podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
The Benda Boleh Bincang Show
Shows
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 218 | Syawal Seminggu Sudah: Awak OK ke tu? 🤗✨💫
Selalunya sesudah seminggu Syawal berlalu, ramai yang sudah kembali bekerja dan berurusan rasmi seperti biasa. Terlalu banyak rasanya yang terbuku lalu terbenam di dalam hati sejak beraya, beraya dan terus beraya tak ingat dunia kan? Jom join The Benda Boleh Bincang Show untuk meluahkan segala pada malam ini bersama DJ bertugas dan ramai lagi tetamu undangan istimewa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-05-09
1h 15
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 211 | #OpenMic Unplugged🎤🎧✨🌙
Hampir seminggu sudah kita berpuasa. Sejauh manakah cerita anda setakat awal Ramadan ini. Jom marilah kita kongsikan bersama malam nanti dalam sesi mikrofon terbuka The Benda Boleh Bincang Show! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-04-08
3h 08
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 185 | Mental Stamina Challenge! 🧠
Setiap hari bermacam ragam asam garam dan haram perlu kita hadap. Ada kalanya sampai ke tahan brain tak boleh brain. Kekuatan dalaman dan luaran terpaksa dikerah para panelis kali ini dalam segmen #NotaNetizen demi melayan benda-benda boleh membodoh lagi diperbodohkan itu, wahai umat sekalian! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-02-21
00 min
Bincang Syariah
Apa Benar Muslim Tidak Boleh Bersahabat Dekat dengan Non-Muslim? Reaksi Atas Ustadz Syafiq Basalamah
Salam, sahabat Bincang Syariah. Kita yang hidup di negara yang beragam ini terkadang memiliki teman yang berbeda agama. Tapi ada sebagian ustadz yang mewanti-wanti agar muslim tidak berteman dekat dengan non-Muslim. Apa benar begitu? Simak yuk di Podcasr Bincang Syariah bersama Ustadz Ahong. --- Send in a voice message: https://anchor.fm/bincang-syariah/message
2022-01-17
06 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 159 | #GOTW Faiz Mufasa 🪖💥
Tetamu Undangan Mingguan kali ini menjemput seorang usahawan hebat yang tidak pernah mengenal erti putus asa malah makna kalah kecundang dalam menghadapi ujian mendatang. Sama-sama kita jadi saksi untuk ceritanya nanti dalam The Benda Boleh Bincang Show 💥 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-01-06
1h 39
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 155 | Idola, Ikon & Hero Sejagat🏅
Setiap seorang daripada insan yang hidup di muka bumi ini pastinya akan ada rasa hormat serta kagum terhadap manusia lain yang memiliki malah dianugerahkan pengalaman, pengetahuan dan pancaindera luar biasa. Selamat datang ke Musim Baharu, Episod Baharu The Benda Boleh Bincang Show #NotaNetizen #Clubhouse #Podcast #Live #NewSeason #SeasonFour --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-01-03
1h 48
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 154 | SPECIAL PREVIEW 2022! 🎬 🎙️ 🎧
Selamat datang ke Tahun Baharu, Musim Baharu (Season 04) The Benda Boleh Bincang Show x Kedai Komik Online. Sebagai pembuka tirai secara rasmi, mari kita imbas senarai-senarai komik dan filem yang bakal menggegar semua peminat pada tahun ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2022-01-01
2h 08
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 153 | Perutusan Khas Tahun Baru 2022! 🕛 🎉 🎊
Bersama panel-panel tetap segmen harian The Benda Boleh Bincang Show™ Musim Baharu! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-12-31
2h 13
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 150 | This is a Season Finale Special! 🎧🎙🔴
Ini merupakan Episod Terakhir The Benda Boleh Bincang Show untuk Musim ke-3. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan sepanjang siaran. Kali ini kita dedahkan beberapa sneak preview untuk slot serta segmen baharu yang akan datang! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-12-23
2h 38
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 119 | #OpenMic Suatu Ketika Dulu!
Apakah cerita tidak terluahkan yang pernah dilalui sejak anda mula belajar menggamit kenangan? Memori zaman belajar? Kisah cinta silam? Pengalaman pahit manis mencengkam jiwa? Ayuh.. Inilah pentas anda untuk mendendangkan seluruh leluhur nostalgia itu secara langsung dan terus terang hanya di saluran The Benda Boleh Bincang Show! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-10-21
2h 15
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 114 | #GOTW Bila Batik Menjadi Kek! 🍰
Siapakah yang boleh menahan keenakan jelmaan kek batik yang begitu lembut lagi gebu bila ia terus mencair di dalam mulut? Malam ini kita bersama connoisseur kek batik yang berada dalam kelas tersendiri! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-10-15
2h 10
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 109 | Kapsul #SinemaSanaSini
Borak-borak, bincang-bincang, bebel-bebel pasal cerita dunia filem yang sedang hangat diperkatakan kala ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-10-07
39 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 102 | PALATAWKAW! 🗣️🔥
Siapakah golongan 'Palatau'? Apakah motif dan matlamat yang terancang? Manakah pula asal usul keturunan mereka? Semuanya bakal kami bongkarkan dalam episod pembukaan musim terbaharu The Benda Boleh Bincang Show! 📢🎬🔥👍 Panel Jemputan: Ikhwan Nazri (Tekong, Amanz.my) + Diana Ludin (Pensyarah MMU) --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-09-27
1h 42
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 101 | The Making of #BendaBolehBincangShow 🔴 🎬
Dokumentari khas pada malam nanti akan membongkar rahsia di sebalik tabir dan pembikinan The Benda Boleh Bincang Show Ikuti wawancara eksklusif bersama krew produksi dan pendengar setia sejak dari awal mereka ke udara sehingga episod ke-100! * PERFECT JUMPING POINT FOR ALL-NEW LISTENERS --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-09-27
1h 41
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 14 SEPTEMBER 2021 | Kanser Jeff Bridges | THE BATMAN Spin off | Siri Aksi Hidup SHE-RA | PEACEMAKER Dedahkan Pandang Pertama | Hayley Atwell Jadi Lara Croft
1/ Kanser Jeff Bridges sudah semakin pulih sejak positif COVID! Pelakon Jeff Bridges mengatakan kesihatannya bertambah baik sehingga boleh menari di majlis perkahwinan anak perempuannya setelah bertarung dengan limfoma dan coronavirus sejak sekian lama. 2/ Filem THE BATMAN Bakal Hadirkan siri spin-off PENGUIN di HBO Max! HBO Max di tahap fasa awal untuk siri spin-off Penguin yang akan bergabung dengan siri Gotham PD sebagai kesinambungan filem arahan Matt Reeves. 3/ Siri Aksi Hidup SHE-RA terbitan DreamWorks Bakal Bersiaran di Amazon! She-Ra akan membuat debut aksi hidup menerusi saluran Amazon yang kini dalam...
2021-09-14
26 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 9 OGOS 2021 | Pencipta DEADPOOL Labelkan Filem Terbitan DC sebagai “Jenama Rosak” | MOON KNIGHT Dikhabarkan Bakal Menampilkan Sharon Carter | PEACEMAKER: Prekuel atau Sekuel?
Pencipta DEADPOOL Labelkan Filem Terbitan DC sebagai “Jenama Rosak” Yang Tidak Mampu Bersaing dengan Marvel! MOON KNIGHT Dikhabarkan Bakal Menampilkan Emily VanCamp sebagai Sharon Carter! James Gunn Kongsikan Sama Ada Siri PEACEMAKER adalah Prekuel atau Sekuel THE SUICIDE SQUAD! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-08
28 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 8 OGOS 2021 | SUPERGIRL Tamatkan Penggambaran Musim Terakhir | Saman Scarlett Johansson sebagai “Satu Kempen PR Tahap Tertinggi” | Jeffrey Dean Morgan Dedahkan Minat DCEU
SUPERGIRL Tamatkan Penggambaran Musim Terakhir Hari Ini! Wakil Peguam Disney Labelkan Saman Scarlett Johansson sebagai “Satu Kempen PR Tahap Tertinggi”! Jeffrey Dean Morgan Dedahkan Minat Untuk Kembali Ke DCEU! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-08
29 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 7 OGOS 2021 | Filem JUSTICE LEAGUE Akan Hadir Lama Lagi | James Gunn Dedah Minat Arahkan Filem THE BATMAN | Joseph Gordon-Levitt Jawab Gosip
Penerbit Warner Bros. dan DC Comics Jangkakan Filem JUSTICE LEAGUE Akan Hadir Lama Lagi! James Gunn Dedah Minat Arahkan Filem THE BATMAN Jika Matt Reeves Menolak Tawaran DC! Joseph Gordon-Levitt Jawab Gosip Kemunculan sebagai Batman bersama Michael Keaton dan Ben Affleck! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-07
21 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 6 OGOS 2021 | Pengarah FREE GUY Beri Pembayang| Treler Rasmi Y: THE LAST MAN Didedahkan | STAR WARS: THE BAD BATCH Musim Ke-2 Disahkan
Pengarah FREE GUY Beri Pembayang Bakal Arahkan DEADPOOL 3? Treler Rasmi Y: THE LAST MAN Didedahkan kepada Umum! STAR WARS: THE BAD BATCH Musim Ke-2 Disahkan untuk 2022 oleh Disney+ --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-06
29 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 5 OGOS 2021 | Penggambaran Series Sandman Musim Pertama Selesai | James Gunn Membidas Kenyataan Martin Scorsese | Dwayne Johnson Mengaku telah Berjumpa Kevin Feige
LAPORAN BERITA HARI INI | 5 OGOS 2021 Penggambaran Series Sandman Musim Pertama Baharu Sahaja Selesai James Gunn Membidas Kenyataan Martin Scorsese Dwayne Johnson Mengaku telah Berjumpa Kevin Feige --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-05
14 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 4 OGOS 2021 | Paramount Sedang Bangunkan Siri TV Star Trek | Foto Set Penggambaran THOR: LOVE AND THUNDER | ETERNALS Tidak Akan Ditayangkan Menerusi Disney+
Paramount Kini Sedang Bangunkan Siri TV Star Trek: Starfleet Academy! Foto Set Penggambaran THOR: LOVE AND THUNDER Dedah Pandang Pertama Christian Bale sebagai Gorr The God Butcher! ETERNALS Tidak Akan Ditayangkan Menerusi Disney+ Premiere Access untuk Tayangan Di Pawagam Sahaja! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-03
19 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 3 OGOS 2021 | Henry Cavill Dilaporkan Tiada Kontrak The Flash | Reboot Terbaharu Filem TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES | Tarikh Siaran Rasmi Siri TV THE LORD OF THE RINGS
Henry Cavill Dilaporkan Tiada Kontrak untuk Muncul dalam THE FLASH atau Sebarang Filem DC sebagai Superman! Reboot Terbaharu Filem TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Kini Rasmi Sedang Dibangunkan oleh Paramount Pictures! Tarikh Siaran Rasmi Siri Televisyen THE LORD OF THE RINGS Diumumkan! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-02
22 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 2 OGOS 2021 | Foto Set Penggambaran SPIDER-MAN: NO WAY HOME | Pelukis Filem Kongsi Dua Idea Sekuel | Filem Animasi FLASH GORDON
Foto Set Penggambaran SPIDER-MAN: NO WAY HOME Dedah Kelibat Spider-Man & Doctor Strange Di Perkarangan Sanctum Sanctorum! Penulis dan Pelukis Komik adaptasi filem OLD M. Night Shyamalan Kongsi Dua Idea Sekuel! Filem Animasi FLASH GORDON Arahan Taika Waititi Kini Akan Menjadi Live Action! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-08-01
27 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 1 OGOS 2021 | Presiden Marvel Studio “Marah dan Malu” | Emma Stone Turut Tekad Menyaman Disney | Infinity Saga Telah Didalangi Kang
Presiden Marvel Studio “Marah dan Malu” Kes Saman Disney dan Scarlett Johansson! Emma Stone Turut Tekad Menyaman Disney untuk Strategi Tayangan Cruella! Pengarah LOKI Percaya Infinity Saga Telah Didalangi Kang! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-07-31
36 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
LAPORAN BERITA HARI INI | 31 JULAI 2021 - Dwayne Johnson Benci dan Buang Kostum Asal BLACK ADAM. J.K. Simmons Dirisik untuk Kembali sebagai Komisioner Gordon untuk Filem BATGIRL & Sylvester Stallone
Dwayne Johnson Benci dan Buang Kostum Asal BLACK ADAM. J.K. Simmons Dirisik untuk Kembali sebagai Komisioner Gordon untuk Filem BATGIRL Sylvester Stallone Tayang Cincin Baharu untuk Lancarkan Filem THE EXPENDABLES 4 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-07-30
29 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 66 // Director’s Cut Clubhouse - #NotaNetizen (Sesi 1)
Ikuti konten eksklusif bersama jurnalis senior dan wartawan berpengalaman undangan khas #TheBendaBolehBincangShow, Syamsiah Sahat! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-06-07
36 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 65 // Director's Cut Clubhouse - Lockdown Edition!
Ikuti konten eksklusif bersama Production Manager dan Profesional Stuntman Clubhouse #TheBendaBolehBincangShow, Alif Firdaus Azis! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-06-04
09 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 64 // Perutusan Khas & Sidang Media Rasmi Total Lockdown 2021!
Anda semua dijemput hadir dan mendengar amanat ini. Sesi soal jawab menyusul daripada para follower dan subscriber yang budiman dengan perkongsian serta pengalaman yang menarik sejak pandemik melanda dunia sehingga ke tahap lockdown hari ini. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-31
1h 44
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 63 // Sidang Clubhouse - Ada Apa dengan Punchline?
Berjenaka. Bergelak ketawa. Berbuat lucu. Ramai di antara kita seronok dan beronok-ronok bila bergurau senda tak kira masa dan di mana jua. Namun sejauh manakah kemampuan serta batas had humor dan lelucon kita itu? Semuanya dirungkai, didedah dan dibongkar dalam episod podcast kali ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-26
1h 24
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 62 // Sidang Clubhouse - Buat Pawagam Yang Dirindukan!
Sesi hari ini merupakan retrospektif kepada memori dan kenangan kita semua kepada panggung wayang yang sudah lama terpinggir. Segala kenangan, memori serta cerita sebaliknya dikongsikan bersama barisan panel-panel Clubhouse x The Benda Boleh Bincang Show! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-24
1h 24
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 61 // Sidang Clubhouse - Sesi Selamat Datang, Clubbers!
Ini adalah sesi terbuka dan perasmian untuk Sidang Kemuncak Clubhouse x The Benda Boleh Bincang Podcast Show! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-22
1h 03
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 60 // The One and Only, Jazmi Jamal!
Berbicara tentang panel podcaster kita pada kali ini, kami mohon anda letakkan segala logik, prejudis malahan sentimen anda tentang masa depan dunia ke tepi. Beliau adalah manusia yang paling ortodoks dan anti-ortodoks dalam masa yang sama. Atau mungkin sahaja tanggapan kami ini terlalu sederhana buat beliau yang pernah berimpian menjadi seorang ustaz, pilot dan penyanyi metal satu tika dulu. Tuan-tuan dan Puan-puan, kami persembahkan Jazmi Jamal! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-18
51 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 59 // Forum Hal Ehwal Raya Pikepi Datang Lagi! (PART 1)
Sidang Dewan Rakyat dan Parlimen mungkin digantung akibat darurat pandemik. Maka ini pula tidaklah bermakna sama sekali sesi serta rundingan terbuka di kalangan masyarakat langsung sepi seribu bahasa terutama sekali di musim Hari Raya. Sama ada anda seorang yang lantang bersuara sebagai netizen berwibawa atau asyik ada sahaja benda yang tidak puas hati untuk disuarakan, tiga panel yang dijemput dalam podcast ini berkemungkinan adalah wakil jelmaan anda semua yang wajar diikuti! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-16
1h 00
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 58 // Semangat Syawal Luar Biasa di Bumi Gaza!
Tanah Palestin kembali bergolak dan bergegar hebat. Hari demi hari, laporan yang kita dengar begitu dahsyat serta sarat emosi untuk didiamkan sebegitu sahaja. Episod khas kali ini membicarakan keadaan semasa tersebut bersama koresponden bertugas, Tuan Syafiq Zulakifli. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-15
1h 03
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 57 // Takbir Raya Special Syawal 1442!
Feat. Abang Blogger Upahan! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-13
01 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 56 // Ada Apa dengan M.Nasir?
Hari ini kita berbicara secara ringkas tentang sisi seorang seniman yang sudah serasi bergelar Sifu. Namanya masyhur sebagai seorang pengkarya hebat yang membelah zaman dan waktu. Ikuti analisis M.Nasir bersama pengulas anda, Faizal Mukhtar dan Fadhil Zubir! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-05-09
23 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 55 // European Super League Crisis!
Just listen to this goddman podcast. 'NUFF SAID! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-04-22
09 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 54 // Meet The Amanz Bad Boyz!
Di sebalik kemasyhuran sebuah portal tech paling popular berbahasa ibunda kesukaan ramai, wujud indvidu-individu terpilih yang menggerakkannya dari tahap cult sehinggalah mainstream sehingga sukses kini. Tetapi berapa ramaikah di antara kita tahu cerita rahsia dan sejarah di sebalik sosok mereka yang sebenar? Mari terjah sisi tersebut yang belum pernah didendangkan bersama hos podcast paling berani di mayapada ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-04-21
39 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 53 // Wawancara Eksklusif bersama Aadi Salman!
Status beliau sebagai seorang seniman kreatif yang berkelana jauh ke bumi asing Montreal, Kanada dengan bersenjatakan bakat luar biasa di Ubisoft kala ini merupakan satu perjalanan panjang. Mula dikenali ramai dengan karya-karya hebat di Urban Comics dan terus mantap melangkah ke tahap internasional dengan komik terbitan IDW, pastinya ada banyak cerita menarik yang ingin dikongsikan oleh insan bernama Adijin aka Aadi Salman! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-04-08
48 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 52 // Memperkenalkan Aishah!
Pencarian podcaster baharu untuk musim baharu podcast ini telah sampai ke kemuncaknya. Selepas saringan demi saringan, akhirnya kita menemukan barisan finalis yang bakal merancakkan lagi saluran siaran sukaramai yang sedang anda ikuti sekarang. Jom berkenalan dengan finalis sulung bakal podcaster residen kita, Aishah! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-04-06
46 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 51 // Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar!
Hari ini di mana-mana kita pergi semua orang tengah asyik dan sibuk layan basikal. Road bike. Mountain bike. Folding Bike. Bermacam lagi jenis bike la senang cakap. Tapi tahukan anda pada zaman dahulu kala ada seorang Panglima Bike yang kini masih gagah beraksi dan jarang didendangkan perlu kita dengarkan hikayat ceritanya. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Panglima Basikal Abadi, Anuar Abu Bakar --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-03-30
1h 05
Bincang Saat Petang
Opini Dwita Ep 2 - Mager boleh, tapi...
Ngomongin mager yuk. Boleh sih mager, tapi....
2021-03-12
08 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 50 // The Great Showman, Alif Firdaus Azis!
Sebelum wujudnya istilah vlogger, influencer dan segala macam lingo bingo siber sosmed kala ini.. beliau terlebih dulu telah menggamit dunia dengan hiburan dan jenakanya tersendiri secara maya. Jarang leluconnya tidak lucu. Malah terselit pula rahsia pesanan dan pediman. Hari ini kita berbual mesra bersama seorang idola yang kini meniti nama ke tahap antarabangsa, Alif Firdaus Azis! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-26
50 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 49 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 25.2.21
Selamat datang ke segmen sembang bola sukaramai, ApaBola. Kali ini kita akan bercerita tentang pelancaran jersi baharu pasukan bola sepak JDT untuk Musim 2021 termasuk pelbagai selingan menarik seperti logo rasmi Perak FC, isu gaji pemain dan pegawai serta banyak lagi isu panas sepanjang minggu bersama pengulas tetap, Faizal & Fadhil! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-25
45 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 48 // Master Multitasker, RJ!
Sebut sahaja nama Raja Shahfaizal Bin Raja Khairudin sudah cukup mendatangkan rasa hormat yang terpendam dalam diri pengacara podcaster program ini. Kesungguhan dan komitmen beliau dalam memakmurkan industri diceburi memang cukup prolifik. Ini termasuk minatnya yang amat sangat mendalam dalam dunia kartun dan komik kebangsaan sejak dari dulu, kini dan selamanya! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-24
34 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 47 // Presiden ANIMAS, Ameir Hamzah!
Beliau memulakan perjalanan hidup sebarang seorang pejuang industri tanahair daripada cerita yang tidak disangka-sangka. Diberi peluang untuk berkhidmat di sebuah konglomerat minyak dan gas bertaraf gergasi di dunia tetapi dipilih pula jalan kartun dan animasi. Ikuti perkongsian, pendedahan dan pengalaman sebenar yang SUPER EKSKLUSIF bersama Tuan Ameir Hamzah Hashim! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-18
53 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 46 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 11.2.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-11
24 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 45 // RAW INTERVIEW AZIZ M. OSMAN!
UNCUT! UNEDITED! UNABRIDGED! UNPLUGGED! 100% TANPA SUNTINGAN YANG MEMANG DISENGAJAKAN!! Inilah wawancara eksklusif bersama dengan penglipur lara pujaan teruna dan dara, Tuan Direktor Aziz M. Osman --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-08
1h 05
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 44 // Legenda Bruce Lee!
Lee Jun-Fan atau nama sebenarnya Bruce Lee adalah satu nama yang cukup besar serta dikenali ramai sebagai seorang artis seni mempertahankan diri, pelakon, pengarah, penulis, pengasas Jeen Kune Do dan filosofer bertauliah malah berpengaruh serantero dunia. Hari ini kita membincangkan sosok seorang legenda tersebut bersama podcaster tetap kita, Niezam! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-07
50 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 43 // Kenapa Baca Komik?
Ramai di antara kita suka membeli, membaca, mengumpul dan melayan komik dengan alasan serta tujuan tertentu. Ada yang menjadikannya koleksi peribadi untuk kepuasan sendiri. Ada pula yang menyimpannya sebagai aset dan komoditi saham masa hadapan. Mari kita berikan tumpuan perkongsian menarik ini dalam episod crossover #kedaikomikonline bersama panel podcaster, Miharu! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-06
37 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 42 // Mitos Kosmologi Nusantara!
Episod podcast hari ini kita bersama Dr. Azaini Manaf dengan cerita serba kondusif pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang komik serta animasi di Malaysia malah antarabangsa di mana banyak terkandung unsur mitos, hikayat dan legenda nusantara yang terlalu kaya lagi perkasa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-04
32 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 41 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 3.2.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak kali ini menganalisa logo-logo baharu untuk Liga Malaysia 2021 serta jersi utama Selangor FC menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-03
42 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 40 // Khurafat Klien!
Untuk freelancer atau sesiapa sahaja yang biasa berhadapan dengan segolongan klien, sudah pasti mempunyai pengalaman ngeri dan menakutkan. Sehingga ada menjangkaui tahap tahyul malah betapa khurafatnya permintaan-permintaan mereka. Episod hari ini mendedahkan rahsia mistik itu bersama Sahibus Samahah, Tuan Alip Md. Nor! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-02
30 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 39 // Fenomena Shopping Online!
Dengan keadaan dunia semasa semakin pantas dengan terlalu banyak kemahuan berbanding keperluan, pembelian atau berbelanja secara online merupakan satu kelaziman kini. Adakah ia sesuatu yang baik atau bakal mendatangkan mudarat? Panel podcaster kita hari ini berkongsi sudut pandang beliau! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-02-01
53 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 38 // All Hail, Fariz Abdullah!
Berkemungkinan besar perintis dan pelopor kepada beberapa naskah projek yang mendahului zamannya, podcaster undangan khas kali ini terlalu memahami konsep 'diam-diam ubi berisi'. Gagal bukan satu opsyen. Yang penting jalan terus. Semuanya dibongkar SECARA EKSKLUSIF bersama Fariz Abdullah! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-31
39 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 37 // Bro Bophairy!
Sesi wawancara eksklusif hari ini membawakan kita ke ruangan hidup seorang kartunis, seorang vlogger, seorang editor, seorang pengkarya sepenuh masa yang cukup popular menerusi Saga Ultra Qalif dan kini sibuk mempersiapkan majalah terbaharu berjudul Fantasia untuk dinikmati ramai! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-29
48 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 36 // ApaBola! - Highlights Mingguan - 28.1.21
Selamat datang ke segmen terbaharu yang diberi nama ApaBola. Ini merupakan rangkuman dan ulasan mingguan tentang dunia bola sepak antarabangsa yang dibawakan untuk ada secara terus menerusi podcast di mana jua anda berada bersama pengulas, Faizal & Fadhil! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-28
32 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 35 // Blogger Serius, Obe!
Ramai orang pernah dengar tentang Blog Serius. Ramai orang juga pernah baca dan tonton review beliau di Amanz. Namun hari ini kita nak cerita tentang sejarah beliau. Sejarah terang dan sejarah gelap. Sejarah yang tidak pernah didendangkan sendiri oleh Obe! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-27
51 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 34 // Kena Reject!
Siapa dalam hidup tidak pernah kena reject, maka dia bukanlah manusia yang sempurna. Pengalaman kena reject ini hadir pelbagai rupa dan cerita. Ada cerita sedih. Ada cerita pedih. Ada cerita yang jenis kita boleh bawa bincang bersama podcaster undangan kita, Ahmad Fuad! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-26
18 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 33 // Idea & Mood: Ada Di Mana?
Secara sedar atau tidak sedar, idea sebenarnya ada di dalam dan sekeliling kita. Begitu juga dengan mood dan emosi tatkala ingin berkarya. Episod hari ini menyingkap rahsia di sebalik inspirasi, ilham serta ideologi kendiri bersama podcaster tetap, Niezam! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-25
41 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 32 // Apa nak jadi dengan MCU sekarang?
Selepas tumbangnya Thanos dan tamatnya Avengers: Endgame, ramai yang agak tidak keruan menanti fasa seterusnya dalam perjalanan cerita Semesta Sinematik Marvel (MCU). Hos anda, Faizal Mukhtar dan Zack selaku pengulas bersama cuba meluahkan keresahan ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-24
42 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 31 // Bro Biar Betul Dude, Hakimin Zahid!
Sebelum beliau muncul sebagai pengasas channel 'Biar Betul Dude', sebelum beliau menjadi Art Director di sebuah agensi pengiklanan ternama tempatan, sebelum beliau menjadi kolektor dan klan Kedai Komik Online terawal -- siapa pernah menyangka yang podcaster undangan kita kali ini terlalu banyak menyimpan rahsia dan memendam rasa. Hakimin Zahid hari ini mendedahkan kesemuanya! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-23
1h 00
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 30 // Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli!
Jiwa kembaranya merah menyala. Darah dan denyut nadi melahar mencari ilmu dan pengalaman wibawa. Masih terus meneroka serta memburu apa yang ada. Menongkah arus cabaran di setiap penjuru dan antero bumi ini. Kita bangga dalam episod hari ini dapat bersama Sahibus Samahah, Syafiq Zulakifli! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-22
52 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 29 // Editor Konten, Zurien Onn!
Anda pernah dengar reporter interview reporter? Pernah dengar peribahasa 'buku bertemu ruas'? Pernah dengar interview padu dengan seorang editor penerbitan yang sebegitu luas pengalamannya sehingga ke tahap berani muncul dalam episod pada hari ini?! Semua ini bakal terjawab bersama tetamu undangan khas kita, Zurien Onn! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-21
36 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 28 // Road to Old Trafford!
Sebagai peminat bola sepak sejati sudah pastinya akan menjadi satu impian untuk menjejakkan kaki ke stadium keramat pasukan pujaan masing-masing. Ini adalah cerita tentang impian yang sudah tercapai. Ini adalah cerita Road to Old Trafford bersama Fadhil Zubir! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-20
53 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
HIGHLIGHT HARIAN (19/1/2021) 🎙️
Laporan terkini dan highlight harian bersama Faizal Mukhtar! --- Support this podcast: https://anchor.fm/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-19
05 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 27 // Cerita Tentang Freelance!
Persepsi dan perspektif seorang freelancer adalah berbeza-beza berdasarkan portfolio serta pengalaman yang mereka raih. Ada yang bertahan. Ada yang kecundang. Ada yang bagus. Ada yang hangus. Ada pula yang mempunyai cerita tersendiri sepertimana dikongsikan oleh ilustrator sepenuh masa Niezam! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-19
20 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
#HIGHLIGHTHARIAN // KEDAIKOMIKONLINE 18.1.201 🎙️
Matt Damon bakal muncul dalam filem Thor: Love & Thunder? / Kevin Feige kecewa Tony Stark tidak dapat bertemu Reed Richards / Pengarah asal menangis kerana Ghostbusters: Afterlife! / Justice League versi Zack Snyder mengalahkan Hindustan / Pengarah ucap penghargaan pada Luke Skywalker --- Support this podcast: https://anchor.fm/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-18
09 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 26 // Akar Digital: Visi & Misi 2021!
Sebagai pelopor kepada gagasan Minda Akhirat dan Orang Kuat Mesti Menang, podcaster terbaharu kita pada episod kali ini Fadlishah Rusli dari Akar Digital membawa kita jauh menerobos prospek serta potensi besar menjadi insan budiman dengan 'mindset' baik-baik belaka di kala dunia keras diasak pelbagai pancaroba semasa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-18
57 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 25 // Review: Batman, Soul of the Dragon (2021)
Ini merupakah filem animasi keluaran DC/Warner Bros. Animation yang ke-40 serta sarat dengan aksi dan elemen 70an melampau. Tidak cukup dengan itu, sekiranya anda seorang fanatik Bruce Lee dan James Bond era Kung-Fu 'funk' semestinya naskah terbaru yang bakal direview ini adalah makanan anda. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-17
14 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 24 // Miharu Bercakap Tentang Lelaki!
Yup. Hari ini kita tidak akan bercakap atau berbicara soal komik, filem, game atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Tetapi pada hari ini panel anchor podcaster kita bakal membongkar kisah serta cerita menarik tentang insan bernama lelaki, semua secara eksklusif oleh Miharu sendiri! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-16
31 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 23 // Aktor Suara, Azman Zulkiply!
Ikuti wawancara super eksklusif bersama bakat besar 'Made in Malaysia' yang cukup popular dengan lakon suara luar biasanya menerusi BoboiBoy, Ejen Ali, Didi & Friends dan banyak lagi siri animasi, iklan komersial, permainan video hebat lain iaitu Azman Zulkiply! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-15
57 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 22 // Tanyalah Gayour! (Tak Jadi Kartunis, Jadi Apa?)
Disebabkan masih lagi belum ada yang memberanikan diri atau menanyakan sebarang soalan kepada beliau, maka kita tanyalah satu soalan yang mana ramai juga ingin tahu dan mengetahui: Andai kata Gayour tidak ditakdirkan menjadi seorang kartunis, apakah kerjaya pilihan lain yang bakal mencorakkan laluan multiversenya itu? --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-14
24 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 21 // Monetize: Yes or No?
Di antara kita ada yang mencipta serta menghasilkan konten dengan tujuan memperolehi hasil kewangan seperti upah, penajaan dan sebagainya. Hari ini kita berbual santai dengan seorang individu yang bisa merungkai topik ini dengan hemah daripada Elyzian Interactive, Tuan Ferdy Fauzi! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-13
15 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 20 // Komik Media Seni!
Satu ketika dulu pernah wujud satu zaman yang mana tidak ada internet, tidak ada media sosial dan tidak ada langsung sumber digital serta elektronik melainkan cetakan naskah komik fizikal untuk dibeli, dibaca dan dilayan 100%. Zaman itu hadir bersama Komik Media Seni yang majoriti generasi komik sekarang tidak mengetahuinya bersama podcaster tetap, Saudara Encik Tuan Niezam! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-10
17 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 19 // Kenapa Sambung Master/PHD. ?
Ada yang sambung pengajian ke peringkat Master dan PHD. dengan alasan, halatuju dan komitmen yang tertentu. Rata-rata memberikan jawapan serta pencerahan berbeza. Ini termasuk juga seperti diberikan tetamu undangan episod terbaharu kita, Ahmad Fuad! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-09
21 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 18 // KinoCinema: Visi & Misi 2021!
Mahadzir Hanafiah adalah seorang visionaris dan futuris praktikal yang senantiasa meneroka dimensi, inovasi serta revolusi dalam industri kreatif terutama sekali dalam lapangan produksi. Mari kita dengar apakah gagasan beliau untuk tahun 2021 yang mendatang ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-07
49 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 17 // Tanyalah Gayour! (Seorang Kolektor Komik?)
Sejak bertahun-tahun lamanya, kita mengenali beliau sebagai seorang kartunis. Tetapi tahukah anda pernah wujud satu zaman yang digelapkan oleh sejarah di mana Gayour pernah menjadi seorang kolektor komik sebegitu sungguh sangat amat dahsyat serta rakus sekali dari mana-mana kolektor komik yang pernah terwujud seantero alam fana ini?! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-06
19 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 16 // Cerita Mamak!
Semua orang lepak mamak. Semua orang kenal mamak. Semua orang suka mamak. Tetapi berapa ramaikah di antara kita punya cerita dan mitos yang sungguh mendalam sepertimana diceritakan oleh podcaster undangan kita, Kartunis Desa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-05
23 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 15 // Digital vs. Manual: Mana Lagi Ekselen!?
Isu ini merupakan sesuatu yang sewajarnya berakhir pada hari pertama ia diusulkan sejak sekian lama. Namun begitu, perdebatan tentang mana lagi ekselen di antara digital atau manual masih lagi berlegar serata alam sehingga kini. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian hipotesis Niezam dalam episod kali ini terutamanya yang membabitkan ikan dan Herman Tino! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-04
20 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 14 // Padil & PingPong!
Apakah yang membuatkan seseorang itu begitu tertaksub dengan PingPong sehinggakan pagi petang siang malam bercerita pasal PingPong malah beli dan kumpul komik PingPong yang jarang-jarang kita dengar sebelum ini, hanya Padil PingPong yang tahu! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-03
14 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 13 // Hafiz, The Comic Book Guy!
Over the past 20 years, this dude has been in and out and in for the game again and again countless times. From Jim Lee to Joe Mad to Jon Hickman.. this ultimate and uncanny X-Men fan turn comic shop guy will finally reveal his secret origins for the world to bare witness once and for all! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-02
19 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 12 // Azam, Agenda dan Anda!
Untuk episod khas sulung sempena ketibaan tahun baharu 2021, kita telah menjemput dua panel pakar daripada Elyzian Interactive, Ferdy Fauzi dan Alip Md. Nor untuk membincangkan tentang definisi, pengisian dan pelaksanaan sesuatu yang bernama AZAM! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2021-01-01
18 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 11 // Tanyalah Gayour! (Asal Usul Nama Pena)
Hari ini kita memperkenalkan satu segmen baharu bersama dengan seorang anchor baharu yang bakal menjawab segala persoalan serta kemusykilan dari setiap sudut dan segala segi. Beliau yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Kartunis Gayour! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-30
23 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 10 // Eksklusif bersama Animas!
Ikuti wawancara khas bersama dengan Presiden dan Bendahari Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) yang dirakamkan secara langsung dan terus menerus dari dalam studio bergerak kami semasa hujan sedang turun dengan dinginnya sambil bersulamkan kejujuran tiada terperi lagi berpanjangan! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-29
41 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 09 // Review GV7 x Sepahtu Reunion Live 2020!
Ini amaran keras yang wajar diberikan kepada para pendengar dan pengikut setia The BendaBolehBincang Podcast Talk Show: Hampir 99.9% daripada konten untik episod terbaharu ini mengandungi punchline-punchline internal yang sukar dihadam. Jadi awas kerana risiko adalah di atas tanggungan sendiri dan bukan tanggungan podcaster undangan kami, Alip Md. Nor! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-28
35 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 08 // Tuan Direktor, Esham Shahlin!
Namanya mungkin belum cukup dikenali ramai orang di luar sana. Namun hasil karya dan kerjanya sudah lama menular serta bakal menjadi prospek besar dalam industri kreatif terutama sekali dalam bidang pengiklanan di Malaysia ini. Dan sudah tentu sebelum menjadi popular, lebih baik kita wawancara beliau cepat-cepat kerana nanti susah pula nak set appoinment dan lock masa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-27
25 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 07 // Sinema vs. Strim!
Ada yang kaki tengok filem di pawagam. Ada yang kaki layan cerita di platform strim menerusi peranti dan televisyen di rumah. Ada juga yang jenis tidak kisah kaki apa sekalipun asalkan mereka dapat mendengar episod podcast terbaharu ini bersama podcaster undangan, Niezam. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-26
19 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 06 // Ariff Ridzuan x GilaPosterKL!
Sekejap seperti filsuf ternama. Sekejap seperti pelawak istana. Sekejap pula seperti sia-sia belaka. Tetapi yang ternampak zahirnya hanya seorang caretaker kedai mainan, namun hakikatnya apabila diselongkar serba sebanyak, podcaster undangan kita pada kali ini banyak berkongsi kisah suka-duka kehidupan yang melangkau jauh daripada itu semua! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-25
35 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 05 // Kenapa Podcast, Bro?!
Jadi apakah sebenarnya kelebihan podcast jika hendak dibandinkan dengang saluran YouTube, Media Sosial atau plaform-platform yang lain. Di sini kita cuba membincangkan dan memberikan pencerahan agar terlerai segala kekusutan dan kemusykilan bersama podcaster undangan, Ferdy Fauzi. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-24
25 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW (Trailer)
--- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-24
00 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 04 // Review: Wonder Woman 1984 (2020)
Marilah kita sama-sama mendengar serta mengikuti ulasan filem terbaharu dan terakhir sebagai penutup kalendar tahun 2020, sebuah naskah adaptasi superhero DC Comics yang menjadi pemecah rekod sejarah perfileman Hollywood, pawagam dunia sejagat malahan podcast ini. Semuanya bersama dengan podcaster bersuara lunak sukaramai, Faizal Mukhtar! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-24
21 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 03 // Marvel Studios: 2021 & Beyond!
Selepas Avengers: Endgame, ruang dan peluang untuk perkembangan Semesta Sinematik Marvel (MCU) kini semakin terbuka luas. Semuanya bakal kita bincangkan dalam episod kali ini bersama koresponden khas kami, Miharu. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-22
36 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 02 // Star Wars: 2021 & Beyond!
The Books of Boba Fett, Ahsoka, Andor, Lando, Rangers of the New Republic, The Bad Batch, The Acolyte, Droid, Visions, Rogue Squadron termasuk sebuah projek filem arahan Taika Waititi serta kembalinya Hayden Christensen sebagai Darth Vader dalam siri Obi-Wan Kenobi merupakan ledakan topik panas untuk episod kali ini bersama koresponden khas kami, Adam John. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-22
25 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Ep. 01 // Review Lengkap The Mandalorian (All Season)
Hikayat Star Wars terbaharu menerusi siri Disney+ baru sahaja selesai dengan penamat yang MAHA DAHSYAT. Ikuti ulasan dan analisis total Musim Pertama dan Kedua The Mandalorian bersama koresponden khas kami, Niezam Udin. NOTA KAKI: EPISOD INI TERKANDUNG BEBANAN DAN SARAT SPOILER. DENGAR ATAS RISIKO SENDIRI! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-21
30 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Intro. Episode // Miharu!
Miharu merupakan seorang peminat komik, game dan filem yang telah berjaya menjadikan obsesinya itu menjadi satu platform positif untuk berhubung, berkongsi dan bersama-sama memeriahkan arena tersebut buat kita semua. The Benda Boleh Bincang Show™ dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-20
22 min
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
Intro. Episode // Adam John!
Nama Adam John kini semakin lama semakin dikenali. Daripada seorang fanboy dan aktivis hobi, beliau sekarang sudah menjangkau jauh lebih daripada itu sebagai seorang penyanyi, pelakon dan hari ini podcaster. The Benda Boleh Bincang Show dengan ini secara rasmi memperkenalkan beliau sebagai Residen Hos kami! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
2020-12-18
24 min
Bincang Muslimah
Bincang Ramadhan #19 - Batas Akhir Qadha Puasa Ramadhan Tahun Lalu Bagi Perempuan
Mayoritas perempuan memiliki fitrah yang menghalanginya berpuasa Ramadhan sebulan penuh, yakni saat keluarnya darah haid dan nifas. Karena itu bisa dipastikan para muslimah tersebut akan memiliki hutang puasa Ramadhan. Karenanya, mereka harus segera mengganti hutang puasa tersebut agar jangan sampai melampaui batas akhir mengqadha puasa. Nah, kira-kira kapan sih batas akhir mengqadha puasa Ramadhan? apakah sehari sebelum Ramadhan masih boleh mengqadha puasa Ramadhan? ataukah tidak boleh?
2020-05-11
04 min
Bincang Muslimah
Bincang Ramadhan #12 - Orang yang Wajib Qadha Puasa Meski Tetap Puasa di Bulan Ramadhan
Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan karena ada uzur, seperti sakit atau sedang dalam perjalanan, maka dia wajib mengqadhanya setelah bulan Ramadhan. Namun demikian, ada enam orang yang tetap wajib puasa di bulan Ramadhan, tidak boleh makan, minum dan lainnya, dan dia setelah bulan Ramadhan wajib mengqadhanya. Pertama, orang yang sengaja membatalkan puasanya di bulan Ramadhan tanpa ada uzur yang dibenarkan oleh syariat. Maka dia tetap wajib melanjutkan puasanya, tidak boleh makan, minum dan lainnya, dan setelah Ramadhan dia wajib mengqadhanya. Kedua, orang yang tidak melakukan niat puasa di malam hari bulan Ramadhan. Maka dia di waktu siang har...
2020-05-04
04 min
Bincang Muslimah
Bincang Thaharah #02 - Macam-macam Air yang Dapat Digunakan untuk Bersuci
Dalam prakteknya, thaharah bisa dilakukan dengan menggunakan beberapa alat, seperti air, tanah dan lain-lain. Adapun air-air yang boleh digunakan hanya ada 7 macam air, yaitu air langit, air laut, air sungai, air telaga, air mata air, air salju, dan air embun. Dengan ketujuh macam air tersebut, thaharah yang dilakukan sah menurut hukum fiqh. Dalam beberapa kitab fiqh klasik, ketujuh macam air tersebut dihimpun dengan ungkapan : ما نزل من السماء ونبع من الأرض Maksudnya, air yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air yang turun dari langit dan memancar dari bumi. Wallahua ‘alam.
2020-03-29
07 min