Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

Lydia Usun Ngimat

Shows

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA20250330 Pengorbanan Yang Menyelamatkan."Pengorbanan Yang Menyelamatkan."Khotbah Kebaktian Hari Ahad.30 Mac 2025, 8.30am.BEM Lutong Baru BM.2025-03-301h 17HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE99: Tahun Baru, Miliki Hidup Baru. 2 Korintus 5:17."Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." 2 Koristus 5:17, ITB. [Rangka Perkongsian] Kita memiliki satu perhubungan yang baru dengan Allah. Kita memiliki satu kewargaan yang baru. Kita memiliki satu keluarga yang baru. Penutup: "Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur." Kolose 2:6-7, ITB. 2022-02-061h 13HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE98: Tanggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11.Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 January 2022, 8.30am. Pr Welidi Usat. [Rangka Perkongsian.] Tunggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11. 1)  Tanggungjawab terhadap diri, ayat 7. a. mengguasai diri b. tenanglah c. berdoa 2)  Tanggungjawab terhadap orang lain , ayat 8 -9. a.  Mengasihi satu sama lain b.  Membantu tanpa bersunggut 3)  Tanggungjawab terhadap Tuhan, ayat 10-11. Apakah tanggungjawab kita terhadap Tuhan? Kalau kita berbicara, baiklah kita berbicara seperti menyampai Firman Tuhan. 2022-01-301h 32HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.”Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 January 2022, 8.30am. Pr Usun Anyie Ngau. [Rangka Perkongsian.] “Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…”, Maleakhi 3:6. Apa ertinya Allah tidak berubah? A. Keberadaan Allah tidak berubah. Mazmur 102:25-27. B. Karakter dan kasih Allah tidak berubah. Bilangan 23:19, Mazmur 103:17, Yeremia 31:3. C. Rencana dan tujuan Allah tidak berubah. Amsal 19:21, Mazmur 33:10-11, Yesaya 14:24. D. Firman dan janji-janji Allah tidak berubah. Yesaya 40:8. Sifat Tuhan yang tidak berubah adalah sumber penghiburan kepada orang-orang percaya kerana kita boleh bergantung kepada-Nya untuk menepati janji...2022-01-231h 12HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE96: Persekutuan Doa 18 Januari 2022.Persekutuan Doa. 18 Januari 2022, Selasa, 8.00PM. BEM Lutong Baru BM. Pembacaan: Mazmur 121, ITB. “1 Nyanyian ziarah. Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung; dari manakah akan datang pertolonganku? 2 Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi. 3 Ia takkan membiarkan kakimu goyah, Penjagamu tidak akan terlelap. 4 Sesungguhnya tidak terlelap dan tidak tertidur Penjaga Israel. 5 TUHAN-lah Penjagamu, TUHAN-lah naunganmu di sebelah tangan kananmu. 6 Matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang, atau bulan pa...2022-01-1828 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE94: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2.Mesej Dorongan Tahun 2022. Guest: Pr Dicken Padan. Tema: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2. "Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah. Ingatlah selalu akan Dia...2022-01-0932 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE93: Kuatkan & Teguhkan Hatimu. Yosua 1:9.Kebaktian Tahun Baru 2022. "Bukankah telah Ku-perintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allah-mu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi.” Yosua 1:9, ITB. Tuhan memberkati semua. Shalom. Lydia. [Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Januari 2022, 8.30 am (Kebaktian Tahun Baru). Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok & Keluarga.]2022-01-0337 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE91: Yesus Juruselamat Kita; Lukas 2:8-11.Kebaktian PraKrismas 2021. Guest: Pr Machya Magdalene Bala. Tema: Yesus Juruselamat Kita. Lukas 2:8-11. "Lalu kata malaikat itu kepada mereka: 'Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud." Lukas 2:10-11, ITB. Rumusan Perkongsian: "Erti Natal adalah kita menjemput, menerima, mengundang, Tuhan Yesus di dalam hati kita, di dalam keluarga kita, di dalam jemaat kita; dan kita hidup kudus, berkenan di hadapan Tuhan. Itulah ertinya Natal, iaitu, Tuhan Yesus datang untuk menyelamatkan kita dari...2021-12-1934 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE74: Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan. Galatia 1:1-7.Shalom! Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati Galatia 1:1-7, petikan dari surat Rasul Paulus kepada jemaat-jemaat Tuhan di Galatia. Tajuk perbualan kita adalah, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.” Galatia 1:1-7, ITB: 1 Dari Paulus, seorang rasul, bukan karena manusia, juga bukan oleh seorang manusia, melainkan oleh Yesus Kristus dan Allah, Bapa, yang telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, 2dan dari semua saudara yang ada bersama-sama dengan aku, kepada jemaat-jemaat di Galatia: 3 kasih karunia menyertai kamu...2021-08-1542 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE73: “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian? (Kisah Para Rasul 11:6; 16:30-31).”Shalom! Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati satu soalan, “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian?” Harapan dan doa saya, adalah agar setiap kita, dapat berbual dengan jujur dan yakin akan kepercayaan kita secara peribadi. Mengetahui kenapa kita menggelar diri kita sebagai seorang Kristian, memboleh kita untuk berbual dengan jujur dengan sesiapa seandainya kita ditanya. Mengenal siapa diri kita sebagai seorang Kristian menjadi kita rendah hati dan dapat menghormati kepercayaan-kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita. Sebagai seorang Kristian yang menghormati kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita, memboleh kita untuk bertukar-tukar fikiran tanpa perlu berd...2021-08-0137 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE70: Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera, Efesus 6:15.Shalom! Selamat beribadah, di mana pun anda berada. Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini. Kita menghadapi musuh yang berusaha keras untuk merosak segala-gala yang baik dan merampas kedamaian kita. Setan mahu merosak kehidupan kita, keluarga kita, harapan kita. Dia mahu merosak hubungan kita dengan Tuhan. Tetapi di dalam peperangan rohani yang kita hadapi, kita diyakinkan oleh Firman Tuhan bahawa, kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Tuhan-lah yang memiliki kuasa untuk memberi kita kemenangan dalam setiap yang kita hadapi bagi kemuliaan-Nya. Saya...2021-07-0445 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE69: Berdiri Tegap Di Dalam Kristus, Efesus 6:10-20.Shalom! Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada. Tajuk renungan kita pagi ini adalah, “Berdiri Tegap Di Dalam Kristus.” Kita telah diberi perlengkapan senjata Allah. Kita dapat melalui masa-masa yang mencabar kerana perlengkapan yang ada pada kita di dalam Kristus. Teks, Efesus 6.10-20, yang kita telah baca menggambarkan perjalanan hidup yang sedang kita jalani sebagai medan peperangan. Kita semua berada di tengah-tengah medan peperangan yang memerlukan kita memakai perlengkapan senjata yang lengkap. Tidak ada satu orang pun terkecuali. Tetapi peperangan ini bukanlah melawan darah dan daging. Kita sedang melawan “tipu muslih...2021-06-2742 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE68: “Kebapaan Tuhan.” [Renungan Sempena Hari Bapa]Shalom umat Tuhan yang dikasihi. Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada. Selamat Hari Bapa. Pagi ini kita menghargai Bapa-Bapa diantara kita. Dan, sempena Hari Bapa, saya membawa kita untuk menghayati panggilan “Bapa Kami” dari doa “Bapa Kami” di Matius 6:9, yang kita sering ucapkan dan ramai dari kita kenal dan hafal. “Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, ..." [Matius 6:9-13, ITB] Dari teks Firman Tuhan yang telah kita baca, saya membawa kita menghayati dua sifat “Kebapaan Tuhan” sebagai dorongan agar setiap kita dibawa kembali untuk melihat kepada Allah...2021-06-2050 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE67: “Mengapa Kita Tak Perlu Takut, Yesaya 41:10.”Guest Speaker: Pr Welly Sigo. Kebaktian Hari Ahad, BEM Lutong Baru BM, 13 Jun 2021, 8.30 am. *** Ringkasan: Melihat situasi-situasi yang terjadi di sekitar kita saat ini, dunia, pada umumnya merasa bingung, khuatir, takut, dan merasa ketidakpastian terjadi dalam kehidupan. Namun, kita akan melihat kebenaran Firman Tuhan yang akan mendorong kita bersama-sama, sehingga kita tidak seperti dunia ini. Kita adalah orang-orang yang mengikuti Yesus Kristus sebagai Tuhan yang memberi kita pengharapan dan kepastian. Kita membaca kebenaran Firman Tuhan di Yesaya 41:10, yang berkata: “… janganlah takut, sebab Aku menyertai engk...2021-06-1343 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE66: “Menjalani Hidup Yang Bererti, Mazmur 23:3.”Shalom. Saudara, Saudari yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus; Selamat beribadah, dimanapun anda berada. Terima kasih kerana hadir dalam kebaktian ini. Kita akan adakan Perjamuan Kudus selepas perkongsian Firman Tuhan, dan anda dipelawa untuk turut serta di Meja Tuhan di mana pun anda berada ketika ini. Minggu ini, kita, sekali lagi, berada dalam suasana PKP, Perintah Kawalan Pergerakkan. Kita telah bersama-sama mengharungi pandemik Covid-19 lebih setahun. Selama satu tahun, setiap kita mengalami berbagai pengalaman setelah pergerakkan dan kerja-kerja kita terhad dan dihad. 2020 berlalu seolah-olah dalam sekelip mata. Hari ini, kita sudah berada di pertengahan 2021. Apakah...2021-06-0639 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE65: “Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar, Efesus 1:17”Shalom. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini saya membawa kita untuk menghayati Efesus 1:17. Tema renungan kita adalah“Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar”. Saya membaca Efesus 1:15-23. Petikan yang kita baca, adalah sebuah doa. Kadang-kadang kita lebih cenderong untuk bercakap kepada orang tentang kebenaran. Itu, juga, adalah baik. Tetapi seringkali kita berusaha dalam daya dan kepandaian sendiri untuk menerangkan kebenaran tetang Tuhan dan lupa untuk berdoa, memohon agar Tuhan sendiri memperkenalkan Dirinya kepada orang. Saya percaya, doa Rasul Paulus tercatat dalam Alkitab agar kita bergantung sepenuh kepa...2021-05-2339 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE64: “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan, Yesaya 49:14-16.”Shalom. Selamat Hari Ibu. Pagi ini kita menghargai ibu-ibu diantara kita. Dan, sempena Hari Ibu, saya membawa kita untuk menghayati Yesaya 49:14-16. Tema renungan kita adalah “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan”. 14 Tetapi Sion berkata, "TUHAN telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku." 15 "Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, dia mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan melupakan engkau! 16 Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku, tembok-tembok kotamu sentiasa ada di hadapan-Ku.” ...2021-05-0943 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE63: “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”, Ibrani 10:19-25.Shalom dan selamat pagi umat Tuhan yang dikasihi. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci setelah kita mendengar perkongsian Firman Tuhan. Teks renungan kita pagi ini diambil dari Ibrani 10:16-25. Tema perbualan kita adalah “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Iaitu, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat Tuhan oleh kerana Tuhan Yesus Kristus. Oleh kerana itu, didalam Kristus, kita ada keistimewaan sedia ada dalam kita menempuhi perjalanan hidup kita. Dari teks pembacaan kita, kita akan menghayati 2 perkara: (1) Berada Di Ruang Mahakudus, ayat 19 - 21...2021-05-0237 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE62: “Tindakan Di Saat Kita Tidak Tahu Apa Yang Perlu Dibuat, 2 Tawarikh 20:1-12.”Shalom. Pagi ini, saya ingin membawa kita menghayati tindakan Raja Yosafat disaat dia menghadapi situasi yang dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Kita akan melihat tindakan yang dia ambil disaat dia menghadapi jalan buntu dalam hidupnya. Teks renungan kita adalah 2 Tawarikh 20.1-12. Tema perbualan kita adalah, “Tindakan di saat kita tidak tahu apa yang perlu di buat”. "... kami tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi laskar yang besar ini, yang datang menyerang kami. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi mata kami tertuju kepada-Mu.” 2 Tawarikh 20:12, ITB. Dala...2021-04-2546 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE61: “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus”, Filipi 3:4-11.Shalom. Teks Firman Tuhan untuk kita hayati pagi ini diambil dari Filipi 3:4-11. Tema perbualan kita adalah “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus” sebagai dorongan agar kita mengharungi perjalanan hidup kita dengan tabah. Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta. Dari teks pembacaan kita, Filipi 3:4-11, saya membawa kita untuk menghayati dua perkara: 1. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah hidup yang mengenal Tuhan Yesus Kristus. ayat 8. 2. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus. ayat...2021-04-1144 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE60: ‘Pewaris Berkat Abraham, Kejadian 12:1-9.’Shalom. Pagi ini kita membaca Kejadian 12.1-9 untuk menghayati panggilan Abraham. Dari panggilan Abraham itu, kita akan melihat keistimewaan kita sebagai ‘Pewaris Berkat Abraham’. Kita akan menghayati 3 perkara mengenai Iman Abraham, sebagai gambaran kepada apa yang kita warisi. (1) Iman mempercayai bahawa Firman Tuhan adalah benar, ayat 1 - 3. (2) Iman mentaati Firman Tuhan dengan menyerah perjalanan hidup kita dalam pimpinan Tuhan, ayat 4 – 6. (3) Iman mengisytiharkan Nama Tuhan di mana-mana pun kita berada, dalam apapun keadaan atau persekitaran yang kita alami, ayat 6 – 9. Memperca...2021-03-1435 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE59: “Mencari dan Mengenal Hikmat, Amsal 4:7.”[Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.] Shalom. Pagi ini, teks renungan kita diambil dari Amsal 4:7. Tema perbualan kita adalah “Mencari dan Mengenal Hikmat” sebagai ajakan dan dorongan bahawa kita, dapat menemui dan memperoleh hikmat. Hikmat bukan satu rahsia atau sesuatu yang tersembunyi dari kita. Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta. Amsal 4:7 (ITB), “Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yan...2021-03-0734 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE58: “Hidup Dalam Kebijaksanaan, Amsal 1.7.”Shalom. Kita meneruskan renungan kita dalam siri Hidup Bijaksana yang kita telah mulai awal bulan Januari. Kehidupan kita hari ini boleh dikaitkan dengan pilihan-pilihan yang kita telah buat. Saya dorong agar kita imbas kembali dan dari masa ke masa membuat evaluasi terhadap perjalanan hidup kita agar kita tidak terperangkap dalam situasi-situasi yang rumit, dan kita dapat memperbaiki hidup kita sekiranya terdapat kesilapan langkah. Hidup Dalam Kebijaksanaan adalah tajuk perbualan kita pagi. Kita menghayati Amsal 1.1-7, untuk mendapat petunjuk dari pengalaman mereka-mereka yang mendasarkan hidup kepada TUHAN. Amsal 1.1-7 yang telah kita...2021-02-2834 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE57: ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti, Roma 12:12.’Kebaktian Hari Ahad 14 February 2021, 8.30am, BEM Lutong Baru BM. Shalom. Pagi ini, saya membawa kita menghayati Roma 12:12 dengan tema, ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti’. Roma 12:12, ITB; “Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan, dan bertekunlah dalam doa!” (‘Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa, AVB.) Pengenalan:  Buku Roma adalah Surat dari Rasul Paulus kepada orang percaya yang berada di Rom mendahului rencananya untuk ada bersama-sama mereka (Rom 1:10; 15:32). Secara umum kita boleh bahagi buku ini kepada dua bahagian: Fasal 1 - Fasal 11, Dasar Pengajaran Tentang Keselamatan...2021-02-1441 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE56: ‘Jaminan & Keyakinan Keselamatan Orang Percaya, Ibrani 9:27-28’.KEBAKTIAN HARI AHAD, 07 February 2021, 8.30am. BEM LUTONG BARU BM. [Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.] Shalom. Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci. Dimanapun anda berada ketika ini, anda dipelawa untuk turut serta. Bila seseorang mempercayai, mengakui dan menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat; dia mengisytiharkan pengakuannya dengan memberi diri untuk dibaptis. Seterusnya bersama-sama dengan umat Tuhan sejagat, mengambil Perjamuan Suci sebagai pengakuan keyakinan bahawa kese...2021-02-0727 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE54: ‘Hidup Bijaksana, Membangun Di Atas Dasar Yang Teguh.’ Matius 7:24-27.[Kebaktian Ahad BEM Lutong Baru BM, 17 January 2021. 8.30am]. Shalom. Selamat bertemu melalui Ibadah Online sekali lagi. Teks Firman Tuhan yang kita renung bersama pagi ini terdapat di Matius 7:24-27. Minggu lepas (Episod E53) kita membaca Efesus 5:15-17, dimana kita menghayati “Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada” sebagai tema perbualan. Firman Tuhan mengingatkan kita supaya memerhatikan cara hidup kita, agar kita menggunakan setiap waktu yang ada dengan bijaksana dengan mengenal kehendak Allah kerana hari-hari adalah jahat. Pagi ini Firman Tuhan memanggil kita untuk hidup bijaksana dengan bukan hanya mendengar Firman teta...2021-02-0223 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE53: Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada. Efesus 5:14-17. [Mesej Tahun Baru 2021].[Kebaktian Hari Ahad, 10 January 2021. Mesej Tahun Baru 2021.] Nota: (1) Kebaktian sepenuh telah disiar secara langsung melalui “Facebook Live” di Facebook Page Gereja BEM Lutong Baru BM. Audio yang dikongsi disini adalah sebahagian (singkatan) dari kebaktian itu. (2) Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Sekiranya anda mahu turut serta, anda boleh “pause” audio untuk menyesuaikan audio dengan masa anda. Mesej Dorongan Tahun Baru 2021. Efesus 5:14-17, ITB; (14) ’Itulah sebabnya dikatakan: ”Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya atas kamu.”2021-02-0155 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE55: “Berjaga-Jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus”, 1 Tesalonika 5:1-11.[Kebaktian Hari Ahad 31 Januari 2021] Shalom. Selamat beribadah kepada semua umat Tuhan, di mana pun anda berada ketika ini. Pagi ini saya membawa kita membaca dan diperingatkan oleh Firman Allah dari 1 Tesalonika 5:1-11. Tema perbualan kita, “Berjaga-jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus.” [Pengenalan] Bila kita berbicara tentang kedatangan Tuhan; ada pelbagai respon terhadap berita ini. Mari kita melihat beberapa perkara yang dapat kita pelajari dari Firman Tuhan yang kita telah baca bersama. Ada dua golongan yang disebut dalam petikan ini. Orang percaya dan orang yang tidak percaya. A. Oran...2021-01-3137 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE52: PERJALANAN HIDUP ORANG PERCAYA, IBRANI 11:13-16.Shalom, Dalam Kebaktian Hari Ahad pertama 2020, kita telah menghayati Roma 8:37 sebagai landasan untuk kita bagi merentasi tahun 2020. Dari Firman Tuhan di Roma 8:37, kita didorong begini, “… kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.” (ITB). Roma 8:37 dalam konteks, iaitu, dalam ayat seterusnya, ayat 38, memberitahu kita bahawa kita berada “dalam bahaya maut sepanjang hari, … dianggap sebagai domba-domba sembelihan”. Iaitu, kita tidak terkecuali dari cabaran, rintangan, dan tantangan, dalam perjalanan hidup kita; yang mungkin tidak dapat kita fahami. Dan kebanyakan khotbah-khotbah seterusnya adalah bagi mendorong kita dalam perjalanan hidup ini; bahawa Allah mengasihi kita dengan kasih yang k...2021-01-2831 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE50: Episod Khas - Kebaktian Penguburan Bapa Saya, 19 Ogos 2020.Naam Keriden @ Ngimat Ulun @ Uban Adun. 08 Mac 1931 - 17 Ogos 2020. "Di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada." - Yesus Kristus (Yohanes 14:3). ___ Ini adalah sebahagian acara di tanah perkuburan pada petang hari Rabu, 19 Ogos 2020 untuk bapa saya. Bapa kembali kepada Bapa Syurgawi pada 10.35 malam Isnin, 17 Ogos 2020. (i) "Pengharapanku Hanya Yesus Sahaja" (My Hope Is Christ Alone). (ii) Dorongan dari Firman Tuhan - Pr Sinawat Buayeh. (iii) "Katu Nuk Nan Mawa Tu Tu" (Amazing Grace in Lun Bawang). (iv) Acara penyerahan.2020-08-2522 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE49: Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.Guest: Doreen Abeng Persekutuan Doa, 25 Ogos 2020, Selasa 8PM Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Puan Doreen Abeng membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: ___ “Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.” “Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.” Mazmur 63:2, Berita Baik – BM. Dari Mazmur 63:1-9, kita membaca pengisytiharan dan pengakuan Raja Daud bahawa Allah adalah Allah...2020-08-2516 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE48: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12Persekutuan Doa Keluarga | 11 OGOS 2020, Selasa, 8 PM. Guest Speaker: Desmond Jok Ipui Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Saudara Desmond Jok Ipui membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita. Ringkasan renungan adalah seperti berikut: ___ Tema Renungan: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12, “Aku hendak mengingat perbuatan-perbuatan TUHAN, ya, aku hendak mengingat keajaiban-keajaiban-Mu dari zaman purbakala.” Mujizat-mujizat yang tertulis di dalam Alkitab merupakan kisah nyata sebagai bukti bahawa Tuhan yang kita sembah adalah Tuhan yang...2020-08-1107 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE47: “Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27KEBAKTIAN HARI AHAD, 09 AUGUST 2020, 8AM Guest Speaker: Pr Usun Anyie Ngau | Sambutan & Doa Pembukaan: Pn Paya Anyie | Syafaat & Doa Penutup : Pn Mbang Martin Shalom! Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Pagi ini Pr Usun Anyie Ngau menyampai Firman Tuhan kepada kita. Terima kasih Pr Usun. Rangka perkongsian, adalah seperti berikut: “Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27 “Jikalau ada seorang menganggap dirinya beribadah, tetapi tidak mengekang lidahnya, ia menipu dirinya sendiri, maka sia-sialah ibadah...2020-08-1030 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE46: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.”Guest Speaker: Helen Wan Jok Persekutuan Doa Keluarga, 04 Ogos 2020, Selasa 8PM. Shalom. Dalam persekutuan doa malam ini Puan Helen Wan Jok membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.” 3 perkara yang dapat kita pelajari dari petikan renungan kita adalah: 1. Dorongan dari Tuhan untuk umat Israel yang kembali dari buangan di Babilonia, adalah dorongan sama untuk kita hari ini untuk terus setia dan tidak putus asa. Tuhan sentiasa menyertai kita. 2. Jang...2020-08-0413 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE45: Mengatasi Godaan, Yakobus 1:12-18KEBAKTIAN HARI AHAD, 02 AUGUST 2020, 10AM. [Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.] Shalom. Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini saya membawa kita untuk berbual mengenai tajuk “Mengatasi Godaan”. Ketika kita memulakan perjalanan hidup sebagai seorang Kristian, ramai dari kita telah mengikuti kelas-kelas asas mengenai iman kita dalam Tuhan Yesus Kristus. Antara topik asas yang kita perlu tahu dan seterusn...2020-08-0223 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE44: Kita Menang Oleh Kasih Allah, Roma 8:37-39Persekutuan Doa, 28 July 2020, 8PM Selasa. “Kita Menang Oleh Kasih Allah”, Roma 8:37-39 Shalom, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa hari ini kita menghayati Roma 8:37-39 sebagai landasan doa-doa kita. “Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita. Sebab aku yakin, bahawa baik  maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang diatas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat m...2020-07-2813 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE43: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8.Guest Speaker: Elder Anyi Imang Ngau Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini Penatua Anyi Imang Ngau membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: “Tema Renungan: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8. Bagaimana kita menghadapi dugaan dan saat-saat yang mencabar? Dari Yakobus 1:1-8, Yakobus mengesa kita agar tetap percaya kepada Kristus. Dia yang dapat memberi kita kelepasan daripada permasalahan kita. Tanpa Tuhan kita tidak dapat mengharungi dugaan, te...2020-07-2113 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE41: Hidup Yang Penuh Pengharapan - 1 Peterus 1:3-9Guest Speaker: Michael Ajang Engan Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini, Saudara Michael Ajang Engan, Ketua Deacon & Pengerusi Majlis Gereja, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: Tajuk / Tema: Tempat Tinggal Umat-Nya, 1 Peterus 1:3-9 “Erti iman kita – dia yang percaya kepada Kristus, ada pengharapan yang pasti dalam Tuhan. Mengharungi realiti hidup dalam iman, mengukuhkan kita agar tetap pada pengharapan. Dari 1 Peterus 1;3-9; 1.  Pengharapan tentang keselamatan. 2.  Pengharapan tentang warisan yang tidak binasa. 3.  Pengharapan tentang kemuliaan. Firman Tuhan ini mengajak kita untuk hidup dengan penuh pengharapan kepada Kristus. Tuhan yang kita se...2020-07-1908 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE42: HIdup Yang Baik, Filemon 1 [The Good Life, Philemon 1]Shalom. Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini, saya membawa kita menghayati Surat Filemon. Kita mengambil tajuk perbualan kita, “Hidup Yang Baik”, dari ayat 6, “aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang beriman kepada Kristus akan membawa pengertian yang lebih mendalam tentang segala yang baik yang kita miliki dalam Kristus.” Sebagai panduan renungan kita, saya merangka perbualan kita kepada 5 bahagian: [1] Konteks Ringkas Surat Filemon. [2] Mengalami Hidup Yang Baik Bersama Kerana Yesus Kristus, 1-3. [3] Mendalami Hidup Yang Baik Bersama, 4-7. [4] Menghidupi atau Mem...2020-07-1933 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE40: "Tempat Tinggal Umat-Nya" - Ulangan 19: 1-2, 14.Guest Speaker: Kading Labo Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, Saudara Kading Labo, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: Tajuk: "Tempat Tinggal Umat-Nya", Ulangan 19:1-2, 14. “Janganlah menggeser batas tanah sesamamu yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu di dalam milik pusaka yang akan kaumiliki di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk menjadi milikmu.” Ulangan 19: 14, ITB. Allah telah menyediakan tempat tinggal, tempat berlindung, tempat Allah dapat tinggal bersama kita; kera...2020-07-1411 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE39: Dia Yang Memberi Kekuatan - Filipi 4:13Guest Speaker for this episode: Elder Pengiran Bala. Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, Penatua Pengiran Bala, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rangka perkongsian Firman Tuhan seperti berikut: Tema: Dia Yang Memberi Kekuatan. Filipi 4:13: “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada ku.” Rasul Paulus mengalami berbagai keadaan yang dihadapi tetapi tahu Tuhan adalah sumber yang memberi kekuatan. Apa tindakan jika mengalami kegoncangan iman? 1.  Berserah dan percaya kepad...2020-07-0716 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE38: "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN" – Mazmur 144Shalom. [Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.] Pagi ini kita menghayati Mazmur 144. Mazmur 144 disebut sebagai dari Daud. Iaitu, Mazmur Raja Daud. Kita mengambil tema perbualan kita dari ayat 15. "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN", ITB dan dari Bahasa Malaysia - Berita Baik, “Diberkatilah Orang Yang Allah-nya ialah TUHAN”. Kita akan melihat tiga perkara kenapa orang yang Allah-nya ialah TUHAN disebut bahagia atau diberkati. Mereka bahagia atau diberkati kerana, 1...2020-07-0537 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE37: Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan, Lukas 8:22-25Guest: Uding Anyie. Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Untuk persekutuan doa malam ini, kita akan membaca Lukas 8:22-25 sebagai renungan pertemuan kita. Lukas 8:22-25 merakam peristiwa Yesus dan murid-murid-Nya dilanda ribut taufan kencang ketika mereka sedang berperahu menyeberangi danau. Sebagai renungan persekutuan doa kita, kita menghayati peristiwa ini dengan tema, “Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan”. 1.  Sebagai orang-orang percaya, kita melangkah bergerak maju bersama Yesus, mentaati ajakan Yesus untuk melangkah maju bersama-Nya kearah kematangan iman kita. 2.  Dalam kita melayari kehidupan, kita juga mengha...2020-06-3022 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE36: Berpautlah Kepada Pokok Anggur Yang Benar – Yohanes 15:1-8Guest: Pr Usun Anyie Ngau. Shalom! Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini. “Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.” - Yesus, Yohanes 15:5, ITB. Petikan “perumpamaan pokok anggur yang benar”, Yohanes 15:1-8, dapat kita lihat sebagai dua bahagian, 1-3, perhubungan dan keduduka...2020-06-2943 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE35: Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Anaknya, Lukas 15:11-32. [Mesej Hari Bapa 21 Jun 2020]Shalom. Selamat Hari Bapa. Sempena Hari Bapa saya membaca perumpamaan yang diberi Tuhan Yesus di Lukas 15:11-32, untuk kita hayati, dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Orang Anaknya”. Perumpamaan tentang anak yang hilang adalah satu perumpamaan yang sangat terkenal. Banyak buku ditulis, banyak khotbah disampaikan, banyak lukisan disiapkan mengenai perumpamaan ini. Iaitu, banyak yang telah kita hayati bersama tentang perumpamaan ini. Kita tetap mendengar cerita ini seakan-akan kita membuka “photo album keluarga” – melihat gambar-gambar perjalanan hidup kita dan untuk melekat gambar-gambar baru dalam photo album kita. Pagi ini, dalam kita merayakan...2020-06-2226 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE34: “Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus” – Titus 1Shalom. Hari ini, kita akan menghayati Titus 1 dengan tajuk “Pengarahan Rohani : Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus”. Kita merangka perbualan kita kepada: [1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”. [2] Imbasan Perbualan Sebelum Ini, iaitu, Rumusan Titus 2 & Titus 3. [3] Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus - Titus 1. [1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”. Secara ringkas kita melihat pengarahan rohani sebagai pimpinan atau bimbingan yang diberi seorang Kristian yang dewasa kepada seseorang yang lain agar dia boleh mengenal dan memberi perhatian kepada suara Allah berbicara kepadanya secara peribadi. Dengan mengenal suara Allah, seseorang it...2020-06-1922 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE33: “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan” - Mazmur 3.Shalom. Pagi ini kita menghayati Mazmur 3 dengan tema, “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan”. Keterangan ringkas yang diberi kepada Mazmur 3 adalah nyanyian pagi dalam menghadapi musuh. Ayat 1 memberi latarbelakang nyanyian ini kepada kita, “Mazmur Daud, ketika ia lari dari Absalom, Anaknya”.  Kita dapat membaca peristiwa pemberontakan yang dipimpin Absalom untuk merampas takhta Raja dari bapanya, Raja Daud di 2 Samuel 15 - 19. Dari latarbelakang singkat di ayat 1, kita akan menghayati Mazmur 3, dengan tema “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan”. Kita akan melihat 2 perkara: [1] Berseru Kepada Tuhan Ketika Diserang, 1-3. [2] Percaya Tuhan Bertindak Untuk Kebaikan Kita, 4-9. Dan menyimpul perbualan kita dengan k...2020-06-1423 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE32: “BERITA BAIK MEMBUAHKAN PEKERJAAN BAIK” - Titus 3:8-9Shalom! Hari ini kita menyambung perbualan dalam Titus 3 dan mengambil “Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik”sebagai tema. Mengimbas kembali perbualan kita dalam Surat Titus; di Titus 2 kita mengenal bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dimana kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Seterusnya, di Titus 3, kita bermula dengan mengatakan bahawa kita adalah warganegara yang bertanggungjawab berdasarkan diri kita yang diperbaharui. Kita diperbaharui oleh kasih kurnia Tuhan. Kita membaca Titus 3:8-9 bagi menghayati tema kita, “Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik”, dan melihat dua perkara, [1] Berita Baik, dan [2] Pekerjaan Baik. “Perka...2020-06-1211 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE31: TITUS 3: “Warganegara Yang Bertanggungjawab”Shalom! Kita telah melihat Titus 2 dan menyimpul bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dan kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Jalur-jalur sinaran kemuliaan diperlihatkan melalui kematangan kita dalam menangani hidup; pelaku Firman Tuhan dalam rumahtangga dan keluarga; jadi teladan yang baik; dan bertanggungjawab dalam pekerjaan kita. Kita diajak untuk terlibat aktif dalam masyarakat untuk melakukan perbuatan baik bagi manfaat manusia sejagat, beribadah kepada Tuhan dan berpegang kepada ajaran-ajaran sihat. Kita menerus perbualan ke Titus 3 dan mula dengan dasar nasihat yang diberi Rasul Paulus agar kita jadi “Warganegara Yang Bertanggungjawab”. Wa...2020-06-1014 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE30: “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:1-10.Shalom! Kita telah melihat Titus Bab 2 dari sudut “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. Dari Titus 2:12 dan 14, kita mengenal bahawa kasih kurnia Tuhan “mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini”. Tuhan, yang “membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik”. Kita menyingkap bahawa pembentukan kita adalah; (1) oleh kasih kurnia Tuhan, Titus 2:11-14 dan (2) rumahtangga atau keluarga kitalah yang menyinari pembaharuan itu agar Tuhan dimuliakan, Titus 2:2-10. Hari ini, kita melihat Titus 2:1-10 sekali lagi...2020-06-0815 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE29: TITUS 2: “PEMBENTUKAN KEROHANIAN DALAM RUMAHTANGGA”Shalom! Dalam siri “O Mama Saya Mahu Kahwin”, kita telah berbicara di Bahagian Ke-2, bahawa rumahtangga adalah tempat dimana pembentukan dan pembaharuan rohani terjadi. Dalam perbualan kali ini, kita membaca Titus 2 dan mengambil tajuk “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga” sebagai tema perbualan kita. Dari ayat 14, Titus 2; kita memberi tajuk pembualan kita sebagai “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. “…Juruselamat kita Yesus Kristus, yang telah menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.” Titus 2:13-14. Untuk menghayati “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”, kita m...2020-06-0513 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE28: “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami” – Yeremia 33:3Shalom! Dalam persekutuan doa kita malam ini, kita membaca Yeremia 33:1-9; dan mengambil Yeremia 33:3 sebagai tema perbualan kita, dengan tajuk “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami”. Ayat 3, “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.” Dari Yeremia 33:1, kita diberitahu, Yeremia berada dalam lokap ketika Tuhan berfirman kepadanya. Yeremia mula bernubuat dalam tahun-tahun yang tegang di Yehuda, sebelum Babylon menyerang dan menawan Yehuda, dan membawa ramai orang ke dalam buangan (exiled). Jadi dalam masa yang cemas, firman Tuhan datang untuk memanggil orang-or...2020-06-0315 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE27: Menyelaras Fikiran Dalam Kehendak Tuhan, Mazmur 19.Shalom! Dalam Kebaktian Hari Ahad, 31 Mei 2020, kita membaca dari Filipi 4:8; “…saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya.” Dan dari nyanyian Raja Daud dalam Mazmur 19, kita mendapat tahu bahawa Firman Tuhan itu, “sempurna, pasti, benar, suci, murni, adil”, Mazmur 19:7-9; maka, kita dapat singkapkan bahawa apa yang Rasul Paulus tulis menunjuk arah untuk kita kepada Firman Tuhan. Roh Tuhan yang mengilhamkan penulisan Firman Tuhan; akan mencerahkan ki...2020-06-0115 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE26: “Mempunyai Fikiran Kristus” – Filipi 2:5; 1 Korintus 2:16.Shalom! Pagi ini, kita menghayati Filipi 4:8-9; “Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu. Dan apa yang telah kamu pelajari dan apa yang kamu telah dengar dan apa yang telah kamu lihat padaku, lakukanlah itu. Maka Allah sumber damai sejahtera akan menyertai kamu.” Kita memberi tajuk, “Mempunyai Fikiran Kristus” untuk menyingkap renungan kita, dan menghayati tajuk perbualan dalam konteks Surat Filipi. Kisah Para Rasul 16:11-40, mencatat peristiwa Rasul Paulus dan Silas dipenjar...2020-05-3122 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE25: Bahagian 3: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melafaz Perjanjian Kekal Dalam Anugerah Tuhan”, Ruth 1:16-17Shalom! Dalam pertemuan ini, kita ke bahagian ke-3 topik perkahwinan; menyambung perbualan yang kita sudah mulakan. Tajuk perbualan kita adalah, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melafaz Perjanjian Kekal Dalam Anugerah Tuhan”, Ruth 1:16-17. Didalam pertemuan kami dengan setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin, ada dua pertanyaan asas yang ditanya sebelum perkara-perkara lain dibincangkan. Pertama, “adakah kamu mendapat restu ibu dan bapa?” Kedua, “dimanakah Tuhan dalam kehidupan anda masing-masing?” Jawapan kepada pertanyaan asas ini akan menjadi panduan perbincangan seterusnya. Satu perkara yang kita tekan adalah, bahawa perkahwinan itu mulia dan kekal, maka ianya perlu di...2020-05-2911 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE24: “Haleluya! Puji TUHAN!” - Mazmur 117Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Malam ini kita membaca Mazmur 117. Bab terpendek dalam Alkitab dengan 2 ayat sahaja. Ianya panggilan untuk semua suku bangsa untuk memuji Tuhan. Saya buat “Haleluya! Puji TUHAN!”sebagai tajuk perbualan kita. Mazmur 117. "Pujilah TUHAN, hai segala bangsa, megahkanlah Dia, hai segala suku bangsa! Sebab kasih-Nya hebat atas kita, dan kesetiaan TUHAN untuk selama-lamanya. Haleluya!" Mazmur 117 adalah panggilan untuk memuji Tuhan dan kenapa kita memuji Tuhan. Ayat 1: Panggilan Untuk Semua Suku Bangsa Untu...2020-05-2804 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE23: Bahagian 2: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Menghormati Kekudusan Perkahwinan” - Efesus 5:25-27Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Kita menyambung perbualan tentang perkahwinan. Dalam Bahagian Pertama, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutamaan Hidup”, kita melihat dari Amsal 24;27 tiga perkara, bermula dengan sekolah untuk mendapat kemahiran, seterusnya kesanggupan untuk mencari nafkah untuk memulai satu rumahtangga, dengan mengandalkan Tuhan dalam segala-galanya. Hari ini, kita melihat perkara ketiga, mendiri rumahtangga untuk menghayati erti “kekudusan perkahwinan” sebagai persediaan anak-anak kita yang sedang merancang perkahwinan dalam masa-masa akan datang. Tajuk perbualan kita adalah, “O Mama Saya Mahu Kahwin – Menghormati Kekudusan Perkahwinan”. Dalam upacara...2020-05-2709 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE22: “Tuhan Tempat Persembunyianku” – Mazmur 32:7“Tuhan Tempat Persembunyianku” – Mazmur 32:7 | Psalms 32 Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi. Saya membaca Mazmur 32 sebagai renungan persekutuan doa keluarga malam ini; dan mengambil ayat 7 sebagai tema renungan kita, “Tuhan Tempat Persembunyianku”. “Sebab itu hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu, selagi Engkau dapat ditemui; sesungguhnya pada waktu banjir besar terjadi, itu tidak melandanya. Engkaulah persembunyian bagiku, terhadap kesesakan Engkau menjaga aku, Engkau mengelilingi aku, sehingga aku luput dan bersorak.”Mazmur 32:6-7, ITB. Mazmur 32 adalah ajakan dan dorongan bagi kita agar berdoa, “hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu, selag...2020-05-2713 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE21: Bahagian 1: “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutamaan Hidup” – Amsal 24:27Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Dalam pertemuan kali ini saya membaca satu nasihat daripada Amsal 24:27 sebagai renungan kita bersama dan sebagai pengenalan kepada topik-topik khas mengenai perkhawinan yang kita akan hayati dari masa ke masa. Walaupun saya tuju mesej ini secara khusus kepada anak-anak kita, saya harap ianya akan menjadi pembuka bicara bagi ibu-bapa dan anak-anak berbincang hati ke hati mengenai arahtuju anak-anak dan keluarga berdasarkan anugerah Tuhan. Saya membuat tajuk perbualan kita sebagai “O Mama Saya Mahu Kahwin – Melakar Keutaman Hidup”. Bagi kami yang t...2020-05-2508 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE20: “Membina Kehidupan Semula - Menyerah Masa Depan Kedalam Pimpinan Roh Tuhan.” Zakharia 4:6.Shalom! Hari ini kita membaca Zakharia 4. Tajuk perbualan kita adalah, “Membina Kehidupan Semula – Menyerah Masa Depan Kedalam Pimpinan Roh Tuhan.” Zakharia adalah seorang nabi yang melayani Tuhan dalam tahun-tahun sekembalinya umat Israel ke Yerusalem dari 70 tahun tawanan di Babylon. Dia dan nabi Haggai melayani umat Tuhan pada masa yang sama. Secara ringkas, mesej Zakharia adalah untuk mendorong umat Tuhan yang kembali ke Yerusalem untuk meneruskan dan untuk menyiapkan pembinaan semula Bait Allah yang sudah dirosak. Ezra 3:8, mencatat kerja untuk membina semula sudah dimulai, tetapi sesudah lebih kurang 16 tahun, pembinaan itu terbengkalai. Empa...2020-05-2429 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE19: “TUHAN MENGENAL JALAN ORANG BENAR” - Mazmur 1:6Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam pertemuan kita kali ini, saya membawa kita membaca Mazmur bab yang pertama, dan menghayati satu perkara, “TUHAN Mengenal Jalan Orang Benar”, Mazmur 1:6. “sebab TUHAN mengenal jalan orang benar, tetapi jalan orang fasik menuju kebinasaan”, Mazmur 1:6, ITB. TUHAN mengenal jalan orang benar. Dan saya mahu kita bertanya kepada diri kita, “siapakah orang benar itu?” Saya percaya anda dapat dengan yakin mengatakan, bahawa diri anda sendirilah orang benar itu. Dan jika demikian, gantikan “orang benar” dalam ayat kita dengan nama anda. TUHAN mengenal jalan, “sebut nama anda”. Contoh...2020-05-2211 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE18: “Pandemik Berakhir Dengan Nyanyian” - Muliakan Tuhan Dalam Anda Memulai Kehidupan Baru. Mazmur 126:3Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Apa khabar semua? Hari ini saya membawa kita merenung satu pertanyaan yang ada dengan kita selama 3 bulan PKP ini; dan dalam kita memulai satu kehidupan baru. Bilakah pandemik ini berakhir? Bila PKP di mansuhkan? Dan apa yang akan berlaku seterusnya? Saya membawa kita untuk menghayati Firman Tuhan dari Mazmur 126. Mazmur 126 mengisytiharkan ucapan kesyukuran pemazmur dan umat Tuhan kepada Tuhan kerana pembebasan dari tawanan. Pemazmur mengenang kembali bagaimana Umat Tuhan dibebas dari Babylon, setelah 70 tahun menjalani kehidupan sebagai tawanan. Saya membuat “Pandemik Berakhir Dengan Nyanyian” - Muliakan Tuhan Dalam Anda Memulai Kehidupan Baru...2020-05-2115 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE17: “Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9 | Deuteronomy 6:1-9“Prinsip Keibubapaan Dari Perspektif Alkitab : Kasihilah TUHAN” – Ulangan 6:1-9 Shalom! Keluarga besarku yang dikasihi. Firman Tuhan yang kita hayati hari ini adalah Ulangan 6:1-9. Kita akan melihat apa yang disebut “Perintah / Pengakuan Yang Utama” sebagai sandaran kita untuk mengenal antara prinsip-prinsip keibubapaan dari pandangan Alkitab. “Dengarlah, wahai Israel! TUHAN ialah Allah kita. TUHAN itu esa. Kasihilah TUHAN, Allah-mu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Simpanlah dalam hatimu kata-kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Ajarkanlah kesemuanya dengan saksama kepada anak-anakmu dan bicarakanlah semua itu ketika engkau duduk di rumahmu, ketika engkau dalam perjalanan...2020-05-2017 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE16: “Anda Sangat Dikasihi Tuhan” – Isaiah 49:16Shalom! Damai sejahtera untuk keluarga besarku yang dikasihi di dalam Tuhan Yesus Kristus. Hari ini, 19 Mei, adalah harijadi saya. Saya mahu membawa kita untuk mengingat kasih kurnia Tuhan sentiasa dan secara khusus, setiap harijadi kita. Saya bersyukur kerana setiap harijadi dapat dikhususkan Tuhan untuk kita ingatkan dan hayati betapa besarnya kasih Tuhan dan anugerah-Nya sehingga saya dan kita semua dapat mengetahui dan mengenal Dia sebagai Pencipta kita. Dan seterusnya, sebagai Penyelamat kita. Nabi Yesaya dalam Yesaya 49:15-16 menulis kata-kata Tuhan begini, “Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, di...2020-05-1909 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE15: HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA - Lukas 8:4-15.Podcast Guest: Pr Usun Anyie. HIDUP YANG SEDANG KITA JALANI MENCERMIN SIKAP HATI KITA. [“Mari Menyelidiki Hati Kita”, Lukas 8:4-15.] Shalom! Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini. Sinopsis perkongsian: Renungan kita adalah dari Perumpamaan Penabur, perumpamaan Tuhan Yesus dari Lukas 8:4-15. Kita diajak untuk menyelidiki keadaan hati kita sekarang dan dari masa ke masa. Tempat jatuhnya benih itu (Firman Tuhan yang ditabur), memperlihatkan sikap dan hati kita (tanah tempat benih ditabur) berhadapan dengan panggilan menj...2020-05-1824 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE14: “KASIH MENGIKAT KUKUH KELUARGA” – 1 Yohanes 3:11-18Shalom kepada semua keluarga besar yang kami kasihi di dalam Tuhan Yesus Kristus. Kita bertemu sekali lagi dalam renungan Firman Tuhan dari 1 Yohanes 3:11-18. Tema perbualan kita adalah “Kasih Mengikat Kukuh Keluarga.” 1 Yohanes 3:11-18, Firman Tuhan yang kita hayati, adalah petikan dari Surat Rasul Yohanes kepada orang-orang percaya agar mereka diyakinkan bahawa mereka memperoleh hidup yang kekal kerana Kristus, 1 Yohanes 5:13. Daripada cerita tradisi gereja awal, disebut peristiwa Rasul Yohanes di bawa ke suatu pertemuan gereja oleh tuannya; dia telah diberi peluang untuk menyampai kata-kata dorongan untuk orang yang hadir. Diceritakan, bahawa dia hanya mengatakan “Kasihilah satu d...2020-05-1612 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE13: “Teguhkan Keluarga Dengan Saling Memberkati” – Bilangan 6:22-27Shalom, keluarga besar kami yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. “TUHAN memberkati engkau dan melindungi engkau; TUHAN menyinari engkau dengan wajah-Nya dan memberi engkau kasih karunia; TUHAN menghadapkan wajah-Nya kepadamu dan memberi engkau damai sejahtera.” Dalam pertemuan kita kali ini, saya mendorong kita untuk saling memberkati sebagai cara hidup bagi memperkukuh dan meneguhkan ikatan kekeluargaan. Kita akan membaca Firman Tuhan dari Bilangan 6:22-27, dan menghayati “Teguhkan Keluarga Dengan Saling Memberkati" sebagai tema perbualan kita, untuk menjawab 3 soalan tentang “berkat”. (1) Dari mana sumber berkat? (2) Apakah berkat itu? Dan, (3) Bagaimana kita menerima berkat TUHAN? (1) Dari mana sumbe...2020-05-1513 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE12: “SALING MENGAMPUNI. MENGUKUH IKATAN KEKELUARGAAN” – MATIUS 18:21-35.Shalom! Keluarga besar kami yang dikasihi di dalam Tuhan Yesus Kristus. Rabu, 18 Mac 2020; Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Satu peristiwa sejarah dalam perjalanan hidup setiap kita, yang akan diceritakan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita turun-temurun. Banyak pelajaran telah kita alami setelah berminggu dan berbulan duduk di rumah bersama keluarga. Dalam kita memulai “hidup yang diperbaharui”, saya ingin membawa kita untuk melihat satu perkara yang saya percaya telah diperkukuh sebagai cara hidup kita semasa PKP ini. Iaitu, kehidupan yang saling mengampuni. Saya mengambil, “Saling Mengampuni. Mengukuh Ikatan Kekeluargaan”, sebagai tema perbualan kita. Saya membawa kita membaca...2020-05-1412 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE11: “BUKAKANLAH MATAKU SUPAYA AKU DAPAT MELIHAT” – Mazmur 119:18 | 2 Raja-Raja 6:16.Shalom, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam pertemuan kita kali ini, saya membawa kita untuk membaca satu peristiwa dalam Perjanjian Lama di 2 Raja-Raja 6:8-23, sebagai contoh untuk kita hayati bersandar tema perbualan kita, “Bukakanlah Mataku Supaya Aku Dapat Melihat”. Dari 2 Raja-Raja 6:8-23, kita mengetahui beberapa perkara: (i)  Allah dapat membuka mata kita untuk melihat. Kita tidak dapat melihat tanpa pertolongan TUHAN. TUHAN-lah yang dapat membuka mata kita. 2 Raja-Raja 6:17. Elisha berdoa agar TUHAN membuka mata pembantunya untuk melihat dan “jangan takut, kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyert...2020-05-1315 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE10: “Pergumulan & Pengharapan: Keyakinan Bahawa Tuhan Hadir Di Tengah Kita” - Mazmur 73[NOTA: Audio perkongsian Firman Tuhan pada Kebaktian Hari Ahad, 15 Mac 2020. Ini merupakan kebaktian akhir BEM Lutong Baru BM beribadah bersama di premis Gereja, sebelum PKP bermula.] “Pergumulan dan Pengharapan” adalah tajuk Mazmur 73 dalam Alkitab terjemahan baru Indonesia, ITB. Mengambil tajuk itu, kita melihat 4 perkara dari Mazmur 73 pagi ini untuk memberi keyakinan bahawa Allah ada di tengah kita. Bahawa Allah berserta kita dalam apapun yang kita tempuhi dan alami. Asaf seorang Pemimpin Umat Tuhan. Dia memimpin umat Tuhan untuk menyembah Allah dalam pujian-penyembahan. Mazmur 73 adalah antara puisinya. Dari Mazmur 73, empat perkara yang kita lihat untuk memahami perg...2020-05-1255 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE09: “DORONGAN UNTUK SETIA DALAM PERSEKUTUAN DOA KELUARGA” – Matius 7:7-11“DORONGAN UNTUK SETIA DALAM PERSEKUTUAN DOA KELUARGA” – Matius 7:7-11 Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Saya sangat terdorong mengetahui keluarga-keluarga kerap adakan Persekutuan Doa Keluarga semasa PKP ini. Saya yakin bahawa dalam anugerah Tuhan, setiap kita akan dikuatkan dalam kita mereneruskan pertemuan Ibadah Keluarga kita. Ianya satu perkara yang perlu diteruskan dengan bertekad, intentional. “Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.” Matius 7:8. Untuk Persekutuan Doa malam ini (Selasa, 12 Mei 2020), saya membaca Matius 7:7-11 sebagai alas doa k...2020-05-1212 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE08: “ALLAH SETIA, BERTEKUNLAH” - 2 Timotius 2:1-13“ALLAH SETIA, BERTEKUNLAH” - 2 Timotius 2:1-13 [NOTA: Di akhir perkongsian ini, kita akan bersama-sama di meja Tuhan untuk mengambil Perjamuan Tuhan bersama-sama. Jika anda dapat turut serta anda boleh “PAUSE” audio berperingkat jika perjalanan acara adalah laju.] Shalom! Saya yakin kita dapat mengharungi perjalanan hidup kita dengan tabah, apapun yang kita hadapi. Kita dapat, oleh kerana anugerah Tuhan, seperti dorongan Rasul Paulus dalam suratnya kepada Jemaat Filipi - “Aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (BM-Berita Baik Filipi 4:13), melalui Kristus yang memberiku kekuatan. Kita akan menghayati 2 Timotius 2:1-13, dalam perbualan kita kali ini. Dan tem...2020-05-1125 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE07: “KEUTUHAN RUMAHTANGGA DALAM PIMPINAN ROH KUDUS” - Efesus 5:18. [Mesej 02, HARI IBU 2020]“KEUTUHAN RUMAHTANGGA DALAM PIMPINAN ROH KUDUS" [“Hendaklah Kamu Penuh Dengan Roh” – Efesus 5:18b] [Mesej 02, Sempena Hari Ibu: Ahad, 10 Mei 2020] Teks: Efesus 5:18 – 6:4 Shalom. Selamat Hari Ibu. Sempena Hari Ibu, Mesej Kedua, dari Firman Tuhan, yang saya bawa untuk kita hayati adalah dari Efesus 5:18 hingga bab 6 ayat 4. Ayat 18b, “hendaklah kamu penuh dengan Roh”, akan kita ambil sebagai tema perbualan kita. Hendaklah kamu penuh dengan Roh menggambar kehidupan kita yang terus-menerus dikuasai Roh Kudus [“hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah”, BM-Berita Baik]. Kita bergerak sebagai keluarga yang dipimpin Roh...2020-05-1028 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE06: “ANDA SUNGGUH ISTIMEWA” – Mazmur 139:13-14.“ANDA SUNGGUH ISTIMEWA” – Mazmur 139:13-14. [Mesej 01, Sempena Hari Ibu 2020] Shalom. Selamat Hari Ibu. Sempena Hari Ibu, saya membawa kita bersama menghayati Firman Tuhan dari Mazmur 139:13-14. “Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku. Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kau buat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya.” (ITB). Ibu-Ibu dan Para Wanita yang dikasihi. Anda sungguh istimewa. Dan ketahuilah keluargamu dan kami semua menghargaimu. Mazmur 139 memuliakan Tuhan yang mengenal segala-segalanya mengenai anda, kerana Dia lah yang mencipta anda. Anda istimewa...2020-05-0913 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE05: “PERGUNAKANLAH WAKTU YANG ADA DENGAN BIJAKSANA” – Efesus 5:15-17“PERGUNAKANLAH WAKTU YANG ADA DENGAN BIJAKSANA” – Efesus 5:15-17 Shalom keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Efesus 5:15-17 adalah teks pembacaan dalam pertemuan kita hari ini. “Karena itu, perhatikanlah dengan saksama, bagaimana kamu hidup, janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif, dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat. Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.” (ITB) “Pergunakanlah Waktu Yang Ada” – (Efesus 5:16a); adalah tema penghayatan kita. Tiga perkara yang boleh kita hayati adalah: (i)  Kita dipanggil untuk menggunakan waktu dan setiap peluan...2020-05-0811 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE04: “BERBAHAGIALAH MEREKA YANG TIDAK MELIHAT, NAMUN PERCAYA” – Yohanes 20:29“BERBAHAGIALAH MEREKA YANG TIDAK MELIHAT, NAMUN PERCAYA” – Yohanes 20:29 Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Kita membaca Yohanes 20:19-29 dalam pertemuan kita kali ini; mengambil ayat 29 sebagai tema penghayatan kita; “Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namum percaya.” Tuhan Yesus, setelah kebangkitan-Nya, menampakkan Diri-Nya kepada murid-murid-Nya dalam satu pertemuan mereka. Tomas tidak hadir dalam pertemuan itu dan tidak mempercayai berita baik yang disampaikan kepadanya oleh murid-murid yang hadir dalam pertemuan itu. Dia mahu melihat, menyetuh dan merasa untuk mempercayai (Yoh. 20:25). Perbualan yang dicatat Yo...2020-05-0814 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE03: “DENGAR SUARA ALLAH, JANGAN KERASKAN HATIMU” – Ibrani 3:7-19.“DENGAR SUARA ALLAH, JANGAN KERASKAN HATIMU” – Ibrani 3:7-19. Shalom! Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Teks renungan pertemuan keluarga kali ini adalah Ibrani 3:7-19. Kita mengambil ayat 7-8 dan 15, sebagai tema penghayatan kita, “Dengar Suara Allah, Jangan Keraskan Hatimu.” Dari teks pembacaan kita; terdapat bahawa tidak semua orang yang dipimpin Musa keluar dari Mesir memasuki “tempat perhentian Tuhan” yang dijanjikan. Antara mereka, ramai yang mati di padang gurun dalam 40 tahun perjalanan mereka, yang antaranya disebabkan ketidakpercayaan mereka; mengeraskan hati dan memberontak terhadap suara Tuhan. Seperti Umat Israel yang dipimpin Musa, kita jug...2020-05-0716 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE02: "KECAPLAH DAN LIHATLAH, BETAPA BAIKNYA TUHAN" - Mazmur 34:9"KECAPLAH DAN LIHATLAH, BETAPA BAIKNYA TUHAN” – Mazmur 34:9 “Kecaplah dan lihatlah, betapa baiknya TUHAN itu! Berbahagialah orang yang berlindung pada-Nya!” - Mazmur 34:9, ITB. (1) LATAR BELAKANG MAZMUR 34: Buku 1 Samuel bab 17 hingga 21 adalah latar belakang Mazmur ini. Di medan pentempuran antara tentera Israel dan Filistin, Goliat pendekar Filistin telah mencabar tentera Israel untuk mewakilkan satu dari tentera Israel bertarung satu lawan satu dengannya. Mendengar cabaran itu Alkitab mengatakan, “ketika Saul dan segenap orang Isarael mendengar perkataan orang Filistin itu, maka cemaslah hati mereka dan sangat takut”, 1 Samuel 17:11. Daud tiba dalam suasana genting itu dan seterusnya membunuh Goliat. Kembali dari medan pertempuran, penari-penari perempuan yang menyamb...2020-05-0721 minHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAHADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAE01: "JADIKAN AKU RUMAH DOA-MU" - Yesaya 56:7."JADIKAN AKU RUMAH DOA-MU - Yesaya 56:7. [Renungan Ibadah Keluarga 05 Mei 2020]  “…mereka akan Ku-bawa ke gunung-Ku yang kudus dan akan Ku-beri kesukaan di rumah doa-Ku. Aku akan berkenan kepada korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka yang dipersembahkan di atas mezbah-Ku, sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.” - Yesaya 56:7, ITB. Apakah dan dimanakah Rumah Doa? Dalam 1 Korintus 3:16-17, Rasul Paulus menulis kepada Jemaat di Korintus, “Tidak tahu kah kamu, bahawa kamu adalah Bait Allah dan bahawa Roh Allah diam di dalam kamu? Jika ada orang yang membinasakan Bait Allah, maka Allah akan membinasa...2020-05-0614 min