podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Silang Kata Podcast
Shows
Silang Kenal Podcast
Silang Kenal Podcast - Pelan Tapi Party Chakss
Hampir 3 bulan lebih kami sok sibuk dengan urusan masing-masing, kalo kata pak Karni "Kita Rehat Sejenak". Pada episode kali ini kami ingin berbagi cerita di balik kesibukan yang mungkin kamu juga ngerasain. Check this out!
2021-09-26
13 min
Silang Kata Podcast
S02E04 - Penjara Pentas Perwara
test
2020-10-13
00 min
Silang Kata Podcast
S02E03 - Mencari Juara Deklamator
Sejak tahun 1987, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan telah diadakan secara konsisten saban tahun, menobatkan seorang juara di peringkat kebangsaan. Tahun ini tidak terkecuali, apabila Tuan Aqi Azmi dari negeri Perak telah dimahkotakan sebagai juara di antara juara. Di dalam episod kali ini, kita berbicara dengan beliau mengenai perjalanan beliau bermula sebagai seorang deklamator. Sebagai seorang dari bidang kejuruteraan, bagaimanakah perbezaan tersebut melorongkan minat beliau ke arena deklamasi puisi? Paling berharga, apabila Tuan Aqi turut berkongsi tip dan panduan mendeklamasian puisi. Silang Kata Podcast juga telah menghubungi wakil penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan 2020, iaitu Tuan...
2020-10-06
00 min
Silang Kata Podcast
S02E02 - E-Buku & Trend Pembacaan
Bagaimanakah pandemik COVID19 memberikan kesan kepada trend pembacaan dalam format E-Buku? Begitulah apa yang dibincangkan dalam episod kali ini yang diterajui oleh Hafiz Latiff. Ikuti kupasan daripada dua tetamu kami iaitu Fatin Syamimy - CEO Iman Publications yang memberikan perspektif daripada penerbit buku. Manakala, aktivitis buku, Emmy Hermina Natashia membawakan pandangan beliau sebagai seorang pembaca tegar yang menerangkan bagaimana trend pembacaan berubah tatkala musim wabak sekarang ini. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Hafiz Latiff Tetamu: Fatin Syamimy &Emmy...
2020-06-01
50 min
Silang Kata Podcast
S02E01 - Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi
Dalam pembuka tirai musim kedua ini, kami menjemput dua orang sahabat kami yang pernah bertugas di Perbadanan Kota Buku iaitu Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi. Antara yang dibincangkan adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif. Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke...
2020-05-04
46 min
Silang Kata Podcast
Trailer Musim Kedua | Kembali Berkumandang
Nantikan Musim Kedua Silang Kata Podcast pada 29 April 2020.
2020-04-22
00 min
Silang Kata Podcast
Episod Khas: Perintah Kawalan Pergerakan
Setelah tidak merakamkan podcast buat beberapa bulan, akhirnya para peneraju Silang Kata Podcast kembali berbicara di corong pembesar suara anda. Sebelum memulakan musim kedua, kami saling bercerita mengenai perkembangan diri masing-masing dan bagaimana wabak COVID19 telah mengubah segala perancangan yang telah dilakukan. Episod ini telah dirakamkan dalam talian secara berasingan, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Mohon maklumbalas anda: https://forms.gle/WddLBRkuHmFRdUgf9?fbclid=IwAR2i5-UiJB9fvj-ftQlOwAo7WQ5FvUc8sLxaMU2LAevKk9XJv0hY3dXVC8A Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar : Zamir Azfar Penyanyi Nyanyian Melayu: Nurainol Wahidah
2020-04-14
25 min
Silang Kata Podcast
S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia
Akhirnya, Silang Kata Podcast telah sampai ke episod terakhir untuk musim pertama. Dalam segmen pertama, SKP mengundang Ara, pelajar praktikal di Legasi Oakheart untuk menceritakan pengalamannya menganjurkan sebuah acara di Kafe Buku Oakheart (KABO) iaitu PENASKHAH. Acara ini adalah sebuah acara baca puisi intim yang menjemput penulis-penulis buku Legasi Oakheart, membacakan naskhah mereka di hadapan khalayak. Tahun 2020, adalah tahun yang amat bermakna buat industri buku kerana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO. SKP berbincang apakah makna pengiktirafan ini dan bagaimana warga kota Kuala Lumpur boleh mendapat manfaat daripadanya.
2019-11-27
58 min
Silang Kata Podcast
S01E11 | Pesta Buku Antarabangsa
Pesta Buku Frankfurt kembali lagi! Setiap tahun, perwakilan industri buku Malaysia akan berangkat ke sebuah kota di Jerman, iaitu Frankfurt untuk membawa karya-karya negara. Namun, apakah sebenarnya yang mereka lakukan di sana dan mengapa dikatakan bahawa setiap orang yang terlibat di dalam industri perbukuan harus ke Frankfurt walau sekali dalam hidup? Selain acara pesta buku konvensional, kini acara perdagangan hak cipta dalam format fellowship seperti Istanbul Fellowship Program dan Indonesia Partnership Program telah menjadi pentas yang penting dalam dunia perbukuan antarabangsa. Apakah bezanya dan impaknya pula lebih bagus berbanding penyertaan di dalam pesta buku biasa? ...
2019-10-16
1h 01
Silang Kata Podcast
S01E10 | Panggung Seni Persembahan
Seni Persembahan - itulah fokus Silang Kata Podcast minggu ini. Azree mengimbau kenangan membawa Hafiz dan Eja ke sebuah rakaman rancangan televisyen di Indonesia iaitu Golden Memories Asia, dan mereka bercerita mengenai pengalaman dan pemerhatian sewaktu berada di dalam Studio 5 Indosiar. Hafiz pula menyambung mengenai pengalamannya menonton teater di Jogjakarta, serta ketika pementasan teater interaktif di #KABO. Perbincangan mengenai kepentingan menghargai dunia seni persembahan, dikemudikan oleh Eja. Mereka bercerita mengenai pengalaman menonton teater dan juga pengalaman terlibat secara langsung di dalam produksi sebuah teater. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit...
2019-10-09
56 min
Silang Kata Podcast
S01E09 | Ekranisasi & Sasterawan Negara
Setelah beberapa minggu tidak bersiaran bersama, akhirnya kali ini Azree, Hafiz dan Eja kembali berdiskusi bertiga, membicarakan topik-topik menarik berkaitan hal seputar sastera budaya. Azree memulakan bicara dengan menyatakan rasa gembira dengan berita penganugerahan gelaran Sasterawan Negara kepada Dr Siti Zainon Ismail dan memulakan topik berkaitan bagaimana anugerah ini dapat memberikan impak kepada seorang penulis dan masyarakat di sekitarnya. Minggu ini Eja memperkenalkan sebuah istilah iaitu 'Ekranisasi'. Dengan memberikan penjelasan dari bidang perfileman, diskusi ini cuba mengupas mengenai makna istilah ini dan kaitannya dengan karya tempatan. Untuk khalayak pembeli buku berkembang, maka pemain dalam industri buku seharusnya memulakan koloborasi dengan...
2019-10-02
50 min
Silang Kata Podcast
S01E08 | Menulis Buku Di Kafe
Sempena pembukaan semula Kafe Buku Oakheart (KABO) di lokasi barunya di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi - Silang Kata Podcast telah dirakamkan ketika majlis buka pintu KABO secara eksklusif bersama tetamu KABO. Kami berbicara mengenai trend kafe buku yang menggabungkan model perniagaan kedai buku dan kafe - juga pendapat mengenai bagaimana kafe sebegini dapat menarik minat orang ramai kepada buku. Seterusnya, alang-alang bercerita mengenai kopi - bagaimana pula kaitannya dengan penulis? Terdapat segelintir penulis perlu minum kopi apabila ingin menulis. Di topik terakhir, kami membincangkan pula mengenai siapa yang membeli buku, terutamanya judul-judul sastera di kafe buku sebegini? Bagi sebarang...
2019-09-18
55 min
Silang Kata Podcast
S01E07 | Persahabatan Malaysia & Indonesia
Sempena Indonesia International Book Fair, Silang Kata Podcast secara eksklusif membawakan tamu undangan dari seberang iaitu Ibu Kartini Nurdin dan puterinya Dian Andiani dari Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Kami berbicang secara santai di Rumah Obor, Jakarta sambil menjalinkan persahabatan yang merapatkan kedua-dua negara melalui penerbitan buku. Kami bertanyakan kepada Dian selayang pandang keadaan industri penerbitan buku di Indonesia dan hal-hal berkenaan gerakan literasi. Dian turut bercerita serba sedikit mengenai Indonesia International Book Fair yang baru sahaja melabuhkan tirai. Dalam segmen seterusnya, kami meneroka pengalaman Indonesia menjual dan mempromosikan hak cipta perbukuan di peringkat antarabangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Tentunya, Dian...
2019-09-12
1h 04
Silang Kata Podcast
Episod Khas: Salam Dari Jakarta
Kali ini Silang Kata Podcast bersiaran dalam sebuah episod khas, langsung dari Jakarta, Indonesia. Dirakamkan di kafe Filosofi Kopi, episod kali ini menampilkan Hidayu Hatta & Syakirah Razali sebagai tetamu jemputan. Dengarkan sembang kedai kopi - kami berbicara mengenai kembara kami ke Jakarta, Indonesia.
2019-09-03
18 min
Silang Kata Podcast
S01E06 | Mengacara & Bersanding
Buat pertama kalinya, Silang Kata Podcast menjemput tetamu bagi berkongsi pengalaman iaitu Saufi Ahmad, seorang pengacara majlis perkahwinan. Saufi dan Azree saling bersembang tentang pengalaman masing-masing mengacarakan majlis perkahwinan termasuklah: - Apakah perbezaan antara Emcee dan Deejay? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara keduanya. - Apakah elemen-elemen yang penting di dalam Majlis Persandingan Melayu? Azree dan Saufi saling berkongsi tentang peranan pengacara majlis yang boleh membantu tuan rumah melancarkan acara. - Saufi berkongsi tips dan perkara-perkara penting yang perlu diperhalusi ketika menghadiri majlis perkahwinan Melayu. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @si...
2019-08-27
45 min
Silang Kata Podcast
S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?
Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut: - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi? - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun? - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah...
2019-08-20
53 min
Silang Kata Podcast
S01E04 | Sang Pengembara Di Usia 30-an
Sempena Hari Raya Aidil Adha, Silang Kata Podcast pada minggu ini bersembang-sembang santai tentang pelbagai topik, termasuklah: - Pernahkah anda menerima soalan-soalan cepumas sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara? Kami berbincang tentang hal ini dari perspektif sosio-budaya Melayu. - Pengembara & Pelancong; yang mana satukah anda? Setiap orang pasti ada gaya travel yang berbeza; maka ikuti perbualan kami tentang hal ini. - Sempena minggu ulang tahun kelahiran Eja dan Azree, kami berbincang mengenai perubahan fasa kehidupan setelah mencapai dekad 30-an. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com
2019-08-13
37 min
Silang Kata Podcast
S01EO3 | Mengasah Bakat Sastera Melalui Zine
Orang Muda - itulah fokus perbincangan Silang Kata pada minggu ini. Azree bercerita mengenai pembinaan bakat dan minat seni sastera dan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Sejak di bangku sekolah lagi, Eja menegaskan bahawa pendedahan kepada sastera di dalam pendidikan dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan diri. Hal ini dapat didorong dengan pengenalan medium Zine sebagai wadah alternatif pembacaan, sebagaimana yang diterangkan Hafiz. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
2019-08-06
58 min
Silang Kata Podcast
S01E02 | Kelangsungan Budaya & Kesenimanan
Dalam episod kedua ini, setiap peneraju membincangkan topik yang diinspirasikan daripada buku pilihan masing-masing. Eja memulakan bicara mengenai topik Survival Artis yang diinspirasikan daripada buku 'Real Artistes Don't Starve' (Jeff Goins). Hafiz mengupas mengenai kepengarangan seorang penulis dengan merujuk kumpulan puisi Shafiq Said iaitu 'Netramu Buruj Di Langit Malam'. Perihal Polisi Kebudayaan ditekankan oleh Azree dengan memetik buku 'Rekayasa Kebudayaan'. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar
2019-07-30
52 min
Silang Kata Podcast
S01E01 | Membaca, Mendengar & Menonton
Di dalam episod pertama Silang Kata Podcast ini, ayuh kita berkenalan dengan teraju utamanya iaitu Azree Ariffin, Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah (Eja). Hafiz memperkatakan mengenai kempen Malaysia Membaca yang dicetuskan Menteri Pendidikan manakala Azree menyambung pula dengan memperkatakan mengenai Podcast sebagai alternatif pembacaan. Suka menonton wayang? Eja berkongsi dengan anda tentang slot Secawan Wayang dan serba sedikit tentang tips menonton wayang. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff, Sayidah Muizzah
2019-07-30
50 min
Silang Kata Podcast
Trailer Musim Pertama | Bakal Berkumandang
Nantikan Silang Kata Podcast, sebuah podcast terbaru yang akan membincangkan hal seputar seni, budaya, sastera, gaya hidup dan yang berkaitan. Diterajui dan diterbitkan oleh Azree Ariffin bersama Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah, setiap episod baru akan dimuatnaik pada hari Rabu. Nantikan kemunculannya pada 31 Julai 2019. #SilangKataPodcast
2019-07-26
00 min