Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

Syed Ahmad Israa'

Shows

PERTIWI PODCASTPERTIWI PODCASTKuasa Nasional : Apa Kehendak Semula Jadi Negara?Episod 42 : "Kuasa nasional ini ialah satu kehidupan di mana kita ini membangunkan semua sumber yang kita miliki dan membangunkan keupayaan bangsa kita ini sehingga mencapai ke tahap yang tertinggi." - Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim 2023-10-0443 minDialektika TVDialektika TV🔴 ANEKDOT : PALESTIN - DI SEBALIK SUMBANGAN, SIKAP & SEKURITI SIBERPALESTIN – DI SEBALIK SUMBANGAN, SIKAP & SEKURITI SIBERPanel :  🔊 Khalid Kamil, Ex Officio Sekretariat My Aqsa Defenders 🔊 Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Interdisciplinary Research & International Strategy (IRIS) Institute 🔊 Mohd Fadzril Azhar Bin Md Fatin, Pengasas Syntx Sdn Bhd Tarikh : 20 Mei 2021 (KHAMIS) Siaran Langsung : 9.00 malam2021-05-201h 35Di Luar KotakDi Luar KotakKuasa Nasional, apa hala tuju Malaysia?Diskusi santai tentang konsep yang jarang dibincangkan di Malaysia; 'Kuasa Nasional'. Ikuti kupasan kerangka fikir IRIS INSTITUTE ini bersama CEO IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim.2021-04-0628 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Membongkar Zionisme: Normalisasi Israel-Arab (2)Perjanjian Abraham Accord antara Israel dan UAE menjadi satu batu tanda baru dalam proses penjajahan Israel ke atas Palestin. Apakah gambaran besar terhadap peristiwa ini? Apakah permainan sebenar yang berlaku di sebalik perjanjian ini? Apakah senario yang akan berlaku seterusnya? Kupasan ini merupakan siri temuramah TV Pertiwi dengan kerjasama Aman Palestin.2020-11-1821 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Membongkar Zionisme: Normalisasi Israel-Arab (1)Perjanjian Abraham Accord antara Israel dan UAE menjadi satu batu tanda baru dalam proses penjajahan Israel ke atas Palestin. Apakah gambaran besar terhadap peristiwa ini? Apakah permainan sebenar yang berlaku di sebalik perjanjian ini? Apakah senario yang akan berlaku seterusnya? Kupasan ini merupakan siri temuramah TV Pertiwi dengan kerjasama Aman Palestin.2020-11-1224 minDi Luar KotakDi Luar KotakBlack Lives Matter, White Supremacy, Ketuanan Melayu: Apa Cara Fikir Kita?Dalam diskusi santai ini, penyelidik IRIS Institute -- Wafiq, Asyraf, dan Syed Ahmad Israa' -- berbincang tentang soal yang kini sedang hangat membara khususnya di Amerika iaitu soal bangsa dan warna kulit. Di Malaysia ada pihak yang mengaitkan diskriminasi yang berlaku di sana dengan 'ketuanan Melayu' dan polisi-polisi yang menyebelahi bangsa Melayu di Malaysia. Dalam kebanyakan perbincangan, garis yang menjadi sempadan antara rasisme dan sebaliknya selalunya kabur. Perlukah 'bangsa' dibuang sahaja? Adakah ke'bangsa'an itu sendiri sebuah idea yang bersifat diskriminasi? Dengarkan perbincangan santai dalam siri podcast ini untuk mengetahui lebih lanjut.2020-06-0438 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Kelemahan US hadapi covid-19: Ramadhan bina kekuatan umat IslamSituasi pandemik Covid-19 telah menyerlahkan beberapa kepincangan yang berlaku di negara kuasa besar. Meskipun mereka dilihat sebagai pemimpin dunia, tindak-tanduk mereka lebih lemah daripada negara yang dikatakan 'dunia ketiga' seperti Malaysia. Umat Islam boleh menggantikan kepimpinan dunia ini jika kita kuat. Bagaimana? Ramadhan membekalkan pakej membina kekuatan seperti yang diulas dalam podcast ringkas ini.2020-04-2807 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Event 201, Covid-19, Kapitalis: Siapa Untung Besar?Bagi kebanyakan manusia dan negara, situasi sekarang ialah krisis dalam spektrum yang penuh. Manusia sedang bertarung untuk 'survive' dalam soal nyawa, ekonomi, sosial, dan lain-lain . Namun, dalam situasi ini, ada pihak yang tetap mendapat untung. Mereka datang daripada satu lapisan yang begitu elit dan eksklusif. Bagaimanakah mereka mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang dialami oleh seluruh dunia ketika ini? Adakah kerana itu mereka boleh menentukan situasi dunia di masa depan? Podcast ini mengupas persoalan tersebut, dengan panduan khusus daripada ayat Allah dalam Al-Quran.2020-04-1519 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'‘Perjuangan Kita’ oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy (Bab 2)Bacaan audio teks tulisan Dr Burhanuddin al-Helmy, tokoh pemikir dan pejuang Melayu bertajuk 'Perjuangan Kita' yang diterbitkan pada tahun 1946. Teks ini merupakan antara teks yang terawal oleh beliau mengenai perjuangan politik bangsa Melayu. Teks ini ringkas namun mengandungi semua buah fikiran beliau yang penting. Sumber teks ialah daripada buku 'Dr Burhanuddin Al-Helmy, Pemikiran dan Perjuangan' oleh Kamarudin Jaffar (IKDAS, 2000).2020-04-0606 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa''Perjuangan Kita' oleh Dr Burhanuddin al-Helmy (Bab 1)Bacaan audio teks tulisan Dr Burhanuddin al-Helmy, tokoh pemikir dan pejuang Melayu bertajuk 'Perjuangan Kita' yang diterbitkan pada tahun 1946. Teks ini merupakan antara teks yang terawal oleh beliau mengenai perjuangan politik bangsa Melayu. Teks ini ringkas namun mengandungi semua buah fikiran beliau yang penting. Sumber teks ialah daripada buku 'Dr Burhanuddin Al-Helmy, Pemikiran dan Perjuangan' oleh Kamarudin Jaffar (IKDAS, 2000).2020-04-0405 minDi Luar KotakDi Luar KotakECRL & Perangkap Geopolitik ChinaCEO IRIS Institute, Syed Ahmad Israa' menjadi tetamu undangan dalam rancangan Pagi Pertiwi untuk berbicara soal projek ECRL pasca PRU-14. Adakah ia berubah atau masih kekal menjadi perangkap geopolitik China. Lihat versi video di channel youtube TV Pertiwi.2020-03-2929 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Krisis Ekonomi & Makanan: Tindakan Saidina Umar r.aMemasuki fasa yang semakin kritikal dalam berhadapan dengan wabak COVID-19, kini timbul kerisauan seterusnya apabila melihat situasi ekonomi yang kelam. Ramai yang turut bimbang; adakah kita mampu meneruskan kehidupan dan cukup makan? Podcast ini mengupas situasi yang mirip dengan krisis hari ini, yang dialami oleh umat Islam di zaman Saidina Umar r.a. Kepentingan memiliki keselamatan makanan (food security), solidariti dan takaful (tolong-menolong) dalam umat, serta kebergantungan yang tinggi kepada Allah, dibincangkan dalam podcast ini.2020-03-2719 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'COVID-19 terancang? Kerangka Surah Al-Israa’Podacst ini berbincang soal benarkah wabak Covid-19 adalah sebahagian daripada usaha terancang dalam pertembungan kuasa besar US dan China? Apakah yang patut kita fahami jika soalan ini hendak dibincangkan? Sempena bulan Rejab - bulan memperingati peristiwa Israa' Mikraj - dengarkan kupasan mengenai ayat ke-4 hingga ke-7 surah al-Israa'. Ayat-ayat ini memberikan satu kerangka penting dalam menilai situasi politik di dunia.2020-03-2209 minSyed Ahmad Israa\'Syed Ahmad Israa'Wabak COVID-19: Polisi Umar r.a & Amru al-'As r.aPodcast ini mengupas tentang krisis yang berlaku di zaman saidina Umar iaitu wabak ‘taun amawas’ (طاعون عمواس) yang berlaku di Syam. Pengajaran penting boleh diambil daripada peristiwa bersejarah itu berkaitan polisi kerajaan yang sepatutnya terhadap krisis wabak, persoalan mati akibat wabak sebagai takdir, dan apakah langkah pengekangan wabak yang efektif.2020-03-2115 min