podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Ahmad Cipoi Saiful
Shows
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 17 - DJ Uno (Pop Shuvit)
Episod kali ini kami berbesar hati untuk menerima DJ Uno dari band Pop Shuvit sebagai tetamu yang power . Selain daripada Pop Shuvit dan Project Ear, Uno juga merupakan salah seorang daripada trio DJ Stylustiks. Jom layan!!.dengar cerita tentang perasaan Uno bila mendengar lagu Pop Shuvit di Harajuku, Japan atau macam mana dia membahagikan waktu karier muzik di sekitar Kuala Lumpur dan kerja hariannya ketika itu di Kota Kinabalu. Rugi jugalah kalau siapa yang tak mendengar atau melihat episod ni. ! Ingin menyumbang? Klik di sini Email: senselessartproduction@gmail.com IG: poicast.my
2024-04-05
1h 38
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 16- Aidil Rusli (Couple)
Sudah lama kami rancang untuk menjemput Aidil Rusli dari kumpulan Couple ni untuk feature di dalam POICAST. Kali ini kami mendapat peluang untuk mendengar cerita tentang band legend ni. Di tahun 2024 ini, band Couple masih aktif selama 29 tahun. Satu pencapaian yang agak mengagumkan dan sudah pasti ada banyak sejarah dan benda-benda yang best sepanjang 29 tahun Couple. Rugi kalau tak dengar episod ini! Ingin menyumbang? Klik di sini Email: senselessartproduction@gmail.com IG: poicast.my
2024-03-12
1h 31
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 15 - Adib Azfar (The Fatalis)
Episod ke -15 ini menampilkan Adib Azfar dari band The Fatalis. Adib ni seorang watak yang agak colourful di dalam scene dan mempunyai pengalaman band yang banyak…dari band A New Fall, OhChentaku, The84, Decades, dan terkini The Fatalis. Adib juga adalah seorang graphic designer dalam karier utamanya dan hasil kerja artwork nya banyak juga dapat dilihat pada design-design cover album band/penyanyi tempatan. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom dengar episod ni! Ingin menyumbang? Klik di sini Email: senselessartproduction@gmail.com IG: poicast.my
2024-03-01
1h 43
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 14 - Taufiq Nadzri (Photographer)
Tetamu pertama dalam tahun 2024 ini ialah seorang photographer yang power dalam arena music photography. Hasil kerjanya menjadi pilihan ramai artis dan musician tanahair. Taufiq menceritakan tentang pilihan kariernya yang jauh berbeza daripada pilihan sewaktu diploma. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu tour bersama band ialah van mereka hampir terkena bom. Rugi kalau tak layan!! Support sini Email: senselessartproduction@gmail.com IG: poicast.my
2024-02-05
1h 07
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 13 - Mohd Faizul / Joe (Gegey Music)
Episod last yang di record tahun 2023 ini adalah episod bersama tetamu yang bukan musician atau photographer tetapi seorang event organizer di bawah label Gegey Music iaitu saudara Md Faizul atau dikenali sebagai Joe. Nama GegeyMusic ini agak gah di kalangan peminat muzik indiependent di Malaysia satu ketika dahulu. Joe juga mempunyai clothing label yang bernama Attack Apparel. Di zaman-zaman era venue OneCafe, Chow Kit, MCPA Hall atau MapsKL Dutamas mesti ramai yang pernah hadir ke show yang telah diadakan oleh team GegeyMusic. Jom kita dengar cerita-cerita zaman dulu dan apa update Joe kini.
2024-01-30
1h 14
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 12 - Ajiem Serr (Skateboarding Photographer)
Episod 12 ini POICAST berbesar hati dapat mewawancara Ajiem Serr, seorang jurugambar skateboarding di Malaysia. Ajiem adalah antara jurugambar yang sangat dikenali di arena skateboarding Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Jom menimba ilmu tentang skateboarding photography dan mengetahui latar belakang Ajiem Serr. Untuk menyokong gerakan POICAST: BUY ME A COFFEE Kami sudi menerima collaboration/iklan pada podcast kami, boleh dibincang bersama. Pertanyaan: senselessartproduction@gmail.com IG: poicast.my
2024-01-01
1h 00
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 11 - Darren Teh (An Honest Mistake)
Plan nak buat season, tapi macam tak logik juga la, memandangkan buat masa ni progress POICAST agak slow. Jadi kita teruskan dengan episod iaitu episod 11 bersama Darren Teh dari band An Honest Mistake, seorang musician, event organizer, lecturer, podcaster yang sangat rajin dari mula-mula aku kenal sehingga lah sekarang. Jom layan POICAST episod 11 untuk belajar menjadi rajin seperti Darren. Yeah \m/
2023-12-14
1h 08
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 10 - Herri Hamid (Bittersweet)
Untuk penutup season 1 ni, kami di POICAST sangat berbesar hati dapat membuat 'final' interview bersama Herri Hamid, pengasas band Bittersweet. Bittersweet akan mengadakan konsert terakhir mereka ' Bittersweet: Years of Sing and Shout pada 4 November 2023 di JioSpace, Petaling Jaya. Bittersweet telah mewarnai dunia hiburan tanahair Malaysia selama hampir 20 tahun dan selepas ini mereka tidak akan meneruskan lagi band ini. Jom layan podcast ni dan mendengar cerita Herri tentang Bittersweet.
2023-11-03
1h 08
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episod 9- Hafiz Shah (Photographer)
Episod 9, Cipoi menemuramah saudara Hafiz Shah atau EhHafishah. seorang jurugambar muzik yang hebat di tanahair. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengambil gambar-gambar konsert Hujan, Masdo dan pelbagai lagi. Dalam episod ini, Hafiz akan menceritakan tentang tips untuk mengambil gambar konsert dan cerita penuh bagaimana dia menempuhi kariernya sebagai jurugambar muzik.
2023-10-18
1h 08
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 8 - Ahmad Faris (Tapau.Asia)
Episod ke-8, temubual bersama Ahmad Faris dari Tapau.Asia. Beliau adalah seorang scenester yang popular dalam scene muzik indiependent Malaysia bernaung dibawah nama Tapau. Beliau juga adalah tulang belakang di sebalik Tapau Fest, sebuah festival muzik indie paling unik di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan semua Tapaufest adalah festival crowd funded terbesar di Asia Tenggara di tahun 2014. Jom dengar dan ambil semangat daripada Faris dalam episod ini! Instagram: @fungusinthemilk @tapau.asia @tapaufest
2023-09-03
1h 19
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 7 - Najmi (Jemson)
Episod ke-7 ini, Cipoi akan bersembang dengan saudara Najmi, dari band JEMSON. Kita akan menyelami kehidupan Najmi tentang minat beliau dalam muzik metal. Najmi adalah pemuzik berasal dari Kedah dan pernah menganggotai band metal Incarnation. Najmi juga adalah seorang yang berpengalaman didalam bidang music recording dan sering perform di pelbagai acara muzik besar. Berbekalan pengalaman ini, beliau dan Myo dari band OhChentaku menubuhkan band Jemson. Disini, dia menceritakan bagaimana transisi beliau dari mempunyai band yang memainkan muzik metal ke muzik rock seperti Jemson. Najmi juga menceritakan tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu tour bersama Incarnation, tour...
2023-07-17
1h 09
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 6 - Dean (Kids On The Move/Social Circuit)
Episod ini, adalah sesi wawancara bersama Dean @deanforanything , seorang musician yang sangat passionate dalam muzik hardcore punk. Dean adalah vokalis band Kids On The Move dan Social Circuit serta bassist untuk supergroup Da Vagabonds. Beliau juga adalah organizer show dibawah label Alternate Plus yang banyak membawakan persembahan band-band hebat luar dan dalam negara seperti Comeback Kid, DeezNuts, Turnstile, Nothing dan pelbagai lagi. Dalam episod ini Dean menceritakan tentang straight edge, semangat hardcore, friendship, keluarga dan pengalaman tournya bersama band-bandnya. Jom layan episod ini!
2023-05-13
1h 08
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 5 - Nas (Plague Of Happiness)
Dalam episod 5 ini, Cipoi telah menemubual vokalis kumpulan Plague of Happiness iaitu Nas atau Nas Abdulasim. Plague of Happiness adalah sebuah band Ska Punk dari Johor, Malaysia. Band ini diasaskan pada tahun 1999 dan masih kukuh sehingga kini dengan album barunya yang akan release May 2023. Nas menceritakan bagaimana permulaan bandnya, pentingnya skateboarding dalam karier dan cara beliau membawa halatuju POH. Beliau juga menekankan semangat berkawan atau friendship didalam perjalanan band dan juga impak DIY ethics. Jom kita ikuti cerita Nas dan let's get inspired! https://plagueofhappiness.com/
2023-04-18
1h 08
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 4 - Irfan Iskandar (TokoKilat)
Episod empat POICAST, Cipoi berbicara dengan Irfan Iskandar, drummer band TokoKilat. Irfan atau dikenali sebagai Cipan adalah seorang drummer legend dan amat dikenali dalam dunia muzik indie di Malaysia. Dalam episod ini, beliau menceritakan serba sedikit tentang bagaimana dia berpeluang bermain bersama band-band legend seperti ACAB, The Times, Relay dan yang terkini Toko Kilat. Beliau juga adalah drummer jemputan bagi supergroup DaVagabonds. Banyak pengalaman menarik yang Cipan ceritakan dari zaman dia mula bermain muzik. Beliau juga memberi pendapat mengenai dunia fesyen dan betapa pentingnya imej dalam sesebuah band. Episod di bulan Ramadhan ini ditaja...
2023-04-03
1h 06
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 3 - Aizat Ady Ikram @3rdpartyproject @thecompany.my (Photographer)
Episod bagi segmen fotografi kali ini, Cipoi menemuramah Aizat Ady Ikram dari 3rdpartyproject dan The Company, seorang music photographer yang hebat dalam industri Muzik independent Malaysia. Episod ini akan membincangkan pendapat Ady tentang kaitan fotografi dan komuniti muzik hardcore/indie di Malaysia dan harapan beliau dalam bidang seni serta fotografi sebagai pilihan career.
2023-03-18
53 min
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 2 - Is (Rose On My Coffin Door)
Dalam episod kedua, Cipoi memperkenalkan tetamu jemputan pertama dalam segmen muzik iaitu Khairul Iskandar aka Is, gitaris band Rose On My Coffin Door yang berasal dari Brunei Darussalam. Is menceritakan tentang perjalanan muzik beliau dan bagaimana dia meminati muzik metal. Di dalam episod ini juga, Is menceritakan tentang sejarah penubuhan bandnya, cabaran membuat sebuah band metal, persepsi masyarakat, era Myspace dan semangat kawan di dalam komuniti muzik independent terutama yang minat muzik hardcore & metal. Is juga adalah orang yang bertangunggjawab membuat penata bunyi untuk semua episod POICAST.
2023-03-04
58 min
POICAST : SEMBANG FOTOGRAFI DAN MUZIK
Episode 1 - Alif Ridzuan ARTheRockShow (photographer)
Untuk episod pertama bagi segmen fotografi, Cipoi berpeluang untuk bersembang dengan Alif Ridzuan dari ARTheRockShow, seorang music photographer yang berasal dari Pulau Pinang. Alif berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari lebih banyak peluang untuk meneruskan karier dalam bidang seni dan sudah pastinya mengasah kehebatannya dalam mengambil gambar muzik. Episod ini membincangkan tentang passion, business, inspirasi serta harapan beliau dalam bidang kreatif ini.
2023-02-24
56 min