Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

Rizal Hassn

Shows

Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 2, 11 Januari 2022Sabah  for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN  Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang  dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga  merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas  naratif 'puak kenegerian' tersebut.  UMNO dan Bersatu dilihat sebagai  'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang  asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita  lihat bahawa kekalahan Warisan dan kemenangan UMNO dan Bersatu yang  bekerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah pasca PRN Sabah 2020 sebagai  referendum kepada sikap berpuak-puak kenegerian yang cuba dibawa ke  tengah dan dinormalisasikan. Hakika...2022-01-1141 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 1, 11 Januari 2022Sabah for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas naratif 'puak kenegerian' tersebut.  UMNO dan Bersatu dilihat sebagai 'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita lihat bahawa kekalahan Warisan dan kemenangan UMNO dan Bersatu yang bekerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah pasca PRN Sabah 2020 sebagai referendum kepada sikap berpuak-puak kenegerian yang cuba dibawa ke tengah dan dinormalisasikan.  ...2022-01-1143 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Masa Depan Politik Muafakat Nasional & Membedah Politik Belah Bambu Cina - Rizal+Boleh! Episod 5, 24 Ogos 2020Setelah lebih 5 bulan kepimpinanTan Sri Muhyiddin Yassin di bawah kerajaan Perikatan Nasional menyaksikan wabak COVID-19 ditangani dengan tegas dan baik.   Malah Malaysia yang sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dianggap antara negara yang paling berjaya di dunia jauh meninggalkan beberapa negara maju lain.   Pemerintahan yang dilihat responsif dan cakna dengan keperluan semasa rakyat membuatkan rakyat rata-rata berpuas hati dengan pendekatan demi pendekatan yang diambil kerajaan Perikatan Nasional setakat ini sehinggakan beberapa pemerhati politik melihat populariti Perdana Menteri ditahap tertinggi.    Dikala kita bakal menghadapi PRK DUN Slim, dan Pilihanraya Negeri Sabah timbul pula ura-ura yang mengatakan bahawa PRU ke...2020-08-241h 21Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sakura Layu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 47, 27 Jun 2020 (Muzik Donk Gedank)Sakura Layu Kosong Dalam gelap dan terang Kau datang bertandang Memberi salam Dalam pekat malam Tika sejuk menggigit Dan rindu mula bangkit Bila diherdik rasa sendu Bertalu-talu Melekat bagai irama dan lagu Jiwa mula rasa sayu Bila terkenangkan kau Bunga sudah layu Pergi meninggalkan sejuta pilu Rizal Hassn 20052020-06-2701 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Ketiga - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 46, 27 Jun 2020 (Muzik Donk Gedank)Ketiga Tika tiga kali kau seru aku Bukan dengan namaku Aku jadi keliru Dengar Aku jadi rayan Tidak keruan Kurang perasan Suaramu bergema pelan-pelan Apa bala ini tuhan? Nur iman, gagal aku tawan! Rizal Hassn 20052020-06-2701 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Rentap! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 45, 27 Jun 2020 (Muzik Donk Gedank)Rentap! Sayang malam ini Dengan panas kulitmu Aku mahu bakar kelambu! Rizal Hassn 20052020-06-2700 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Koboi Amerika - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 44, 31 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Koboi Amerika Amerika! Ketika kau tewas Dengan mimpi basah kau dengan Katrina Tercungap lemas dengan tengit airnya Terkapai-kapai dengan kudrat dan amarah-Nya Dalam pada rakus Kau memperkosa Afghanistan dan Iraq Sambil sebelah mata setan kau Mengintai-intai mahu aibkan Iran Kami hantarkan kau Rita Supaya kau tidak lupa Walaupun dengan segala harta Teknologi Mahupun Viagra Tanpa izin-Nya Kau hanyalah seorang koboi tua yang sudah tidak mampu Lagi menjinakkan kuda liarnya Menguncup kecut Dikulum sejuk! Rizal Hassn 20052020-05-3101 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Aku Lagi - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 43, 31 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Aku lagi Mana mungkin Kau mampu sekat jiwa ini Yang dalam baring kakunya Menerawang melata Melilau ke empat penjuru fana Menagih kelibat-kelibat maya Yang memberontak Di setiap hela nafas Sambil dalam diamnya menjerit Menyanyi lagu-lagu mimpi Yang hanya kau tahu benarnya Mana bisa kau Menahannya jika Jarak kita berjuta Jauhnya Ketika aku sedih dan sepi Ditinggalkan kamu Terpencil Bertemankan pemuka-pemuka Mulut semanis gula Cerita aku tulisan kau Kau yang tahu penutupnya Aku hanya...2020-05-3101 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Aku, Kau Dan Dia - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 42, 31 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Aku, Kau Dan Dia Aku nampak kau  di sana Dengan dia Ketawa dan gembira seadanya Aku nampak kau dengan dia Bercerita tentang kamu berdua Aku nampak kau dan dia Secocok satu citarasa Aku nampak kau dengan dia Sentiasa di sana Entah kenapa? Di sana aku nampak Kau dengan dia sempurna Rizal Hassn 20052020-05-3101 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Puisi Utusan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 41, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Puisi Utusan Aku ini nak berutusan Dengan kamu-kamu semua Di luar sana Ada berita yang mahu aku sampaikan Ada cerita yang mahu aku canangkan Sudah lama aku pendamkan Utusan ini Entah apa nanti kesudahan? Entah apa nanti kesimpulan? Tembok besar menjadi penghalang Tebal Kebal Bebal Riak-riak wajah sukar diramal Gah megah Tiada bisa rebah Tanpa aku ada Ada aku juga ada Ah persetankan segala perutusan Aku sesat tak jumpa haluan ...2020-05-1802 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Senafas - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 40, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Senafas Sebatang okok Seluas ata memandang Sejuta umat Sebidang tanah usang Aku memandang kiri kanan Depan belakang Melihat tanah penuh gersang Kering kontang Angin sarat berdebu Hati bernada sendu Ketika awan segan silu Malu-malu mahu mengangguk pilu Titis airmata kelu Beku membatu Secebis hidup Sekelumit belas kasihan Seribu satu harapan Setitik hujan Rizal Hassn 20052020-05-1801 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Si Mahui - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 39, 19 Mei 2020 (Muzik Donk Gedank)Si Mahui Terima Kasih Tuhan Atas Tanda Kasih Dan Kasihan Kepada Kami Bangsa Sederhana Yang Gemarkan Hiburan Dalam Sujud Tunduk Ingat Akan Peringatan Dan Pesanan Kau Lemparkan Senyum Dan Lapang Ke Jiwa Kami Dengan Seorang Lagi Insan Cerah Membawa Gembira Dan Sorakkan Ke Dalam Dunia Hiburan Setelah Sepuluh Tahun Bertemankan Cantik Seorang Perempuan Penuh Sopan! Rizal Hassn 20052020-05-1801 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Doa - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 38, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Doa Sembelihlah tengkok ini Yang aku persembahkan untuk kau Sambil tangan kananku Menggapai-gapai mahu menyentuh kakimu Dan tangan kiriku Aku hulurkan kepada mereka-mereka yang sudi Ketika aku asyik berputar laju Di atas bumi memuja kau Sambil rohaniku menari Di awangan bersama dikau Menagih kasih dan restumu Selalu Di setiap leleh peluhku Di setiap hela nafasku Dan di setiap  kelibat pemandanganku Rizal Hassn 20052020-04-2901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Merah Padam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 37, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Merah Padam! Aku delusi, twisted Dan merah padam marah! Aku benci dengan wajah-wajah  bodoh sombong Yang tidak pernah mahu memahami Bertanya dan beretorik semata! Bengang! Semakin lama Semakin terserlah keangkuhan mereka Menutup mata dan telinga Walaupun mulut sentiasa terbuka Berkata-kata Kata tak pernah dikota Janji tak akan terlaksana Buang masa dan asyik menekan saja Nekad! Aku tekad jihad ahad Hari ini tiada Hitler Yang mampu menandingi amarah ku Aku mahu pergi meletup! Rizal H...2020-04-2901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Layang Sayang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 36, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Layang Sayang Sayang Kau merangkak datang bila rindu Mula tersenyum memberi salam Bertandang dalam pekat malam Merengek dalam rintik hujan berbalam Tika aku sejuk Digigit dingin dan kepingin Kau tiupkan manismu Dengan butir kata-kata Yang tak pernah lupa menghangatkan Setiap telinga dan jiwa luka Yang senantiasa mendambakan Sejuta harapan masa depan Entah kapan? Kerna sedalam sayangku padamu Dan setinggi ingatku akan sendamu Kau hanya ku dakap Dalam seribu satu bayang-bayang Terkapai-kapai di awan Terhoyong hayang ...2020-04-2901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sudah! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 35, 29 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Sudah! Lihatlah semua ini Bersepah daging-daging saudara kita Bersepai dalam sekelip mata Mati dalam sehela nafas Apa yang kita mahu sebenarnya? Kebebasan ini akhirnya untuk siapa? Jika yang tinggal hanyalah derita semata-mata? Mana mungkin untuk kita! Jika semuanya nanti tiada! Jika harapan makin hari makin hilang Berkecai dengan jiwa-jiwa Korban kebebasan! Apa yang kita mahu tinggalkan Jika yang kita cambahkan Hanyalah Keganasan Kesengsaraan Kekecewaan Renungkanlah! Supaya nanti bisa Berputik bunga-bunga kesabaran ...2020-04-2902 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Wajah Miskin - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 34, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Wajah Miskin Wajah kita miskin Tak mampu nak suap makan sesama sendiri Wajah kita miskin Tak mampu nak bersuara sendiri Wajah kita miskin Tak mampu nak tolong sesama sendiri Wajah kita miskin Tak mampu nak tutup aib masing-masing Wajah kita miskin Tak mampu nak itu dan ini Namun wajah miskin kita Tersenyum seronok sendiri! Rizal Hassn 20052020-04-1901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Satu Sifu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 33, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Satu Sifu Bangkit dan naiklah daripada abu Menunggang phoenix jingga mu Sifu Dengan renung tajam dan kumis tebal mu Kau rupanya menyimpan jujur insan Anak seni Berjiwa besar Bersilau putih cahya mu Bersinar memenuhi setiap inci Pelusuk tanah ini Bangunkan pagi kami Dengan lunak ghazal mu Keroncongkan tidur kami Lagi, lagi Memuji dan memuja Yang di sini Dan yang di atas sana Berputarlah kau selaju sang sufi Dengar tangisan duniawi sang berber Rindukan tanahnya ...2020-04-1902 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Malam Suram Niger- karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 32, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Malam Suram Niger Malam di Niger Sejuk, suram, sunyi Siang tadi sudah bising Dengan hiruk-pikuk Kasih Dan kasihan Ibu-ibu meminta makanan Bantuan UN entah kapan Yang ramai hanya wartawan Memancarkan tangisan Kini tubuh-tubuh letih Tertidur dalam kebuluran Malam ini Bayi-bayi tidak menangis lagi Entah hidup, entah mati Malam di Niger Banyak roh merewang malam Menanti-nanti akan keputusan Badan sudah kering menahan entah bila akan kesudahan Kenyang ganti kebuluran! Malam ini di Niger2020-04-1902 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Coretan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 31, 19 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Coretan Di kertas putih ini Aku coretkan cerita hitamku Yang sering bertandang Menganggu Mengetuk-ngetuk Meminta dibukakan pintu Menyuruh Menuju ke satu Dalam seribu satu Alpa keliruku Rizal Hassn 20052020-04-1901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Mahal - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 30, 18 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Mahal Mumtaj Secerah mentari Sesegar embun pagi Secantik pelangi Seasyik puisi Seharum kasturi Sewangi setanggi Aku Sambut paut kasihmu Ketika kita sama-sama basah Dan resah Bermandikan jutaan kilauan bintang Dengan berlampukan Bulan cukup cerah Menyelimuti kulit Ulit sensitif kita Lebam berbalam Tanda cerita kasih Masih utuh Tiada bisa runtuh Aduhai luluh jantung beta Kau rantai hati hamba Dan kau bawa bersama Ke barzakh kembaramu Entah ke mana? Sejuta askar beta2020-04-1802 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Langkah Kanan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 29, 18 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Langkah Kanan Dalam dua juta Ada satu Yang mencari Ada Satu Yang dicari Ada sesuatu Yang bakal ditemui Dalam empat juta langkah Dan seribu satu doa Ada seribu juta rahsia Yang tidak mampu dicerita Khalifah-khalifah manusia Menapak dan berlari anaklah Merendah diri dan berdoa Lalu melontarlah Dalam ihrammu Bunuh jiwa-jiwa alpa Lalu bercukur Dan bersyukur Mendermalah Kerana sesungguhnya dengan bersaksikan Kaabah dan Arafah Kita perlu bekal di sana Dengan izinNya 2020-04-1801 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Apa-Apa Aja - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 28, 16 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Apa-Apa Aja... Apa guna berkata-kata panjang berjela Jika semuanya nanti Bulat menjadi manik-manik sia-sia buah-buah ketawa! Ya, apa guna bisa Jika secebis senyum mampu membawa Sejuta getar makna Dan jika jiwa masih Bebas mahu merasa! Rizal Hassn 20052020-04-1601 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Peran Agung - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 27, 16 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Peran Agung! Meresaplah kau tinggi Ke kaki arash Melangit naik Dengan jutaan debu Dan asap-asap kelabu Hadiah semarak api-api Benci yang tak pernah padam Terbakar mekar Di pendiang hati-hati bangsa megah Kerap memandang rendah Akan kau pendatang Yang tak pernah berjemput Cuba melukut Dicelah-celah gerigi taring Penghisap darah licik Mencarik jiwa-jiwa lembut Yang mudah percaya Dengan lembut lidah Dan manis seribu satu kuntum senyum Peran-peran agung! Rizal Hassn 20052020-04-1601 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sayang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 26, 2 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Sayang Sayang Di mana aku mencari aku Di situlah aku menjumpai kau ku dan kau tiada satu Namun kau selalu menjumpai aku Kita asing yang sama Kita sama dalam keterasingan Dimana kau berdiri, disitulah aku berpijak Dimana kau duduk, disitulah aku berlabuh Dimana kau makan, disitulah aku kenyang Dimana kau mandi, disitulah aku basah Dimana kau tidur, disitulah aku bermimpi Kau ketawa, aku gembira Kau sedih, aku menangis Sayang Kau sentiasa membayangi aku Walaupun pada bayangmu tiada...2020-04-0103 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Cerita Gelap - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 25, 2 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Cerita Gelap Di sebuah lorong gelap Dua tubuh gelap Diselubungi sejuta kegelapan Asyik menulis seribu satu cerita gelap! Rizal Hassn 20052020-04-0100 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Nafsu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 24, 1 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Nafsu Diatas nama nafsu Kita berhenti mengejar sesuatu Nafsu Lepas satu, satu, satu, satu Nafsu itu bulat Nafsu itu tekad Tiada pernah ahad! Datangnya beribu Datangnya melulu Tiada pilih bulu Fikir cuma sepintas lalu Tanpa batas tempat dan waktu Rizal Hassn 20052020-04-0101 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sebelum Kau Menengking - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 23, 1 April 2020 (Muzik Donk Gedank)Sebelum Kau Menengking! Sebelum kau menengking Fikirkanlah dulu jeritan kasih yang bergema menyambut tangisan sulungmu Bayangkan dulu gegar-gegar katil, menahan perit hadiah daripadamu Kenangkan juga pertarungan nyawa berselisih bertegur sapa Nyawa dengan nyawa Nyawa untuk nyawa Sebelum kau bisa menengking Ingatlah dulu bubur lembut dan kepal halus roti yang pernah kau jamah Ingatkanlah tangan yang menyuapkannya, kakitangan yang mengerjakannya Jika tidak Cuba ingatkan susu badan yang kau hisap sampai merah mulutnya Cuba ingatkan pedih perit yang datang bersamanya Cuba ingatkan kerut wajah yang...2020-04-0102 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Malam Jahanam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 22, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Malam Jahanam! Jahanamlah kau bangsat Binatang jalang, terbuang; Sesat tak mahu-mahu pulang Asyik-asyik keluar malam Mencari kelam Meraba-raba dalam pekat malam Tekun menatang bulan Menilik bintang Bebal dengan dingin beku Membatu dengan jutaan titis embun Menusuk rusuk remuk Menunggu di atas kerusi-kerusi batu Kaku membiru Sambil berbumbungkan Jarang dahan-dahan rimbun; Sendu berduyun... Bulan sepanjang tahun Bermata suram Menyelimut badan-badan lebam Berbalam Rindu setalam Bertakung dalam Luka, pilu Teramat dalam Tiada...2020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Longlai - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 21, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Longlai Ketika wajah ini tersembam ke tanah Dan seluruh tubuh mahu mereput lantas hilang Dari mata hitam duniawi Roh ini bisa pulang Bila yang datang sudah hilang baunya Ditiup bayu sebelum subuh Ketika yang gagah melangkah Hanyalah sepasang kaki longlai Malas dan letih dengan hidup Tubuh ini maju dengan sejuta doa Mengiringi perjalanan si jiwa kosong Yang sudah mahu berhenti Rizal Hassn 20042020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Bakar Kelambu! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 20, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Bakar Kelambu! Jam sepuluh kosong satu Aku dah layu menunggu Kaku membatu Punggung keras kematu Tunggu dan tunggu macam dungu Bas Rapid lepas satu, satu Sampai susun waktu Jalan tak menentu Lepas satu, satu Sampai susun waktu Jalan belum tentu Kalbu Pasrah bertukar marah Aku dah berbulu Macam kena rasuk hantu Rasa nak baling batu! Bas Rapid, satu persatu Dah lebih sejam aku menunggu Macam tunggul kayu Drebar lepak ikut mahu Ayuh kita...2020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Bidadari - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 19, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Bidadari Wahai bidadari hati Sejak pagi Aku setia menanti Hingga dinihari Bila cinta akan terpatri?   Semalam di tepi hati Di celah-celah mimpi Apsara menari-nari Seribu janji tersimpul mati   Rizal Hassn 20122020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Paku Bisu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 18, 23 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Paku Bisu Sidam Mulut terpaku Kaku Apabila syaitan hitam Turun mengcengkam kuku Legam Wajah kelam berbalam Aku kira kawan Jenguk memberi salam Walaupun janggal maha acuan Aku kira jenaka menjadi pembuka acara Aku yang mati kutu Diam membatu Kaku Sepuluh minit berlalu Aku seperti nampak hantu Membisu Sidam Sehari sudah berlalu Aku masih buntu Rizal Hassn 20122020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Malam Ini Penyu Menangis... Lagi - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 17, 22 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Malam Ini Penyu Menangis... Lagi Malam ini penyu menangis lagi Taman liburan sudah kontang Lalat-lalat sudah terbang pulang Kumbang pujaan hilang tak datang-datang Aku yang gersang kasih dan sayang Bagaikan gila bayang Menari terhoyong-hayang Lara jiwa tak tertayang Nyilu hati bukan kepalang Kasihku jauh pergi bersama-sama sayang! Terbang meninggalkan sarang... rizal hassn 20042020-03-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Kerajaan Malaysia Tanpa DAP, Keluh Kesah Etnik Cina - Rizal+ Boleh! Episod 4, Bahagian 2, 17 Mac 2020Setelah terkeluarnya Parti Tindakan Demokratik, DAP, daripada tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia Baharu, dengan berpecahnya Pakatan Harapan, disebabkan oleh pergelutan kuasa sesama sendiri, khasnya dikalangan beberapa tokoh-tokoh parti komponen. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai satu gagasan yang terhasil daripada ‘marriage of convenient’ untuk menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional, kini tersungkur di tengah jalan.  Apa yang jelas, ramai pengundi-pengundi Pakatan Harapan menyatakan bantahan kepada apa yang digelar mereka, sebagai Kerajaan Pintu Belakang. Prof. Chandra Muzaffar dipetik Free Malaysia Today baru-baru ini, mendakwa pada PRU14 lepas, Pakatan Harapan, hanya berjaya mendapat, 27% undi Melayu, dan gagasan itu, tidak akan berja...2020-03-1637 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Kerajaan Malaysia Tanpa DAP, Keluh Kesah Etnik Cina - Rizal+ Boleh! Episod 4, Bahagian 1, 17 Mac 2020Setelah terkeluarnya Parti Tindakan Demokratik, DAP, daripada tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia Baharu, dengan berpecahnya Pakatan Harapan, disebabkan oleh pergelutan kuasa sesama sendiri, khasnya dikalangan beberapa tokoh-tokoh parti komponen.   Apa yang pada awalnya dilihat sebagai satu gagasan yang terhasil daripada ‘marriage of convenient’ untuk menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional, kini tersungkur di tengah jalan.  Apa yang jelas, ramai pengundi-pengundi Pakatan Harapan menyatakan bantahan kepada apa yang digelar mereka, sebagai Kerajaan Pintu Belakang.    Prof. Chandra Muzaffar dipetik Free Malaysia Today baru-baru ini, mendakwa pada PRU14 lepas, Pakatan Harapan, hanya berjaya mendapat, 27% undi Melayu, dan gagasan itu, tidak akan berjaya...2020-03-1647 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Ilham - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 16, 9 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Ilham ilham sejak perut ini kenyang dan dada ini bisa kenal lapang kau sudah jarang-jarang bertandang mengapa dulu bisa kencang kau datang? sekarang langsung tiada berbayang alahai ilham tika aku berdondang sayang dan hidup aduh manisnya bukan kepalang aku masih mahu bermain dalang masih mahu memahami hati orang-orang masakan amanah bisa aku buang? ilham biar jelas, nyata dan terang alang-alang menyeluk pekasam biar busuknya sampai ke tulang! aduhai ilham aku harap kau bisa faham...2020-03-0901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sejuk Malam - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 15, 9 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Sejuk Malam sejuk malam menagih panas badan menyentap zarah-zarah iman terpancung kepala akal tiada keruan terpelanting pecah   balang acuan Rizal Hassn 20042020-03-0900 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Indonesiar! - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 14, 9 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Indonesiar! Indonesia meletup lagi mereka yang tak berdosa bertabur, bergelimpangan di depan pintu Arash anak-anak kecil yang tak mengerti dijemput Tuhan lebih awal yang lain biar sesat air mata sesal mengalir buntu di hujung telinga ada orang meniup seruling propaganda! anak-anak tua masih berkira-kira jalan azali pagi sudah mati, dan malam tak mahu-mahu pergi Singa tak bergigi makan tak henti-henti coolie-coolie hanya mampu tersengih sendiri bagaikan sekam berapi cinta sudah meruap benci Tuhanku beritakan dalam lagu 2020-03-0901 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Anwar Ibrahim & Kemelut Politik Malaysia Pasca Perlantikan Perdana Menteri ke-8 - Rizal+Boleh! Episod 3, 7 Mac 2020Perlantikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh Duli Yang Maha Muli Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diharap akan dapat menghentikan kemelut politik yang melanda negara lebih seminggu.  Dikala negara dikatakan berdepan dengan ekonomi yang merudum setahun dua kebelakangan ini dan ditambah pula dengan wabak COVID-19, perlantikan tersebut dikatakan perlu disegerakan kerana ketidak-tentuan yang melanda negara bakal menjerumuskan negara dari segi ekonomi dan sosial ke tahap yang lebih teruk. Namun persoalannya kenapakah drama tuduh-menuduh saling salah-menyalahi satu sama lain masih belum berkesudahan? Boleh! adalah siaran podcast dwi...2020-03-0647 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Mimpi Tidur - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 13, 2 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Mimpi Tidur bila mengantuk mula memanggil tidur matapun mula mengalirkan airnya senyum makin ringkas angguk makin lemas suara makin malas bila mengantuk beraja di mata bertakhta di aksara bermain-main menenun cerita airmata menyamankan rasa memudahkan katupnya supaya dalam rapat pejam mimpi bisa memanah dengan tajam Rizal Hassn 20042020-03-0201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Kau Dan Aku - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 12, 2 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Kau Dan Aku ku jauhkan diriku dari kelibatmu supaya aku dekat dengan jiwamu ku basahi debu di matamu supaya jelas rasamu padaku ku bisikkan marah pada nalurimu supaya kau kenali emosiku ku laungkan kelu padamu supaya aku dan kau dapat bersatu tanpa diganggu seperti sejoli yang ramai itu supaya dapat aku simpan bengis jantanku dari berkenalan dengan jerkah betinamu Rizal Hassn 20042020-03-0201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Malam Bukit Bintang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 11, 2 Mac 2020 (Muzik Donk Gedank)Malam Bukit Bintang Malam di Bukit Bintang Lautan manusia lalu-lalang terhoyong-hayang gendong barang keliling pinggang bagaikan lalang meliuk-lentuk ditiup angin malam lalu hujan menjenguk memberi salam manusia lari lintang pukang bak merpati terbang meninggalkan sarang Rizal Hassn 20122020-03-0201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Anak-Anak Yang Hilang - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 10, 23 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Anak-Anak Yang Hilang Sajak ini aku tujukan kepada anak-anak yang hilang Yang dijemput Tuhan diperbetulkan jiwanya Yang diambil kerajaannya dibentuk jati warganya Yang trauma terkenangkan nasib saudaranya Yang dirobek maruahnya diruang-ruang kejam sunyi Yang dikerah dayanya sehingga terpercik keringat naifnya Yang berolok-olok dengan senjata di medan permainannya Yang dicuri hidupnya terutamanya, sepanjang usianya Selamanya... Rizal Hassn 20052020-02-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Suara Anak Tangga - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 9, 22 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Suara Anak Tangga dari jauh tujuh anak tangga aku melihat mereka ketawa, berjenaka dan gembira asyik bercerita tentang duka... mereka dan semuanya dari tujuh anak tangga dekatnya aku dengan mereka aku cuba memahami getar suara kata-kata di kota janji terlaksana perihal pucuk-pucuk ranum dan bunga-bunga dosa dosa; menjalar berbunga dari rengek tangis tujuh anak tangga akibat dihentak tapak-tapak kaki merah hitam marah tiada mahu padam aku memandang dari luar cuba memahami makna dalam-dalam aku yang berada di dalam tetapi...2020-02-2202 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Tamu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 8, 22 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Tamu tamu setengah abad baru bisa aku ketemu rupanya kau simpan rapi khianat di kalbumu terbuku, tahun demi tahun sejuk membeku membatu, bergerutu tamu, nah! gamkan saja aku di dinding ruang tamumu ya, kelibat tubuh ini susuk sawo matang berdaki ini penyekkan saja hidung melayuku, di situ atau leperkan saja punggung busukku dengan kerah tenagamu itu pandang bila kau jemu cemuh supaya senyum hinggap diwajahmu agar lapang dadamu dan senang hatimu tamu hari ini, selepas setengah abad bertamu aku...2020-02-2201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Sunflower Surga - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 7, 20 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Sunflower Surga adakah kamu yang datang mengetuk pintu ketika aku sedang nyenyak beradu dan memadu? ketika perut sokosong jiwa dan mata hanya mahu melihat apa yang mampu dirasa, kau hanya mampu ketawa, berkira-kira mahu memotong telinga! apa yang kau nampak dalam bunga matahari si Van Gogh, semalam? dua belas kerusi kosong di malam natal, apa yang kau tahu? atau kau hanya melihat kata-kata mereka yang pandai bersuara yang pandai menyusun cerita menjadi berita yang janji tiada mahu dikota! apa yang kau mahu sebenarnya? ...2020-02-2001 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Halatuju Politik Malaysia : Pandangan Dr Kamarul Zaman Yusoff - Rizal+ Boleh! Episod 2, Bahagian 2, 16 Feb2020Dr Kamarul Zaman Yusuf mantan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) berbicara ringkas tentang trend politik tempatan yang sedang menguak di tanahair. Mampukah Muafakat Nasional kelak mengalahkan kerajaan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang? Atau adakah sebulan dua ini kita bakal melihat barisan gabungan baharu mendepani jemaah Menteri dan kerajaan Malaysia? Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja  Malaysia untuk rakyat Malaysia.  Boleh! percaya usaha membina negara adalah tanggungjawab semua rakyat,  khasnya dalam mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya boleh  menjadi titik temu kepada kepelbagaian semua rakyat Malaysia! Bole...2020-02-1545 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Halatuju Politik Malaysia : Pandangan Dr Kamarul Zaman Yusoff - Rizal+ Boleh! Episod 2, Bahagian 1, 16 Feb2020Dr Kamarul Zaman Yusuf mantan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) berbicara ringkas tentang trend politik tempatan yang sedang menguak di tanahair. Mampukah Muafakat Nasional kelak mengalahkan kerajaan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang? Atau adakah sebulan dua ini kita bakal melihat barisan gabungan baharu mendepani jemaah Menteri dan kerajaan Malaysia? Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja  Malaysia untuk rakyat Malaysia.  Boleh! percaya usaha membina negara adalah tanggungjawab semua rakyat,  khasnya dalam mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya boleh  menjadi titik temu kepada kepelbagaian semua rakyat Malaysia! Bole...2020-02-1528 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Kekasih Satu- karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 6, 12 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Kekasih Satu pada-Mu ku didihkan bunga-bunga nafsu yang siang tadi ku kutip di jalan-jalan sumbang tak berkiblat ketika debu-debu noda menyapa kulit wajahku aku mendengus menarik nafas dalam atas nama-Mu, cuba menenun songket kesabaran mata melihat pencinta hati mengingat Pencipta aku gagahi pengembaraan ini di jalan-jalan yang meletihkan minda dan membakar-bakar nafsu lelakiku namun sesungguhnya Kau pun tahu hanya Kau-lah Satu Rizal Hassn 20052020-02-1201 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Tanya dan Janji - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 5, 8 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Tanya dan Janji Emak bertanya lagi, sesudah aku habis mengaji mana bakal menantu yang bisa aku jadikan isteri? Aku janji satu hari, pasti! Emak bertanya lagi, mana? Aku hanya bisa tabur janji Emak bertanya lagi, bila? Aku hanya bisa tabur janji Emak bertanya lagi, siapa? Aku hanya bisa tabur janji Kataku lagi;  Segala percaturan dan perjanjian hidup manusiawi aturan Tuhan, Maha Rabbi, hanya Dia sajalah yang Maha Mengetahui... Emak bertanya lagi, dan aku hanya mampu tersengih putih gigi... 2020-02-0803 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Gelandangan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 4, 8 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Gelandangan gelandangan datang lalu mendatangi aku tepi, sisiku tajam memandang urat-urat di wajahku tersenyum kemudiaan tersengih melihat riak mukaku membatu pasti gelandangan tagihkan sesuatu sesuap nasi seteguk air secebis senyum sepalit doa tapi aku kaku pandang batu! Rizal Hassn 20122020-02-0801 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Aku Nampak Kamu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 3, 7 Feb 2020 (Muzik Donk Gedank)Aku Nampak Kamu Aku nampak kamu Ya aku nampak kamu Ketika kau tersenyum di gerbang McD Di Bukit Bintang Di dataran yang penuh binatang Dan jalang-jalang Aku nampak kamu Ketika kau tidak nampak aku Aku nampak kamu Ketika kau asyik mengubah merdu Menyusun lagu Mengait bait-bait rindu Cuba menanam tebu dibibirmu Leka berdakwah tentang candu Aku nampak kamu Aku nampak kamu Ketika kau cuba lari itu Aku nampak kelibat mu Apa kau cuba bersembunyi...2020-02-0702 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Hawa Mu - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 2, 3 Feb 2020 (Muzik karya Donk Gedank)Hawa Mu berbaringlah di tepi ku wahai kekasih dengan wajah suntimu menagih kasihanku dan kemudiaannya kasihku dengan manis senyummu dan pujuk suaramu penenang gemuruh jiwaku yang sering meracau dan merayau sendirian dalam taman indah indah lagi dengan kelibatmu namun kemudiaannya layu sunyi ditinggalkan kita yang terpisah kerna rajuk nafsumu dan degil sayangku mahukan yang terlarang buah musibah kita! kini dan di sini di pulau indah ini ketika hati ini masih merindu akan...2020-02-0302 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Puisi Pilihan - Rawan - karya Rizal Hassn - Rizal+ Pramana Arthi Kata Episod 1, 1 Feb 2020 (Muzik karya Donk Gedank)Rawan Cinta.Sita.Cita-cita. aku mahu berjalan di atas awan memijak buih wap yang tersejat dari sejuta laksa manusia keringat.dan air mata juga dari ludah-ludah mungkin juga dari hancing kencing dan hamis darah di bawah berantakkan hari-hari anak-anak manu berperang.seharian dengan senjata.dan adu domba hidup sudah jauh lari daripada manuskrip asal.arahant dharma menuju Tuhan Hyang Maha Esa yang disembah.awatara.dan dewa Lanka di lapis langit yang terbawah saujana dengan kehijauan sawah jauh dari bandar-bandar...2020-02-0104 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Buka Panggung - Pramana Arthi Kata - Rizal+ Trailer, 1 Feb 2020Pramana Arthi Kata adalah siaran podcast bahasa Melayu yang suka membincangkan pandangan sarwa bangsa Melayu, jaguh maritim dan pengasas puluhan negara di dunia, melalui apa saja hasil karya Melayu. Pramana Arthi Kata akan cuba mengupas dan memahami falsafah dan corak berfikir bangsa Melayu melalui karya-karya penulisan, seni pembuatan, seni reka bangunan, busana sehinggalah kepada perbincangan resipi makanan, seantaro Nusantara dan di mana saja terdapat saki-baki peninggalan tradisi bangsa Melayu. Pramana Arthi Kata juga akan menjadi titik temu peminat-peminat puisi untuk berkongsi karya dan cerita disebaliknya. Pramana Arthi Kata dibawakan oleh Rizal+ 'Putting A...2020-02-0101 minRizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Rizal+ Podcast (Boleh!, Pramana Arthi Kata, Gado-Gado)Sekolah Vernakular: Saman Buzze Azam -Rizal+Boleh! Episod 1, 18 Jan 2020Mohd Khairul Azam ‘memohon deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa  menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan  sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a)  Perlembagaan.’ Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja  Malaysia untuk rakyat Malaysia.  Boleh! percaya usaha membina negara adalah tanggungjawab semua rakyat,  khasnya dalam mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya boleh  menjadi titik temu kepada kepelbagaian semua rakyat Malaysia! Boleh! Menyokong Sekolah Satu Aliran kerana percaya anak-anak Malaysia  bukan saja patut belajar dan bermain bersama tetapi juga mempunyai  peluang yang saksama dari segi capaian kepada fasiliti dan kualiti  pendidikan tanahair tercinta.  Boleh! percaya...2020-01-2321 min