Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

Atiqah Nazir

Shows

Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 10: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah AlternatifEpisod 10 Siri Pendidik: Ketika kita memikirkan tentang bagaimana cara untuk meningkatkan literasi dan kompetensi anak didik kita, dan mengembangkan potensi yang ada, di sudut lain Malaysia - ada juga anak muda yang tidak dapat menimba ilmu di sekolah kerana dokumen, kerana kekangan kewangan, kerana banyak halangan lain. Bersama saya, Mukmin Nantang daripada Sekolah Alternatif membawakan kisah dari tengah lautan Sabah. Kualiti bunyi dan suara mungkin sedikit terjejas dalam episod kali ini - beri perhatian ya!2021-06-081h 32Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 9: Kenali Rakan Pendidik - Sekolah Kurang MuridEpisod 9 Siri Pendidik: Dari sekolah swasta ke sekolah dalam ladang, ke sekolah dalam bandar, ke sekolah di atas bukit! Ann Nathan berkongsi kisah dengan saya dan pengalamannya menjadi guru di SKM? Apa tu SKM? Sijil Kemahiran Malaysia? Bukan. Sekolah Kurang Murid. Seronok ke mengajar di sekolah tak ramai murid? Senang ke? Jom dengarkan podcast episod kali ini untuk menjawab persoalan yang banyak tu. Dua tiga hari ni banyak musibah berlaku, jaga diri - dan semoga kita semua dilindungi.2021-05-251h 14Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 8: Kenal Rakan Pendidik - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)Episod 8 Siri Pendidik: Banyak rupanya jenis sekolah-sekolah di Malaysia ni, kadang-kadang antara kita pun tak tahu berapa dan apa jenis sekolah yang ada. Macam mana agaknya persekolahan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)? Berbeza ke atau sama sahaja dengan sekolah aliran perdana? Dalam episod ini, Hazwan Hamdan akan bantu menerangkan dan berkongsi tentang pengalamannya mengajar di SABK dengan semua rakan pendidik yang lain!2021-05-111h 19Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 7: Belajar daripada Kisah NabiEpisod 7 Siri Pendidik: Dalam diam, kita dah hampir menganjak masuk ke separuh masa kedua Ramadhan kali ini. Natrah, Syaza dan saya berbincang serta berkongsi kisah-kisah Nabi Musa Alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan cuba memaknakan apa yang praktikal dan boleh diteladani daripada para nabi ini. Kami ni bukanlah pakar dan bukan ahlinya, bak kata Natrah - sambil menedngar tu sama-sama kita semak dan periksa kesahihan maklumat yang kami utarakan supaya pembelajaran kita jadi lebih berkesan, bersama.2021-04-271h 27Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 6: Literasi Media & Maklumat dan Pendidik: Apa kaitannya?Episod 6 Siri Pendidik: Semakin lama, tempat tinggal kita semakin luas dalam talian, kita semua sudah jadi penduduk digital! Sembang dengan Kenn, Hilmi Bakar, Noor Syazana Taib dan Emily Neoh kali ini membincangkan situasi kebanjiran maklumat, berita yang belum tentu sah atau palsu, apa tanggungjawab dan peranan yang kita patut mainkan sebagai pendidik? Keperluan untuk menguasai literasi media dan maklumat, seterusnya memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak dan belia itu terletak pada bahu siapa? Banyak lagi yang kita akan dengar daripada rakan-rakan pengasas Media Education For All di episod ini! Oh ya, Salam 1 Ramadhan!2021-04-131h 58Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 5: Cerita DuitEpisod 5 Siri Pendidik: Orang kata, manusia tak perlukan duit tapi dalam dunia mencabar sekarang ni, semua benda perlukan duit! Ekonomi diberi perhatian penting dalam pembangunan sesebuah negara, macam mana pula kisahnya dalam ruang pendidikan? Adakah kita bagi perhatian yang sama beratnya? Alina Amir berkongsi sudut pandangnya dengan saya tentang literasi kewangan dan kesejahteraan masyarakat dalam sembang serius kita kali ni. Jangan ketinggalan!2021-03-231h 08Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 4: Pemerkasaan Pelajar = Cikgu Malas?Episod 4 Siri Pendidik: Kali ini Cerita Biasa bawakan pula sesi bersembang dan menggali sudut pandang seseorang pelajar berkenaan pemerkasaan pelajar. Apa yang kita boleh cuba maknakan daripada pemerkasaan pelajar? Kalau kita boleh buat penilaian tentang sejauh mana kita benar-benar cuba merealisasikan pemerkasaan pelajar di sekolah, agaknya di mana tahap komitmen kita dalam pembentukan manusia penyelesai masalah akan datang? Ada banyak realit dan tanggapan yang saya bincangkan berkaitan pemerkasaan bersama Shahril dan Amylda Lisa kali ini, 2 orang belia yang sama-sama semangat ingin melihat kesaksamaan dalam pendidikan di negara kita.2021-03-091h 25Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 3: Kesejahteraan Diri Kita SemuaEpisod 3 Siri Pendidik: Banyak laporan tekanan perasaan dan kemurungan yang kita biasa dengar semasa musim pandemik ni. Tapi siapa kata kesedihan ini cuma datang dengan musibah penyakit sahaja? Apa agaknya beza guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling, dan kaunselor? Sembang kali ini bersama Nurhaiza Che Mat, jom dengar dan ikuti perbincangan "kita bukan dalam keadaan yang sama, hanya dalam waktu yang selari sahaja" dan apa jenis sokongan emosi dan motivasi yang tersedia untuk para pendidik.2021-02-231h 30Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 2: Cikgu & JodohEpisod 2 Siri Pendidik: Cikgu juga manusia biasa. Di luar parameter kawasan sekolah dan ruang lingkup pendidik, cikgu pun seorang anak, seorang ahli masyarakat yang juga mencintai dan ingin mencintai! Bersama sahabat lama, Nurul Izzah - sembang kali ni tentang cerita jodoh, umur kahwin kali pertama yang makin meningkat, kenapa ramai lambat nak kahwin dan banyak lagi kupasan menarik seputar cerita jodoh dan kahwin.2021-02-091h 39Cerita BiasaCerita Biasa#Episod 1: Sekolah Dalam PandemikEpisod 1 Siri Pendidik: Kehidupan tahun 2020 seolah-olah masih belum mahu meninggalkan kita. Apa agaknya cerita pembelajaran dalam suasana pandemik daripada kawan-kawan guru kita di sekolah? Dengarkan bersama saya dengan Noor Fashah Amira dan Aisyah Insyirah dalam cubaan merungkai kisah bilik darjah masa kini serta sekolah bayangan masa depan!2021-01-261h 25