podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Surya Sufie
Shows
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-99 4 SIRI ILMU CERITA TENTANG FB DI KEDAI MAMAK
Okay, ini recording dulu-dulu masa ada idea dekat kedai Mamak, jadi alang-alang saya ingat saya jadikan ia diantara siri podcast SSTS. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu terutama dalam bab memahami sedikit tentang aplikasi Mark Zuckerberg. Credit BM: The Imitation Game, Queen Qambit Soundtrack, Mamak Ambient.
2021-08-10
13 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-98 TAK GUNA BERNIAGA, KALAU TAK REFRESH/ REAL COACHING
Di sini saya kongsikan kenapa pentingnya 'REFRESH' semula di dalam bab perniagaan, terutama dari sudut bab keyakinan. Sesi Coaching bersama client yang sudah buat 4 angka. Alhamdulillah. Credit BM: Eternal Eclipse, Ave Air- The Music Box, The Crown Soundtrack
2021-08-05
32 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-97 BELAJAR ILMU KEKAYAAN DENGAN FOUNDER HIJAB WORLD PT 2
Sambungan, lebih deep, bercerita tentang soal depresi, down, dan bagaimana strategi dan caranya untuk bangun lebih hebat. Credit BM: The Night King, Light Of The Seven- Game Of Thrones
2021-07-26
31 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-96 BELAJAR ILMU KEKAYAAN DENGAN FOUNDER HIJAB WORLD PT 1
Ini adalah diantara usaha awal saya dalam menuntut ilmu bisnes melalui temuduga beberapa usahawan yang berjaya membina nama di Sabah, terutama Puan Normah, Founder Hijab World Sdn Bhd. Seorang yang peramah, setiap nasihatnya memujuk seperti seorang Ibu, dan sekaligus beliau bercerita ilmu kekayaan dengan boleh terus dipraktikkan. Credit BM: Born From Ashes, True Love's Last Kiss- Eternal Eclipse
2021-07-26
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-95 PERMULAAN YANG TAK SEMUA AMBIL
Secara ringkas cerita dalam bab apa yang diperlukan, sebenarnya untuk capai target atau keinginan kita. Credit BM: Heart of Darkness, Borrtex, Chasing Margaret.
2021-07-23
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
[S2] EPI-94 CARA DALAM MELETAKKAN TARGET
Episod kali ini saya kongsikan cara dalam memahami target, dan sekaligus bagaimana cara kita letakkan target yang kita ingin capai. Credit background music: True Love's Last Kiss- Eternal Eclipse
2021-07-22
18 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 93 REAL LIFE: Kisah Anak Muda dan Tuan Guru
“Baik sekarang masuk pantai.” “Biar betul Tuan Guru, saya bukan nak belajar renang, saya nak buat duit!” Siri podcast kali ini adalah mengenai satu prinsip yang dimana menentukan kejayaan diri saya, dan mungkin juga anda.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 92 REAL LIFE: Abang Motor Kapcai
“Surya, ini baru permulaan.” Apa maksud dia? Adakah kerana dia dapat melihat sesuatu yang saya tidak dapat lihat, rasanya ya sudah tentu, mungkin dia tidak kenal erti putus asa. Disini, saya ceritakan nekad seorang abang terhadap impiannya, walaupun masih belum ada di tangan, dan di dalam keadaan yang dia sendiri ‘nothing at all’.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 91 PRINSIP: Masalah Itu Adalah Satu Ujian
Ternyata kadang-kadang soalan permasalahan yang kita rasa terlalu rumit dan panjang, boleh diselesaikan hanya dengan beberapa jawapan yang ringkas.
2020-12-28
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 90 PRINSIP: Tawakal Adalah Dari Hati
Ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya untuk mengenal Tuhan terutama di saat, hidup ini datang mengetuk membawa khabar yang kita anggap ‘buruk’.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 89 PRINSIP: Selalu Fikir Besar
Penting, sebab kalau terus berfikir kecil, nak ke tak nak perkara kecil jugalah yang kita akan dapat. Fikir kecil, dapat kecil. Fikir besar, dapat besar.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 88 PRINSIP: Tawakal Adalah Mendoakan
Kadang-kadang saya memikirkan semua orang harus menjadi kaya, atau berusaha menjadi mampu, supaya tidak menjadikan sebahagian umur di dunia ini hanya memikirkan soal nak dapatkan duit.
2020-12-28
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 87 REAL LIFE: Kisah Tentang 50K dan RM50
Orang yang paling lengkap imannya adalah samada ada 50K di dalam akaun atau 50 ringgit sekali pun, hatinya tetap sama.
2020-12-28
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 86 REAL LIFE: Kisah RM20 untuk Adik Poli
Penyayangnya Allah, sehingga perkara yang kita rasa tidak ikhlas pun, tapi kita berikan, tetap Allah bagi ganjaran. Ada seorang sahabat saya Yusri namanya dari Indonesia, berpesan, “Surya, orang yang tak ikhlas, tapi buat perkara baik, pun Allah bantu.” Dalam, deep.
2020-12-28
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 85 PRINSIP: 3 Soalan Merubah Hidup
Ramai orang fikir diuji ini hanya bila datang kesusahan, perkara yang menyesakkan dada, memeningkan kepala, iya betul, tapi kesenangan juga adalah satu ‘masalah’, satu ‘ujian’ yang harus kita berhati-hati. Sebab ramai yang tewas dalam ujian sebegini.
2020-12-28
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 84 PRINSIP: Kita Sebenarnya Boleh Pilih
Disini, kita harus mencari sesuatu yang buatkan kita sekurang-kurangnya tidak terlalu memikirkan masalah yang kita sedang hadapi. Sebab masalah sebenarnya adalah satu emosi yang kita sendiri boleh pilih dan corakkan samada ianya menjadi negatif atau positif.
2020-12-28
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 83 REAL LIFE: Pakcik Makan MCD?
Sedang saya siapkan ebook, di MCD bersebelahan dengan CP Kota Kinabalu, sambil order, burger Spicy Chicken Mcdeluxe. Saya haburkan kentang, buka laptop sambil makan. Tetiba ada seorang pakcik masuk MCD, sambil membawa buku-buku kecil surah Yasin.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 82 PRINSIP: Kenapa Bukan Aku?
Kenapa bukan anda? Jangan biarkan masalah buatkan anda tidak mencapai apa yang anda inginkan, dan apa yang anda mahukan dalam hidup ini.
2020-12-28
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 81 PRINSIP: Sabar Biar Pada Tempatnya
Macam kisah Ustaz Ebit Liew, ibunya sedang tenat di hospital. Ustaz Ebit dengan segera, cari orang siapa yang dia boleh bantu, dia bagi duit dan buat semampu mana mungkin untuk apa, untuk apa saya tanya, sudah tentu supaya disembuhkan ibunya dengan izin Allah. Podcast ini moga mengajar supaya mencari ikhtiar, dan sabar pada tempatnya.
2020-12-28
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 80 PRINSIP: Tukar Sikit Cara Berfikir
Mungkin dia ada isteri dan anak-anak nak bagi makan. Mula daripada situ, kalau bab memberi atau bab makan, saya mula belajar untuk tidak berkira. Habis duit, habislah. Allah ada saya kata dalam hati. Ini kerana bila kita ada Allah, sudah tentu tidak akan pernah sesekali tak cukup.
2020-12-28
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 79 PRINSIP: Ia Isu Sensitif Surya!
Tapi kena harus berdiam diri? Ini yang saya hairankan, kenapa ramai orang mendiamkan diri kepada perkara yang seharusnya dibincangkan dan paling sedih adalah bila buat seperti macam tak ada benda yang berlaku.
2020-12-28
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 78 PRINSIP: Jangan Takut Untuk Gagal
Kita sering dimomokkan dengan subjek yang digelar kegagalan. Jangan cuba itu, jangan cuba ini, jangan buat tu, jangan buat ini, nanti itu, nanti ini, buat begitu, buat begini. Bagi saya, lantak, buat je. Ianya lebih soal buat tanpa perlu terlalu fikir bab apa yang akan jadi, selagi anda tahu itu adalah sebahagian jalan untuk capai impian anda.
2020-12-28
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 77 PRINSIP: Kongsi Depresi
Bagi saya, biar ibubapa kita tahu. Masa pengalaman saya jatuh, rumah, kereta dan tidak ada pekerjaan bertahun-tahun, bisnes mengaji saya juga jatuh, saya menangis depan ibubapa saya walaupun masa itu sudah berusia dekat 27 tahun, saya menangis teruk. Kongsi masalah anda dengan orang yang anda percaya. Tak berdosa pun kongsi masalah.
2020-12-28
13 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 76 REAL LIFE: Pancung Kepala Bila Soal Rezeki
“Surya, ayah abang kata kalau soal rezeki. Pancung kepala, kepala tak boleh pakai. Kalau betul yakin, mesti yakin macam order makan di kedai.” Disambungnya lagi yang membuatkan saya lagi macam kena panah hati ni, bergoncang terus, bergetar dan amat deep.
2020-12-28
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 75 PRINSIP: Berapa Nilai Mindset Kita?
Maafkan saya, jika nampak terlalu straight-forward, tapi ini adalah fakta, orang yang sukses, orang yang berjaya, senyumannya lain macam, fikirannya lain macam, hasil gerak kerjanya juga lain macam. Di dalam podcast ini saya ceritakan mengenai mindset.
2020-12-28
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 74 REAL LIFE: Imam mana, Imam?
“Surya, kau tahan ke nak kutip sampah pagi ni?” Prihatin abang Zul. Tidak terlupa pekerjaan pertama saya selepas habis SPM. Saya bekerja sebagai seorang pengutip sampah setiap malam hari jumaat selepas habis pasar malam di Taman Maznah. Saya cerita pengalaman saya bekerja dan mencari duit sampai jadi Imam part-time di BSP, Puchong.
2020-12-28
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 73 PRINSIP: Jangan Terperangkap Dengan Pemikiran Orang Lain
Saya belajar satu perkara jika anda setuju atau tidak adalah sentiasa mempunyai prinsip dan percaya dengan apa yang kita ingin lakukan, walaupun mungkin orang lain tidak percaya dan tidak bersetuju. Semakin gagal, semakin bagus.
2020-12-26
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 72 PRINSIP: Minda Anda Itu Powerful
Dulu saya jenis seorang yang sentiasa memikirkan soal apa yang akan terjadi dengan saya, apa yang saya buat ini, berhasil atau tidak, saya memikirkan sesuatu perkara yang sendiri belum berlaku.
2020-12-26
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 71 PRINSIP: Kejayaan Itu Sebenarnya Mudah
Semuanya diterangkan secara terlalu mudah. Seakan-akan Tuhan nak bagi tahu bahawa jalan untuk menuju apa yang kamu capai, sebenarnya mudah, mudah sangat formulanya.
2020-12-26
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 70 PRINSIP: 2 Formula Dari Tuhan
Saya bagi tahu apa yang saya alami, bahawa formula dari Tuhan itu mudah, tapi amat sedikit dan berat sekali orang untuk percaya, apatah lagi lakukannya.
2020-12-26
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 69 REAL LIFE: Masalah Gangguan Sampai Tumbuk Dinding
Saya mengenal penyakit, atau bahasa sopan daripada perkataan, ‘gangguan’ ketika saya di tingkatan 4, masih sekolah menengah lagi. Mak dan adik-adik saya sendiri tengok saya macam dah tak waras. Masa tu saya pergi berubat Darusyifa, dan dekat hampir bertahun-tahun saya melalui pengalaman tersebut. Disini saya ceritakan apa yang saya perolehi dan bagaimana saya sembuh.
2020-12-25
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 68 PRINSIP: Jellas Fernandes Quote
...the loneliest people are the kindest. The saddest people shine the brightest. The most damaged people are the wisest. All because they don't want anyone else to suffer the way they did. Sedikit sharing dari saya, melalui quotes Jellas Fernandes.
2020-12-25
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 67 PRINSIP: Ambil Masa 'Me-Time'
Bersendirian walau pun hanya ambil masa 5 minit memikirkan bagaimana untuk perbaiki diri, lebih baik daripada berjam-jam melakukan kerja tanpa sebab tujuan yang kita sendiri tidak tahu.
2020-12-25
05 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 66 PRINSIP: Buat Sesuatu Please!
Elon Musk Founder kepada Space X pernah sebut, "Jika kamu perlukan inspirasi untuk melakukan apa yang kamu sedang lakukan, jadi lebih baik tak payah teruskan." Ingat, ia bukan soal sejauh mana yang kita tahu, tapi sejauh mana yang kita dah buat.
2020-12-25
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 65 REAL LIFE: Motivasi Barat Bawa Saya Pada Agama
Jadi sebenarnya Robin Sharma sebut bab Tahajud ni, pukul 5 pagi, sami yang popular Sadhguru sendiri menceritakan ada keajaiban yang berlaku di saat pukul 3.30 pagi, bila saya fikir sedalam-dalamnya, siapa yang lebih tahu dulu.
2020-12-25
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 64 REAL LIFE: Lebihkan Masa Dengan Tuhan
Cari dan lebihkan sedikit masa, dari biasa. Berusahalah untuk luangkan masa, lebih sedikit dari biasa dengan Tuhan.
2020-12-24
05 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 63 PRINSIP: Just Be Caring
Buat something yang kita rasa kita harus lakukan, walaupun sebenarnya kita tak suka, rasa macam malas gila atau rasa berat nak buat. Mungkin juga, rezeki kita sukar nak masuk, atas disebabkan kita jarang sekali menghargai apa yang kita ada.
2020-12-24
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 62 PRINSIP: Tawakal Adalah Meluahkan!
Ketika berdoa, ketika sedang bertawakal, percaya sungguh-sungguh, luahkan habis, jangan simpan-simpan, apa yang ada di dalam hati, keluarkan.
2020-12-24
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 61 PRINSIP: Motivasi, Addiction, Dopamine
Saya tak nak jadikan orang yang fikir perlukan motivasi untuk sukses, ya betul tapi yang paling utama adalah, kadang it's okay to be not okay, sebab bila sedar diri tak okay, baru start fikir nak jumpa Tuhan.
2020-12-24
16 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 60 PRINSIP: Analogi Kapal Terhempas dan Sebutir Nasi
Bab takdir dan rezeki. Bila saya cakap sungguh-sungguh, maksudnya betul-betul bersungguh. Bukan atas dasar cubalah dulu, mana tahu jadi, atau cubalah dulu, kalau jadi, jadilah, kalau tak jadi, tak jadilah. Tidak sama sekali.
2020-12-24
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 59 REAL LIFE: Ayah, Ayah Salah Ni!
Ayah saya kata, "Cuba usahakan untuk menjadikan fikiranmu Surya anakku seperti air yang jernih, tenang dan damai." Episod kali ni fokus pada ayah saya yang, semakin lama, semakin 'deep' katanya.
2020-12-24
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 58 PRINSIP: Tawakal Adalah Percaya!
Tawakal adalah belajar untuk menerima situasi. Tawakal adalah belajar untuk memaafkan. Tawakal adalah belajar untuk menghubungkan. Tawakal adalah belajar untuk percaya, di saat seharusnya sukar untuk percaya.
2020-12-24
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 57 REAL LIFE: Puan Harus Kuat!
Seseorang itu seharusnya menjadi semakin kuat selepas bertawakal, jika dirinya masih lemah selepas bertawakal, saya khuatir mungkin ada 'technical problem' sedikit tentang isu bab tawakalnya.
2020-12-24
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 56 PRINSIP: Tawakal Adalah Berimpian
Semakin besar impian, harus semakin besar usaha, termasuk juga dalam bab pengharapan, percaya dan tawakal. Tapi kena harus besar tawakal itu, di dalam podcast ini saya bongkarkan.
2020-12-24
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 55 REAL LIFE: Dialog Di Keretapi Bersama Zamim
"...biarlah masa itu yang mendamaikan." Saya ingat lagi masa saya naik keretapi bersama kawan karib saya masa kecil dulu, Zamim namanya, saya ingat lagi perbualan dengan dia di dalam KTM masa itu. Ada statement, kata-kata darinya yang membuatkan saya berfikir.
2020-12-24
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 54 PRINSIP: Tawakal Adalah Proses!
Tawakal bukan bermaksud kita hanya percaya pada hasil yang baik, tapi juga percaya bahawa semua yang kita lalui ini adalah proses. Dan menyedari bahawa, dengan menerima proses itulah yang akan mematangkan.
2020-12-24
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 53 REAL LIFE: Su, Saya Sakit! (Dialog di Padang)
Apa yang berlalu, biar berlalu. Kadang orang terus sakit, sebab tidak biarkan ia berlalu. Diulangnya terus menerus, " Su, aku sakit, kepala aku serabut, dan gangguan penyakit aku semakin teruk."
2020-12-24
17 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 52 PRINSIP: Tawakal Adalah Sangka Baik
Dan, jawapan ringkas oleh seorang banduan, sedikit memeranjatkan saya ketika saya tengok filem Brigde of Spies bersama isteri saya, banduan itu menjawab, "Adakah risau itu membantu?" Hebat jawapannya.
2020-12-24
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 51 REAL LIFE: Beli Makanan Kucing Pun Susah!
Masa itu saya ada seekor kucing yang diberikan nama Harry, masa tu saya tak ada duit nak beli makanan dan pasir kucing, dan saya sangat-sangat marah, ya saya marah, dengan tidak ada kerja lagi bertahun-tahun, sampai tersasul saya sebut, "Kenapa hidup aku susah sangat, sampai nak beli makanan kucing pun payah!" Saya lupa masa itu bahawa, tawakal itu juga sebenarnya menguji.
2020-12-23
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 50 PRINSIP: Lepaskan!
"Apa salah saya pada Tuhan?" dikatakan Fahri sambil mengeluh panjang. Saya terus berdiri di depan lecturer yang seakan-akan kalau dapat nak makan saya terus, kunyah dan telan. Diantara nilai yang saya belajar dari filem itu, adalah 'Let Go and let God.' Podcast ini menceritakan betapa pentingnya kadang harus belajar untuk melepaskan.
2020-12-23
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 49 REAL LIFE: Pakcik Teksi dan Tambang RM15
Dan, bila saya lihat balik pakcik tersebut, ternyata ada orang yang tidak sempat untuk memikirkan soal kenapa hidupnya tak berubah, dan hanya memikirkan yang penting dapat menyara keluarga. Ini secebis pengalaman saya naik teksi di Beaufort.
2020-12-23
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 48 PRINSIP: Tawakal Adalah Beritahu!
Kenapa dah buat yang terbaik pun masih gagal, dan tak dapat apa yang dirancang dan diusahakan. Bukankah akan menjadi mudah jika anak mudah itu beritahu dulu, sebelum berusaha? Ini adalah sedikit prinsip di dalam kisah anak muda yang ingin melamar perempuan idamannya.
2020-12-23
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 47 REAL LIFE: Kisah Owner Klinik
Bila ada sepasang suami isteri meluahkan perasaan mereka di depan saya, "...kami takut sebab ada pesaing baru buka klinik berhampiran dengan kami." Dan masa itu, jawapan saya kepada mereka adalah totally jauh beza, dan apa jua yang mereka fikirkan.
2020-12-23
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 46 REAL LIFE: Tuhan, Cepatkanlah Bas Datang!
Jadi saya berdoa secara spontan, "Ya Tuhan, cepatkanlah bas datang." Saya cuma sekadar berdoa, seperti endah tak endah, tapi perasaan berharap bas sampai cepat itu ada. Entah bagaimana, tiba-tiba tak sampai 5 minit, saya lihat dari jauh kelihatan plat nombor bas yang ingin saya naik balik ke Klang. Ada sesuatu dalam kisah ini, yang dapat berikan anda inspirasi.
2020-12-23
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 45 PRINSIP: Itu Hanya Perasaan!
Lihat semula perasaan anda, kawal semula perasaan anda, jangan sampai terlayan atau bermain-main dengan perasaan. Jangan layan perasaan yang buatkan kita semakin down.
2020-12-23
03 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 44 PRINSIP: Fokuskan 'Kefokusan' Kita
Bila cerita soal rezeki, tidak perlu fokus pada perkataan 'rezeki', jika kita sendiri tidak fokus pada Pemberi rezeki.
2020-12-23
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 43 PRINSIP: Minta Ampun adalah Formula!
'Akan ku berikan rezeki.' Ini pun kita tidak akan mampu faham dan menafsirkan bagaimana besar atau luasnya rezeki yang Tuhan akan berikan. Begitu juga bila Tuhan kata, 'Akan ku sempitkan rezeki.', kita tidak dapat nak bayangkan bagaimana dan betapa sempitnya hidup kita sudah bermaksudkan begitu.
2020-12-23
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 42 REAL LIFE: Kisah Seorang Ibu dan Vellfire
Ibu itu pun ambil air wuduk, dan solat sebelah Vellfire. Orang sekitar tergelak-gelak melihat gelagat ibu tersebut, tapi di dalam hati ibu tersebut, penuh rasa takjub dan yakin pada Allah. Ini adalah kisah dimana seorang ibu yang inginkan sesuatu hajat dan permintaan, yang logik akal manusia tidak dapat untuk fikirkan betapa Tuhan itu mendengar.
2020-12-23
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 41 REAL LIFE: Dialog bersama Abi
"Surya dah redha ke belum?" Pertanyaan Abi bukan semakin meredakan saya, tapi rasanya semakin menambah masalah. Macamana nak redha ketika sedang di dalam situasi kita sendiri, saya sendiri tahu bahawa susah dan sukar untuk hadap. Tapi ternyata, kadang jawapan bukan datang dari jawapan, tapi mungkin soalan, dan ianya langsung telah mengubah persepsi saya terhadap ujian.
2020-12-23
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 40 REAL LIFE: Kad Dari Ibu!
Kisah ini saya petik dari pengalaman Ustaz Ebit Liew, daripadanya saya belajar bila dia kata pada saya, "Surya, hidup kita ini terbentuk berdasarkan amalan kita." Betapa pentingnya untuk mula menghargai, terutama ibu di rumah yang sentiasa menunggu.
2020-12-22
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 39 REAL LIFE: Kisah Kak Tom (Owner Hijab World Sabah)
"...Tapi kecuali Bapa seorang saja yang bagi semangat, bapa terus pandang saya, nampak senyumannya yang masih tidak pudar dan sebut di depan saya, "Nak buktikan apa yang dia orang cakap itu salah." Kata Kak Tom. Saya terus mendengar, sejujurnya saya jarang jumpa orang yang melebihkan kebahagian orang lain berbanding diri sendiri. Ini kisah dimana saya belajar dari interview Kak Tom, untuk mengetahui rahsianya semakin berkembang dengan Hijab World, di Sabah.
2020-12-22
15 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 38 REAL LIFE: ESQ
"Surya, ingat bahawa jalan kenal Tuhan itu banyak. Serulah manusia dengan cara yang paling baik. Dan, sebaik-baik dakwah, adalah ikut cara Nabi." Pesanan dari abang karkun. Dekat sini, sebelum saya join seminar ESQ, saya turut serta keluar bersama tabligh beberapa hari, untuk merasakan bagaimana sebenarnya rasanya. Experiment sahaja, tapi ternyata lebih dari itu saya dapat.
2020-12-21
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 37 PRINSIP: Kenal Diri Dahulu/Berjumpa Kak Fynn Jamal
Kak Fynn adalah seorang yang sangat cekal, kali pertama saya jumpa beliau ketika masuk kelas penulisannya bersama Kak Liyana. Ramai yang ingin bercakap dengannya, siap dengan tangisan. Saya pun tidak faham, kenapa hati saya mudah untuk sebak bila bercakap dan bersua dengannya.
2020-12-21
13 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 36 PRINSIP: Jangan Lupa Ikrar Kita!
Tidak, ini saya jumpa menteri dari segala menteri. Itu yang saya hairan kenapa begitu sedikit orang ambil peluang ini. Kalau menteri panggil baru nak datang, sedangkan belum tentu lagi diterima. Podcast kali ni menceritakan sedikit, dan pushkan sedikit tentang berusaha untuk cuba bangun malam.
2020-12-21
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 35 REAL LIFE: Abang Nasi Lemak
Isterinya terkejut dengan reaksi suaminya. Saya kenal dengan abang ni, pagi siang hingga malam terus menerus mencari rezeki non-stop. Pagi nasi lemak, petang dan malam buat COD. Ya Allah, sehinggalah satu masa, kami bersua muka dan dia mula luahkan perasaannya pada saya.
2020-12-21
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 34 REAL LIFE: Cikgu, Allah Maha Besar!
"Time cikgu share pasal amalan zikir tu, memang akak rasa menyesal teramat sampai menangis-nangis, masa driving pergi kelas tak tinggal zikir cikgu ajar, tiba kelas, dapat call dari bank." Betapa bila datang pada Tuhan, masalah yang serabut macam tali kasut yang terikat mati pun, boleh terus terlerai terus dengan mudah.
2020-12-20
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 33 REAL LIFE: Bila Quran Di Jiwa
Beberapa minit kemudian, doktor itu menceritakan dia kembali ke ruang kecemasan melihat anak muda itu memegang tangan perawat, manakala perawat itu pun mendekatkan telinganya ke mulut anak muda yang seakan-akan sedang berbisik dengannya. Ini adalah kisah yang saya petik dari Khalid al-Jubair, seorang doktor di Riyadh.
2020-12-20
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 32 REAL LIFE: Sayang Cantik Jika Taat
Dia hairan kenapa kawannya yang beragama Islam itu minum. Terdiam seketika, sambil lihat botol arak, air-airnya meleleh membasahi tangan dan hujung bibirnya. Sampai di rumah, "Abang baru balik dari kelab ya?" Sambil isterinya meneguk wine. Rumah mereka besar. Tiga tingkat. Begitu mewah. Ini adalah kisah dimana seorang yang mempamerkan agama dengan cara yang sangat indah.
2020-12-20
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 31 REAL LIFE: Allah Berikan Saya Rumah
Alhamdulillah, pukul 11.20 pagi, terkenang peristiwa 5 tahun lepas, tanpa dijangka air tangisan berderai jatuh terus-menerus sambil saya menutup muka, dan terbayang-bayang duit nafkah yang jarang sekali saya berikan, dan ternyata daripada kisah ini, Tuhan sangat baik, tetap menghadiahkan walaupun kadang kita merasakan diri kita tidak ikhlas dalam memberi.
2020-12-20
20 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 30 REAL LIFE: Kisah Tentang Wisma
Jadi otak kita akan hidup, sel-selnya berfungsi balik, terkejut sebab kata-kata kita. Ini kerana sel-sel otak dah lama mati, kerana kita sendiri suka sebut, "tak boleh", "susah", "payah". Apalah salahnya sebut, "Itu nanti jadi wisma saya, itu kolej saya nanti, atau mungkin saya akan buat satu syarikat jual helikopter." Nah, ambik. Biar otak tu terkejut. Ini adalah kisah saya dengan mentor saya yang berhasil buat 1M di saat dirinya sendiri tidak mempunyai apa-apa.
2020-12-20
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 29 REAL LIFE: Bagi RM10, Dapat Cash RM500 Semalam
Tapi ya Allah, hanya Dia saja yang tahu. Betapa hati saya mendesak untuk mencari budak itu. Jadi saya pun ikut gerak hati, saya ambil topi dan beg laptop, terus keluar surau cari budak tersebut. Inilah kisah kedua saya tentang keajaiban dalam bab memberi.
2020-12-20
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 28 REAL LIFE: Bagi RM20, Dapat balik 1K
"Nah, ambik la ni untuk buat duit belanja!" Saya bagi RM20 padanya. Masa itu hati berat sebenarnya, dan saya tak terfikir langsung pun soal keajaiban sedekah, atau balasan balik orang yang bersedekah. Tapi ternyata yang berlaku selepas itu, langsung terus mengejutkan saya, speechless.
2020-12-20
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 27 REAL LIFE: Kisah RM50 Untuk Isteri
Tetiba hati terasa berat pula nak bagi. Macam ada bisikan, "Nanti nak isi minyak, duit makan lagi. Nanti malam sajalah bagi." Dan, ternyata saya dengar bisikan itu. Bisikan ketakutan duit habis sedangkan kita tahu bagi isteri duit adalah kunci memanggil rezeki. Saya abaikan, lalu saya buka pintu rumah terus untuk pergi kerja. Saksikan podcast ini, untuk tahu bagaimana kesudahannya. HAHA. Dah macam trailer movie!
2020-12-20
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 26 REAL LIFE: Kisah KFC dan Syukur
"Abang, nanti balik rumah belikan 'kepsi' ya." Isteri wasap. Itu dalam awal bulan pertama kerja, selepas berumahtangga. Sambil itu, saya mengajar Quran di Cheras. Masa tu saya masih menulis buku tapi secara part-time, lihat dompet, ada sekumpulan rama-rama berterbangan. Inilah kisah bagaimana saya dapat 'kepsi'/ KFC dengan cara yang saya tak terjangka, sampai buat isteri melompat gembira.
2020-12-20
06 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 25 REAL LIFE: Mencuba Lagi Hantar Manuskrip 2
Sebab saya dah penat rasa kena reject terus menerus. Jadi saya menurunkan ego saya dan cuba untuk menawarkan pandangan. Sambil buat simbol senyum, nak bina kemesraan walaupun hanya melalui email. Selepas 5 minit kemudian, Cikpuan Najah balas semula email saya, kali ini seakan-akan ada harapan manuskrip saya bakal diterima.
2020-12-20
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 24 REAL LIFE: Kisah Saya Hantar Manuskrip 1
Ini sepatutnya adalah bab prinsip iaitu jangan putus asa, tapi saya ingin sister and brother tahu bahawa saya belajar sifat ini terutama dalam bab mengejar impian mempunyai buku pertama saya sendiri, sampai helmet saya jatuh di tengah jalan raya.
2020-12-20
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 23 PRINSIP: Jangan Takut
Berapa kali kita sudah gagal? Mungkin banyak kali, tapi adakah itu tanda kita ini orang gagal? Tidak. Jangan sesekali anggap bahawa kegagalan itu menunjukkan adalah diri kita. Tidak sama sekali. Dalam podcast ini, saya ceritakan betapa pentingnya untuk teruskan, walaupun gagal, dan jangan salah faham dengan definisi kejayaan itu sendiri, walaupun poket tinggal RM5.
2020-12-19
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 22 PRINSIP: Bentuk Tabiat Terbaik
Jika saya tidak tempuhi pelbagai ujian tersebut, saya tidak akan pernah sedar bahawa sebenarnya sumber rezeki itu adalah dekat dengan kita dan ianya akan menjadi lebih mudah bila kita tahu apakah potensi kita yang sebenarnya. Podcast kali ini menceritakan prinsip yang saya belajar di Byond Success, dimana syarikat event pertama yang saya turut serta.
2020-12-19
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 21 REAL LIFE: Berdialog Dengan Malik
Lalu saya senaraikan satu persatu, dari bekerja, buat kopi, mengajar mengaji, dan kadang-kadang sempat pula mengajar Mandarin kerana saya dulu sekolah Cina. Disini saya bertemu dengan Malik, seorang anak muda CEO, yang mengajar saya erti pentingnya fokus. A must listen podcast, inshaAllah it will change your life.
2020-12-19
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 20 PRINSIP: Ia Bukan Hanya Soal Duit!
"Surya kau tahan ke nak kutip sampah sampai pagi ni?" Prihatin abg Zul. Tidak terlupa pekerjaan pertama saya selepas habis SPM. Saya bekerja sebagai seorang pengutip sampah setiap malam hari Jumaat selepas habis pasar malam di Taman Maznah. Semakin saya lalui hidup, saya dapati seseorang manusia itu akan menjadi lebih dari dirinya jangka, hanya dengan tekanan. Podcast ini menceritakan pengalaman awal saya mencari duit.
2020-12-16
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 19 PRINSIP: Gunakan Masa Sebaik Mungkin
Bila kita mencari masa untuk Tuhan, Tuhan akan menjadikan seluruh masa di dunia tunduk pada kita, Bahkan melutut di depan kita, dunia itu sendiri.
2020-12-16
13 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 18 PRINSIP: Adakah Masih Ada Peluang Untuk Saya?
Kadang saya hairan, macamana orang begitu masih boleh nampak tenang, walaupun banyak ujian? Atau pun, dia dah anggap ujian sebagai satu ujian kehidupan sebab itu dia lalui macam tak ada apa-apa yang berlaku, dan beliau masih sempat lagi boleh bertanya, "Adakah masih ada peluang untuk saya?"
2020-12-16
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 17 PRINSIP: Mindset Yang Positif
Saya terkena penyakit atau bahasa mudahnya terkena gangguan. Hampir 2 tahun saya terkena gangguan tersebut. Saya masih ingat lagi, saya suka menumbuk dinding dan bercakap-cakap sendirian. Hari demi hari keadaan saya semakin teruk. Dan masa itu, sering saya berkata, "Aduh, sampai bila hidup aku terus begini ya Allah."
2020-12-16
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 16 REAL LIFE: Jumpa Syamsul Yusof
Berjumpa dengan abam Syamsul adalah diantara pengalaman iman yang terhebat saya pernah alami. Secara tak langsung pada awal mulanya, hanya terlintas niat untuk berjumpa dengan dia, tak ada perkara luar biasa pun saya buat, pergi studio, rumah dia ke, langsung tak ada. Saya cuma pasang lintasan hati sambil berdoa dengan Tuhan, "Ya Allah, aku nak jumpa Syamsul Yusof." itu saja, bila habis dengar podcast, kau orang semua nak jumpa siapa-siapa saja, boleh. Serius.
2020-12-16
14 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 15 REAL LIFE: Kes Liverpool Menang
Please JANGAN gelak. Tapi seriusly, saya pernah bangun Tahajud (Itu pun for the first time saya solat Tahajud), semata-mata nak team kesayangan Liverpool menang. Masa tu game final Champions League lawan Ac Milan di Istanbul. Alangkah baiknya masa tu, saya doa dapat Vellfire. Adeh, terlambat.
2020-12-16
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 14 REAL LIFE: Masuk Pasar Tanpa Bawa Duit
Saya pasang niat untuk hadiahkan isteri hadiah ulang tahun, masa tu saya cuma ada 100 ringgit. Jadi malam tu, saya bangun Tahajud, doa, "Ya Allah, esok saya nak hadiahkan something dekat wife, harap cukuplah 100 ni." Ternyata doa saya makbul sebab esok paginya, wife cakap, "Bang, sayang dah guna 100 ringgit abang." Terbaik. Dengar podcast ni, inshaAllah, semakin kuat iman. (HAHA.)
2020-12-16
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 13 PRINSIP: Enjoy Your Journey!
Ada orang pernah tanya saya, kenapa hidup dia tidak bahagia, saya jawab ringkas, "...kerana kita merasakan diri kita ini harus memiliki." Dia tidak faham, apatah lagi saya. HAHA. Gurau, ternyata mungkin saja, "...seseorang itu tidak bahagia kerana dia selalu memikirkan sesuatu yang dia harus miliki, berbanding melihat apa yang dia ada sekarang." Termasuk juga dalam bab perjalanan hidup, mungkin sesekali perlu berhenti, dan sekadar berehat.
2020-12-16
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 12 REAL LIFE: Cerita Hijrah Ustaz Zeid Akhta
"Jika begitu, mulai malam ini, kamu pergi berzikir di kubur setiap malam." What? Yup inilah perkongsian dari arwah ustaz zeid yang sampai hari ini saya berbekas di hati saya. Betapa hebatnya jika kita boleh belajar untuk merendahkan hati, dan menundukkan nafsu, terutama ego yang sentiasa ingin menang. Aduh, podcast kali ni, adalah imbasan ringkas kisah saya bersama seorang yang sangat memberi inspirasi.
2020-12-16
07 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 11 PRINSIP: Jadilah Orang Yang Kuat
Kadang kita berfikir, kenapa semua ini harus berlaku pada kita? Ada sahabat saya yang dicaci dan dimaki kerana mengandung awal. Difitnah dari setiap sudut. Ada juga sahabat saya yang sudah 5 tahun bertunang, dalam waktu terdekat mahu bernikah, dengan tiba-tiba bakal menjadi calon isterinya putuskan hubungan. Ada sahabat saya yang suaminya meninggalkan dia ketika anak keduanya bakal dilahirkan, kenapa semua ini harus berlaku. Adakah ianya memang untuk melemahkan, atau menguatkan diri?
2020-12-16
12 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 10 REAL LIFE: Berjumpa dengan Ustaz Pahrol Juoi
"Assalamualaikum Ustaz Pahrol, maaf menganggu, ini saya Surya." Ustaz Pahrol langsung terus memeluk saya, ya Allah. Saya terkejut, apa yang terjadi selepas itu, lagi membuatkan saya terpana, membisu, dan ianya benar membuatkan nekad saya bertambah untuk semakin ke depan.
2020-12-16
11 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 9 PRINSIP: Jangan Terlalu Memikirkan Perkara Yang Pasti
Ya, jangan terlalu memikir. Boleh fikir, tapi jangan khuatir. (pinjam ayat orang rumah, tak credit nanti kena maki), ramai diantara kita termasuk saya sendiri terlalu memikirkan perkara yang sudah pasti. Ya tidak salah terlalu memikirkan, tapi yang buat pening kepala adalah bilamana kita memikirkan dengan perasaan kerisauan yang terlampau.
2020-12-16
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 8 REAL LIFE: Persatuan Mahasiswa Islam (PERMAI)
"Surya terpilih menjadi Presiden." Berdasarkan undian ramai, saya ingat lagi betapa terkejutnya saya. Sedangkan saya sendiri tidak pernah mencalonkan nama saya untuk menjadi presiden. Kenapa semua orang macam tak suka, "...Kenapa aku rasa semua ini macam drama TV," ternyata bukan, inilah permulaan saya mengenal erti kepimpinan.
2020-12-16
10 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 7 PRINSIP: Apa Yang Disampaikan Itu Lebih Penting!
Seterusnya, kita pergi pula kepada pemahaman seorang yang sudah lama bekerja. Saya ingat lagi ketika saya di Alamesra, di Kota Kinabalu, Sabah. Saya bertemu dengan seorang sahabat yang bekerja kerajaan. Di satu universiti di Sabah. Masa itu, ada kelas penulisan, dan ternyata saya bukan hanya dapat ilmu penulisan, tapi lebih daripada itu.
2020-12-16
14 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 6 REAL LIFE: Jumpa Dengan Abang Cendol
Keesokkan harinya saya pergi kerja, tapi bila fikir balik. Saya ni memang jenis tak boleh kerja dengan orang. Paling lama pun mungkin setahun, paling cepat sehari. HAHA. Tapi berjumpa dengan abang cendol ni sedikit sebanyak mengubah pemikiran saya, bahawa hidup ni sebenarnya tentang pilihan. Its all about choice.
2020-12-16
14 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 5 REAL LIFE: Ambil Duit Dekat Tabung Isteri
Isteri saya suka simpan duit syiling terutama duit syiling lama. Berbekas-bekas dikumpulnya dari zaman sekolah lagi. Siapa yang mendengar podcast ini, akan menyedari rahsia betapa pentingnya satu 'tabiat' ini yang membuatkan dirinya semakin kaya, dicukupi, dan mudah-mudahan diberkati. Cuma yang penting, jangan sampai mencuri tabung isteri ya. (macam saya buat)
2020-12-16
13 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 4 PRINSIP: Jodoh Adalah Cerminan Diri
Saya ingat lagi saat itu, betapa peningnya kepala. Nak beli beras pun tak ada duit, cuma makan lontong paket yang masih berbaki hari raya lepas. Kadang-kadang saya terguna duit tabung isteri untuk beli beras. Awal perkahwinan setahun dua tiga, ramai orang kata, "Susah-susah awal perkahwinan itu perkara biasa." Tapi ternyata ujian kesusahan itu sendiri bukan awal perkahwinan tapi sepanjang perjalanan. Kunci untuk selamat hanyalah saling percaya.
2020-12-16
08 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 3 REAL LIFE: Jalan Kaki dari Stesen Batu Tiga hingga Bandar Klang
Part ini saya ceritakan pengalaman saya berjalan kaki dari Stesen Batu Tiga hingga ke Bandar Klang, bukan saja-saja tapi kerana kehilangan barang, dompet di Masjid, tapi walaupun begitu, ternyata itu diantara memori awal saya berhubung dengan Tuhan lebih rapat. Semoga bermanfaat you guys.
2020-12-16
19 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 2 PRINSIP: Tawakal Yang Berterusan
"Lepas usaha, baru tawakal." Daripada perkataan tawakal saja, boleh pelbagai tafsir dan pendapat. Tapi yang bakal saya ceritakan di dalam siri part-2 podcast ini, yang berkait dengan bab prinsip yang akan kita kongsi bersama, bukannya saya cerita bab hukum atau sudut pandangan ilmu, tapi cuma sekadar beberapa kisah, yang mungkin sedalam-dalam hati kita, kita tahu yang sebenarnya kita tahu dan faham apakah sebenarnya tawakal yang sering dimaksudkan. Ia lebih dari sekadar mengetahui, tapi lebih berkait bab rasa. Semoga manfaat.
2020-12-16
09 min
SURYA SUFIE TALK SHOW (SSTS)
(S1) Part 1 REAL LIFE: Beg Aku Hilang!
Ini adalah first podcast saya, yang dimana saya ceritakan tentang pengalaman saya beg hilang, dan bagaimana ianya mengubah hidup saya.
2020-12-16
12 min
Monográficos UCDM
DESAYUNOS CON CONCIENCIA 10. Radio.Teresa Marmol.- Resumen Vacaciones con Conciencia, Cuento Sufie "Hablar por Señas".-
Hacemos un resumen sobre la convivencia que hemos celebrado en Pizarra, Málaga, durante 4 días "Vacaciones con Conciencia 2015". Además, introducimos nuevos datos sobre el encuentro de Vacaciones con Conciencia 2016 en Cancún, México. Desarrollamos un cuento Sufíe que nos hace pensar acerca de como cada individuo diseña de forma distinta su realidad desde sus propias creencias y patrones de pensamiento, "Hablar por señas".
2015-08-11
24 min