podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Mirza Abdul Razak
Shows
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Borak Kosong
Sekadar mengisi masa lapang, Muse berborak kosong tentang manusia dan macam biasa, tak habis-habis borak pasal berkawan.
2022-01-27
54 min
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Irfan Hakimi
Selain Fahmida, Irfan juga merupakan pelajar jurusan perubatan yang sekarang menjalani latihan praktikal di hospital. Sebelum bergerak ke Temerloh, Muse & Mirza sempat berbual dengan Irfan tentang perjalanannya sebagai seorang doktor pelatih dan pengalamannya di Hospital Ampang baru-baru ini. Dalam episod ini, Irfan menceritakan pembahagian jurusan perubatan serta memori yang paling diingatinya sepanjang dua bulan di sana. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2022-01-26
1h 22
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Nik Nur Farahin
Episod ini dirakam pada bulan Oktober 2021. Dalam episod ini, mereka bercerita tentang permulaan semester untuk tahun akhir mereka dan bagaimana perjalanan pelajaran mereka. Kemudian, perceritaan utama yang dibincangkan untuk memenuhi dan mengambil tahu tentang tetamu mereka, Nik Nur Farahin ialah berkenaan kokurikulum di universiti dalam sudut pengalaman dan kelebihan serta relevan kursus ini didedahkan kepada pelajar pendidikan tinggi. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2022-01-26
1h 20
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Syakirah Aina
Muse & Mirza mengadakan perbincangan yang dianggap dalam dan agak peribadi bersama Syakirah yang kini juga sedang menuntut ilmu di negara Mesir. Dalam episod ini, Muse memulakan dengan perbincangan berkenaan sejarah lepas yang pernah berlaku kepada Syakirah. Beliau menceritakan perkara yang berlaku dalam sudut pandangnya. Kemudian, Mirza meneruskan tentang pembelajarannya serta penggunaan Bahasa Inggeris di sana. Ia berakhir dengan pemandangan setiap mereka memberi maksud cinta yang mereka fahami. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-10-15
1h 11
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Arifuzz
Bersama hustler muda, Arifuddin, menceritakan bisnes kecilnya yang baru sahaja bermula dalam 3 bulan. Beliau menceritakan bagaimana pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang beliau membesarkan kafe bersama 3 rakannya. Selain itu, Mirza juga membincangkan tentang pengalaman bekerja sambil belajar. Persoalannya, adakah Arifuddin tidak akan balik ke Malaysia semula ekoran bisnes kafe beliau di Mesir semakin lama semakin berkembang?Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-10-15
50 min
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Amier Hakiem
Bersama rakan yang dianggap tua, Amier, Muse & Mirza berbincang tentang hobi bermain permainan video. Selain itu, mereka juga memberi pandangan atau pendapat mereka terhadap bisnes dan perkara yang berkaitan dengan industri permainan video ini atau kini lebih dikenali sebagai e-sukan. Suara Muse dalam audio ini agak pecah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-10-10
1h 17
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Ahmad Nazhan
Bersama yang termuda dalam kawan sekolah menengah, Nazhan menceritakan bagaimana perasaan dan pandangan beliau terhadap menjadi yang paling muda antara kami. Kemudian, pendedahan terhadap teknologi dan pengurusan berkaitan teknologi asas seperti telefon pintar dan komputer riba dibincangkan dalam episod ini. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-10-06
1h 12
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Aliya Syaffa
Dalam episod ini, Aliya Syaffa berborak tentang pengalamannya di UITM Dengkil. Kemudian, beliau juga menceritakan tentang pelajarannya di IPT dan kursus chemical engineering. Dalam masa yang sama, ada juga borak kosong seperti topik kawan-kawan dan segalanya.Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-17
1h 10
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Anas Marwan
Apabila borak dengan Anas Marwan, sudah semestinya topik akademik yang menjadi perkara utama. Dalam episod ini, Anas bercerita tentang perjalanannya mengambil kursus matematik di United Kingdom dan bagaimana subjek Matematik menjadi satu subjek yang relevan dalam hidup. Kemudian, perancangan tentang menyambung Masters dan sama ada bekerja atau apa-apa yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-17
1h 08
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Wan Nurfahmida
Tetamu yang ditunggu-tunggu oleh M&M, Fahmida menceritakan tentang pembelajarannya tentang pra-kedoktoran. Dalam masa yang sama, episod ini menceritakan tentang ujian, kesakitan dalam memuaskan hati pihak tertentu dan bagaimana harga diri juga perlu dalam waktu tertentu. Akhir sekali, mereka juga menceritakan tentang sama ada berjaya secara individu atau bersama-sama rakan lebih baik.Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-12
1h 13
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Alya Aiman
Alya Aiman, tetamu wanita pertama dalam podcast ini, berbincang tentang topik rawak. Topik rawak seperti kursus yang beliau belajar, food biotech, gelombang hallyu (Korean Wave), perspektif kehidupan dan bagaimana penceritaan terhadap pengalaman beliau tentang bagaimana kehidupan yang dilalui apabila masuk dalam dunia institusi pengajian tinggi.Dalam audio ini, terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku atas kesilapan manusia sendiri. Maaf atas segala kesulitan.Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-11
1h 05
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Tariq Sazali
Tariq Sazali, kini menjalani intern di Pulau Pinang, menceritakan sedikit pengalamannya. Mirza mencetuskan topik tentang perspektif kejayaan dan masing-masing memberikan sedikit pendapat mereka tentang maksud kejayaan itu sendiri. Kejayaan itu subjektif tetapi dapat dikatakan bahawa terdapat beberapa kejayaan yang hampir sama untuk mereka. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-11
1h 06
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Fauzi Mono
Dalam episod ini, bersama dengan tetamu undangan yang Muse dan Mirza nantikan, Fauzi, bercerita dan berbincang tentang isu Sukan Olimpik dalam situasi pandemik ini serta perkaitannya di dalam industri sukan. Kemudian, mereka berbincang tentang keadaan atlet negara dan isu teknikal yang berlaku dalam Olimpik serta pandangan tentang mereka menyerang atlet atau pihak lain ekoran kekangan atlet negara untuk memenangi sesebuah acara. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-09-03
1h 07
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Hiatus I
Tiada tetamu jemputan disebabkan kesibukan yang melanda kebanyakan pihak, Mirza membuat keputusan untuk bersembang dengan Muse sendiri. Perspektif persahabatan, cabaran dan personaliti seseorang dalam bersahabat diceritakan dalam sudut pandang kedua-dua manusia ini. Kemudian, Muse mendedahkan asbab utama pelaksanaan podcast yang dia mulakan ini. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-08-30
1h 10
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Izdihar Amri
Ekoran pandemik Covid - 19 yang melanda, Izdihar Amri menceritakan tentang tanggapan yang perlu diidamkan apabila dapat menyambung pelajaran ke luar negara dan realitinya, serta perkara baharu yang telah dipelajarinya. Izdihar dan Mirza juga menceritakan tentang kepentingan kesihatan mental untuk setiap individu serta pemandangan mereka dalam pelbagai sudut. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-08-20
1h 08
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Alfateh Atiqullah
Alfateh, rakan Muse & Mirza, bersembang tentang perubahan beliau terhadap perubahan pemahaman ilmu agama sepanjang sekolah menengah hingga peringkat pendidikan tinggi, isu baik buruk individu terhadap sesuatu institusi, pendapat tentang kes tingkah laku guru sekolah terhadap pelajarnya. Terdapat beberapa gangguan terhadap kualiti audio ekoran perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-08-14
1h 06
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Mirza - Peluang & Minat
Bakal guru, Mirza menceritakan tentang perjalanan pembelajaran di peringkat tinggi dan kemalangan yang bermakna yang beliau alami. Muse dan Mirza juga berbincang tentang dilema peluang dan minat yang klise bersama kepentingannya. Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
2021-08-06
55 min
Catching Up Bersama Muse dan Mirza
Pengenalan Kepada Podcast Muse & Mirza
Pengenalan dan penerangan terhadap keseluruhan podcast. Podcast ini lebih kepada sesi berhubung bersama kawan lama dan pengisian ilmiah jika ada. Harapan podcast semoga pendengar mendapat sesuatu yang baharu atau sekurang-kurangnya menemani mereka di waktu senggang.
2021-08-06
03 min