajaan Champa yang bersifat sinkritik (syncretic) hasil pertembungan antara amalan-amalan Hindu, Buddha, dan animisme. Dalam konteks ekonomi pula, Champa masih dalam kerangka ekonomi feudal di mana wujudnya dua kelas ekonomi—kelas istana dan kelas rakyat bawahan2021-03-1931 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp20 - Sebelum Melaka: Champa dalam Catatan Cina dan Viet | Menjadi MalaysiaMad Koy menyambung perbincangan dalam siri #MenjadiMalaysia dengan menelusuri Champa dari urutan catatan Cina dan Viet, serta merungkai permasalahan-permasalahan pensejarahannya dari sumber sejarah tersebut. Antara masalah yang diajukan oleh Mad Koy dalam terkait dengan permasalahan ketepatan catatan Cina dan Viet terutamanya perihal nama pemerintah/raja yang wujud dalam catatan tersebut yang saling bercanggah dengan catatan dalam prasasti. Kemungkinan paling besar adalah faktor bahasa dan lenggok sebutan nama yang menyebabkan permasalah ini wujud. Begitu juga halnya dengan nama tempat yang banyak bercanggah antara catatan bertulis dan catatan dalam prasasti. Mad Koy turut menyebut keadaaan catatan Cina dan Viet yang tidak...2021-03-1231 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp19 - Sebelum Melaka: Sumber Pensejarahan Champa | Menjadi MalaysiaMasih dalam perbincangan mengenai Champa dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menghuraikan Champa dari sumber binaan/monumen dan artefak arkeologi, dan juga prasasti. Dalam sumber binaan dan artefak arkeologi, ahli sejarah mempercayai bahawa telah berlakunya bertembungan antara kerajaan Champa, kerajaan Viet dan kerajaan Khmer, dan yang akhirnya menyebabkan Champa lenyap langsung—melainkan catatan mengenainya yang tersimpan dalam bentuk tinggalan binaan dan monumen, artefak arkeologi, serta prasasti. Kota-kota dalam Vietnam moden seperti Đà Nẵng, Bình Định, Nha Trang, dan Phan Rang sudah wujud dalam era kerajaan Champa, dengan nama-nama lama yang menggunakan bahasa Sanskrit. Pertembungan ini juga, menurut Mad Koy, boleh jadi...2021-03-0529 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp18 - Sebelum Melaka: Champa dalam Teks Klasik Melayu | Menjadi MalaysiaDari Chenla yang dibincangkan secara ringkas, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke Champa. Kerajaan purba ini menawarkan ruang wacana dan perbahasan yang lebih besar dan Mad Koy memilih pada episod kali ini untuk membentangkan rakaman tentang Champa yang terdapat dalam teks-teks klasik Melayu seperti Hikayat Aceh, Hikayat Banjar, Hikayat Hassanudin, Syair Sultan Nur Peri, dan Sulalat u's-Salatin. Menerusi karya Sulalat u's-Salatin, terdapat 30 istilah Champa tercatat di dalamnya. Dalam perbincangan kali ini, Mad Koy membawakan tiga versi teks Sulalat u's-Salatin yang diselenggara oleh tiga penyelenggara berbeza iaitu A. Samad Ahmad, Muhammad Haji Salleh, dan W. G. Shellabear.2021-02-2627 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp17 - Sebelum Melaka: Dari Funan ke Chenla | Menjadi MalaysiaSelepas Funan, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke perbincangan mengenai Chenla—sebuah kerajaan purba yang turut muncul dalam catatan China, dan diteorikan sebagai sebuah kerajaan penyambung kepada Funan. Malah menurut Mad Koy, ada juga penemuan baharu dari pengkaji iaitu Michael Vickery yang menunjukkan bahawa Funan dan Chenla sebenarnya wujud pada era yang sama dan saling terkait antara satu sama lain, terutamanya dari segi keturunan pemerintah kedua-dua kerajaan purba tersebut.2021-02-1921 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp16 - Sebelum Melaka: Menelusuri Selirat Pensejarahan Funan | Menjadi MalaysiaPersoalan asas yang cuba dirungkai menerusi perbincangan minggu ini dalam siri #MenjadiMalaysia adalah siapakah Funan dan bagaimana sejarawan menanggapinya. Menurut Mad Koy, dalam menjawab persoalan ini dan teori-teori kemenjadian Funan oleh para sejarawan, menimbangkan perbincangan dari sejarah idea juga menjadi hal yang mustahak kerana ianya mampu memberi sisi pandangan yang lebih objektif, dan menyeluruh, serta meraikan konteks Funan yang sudah berusia ratusan/ribuan tahun lampau. Dalam jalur sejarah idea, meneropong Funan dari kanta zaman sekarang iaitu perbincangan mengenai konsep ras atau etnik Funan, sebagai contoh, mungkin menjadi soalan yang tidak tepat untuk dipertanyakan. Mad Koy menekankan peri pentingnya melihat...2021-02-1219 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp15 - Sebelum Melaka: Asal-usul Funan dan Kemenjadiannya | Menjadi MalaysiaKetiadaan teks asal Funan,menyebabkan perbincangan-perbincangan mengenai peradaban Funan menjadi sukar dan belum lengkap. Antara pelopor awal wacana ini adalah sarjana-sarjana dari Perancis, yang mula mengangkat Funan sementelah penemuan Angkor Wat. Dalam episod 15 siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menerokai jalur perbincangan yang wujud dalam wacana peradaban Funan, dengan premis bahawa Angkor Wat tidak wujud dalam hampawa tetapi telah wujudnya sebuah peradaban yang bersinambungan sebelum itu lagi. Jadi persoalannya. bagaimana kewujudan Funan boleh dibuktikan? Menurut Mad Koy, rekod yang wujud adalah catatan-catatan dari China yang bersifat cerita mulut (folklore) tentang kewujudan sebuah tanah sakti yang dikuasai oleh seorang raja bernama Hùn...2021-02-0519 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp14 - Sebelum Melaka: Indologi dan Kerajaan Pemula | Menjadi MalaysiaEpisod 14 dalam siri #MenjadiMalaysia menyambung perbincangan tempoh masa sebelum Melaka, iaitu teori terbentuknya kerajaan pemula yakni Funan yang terhasil dari proses Indianisasi kerajaan tempatan.2021-01-2920 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp13 - Historiografi: Perkembangan Wacana Historiografi | Menjadi MalaysiaDalam episod terakhir untuk perbahasan mengenai historiografi dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy melanjutkan perbincangan kepada perkembangan wacana historiografi termasuk cabang-cabang pengajian yang muncul dari sub-bidang ini. Episod ini turut menelusuri percanggahan manuskrip Sulalatus Salatin dari dua penyelenggara yang berbeza.2021-01-2222 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp12 - Historiografi: Mengungkapkan Kebenaran | Menjadi MalaysiaBersambung dari Episod 11 siri #MenjadiMalaysia​, Mad Koy menghuraikan dengan lebih lanjut darihal 'kebenaran', yang mana menjadi salah satu objektif utama dalam kajian pensejarahan (historiografi). Wacana 'kebenaran' telah memunculkan kelompok dan cabang falsafahnya yang tersendiri iaitu empiricism, suatu cabang falsafah yang condong kepada kepercayaan bahawa 'kebenaran' hanya boleh diungkap dan dibuktikan menerusi bukti-bukti yang bersifat empirikal. Dari wacana ini, telah lahirnya kritik-kritik, antaranya dari kumpulan sekolah pemikiran Marxist yang mengajukan bahawa 'kebenaran' tidak terhad dalam bukti empirikal. Dari kritik-kritik kumpulan Marxist, telah muncul pula beberapa cabang-cabang sejarah yang cuba untuk mengetengahkan kelompongan dalam metodologi dari wacana-wacana yang sebelumnya, antaranya subaltern hi...2021-01-1621 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp11 - Historiografi: Suatu Pengenalan | Menjadi MalaysiaMembuka lembaran 2021 #MenjadiMalaysia, Mad Koy mengajak pendengar kepada suatu pengenalan untuk historiografi (historiography) atau pensejarahan—suatu sub-bidang dalam disiplin sejarah yang menumpukan kajian sejarah kepada sejarah. Dalam takrifan yang lebih khusus historiografi ialah suatu disiplin ilmu yang menumpukan penyelidikan (analisis dan juga kritik) terhadap penulisan-penulisan sejarah dan juga kajian ke atas sejarah yang telah ditulis. Dengan kata lain setiap penulisan sejarah itu ada sejarah disebaliknya. Dan inilah yang menjadi fokus dalam kajian historiografi atau pensejarahan. Justeru, untuk memahami sejarah Malaysia dengan lebih halus dan canggih (sophisticated), maka sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan dengan ilmu historiografi atau pensejarahan adalah diperlukan. Mad Ko...2021-01-0822 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp10 - Edisi Tahun Baru 2021 | Menjadi MalaysiaSelamat Tahun Baru 2021 buat semua pendengar setia siri #MenjadiMalaysia. Episod kali ini, dibawa khas sebagai sebuah penghargaan buat para pendengar—dari Mad Koy dan Azan Safar, mereka membacakan komentar-komentar dan kritikan yang diperoleh dari pendengar bermula dari EP1 sehingga episod terakhir yang menutup tirai 2020 pada minggu lepas. Terima kasih tak terhingga, buat semua teman-teman pendengar.2021-01-0130 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastE6 - Mengingati A. Rahim Kajai: Bersama Tan Sri Johan Jaaffar dan Ku Seman Ku Hussain | Melawan LupaA. Rahim Kajai — suatu nama yang sudah menjadi sebuah institusi dalam dunia kewartawanan Malaysia, dilawati semula juzuk kehidupan dan pemikirannya oleh dua orang tokoh besar dalam barisan kewartawanan Utusan Malaysia, iaitu Johan Jaaffar dan Ku Seman. A. Rahim Kajai pergi ketika usia yang sebegitu muda. Namun begitu, namanya abadi, fikiran dan ideanya terus diperbahaskan. Hari ini kita melawat semula sosok berpengaruh ini sementelah 77 tahun pemergiannya. Sosok pemikir, yang tak pernah apologetik rasa cintanya terhadap bangsa Melayu menerusi tulisan-tulisan dalam pojoknya, telah meninggalkan suatu bekas yang tak terlupakan pada rata-rata umat Melayu. Kita bertanya semula, siapa Kajai pada hari ini?  #Mel...2020-12-301h 01Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp9 - Sebelum Melaka: Entrepôt, Orang Asli, dan KeRAJAan | Menjadi MalaysiaMelanjutkan pemerian mengenai faktor material, iaitu perdagangan dalam pembentukan keRAJAan-keRAJAan sebelum Melaka, Mad Koy mengajukan prinsip asas ekonomi iaitu permintaan dan penawaran yang wujud melahirkan perdagangan antara komuniti manusia di wilayah-wilayah penempatan yang berbeza. Mad Koy turut menghuraikan faktor lanskap geografi, cuaca, iklim, pergerakan angin, dan sistem ekologi serta sumber alam yang kaya yang terdapat di sekitar kepulauan Asia Tenggara ditambah pula dengan dasar pemerintahan yang mesra perniagaan dan terbuka kepada kehadiran orang asing telah membantu mengembangkan perdagangan dan melahirkan kota-kota pelabuhan entrepot yang sohor. Tidak ketinggalan (tetapi jarang diangkat oleh sejarah arus perdana Malaysia) adalah sumbangan besar daripada...2020-12-2526 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastE5 - Mengingati 46 Tahun Demonstrasi Baling 1974 bersama Hishamuddin Rais | Melawan Lupa46 tahun berlalu, sebuah peristiwa yang begitu signifikan dalam lipatan sejarah negara. Kali ini kita membabadkan semula kisah sebuah kebangkitan gerakan mahasiswa, melawat kembali renta-renta sejarah, menyisir puing-puing yang bersisa, bersama Hishamuddin Rais—salah seorang sosok yang hidup dan berada pada kemuncak peristiwa tersebut. Ini rakaman sejarah, yang wajar diketengahkan, untuk tatapan generasi mendatang.2020-12-2048 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp8 - Sebelum Melaka: Idea dan Material Membentuk KeRAJAan | Menjadi MalaysiaApakah faktor tempatan yang menyebabkan tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu sebelum Melaka—atau KeRAJAan, merupakan persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan dalam Episod 8. Seperti kebiasaan, berkesinambungan dari Episod 7, Mad Koy memulakan penghuraian konsep "mandala" yang membawa maksud bulatan—sebuah konsep yang meletakkan Raja sebagai pusat kuasa. Jangkauan kuasa oleh seseorang Raja telah menentukan sejauh mana kerajaannya berkuasa. Kuasa hanya berakhirnya apabila sesuatu kawasan tersebut hilang penguatkuasaan seseorang Raja, yang berbeza dengan konsep garis sempadan/wilayah dalam konteks dunia moden. Dalam perkembangan sesuatu politi, terdapat dua faktor utama iaitu idea dan material. Pergeseran idea telah diterangkan oleh Mad Koy dalam episod yang lepa...2020-12-1813 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp7 - Sebelum Melaka: Raja Mandala | Menjadi MalaysiaBersambung dari perbincangan dalam Episod 6, Mad Koy menghuraikan 'Raja' dalam bentuk sebuah konsep, yang bukan sekadar suatu sosok individu atau orang, tetapi merupakan sebuah idea yang terbina dari pertembungan dengan peradaban luar terutamanya idea-idea dari wilayah yang sekarang dikenali sebagai India. Pertembungan dan kemasukan idea luar ini bukanlah berbentuk sehala semata-mata tetapi turut diolah dan dibina oleh kepimpinan tempatan untuk melahirkan konsep politik dan kuasa yang bersesuaian dengan lanskap budaya setempat. Mad Koy turut menghuraikan konsep 'mandala' sebagai suatu bentuk politi atau sistem pemerintahan keRAJAan-keRAJAan sebelum kedatangan Eropah ke rantau Asia Tenggara ini yang terpusat kepada raja-raja sebagai sumber...2020-12-1113 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp6 - Sebelum Melaka: Menjadi Raja | Menjadi MalaysiaBagaimana seorang raja menjadi RAJA, itu adalah persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan Mad Koy dan Azan sepanjang episod ini. Mad Koy mengutarakan beberapa andaian berdasarkan teori kepimpinan yang diajukan oleh Max Weber dan juga, pertembungan idea pembentukan sistem berkerajaan tempatan dengan idea-idea luar seperti peradaban India. Andaian ini bertitik tolak dari istilah 'raja' yang berasal dari bahasa Sanskrit, menunjukkan bahawa konsep raja adalah sebuah konsep pinjaman dari peradaban India yang telah disesuaikan dengan budaya tempatan.2020-12-0413 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast2. Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal, dan Kenegaraan Malaysia | Ulas BukuBersama Hazman Baharom, penterjemah karya Tamir Moustafa yang berjudul 'Constituting Religion: Islam, Liberal Rights, and the Malaysian State' ke dalam Bahasa Melayu, dengan judul alih bahasanya 'Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal, dan Kenegaraan Malaysia', menghuraikan isi perbincangan karya tersebut, serta selitan pengalaman beliau sepanjang menyiapkan terjemahan sebuah karya perundangan di Malaysia.2020-12-0327 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp5 - Sebelum Melaka: Tradisi Lisan, Monumen, dan Keharmonian Sejarah | Menjadi MalaysiaBersambung dari Episod 4 yang masih belum selesai perbincangannya, Mad Koy mengulas perihal tradisi dokumentasi yang berbentuk lisan (penceritaan mulut), berbanding tradisi dokumentasi berbentuk tulisan/teks dalam masyarakat sebelum Melaka. Kekurangan tradisi pendokumentasian dalam bentuk tulisan di zaman sebelum Melaka ditambah pula dengan hampir tiadanya monumen binaan sejarah dalam skala besar yang signifikan di wilayah Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menyebabkan permasalahan pensejarahan menjadi semakin rumit untuk dirungkai dan dibuat tafsiran secara tepat. Justeru bagaimanakah proses mengharmonikan pensejarahan Malaysia, dalam konteks dan keadaan di mana data dan maklumat masa lampau yang tidak mencukupi? Mad Koy mengajukan keperluan untuk menggabungkan pelbagai...2020-11-2713 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp4 - Sebelum Melaka: Pensejarahan yang Tak Terselesai | Menjadi MalaysiaDalam episod kali ini, Azan mengajukan persoalan kepada Mad Koy perihal permasalahan dalam pensejarahan Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Kekurangan data dan rekod bertulis menjadi faktor utama kepada kesukaran untuk mendapatkan gambaran yang paling tepat mengenai sesuatu era sebelum Melaka. Mad Koy turut menyebut perihal Malaysia yang tidak mempunyai monumen tinggalan sejarah yang signifikan untuk diangkat, sebagaimana Angkor Wat di Cambodia dan Borobudur di Indonesia.2020-11-2013 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik Podcast1. Riwayat Ungku Aziz | Ulas BukuIkuti perbincangan ulasan buku Riwayat Ungku Aziz karya Asmah Haji Omar, bersama Azan dan Firdaus. Riwayat Ungku Aziz adalah memoir sosok Profesor Diraja nukilan Asmah Haji Omar, berdasarkan temu bual dan pengalaman berkhidmat di Universiti Malaya sewaktu Ungku Aziz menjadi Naib Cancelor. Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan seorang tokoh akademik yang ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Bahan yang menjadi kandungan buku ini sebahagiannya diambil daripada khazanah ingatan penulis sendiri dengan pengalaman begitu lama bekerja di Universiti Malaya, dan khususnya di bawah pentadbiran Ungku Aziz sebagai Naib Canselor. 2020-11-1949 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp3 - Sebelum Melaka: Berdamai Dengan Masa Lalu | Menjadi MalaysiaMasih dalam perbincangan di era sebelum Melaka, Azan dan Mad Koy cuba merungkai persoalan kewajaran sukatan sejarah di sekolah-sekolah Malaysia memberi tumpuan yang seimbang kepada kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha yang wujud pra-Melaka. Menyedari bahawa sejarah adalah suatu bidang yang "fiercely contested", keinginan untuk melihat sejarah Malaysia secara adil adalah suatu yang tidak senang untuk direalisasikan. Walau bagaimanapun, pembicara menganjurkan keperluan untuk kita berdamai dengan masa lalu dan memeluk kepelbagaian yang mewarnai sejarah Malaysia.2020-11-1312 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastE1 - Mendeklamasi Pak Sako (1909-1991) | Melawan LupaKlip pendek tribut buat Pak Sako disiarkan secara langsung sewaktu program "Mendeklamasi Pak Sako" pada 7 Nov 2020, bersempena memperingati pemergian Pak Sako 29 tahun yang lepas. Dalam klip tribut ini, Azan, Mat Koy, Ikram, dan Khairunisa'a mendeklamasikan beberapa buah karya puisi dan sajak oleh Pak Sako, dengan diiringi petikan gitar oleh Muiz. #MelawanLupa2020-11-0726 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp2 - Sebelum Melaka: Warisan Peradaban Silam | Menjadi MalaysiaEpisod 2 membawakan perbincangan ke era sebelum Melaka, dengan hujahan bahawa Melaka tidak muncul dalam hampawa. Mad Koy dan Azan Safar melawat kembali keperluan untuk melanjutkan perbincangan sejarah Malaysia sedari politi-politi yang sudah muncul di Semenanjung Tanah Melayu seumpama Langkasuka, Gangga Nagara, dan Kedah Tua, yang jauh lebih awal dari kemunculan sistem pentadbiran beraja di Melaka. Perbincangan turut menyentuh perihal Melaka yang dipilih oleh negara dalam sejarah Malaysia konvensional, yang mempunyai perkaitan dengan wujudnya data dan fakta sejarah yang lebih lengkap dan tersedia, selain dari pengaruh ideologi negara itu sendiri.2020-11-0613 minTeh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastEp1 - Pengenalan | Menjadi MalaysiaMenjadi Malaysia merupakan sebuah siri podcast berkala saban minggu, setiap Jumaat yang mengembangkan wacana "kemenjadian" Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa. Sepanjang siri ini, Teh Tarik Podcast membawakan Mad Koy, seorang sarjana-aktivis dalam bidang sejarah idea dan sosiologi, sebagai pembicara utama, dengan Azan Safar bertindak selaku pemudahbicara.2020-10-3008 minPerspektif TasawufPerspektif TasawufManusia Alternatif: R.M.P. SOSROKARTONO - Falsafah Hidup Jawa | Season 15, Episode 4Season 15, Episode 3. Ngaji Filsafat - Dr. Fahruddin Faiz R.M.P. Sosrokartono atau Raden Mas Panji Sosrokartono (lahir di Pelemkerep, Mayong, Jepara, 10 April 1877 – meninggal di Bandung, Indonesia, 8 Februari 1952 pada umur 74 tahun). Sebagai putra dari R.M. Ario Sosrodiningrat, R.M.P Sosrokartono adalah kakak kandung R.A. Kartini, yang memberi inspirasi R.A. Kartini untuk menjadi tokoh emansipasi wanita. Semenjak kecil telah menunjukkan kepandaiannya, setelah tamat dari Europesche Lagere School di Jepara, Sosrokartono meneruskan pendidikannya ke H.B.S. di Semarang. Selanjutnya pada tahun 1898, Sosrokartono meneruskan sekolahnya ke negeri Belanda dengan masuk di Se...2020-04-041h 50Teh Tarik PodcastTeh Tarik PodcastMalaysia: Lahir Tanpa Nasionalisme Dari Kancah Perang DinginMalaysia adalah suatu keganjilan. Ia lahir tanpa wujudnya suatu idea yang membumi dan dirasai dengan mendalam oleh warga-warga yang bernaung di bawah payungnya. Terhasil daripada kancah perang dingin, Malaysia di waktu pembentukannya tidak punya sebarang nasionalisme yang jelas dan tuntas. Tidak menghairankan, dua tahun selepas kewujudannya, satu daripada komponen penting yang membentuk Malaysia, keluar. Tinggal-lah hingga sekarang Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang terus berdayung bersama-sama di lautan luas. Kadangkala pelayaran mereka bergelora kadangkala tenang sahaja. Tapi tetap terus berdayung. Bersama-sama.  Apakah sejarah kewujudan Malaysia? Apa latarnya? Apa faktor-faktor sosial dan politik yang mendorong kepada pembentukannya? K...2019-09-151h 25