podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Khabarnya Podcast
Shows
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP48: UEC - Perang Orang Tua Di Bahu Orang Muda?
Dengarkan perbincangan episod ke-48 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Eddin Khoo, Pengasas PUSAKA dan aktivis kebudayaan, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC), pengiktirafannya dalam sistem pendidikan negara, serta polemik yang terus mencetuskan perdebatan tentang identiti, bahasa dan integrasi nasional.#Khabarnya #EddinKhoo #UEC #DongZong #PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia #BahasaMelayu #IdentitiNasional #Integrasi
2026-02-14
1h 25
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP47: Datuk Bandar Dipilih atau Dilantik: Siapa Untung, Siapa Rugi?
Dengarkan perbincangan episod ke-47 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dr. Armin Baniaz Pahamin dan Mahdzir Ibrahim membincangkan isu dan ideologi pemilihan Datuk Bandar, hak kesamarataan, keadilan dan pengundi melayu yang semakin berkurang. #Khabarnya #DrArminBaniaz #MahdzirIbrahim #PolitikMalaysia #DatukBandar #Ideologi #PilihanRaya
2026-02-07
1h 03
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP46: Perang Rasuah Secara Munafik? Siapa Sebenarnya Ditekan?
Dengarkan perbincangan episod ke-46 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan kesinambungan pendedahan skandal ATM daripada episod-episod sebelum ini. Episod ini memfokuskan tiga perkara utama: intimidasi dan undang-undang sebagai alat “perang”, persoalan sama ada perang rasuah benar-benar menyasar kartel atau hanya pihak tertentu, serta pembukaan front baharu melibatkan isu Zakat dan CUEPACS.Perbincangan ini turut membongkar tekanan dan tindakan balas yang didakwa semakin jelas, termasuk ketiadaan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, sekali gus mencetuskan persoalan besar tentang keberanian rakyat, kelemahan sistem perlindungan dan ke mana sebenarnya arah usaha membanteras rasuah ini.
2026-02-03
1h 06
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP46: Perang Rasuah Secara Munafik? Siapa Sebenarnya Ditekan?
Dengarkan perbincangan episod ke-46 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan kesinambungan pendedahan skandal ATM daripada episod-episod sebelum ini. Episod ini memfokuskan tiga perkara utama: intimidasi dan undang-undang sebagai alat “perang”, persoalan sama ada perang rasuah benar-benar menyasar kartel atau hanya pihak tertentu, serta pembukaan front baharu melibatkan isu Zakat dan CUEPACS.Perbincangan ini turut membongkar tekanan dan tindakan balas yang didakwa semakin jelas, termasuk ketiadaan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, sekali gus mencetuskan persoalan besar tentang keberanian rakyat, kelemahan sistem perlindungan dan ke mana sebenarnya arah usaha membanteras rasuah ini.
2026-01-31
1h 10
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP45: Skandal ATM: Adakah Harta, Takhta dan Wanita Puncanya?
Dengarkan perbincangan episod ke-45 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan perbincangan pendedahan skandal ATM, susulan beberapa tangkapan dan rampasan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.Dalam episod ini, tumpuan beralih kepada bagaimana satu skandal mula terbongkar bukan melalui siasatan rasmi, tetapi akibat kecuaian dalaman, termasuk dakwaan gambar yang diambil oleh teman wanita berusia 26 tahun di sebuah safehouse, yang akhirnya membuka rentetan persoalan tentang kebocoran, perlindungan kartel dan bagaimana kuasa sebenar beroperasi di sebalik tabir.Perbincangan ini turut mengaitkan pendedahan tersebut dengan...
2026-01-17
37 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP44: Ops Hiroshima - Pendedahan Selasa Bakal Menggegarkan MINDEF?
Dengarkan perbincangan episod ke-44 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, yang meneruskan pendedahan skandal ATM di fasa Ops Hiroshima yang bakal didedahkan selasa ini. Dalam episod ini, tumpuan diberikan kepada Ops Hiroshima — satu pendedahan yang mengangkat kebimbangan serius berkaitan perolehan pertahanan, keputusan kritikal, dan implikasinya terhadap keselamatan negara. Perbincangan ini memberi konteks bagaimana rangkaian pendedahan ini bermula, mengapa ia digerakkan, dan kenapa isu ini kini menjadi perhatian ramai. Ini bukan soal menjatuhkan institusi.Ini soal akauntabiliti.
2026-01-10
1h 10
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP43: Albert Tei - Hari Ini Saya, Esok Siapa? [Part 2]
Dengarkan perbincangan episod ke-43 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun, meneruskan kisah pendedahan episod sebelumnya.Dalam episod ini, Albert mengulas harga yang perlu dibayar selepas pendedahan dibuat. Daripada tekanan berterusan, dakwaan layanan dua darjat dalam siasatan sehinggalah kesan langsung terhadap keselamatan dan kesejahteraan keluarganya. Perbincangan ini membawa perbualan ke tahap seterusnya: apabila seseorang memilih untuk melawan sistem, sejauh mana masyarakat bersedia berdiri bersama dan apakah harga yang sanggup dibayar demi kebenaran? ...
2025-12-20
48 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP42: Albert Tei - pendedah atau perasuah? [Part 1]
Dengarkan perbincangan episod ke-42 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam Malaysia, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun yang tampil mendedahkan isu rasuah dan kelemahan penguatkuasaan di Sabah.Beliau berkongsi bagaimana dirinya, yang tampil sebagai pengadu dalam isu pelombongan, akhirnya diperlakukan sebagai suspek — daripada dakwaan dipaksa memberi rasuah, penolakan laporan oleh SPRM, sehinggalah serbuan bersenjata ke atas rumahnya ketika ahli keluarga berada di dalam.Pendedahan ini membuka persoalan lebih besar tentang keberkesanan undang-undang anti-rasuah di Malaysia: adakah masalah sebenar terletak pada akta, atau pada penguatkuasaan yang memilih siapa untuk didakwa dan siapa untuk di...
2025-12-16
53 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP41: Menteri Sukan elak akauntabiliti sasaran pingat sukan SEA?
Dengarkan perbincangan episode ke-41 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Arnaz M. Khairul, wartawan sukan veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman, membincangkan isu hangat dunia sukan negara. Beliau mengupas isu polisi “Tiada Sasaran Pingat”, data & trend prestasi atlet Malaysia, FAM, FIFA, kontroversi pemain naturalisasi dan banyak lagi.
2025-12-13
1h 10
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP40: ART - Perjanjian Perdagangan atau Perangkap Kuasa?
Dengarkan perbincangan episod ke-40 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu P. Waytha Moorthy, bekas Menteri Perpaduan yang membincangkan aspek perundangan dan kenegaraan di sebalik perjanjian timbal balas Malaysia–Amerika. Beliau menjelaskan bagaimana proses perjanjian ini sepatutnya melalui empat peringkat perlembagaan, mengapa tandatangan eksekutif tanpa melibatkan kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan yang membolot kuasa persekutuan, serta implikasinya terhadap kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan hak negeri.#KhabarnyaEP40#WaythaMoorthy#PolitikMalaysia#PerjanjianAmerika#KedaulatanNegara#KuasaNegeri#PerlembagaanMalaysia#EkonomiMalaysia#HalalMalaysia#RegulatoryDeal#MalaysiaUSDeal#PenjajahanAlaBaharu
2025-12-06
53 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP39: Penemuan Kapal di Melaka — Adakah Sejarah Kesultanan Melaka Bakal Ditulis Semula?
Dengarkan perbincangan mendalam dalam episod ke-39 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM. Episod ini membongkar dunia arkeologi maritim di tanah air dan apa yang membezakan kajian laut daripada arkeologi darat.Penemuan kapal bersejarah di Melaka baru-baru ini membuka ruang perdebatan baru, adakah ini bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka benar-benar sebuah empayar maritim terunggul? Atau adakah ia akan merombak semula naratif sejarah yang kita kenali selama ini?Sertai kami dalam perbincangan...
2025-11-22
1h 11
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP38: Antara Dolar dan Dinasti — Malaysia Diapit Dua Empayar?
Sambungan EP37, kali ini Isham Jalil membongkar realiti suram yang menanti masa depan Malaysia.Perjanjian Amerika tidak membawa untung, malah menggadaikan kedaulatan dan hubungan dengan China. Dari Boeing & RTD hingga isu geopolitik Taiwan, rantaian cip, dan keselamatan tenaga, setiap langkah Malaysia diperhatikan dunia, dan tekanan ekonomi serta politik semakin nyata.Dengar. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP38 #IshamJalil #PolitikMalaysia #SerahTengkuk #MalaysiaUSDeal #KedaulatanEkonomi #GeopolitikAsia #BoeingDeal #RDA #DolarVsDinasti
2025-11-15
54 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP37: PMX Serah Tengkuk Pada Washington?
Dengarkan perbincangan episod ke-37 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Isham Jalil, pengulas politik dan bekas Ketua Penerangan UMNO.Mereka membincangkan dinamika PRN Sabah dan topik terhangat.Kita mula berlutut kepada Amerika dengan menandatangani perjanjian ART (rujuk Artikel 5.1, 7.4 & 3.3)? Adakah kedaulatan negara mula tergadai kerana seorang senator? Apakah kita benar-benar ‘menjual’ kedaulatan ekonomi demi pengurangan tarif 19%Dengarkan. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP37#IshamJalil#PolitikMalaysia#USPolitics#PRNSabah#PilihanRaya
2025-11-09
1h 00
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP36: PRN Sabah & Justice For Zara
Dengarkan perbincangan episod ke-36 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Urus, kembali bersuara tentang apa yang berlaku di Sabah.Mereka membincangkan perkembangan inquest kes adik Zara, suara rakyat menjelang PRN Sabah, dan harapan agar keadilan serta pembangunan benar-benar sampai ke rakyat.#KhabarnyaEP36 #JocelynUrus #JusticeForZara #Sabah #Borneo #PRNSabah #UndiSabah #SabahElection #SuaraAnakSabah #SabahSabah #PolitikMalaysia
2025-11-01
41 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP35: FIFA 7-0 FAM
Dengarkan perbincangan episod ke-35 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif serta tetamu Rizal Hashim, penganalisis sukan dan wartawan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia bola sepak tanah air.Mereka membincangkan isu pemain naturalisasi dan krisis pemalsuan dokumen FAM, peranan pihak ketiga, serta pengajaran daripada kejatuhan maruah Harimau Malaya di mata dunia.#KhabarnyaEP35 #RizalHashim #SukanMalaysia #FAM #HarimauMalaya #RobFriend #BolaSepakMalaysia
2025-10-25
53 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP34: Vernakular - Legasi atau Penyesalan Sebuah Bangsa?
Dengarkan perbincangan episod ke-34 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Prof. Dr. Datuk Teo Kok Seong — intelektual pendidikan yang lantang memperjuangkan isu bahasa, jati diri dan dasar nasional.Mereka membincangkan integrasi dan asimilasi dalam sistem pendidikan, kekeliruan bahasa dan identiti kebangsaan serta politik kaum dalam konteks Malaysia moden.#KhabarnyaEP34 #TeoKokSeong #PolitikMalaysia #SekolahVernakular #IntegrasiVsAsimilasi #IdentitiKaum #BahasaMelayu
2025-10-12
1h 06
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP33: Hidup Dalam Bayangan Azmin, Sampai Bila?
Dalam episod Khabarnya kali ini, bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, kami bawakan YB Hilman Idham, ADUN Gombak Setia yang tidak asing lagi dengan dunia politik tanah air. Dari kisah latar belakang hingga ke perjalanan getir — dipecat dari PKR, serta usaha keluar dari bayangan Azmin Ali. Mereka membincangkan mengenai kualiti perbahasan dalam dewan negeri, kepentingan pendidikan politik dan pandangan beliau terhadap kerajaan sekarang yang porak-peranda. #Khabarnya#HilmanIdham#GombakSetiaRumahKita#PolitikMalaysia#Armada#IsuSemasa
2025-10-04
1h 13
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP32: MCA kritik kerana tanggungjawab
Dengarkan perbincangan episod ke-32 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang.Beliau berkongsi kisah sebagai perintis wanita dalam Pemuda MCA, kontroversi isu data rakyat, dan peranan MCA dalam landskap politik semasa.#KhabarnyaEP32 #WongSiewMun #PemudaMCA #PolitikMalaysia #IsuDataRakyat #IsuSemasa
2025-09-20
49 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP31: Sabah, ke mana kita bah...
Dengarkan perbincangan episod ke-31 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu YB Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeMereka membincangkan peranan wakil rakyat berbanding perancangan kementerian, keadaan politik pragmatik Sabah, dan tuntutan penghormatan kepada Akta 112C.
2025-09-13
54 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP30: Jeritan keadilan Justice for Zara!
Dengarkan episod ke-30 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Lizawati Urus, aktivis sosial dan Timbalan Presiden Parti Suara Anak Sabah.Episod ini menampilkan pengumuman eksklusif peralihan Jocelyn ke arena politik.Kami membahas bagaimana dia bermula sebagai aktivis solo sejak 2021, kronologi dan impak kes adik Zara yang tular, serta motivasi menubuhkan dan berkhidmat melalui Parti Suara Anak Sabah.
2025-09-06
51 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP29: Ainie londeh Isu URA & siapa ‘Mr 47’
Dengarkan episod ke-29 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA dan pengamal undang-undang.Mereka membincangkan penerusan legasi Syed Saddiq di MUDA, kontroversi rang undang-undang URA dan impaknya ke atas komuniti, serta isu Letter of Demand daripada ‘Mr 47’.#KhabarnyaEP29 #AinieHaziqah #MUDA #URA #Mr47 #LetterOfDemand #isusemasa#PolitikMalaysia
2025-08-30
55 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP28: Why Now Waytha Moorthy?!
Dengarkan episod ke-28 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka membincangkan mengenai Perkara 42 Lembaga Persekutuan, kos sara hidup meningkat, dan betapa pentingnya mempertahankan peruntukan perlembagan.#Khabarnya #WaythaMoorthy#Perkara42#Perlembagaan#isusemasa#PolitikMalaysia
2025-08-23
59 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP27: Bongkar! Pengakuan Dr. Afif di sebalik pemecatan dari Parti Derita
Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.
2025-08-16
1h 28
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP26: 16 Sebatan untuk 16 Tuduhan – penahanan Chegubard dijelaskan
Dengarkan perbincangan episode ke-26 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu jemputan seorang aktivis politik, Encik Badrul Hisham Shaharin (Chegubard). Mereka menyelami mengapa beliau ditahan selepas mengikuti himpunan Turun Anwar, semangat generasi baru reformasi dan konsep Mahkamah Rakyat di seluruh dunia.
2025-08-02
55 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP25: Suara lantang Isham Jalil!
Dengarkan perbincangan episode ke-25 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu kontroversial, Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama Isham Jalil. Mereka menyelami mengenai latar belakang beliau dalam politik, akar umbi UMNO, keadaan ekonomi dan hutang negara. Adakah suara beliau didengari? Tonton sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!
2025-07-25
1h 27
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP24: YB Mas Ermieyati, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang hebat!
Dengarkan perbincangan episode ke-24 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, menemubual YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin.Mereka menyelami peralihan parti dari UMNO ke Bersatu, kontroversi BlackRock dalam projek MHB, dan keberkesanan PAC sebagai tubuh pendesak politik rakyat.#Khabarnya #MasErmieyati #Bersatu #isusemasa #PolitikMalaysia #PeralihanParti #BlackRockMHB #KuasaKonsensus
2025-07-19
1h 13
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP23: Rahsia Kerja Tun M di Usia 100 bersama Sufi Yusoff
Dengarkan perbincangan khas sempena hari jadi ke 100 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam episode ke-23 ini.Dibawa oleh pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif menemubual Sufi Yusoff, pegawai khas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.Kami membincangkan disiplin kerja seorang lagenda, kepimpinan semasa krisis kewangan 1998, wawasan antarabangsa (dari Langkawi ke Antartika) dan banyak lagi.*Episod ini dirakam pada 9 Julai 2025#KhabarnyaEP23 #SufiYusoff#TunMahathir100 #PolitikMalaysia#DisiplinKerja #Krisis1998 #PolitikMultiras
2025-07-11
52 min
APA CHER PODCAST
Bincang Keluar Sekejap Ep 161 | BBC Forum M'sia Demokrasi | Podcast Khabarnya EP22 Selamatkan Melayu
00:00 - Intro03:15 - Keluar Sekejap Ep 16148:14 - BBC Forum59:10 - Khabarnya Ep 2201:14:04 - Rafizi press conference
2025-07-09
1h 26
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP22: Adakah Hari Cukai Negara lambang reformasi PMX?
Dengarkan perbincangan episod ke-22 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu aktivis politik, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan. Mereka menyelami penahanan SOSMA akibat penentangan awal 1MDB, pengalaman akar umbi Parlimen Jasin, dan kritikan tajam terhadap kerajaan ‘syok sendiri’.Seruan himpunan demonstrasi pada 26 Julai turut dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.#Khabarnya#SOSMA #TurunPadangJasin#KerajaanSyokSendiri #SST#Demo26Julai #PolitikMalaysia
2025-07-05
1h 11
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP21: Pengasas HINDRAF - Waytha Moorthy
Dengarkan perbincangan episode ke-21 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka menyelami penubuhan Parti Kemajuan Malaysia untuk membela nasib masyarakat India miskin, krisis perlantikan dalam badan kehakiman, dan kebocoran laporan polis yang menggugat integriti sistem keadilan.#KhabarnyaEP21 #WaythaMoorthy#HINDRAF#PartiKemajuanMalaysia #KrisisKehakiman #LaporanPolisSuruhanjaya#PolitikMalaysia
2025-06-28
42 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP20: Jebat Masih Derhaka!
Dengarkan episod ke-20 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta dengan kehadiran semula, Affendy bin Zainan a.k.a Jebat Derhaka sebagai tetamu undangan.Mereka menyelami wabak ketidaksatuan Melayu, kekecewaan terhadap kepimpinan PMX, dan desakan wajah baharu dalam dunia kepimpinan politik.*Episod ini dirakam pada 18 Jun 2025#Khabarnya#JebatDerhaka #JebatTJDM#KetidaksatuanMelayu #ManifestoPMX #WajahBaharu #PolitikMalaysia
2025-06-21
55 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP19: Bebas Mengejut!!! Apa next move Yusoff Rawther?
Dalam episod 19 ini, kami bawakan perbincangan panas dan penuh emosi berkenaan kebebasan Yusoff Rawther bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Peguam, Rafique Rashid.Mereka menyelami kegagalan pendakwaan jenayah akibat tiada bukti forensik, detik emosional sujud syukur di mahkamah, dan strategi undang-undang seterusnya termasuk rayuan jenayah serta saman sivil.#KhabarnyaEP19 #politikmalaysia#RafiqueRashid #YusoffRawther #sujudsyukur#IwantJustice#Justice4YusoffRawther#SamanSivil
2025-06-13
1h 01
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP18: Kenapa Jebat Derhaka???
Dengarkan perbincangan episode ke-18 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Affendy bin Zainan atau lebih dikenali sebagai Jebat Derhaka—apa cerita disebalik namanya? YouTuber sensasi yang dikenali kerana content penuh berani dan 'straight to the point' ini berkongsi pandangannya.#Khabarnya #JebatDerhaka #JebatTJDM #PolitikMalaysia
2025-05-31
45 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP17: Wasilah Politik Islam bersama Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin
Dengarkan perbincangan episode ke-17 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin (Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang)—mereka menyelami realiti sokongan Melayu kepada PKR dan cabaran kaum Melayu di Pulau Pinang, penyatuan UMNO ke dalam PH, dan jaminan kerusi Perdana Menteri untuk Melayu Islam.#Khabarnya#MohammadFairusKhairuddin #PolitikMalaysia#WasilahPolitik#PulauPinang#partikeadilanrakyat#budayaberilmu
2025-05-23
47 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP16: GEN Z tak kisah tentang politik???
Dengarkan perbincangan episode ke-16 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Gen Z Ahmed Thaqif Iman — mereka menyelami harapan politik Gen Z untuk negara, kemerosotan minat Gen Z dalam politik dan pandangan terhadap wakil belia kini. Di penghujung episod, hos mengupas persaingan antara Nurul Izzah dan Rafizi Ramli menjelang pemilihan Timbalan Presiden PKR.#Khabarnya #AhmedThaqifIman#PolitikMalaysia #HarapanGenZ #WakilBelia #PemilihanTimbalanPKR#NurulIzzahVsRafizi
2025-05-16
46 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP15: Masa Depan Perjuangan Melayu bersama Datuk Marzuki Yahya
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Datuk Marzuki Yahya, bekas Timbalan Menteri Luar dan Ketua Setiausaha Gerakan Proklamasi Orang Melayu tentang cabaran dan pengalaman dalam perjuangan politik, terutama dalam konteks penyatuan Melayu dan masa depan politik Melayu di Malaysia. #Khabarnya #MarzukiYahya #politikmalaysia #PenyatuanMelayu #UMNO #BERSATU #integritipolitik
2025-05-09
48 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP14: Aktivis politik bebas - Sir Azri
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual ekslusif bersama Sir Azri tentang kelebihan tidak berparti, isu perut dan poket serta penyatuan kaum melayu.#Khabarnya #SirAzri #politikmalaysia #TeamWalabot #Papagomo #integritipolitik #politikbebas #RasuahatauMaruah
2025-05-02
42 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP13: Isu Jalur Gemilang, Penjenamaan KTMB & Tarif Trump
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, membincangkan kontroversi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, isu penjenamaan semula KTMB, serta gambaran keseluruhan tarif baru oleh Presiden Donald Trump.
2025-04-25
28 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP12: Pengarah Filem - Areel Abu Bakar
Dengarkan perbincangan episode 12 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Areel Abu Bakar, di mana beliau berkongsi permulaan kerjayanya dalam bidang sinematografi – bermula sebagai pembantu produksi, realiti dunia filem melayu di luar negara, serta esensi sinematik yang dicari oleh beliau.#khabarnya #areelabubakar #filemmalaysia #pengarah #geranmovie #moviemalaysia
2025-04-19
52 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP11: Peguam 'Abang Belon' - Rafique Rashid
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Rafique Rashid mengenai isu 'Abang Belon' dan kes Yusoff Rawther.#khabarnya #rafiquerashid #abangbelon #yusoffrawther #politikmalaysia #undangundangmalaysia
2025-04-15
48 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP10: Bersama Na’im Brundage - Penganalisis Politik, Ahli Jawatankuasa ARMADA BERSATU
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Na’im Brundage mengenai, jurang gaji bumiputera dan bukan bumiputera, kepercayaan terhadap Dasar Parti PKR serta isu hak milik harta.#khabarnya #naimbrundage #politikmalaysia #politik #parlimenmalaysia #bersatu #armada #kebebasanbersuara
2025-02-28
1h 02
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP9: Bersama Tian Chua - Aktivis kemanusiaan, Bekas Naib Presiden PKR
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Tian Chua tentang topik-topik terkini, pengalaman & juga pandangan beliau. #khabarnya #tianchua #politikmalaysia #politik #parlimenmalaysia #aktivis #reformasi
2025-02-21
57 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP8: The untold stories of Hishamuddin Rais
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, Hishamuddin Rais membincangkan pengalaman-pengalaman beliau!#khabarnya #ishamrais #hishamuddinrais #untoldstories #politikmalaysia #politikviral #tukartiub
2025-02-14
52 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP7: Bersama YB Syed Saddiq - MP muda, isu perkauman, isu Maha Kaya, Bella Astillah
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, YB Syed Saddiq membincangkan topik-topik terkini.
2025-02-07
46 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP6: Bersama Mahdzir Ibrahim - DAP, Logo Halal, penggunaan 'Ham'
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, pengarang Malaya Daily dan bekas ahli DAP - Mahdzir Ibrahim membincangkan topik-topik terkini.
2025-01-24
54 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP5: Bersama Tun M - 100 Tahun
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemu bual tetamu undangan istimewa, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
2025-01-16
51 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP4: Bersama Rafique Rashid - Kewujudan addendum, isu RCI Batu Puteh, kes Yusoff Rawther
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama tetamu khas kali ini, peguam Rafique Rashid membincangkan topik-topik menarik mengenai kewujudan addendum, isu RCI Pulau Batu Puteh dan kes Yusoff Rawther.
2025-01-09
53 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP3: Misteri Prabowo dan PMX, tarif TNB, addendum tahanan rumah Najib Razak, Tun Daim, Tun M 100 tahun.
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman membincangkan topik mengenai misteri Prabowo tak jadi jumpa PMX, kenaikan tarif TNB, addendum tahanan rumah Najib Razak, Tun Daim, Tun M 100 tahun, Hatyai lagi popular dari Langkawi.
2025-01-03
31 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya EP2: Thaksin as Asean Advisor, Musa Aman TYT Sabah, Langkah Zafrul
Dengarkan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman membincangkan topik mengenai pelantikan Thaksin sebagai penasihat ASEAN, Tun Musa Aman TYT Sabah dan Langkah Zafrul.
2024-12-20
38 min
Khabarnya Podcast
Khabarnya Podcast: Pilot
Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.
2024-12-13
34 min
Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]
Revolusi Bolasepak Malaysia Akan Berlaku? | Ultras Kuaci S3EP37
Minggu ni kita borak pasal Malaysia. Khabarnya akan ada revolusi berlaku? Kita pasti ramai yang excited dengan berita ni kan. Bolehkah kita atasi pencapaian negara jiran kita? Sama-sama kita nantikan. Juga kita borak pasal Datuk Ong Kim Swee yang tinggalkan Sabah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
2024-11-21
31 min
Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]
Tak Sabar Nak Tengok Student vs Champion | Ultras Kuaci S3E15
Episod kali ni kita luahkan rasa gembira dapat tengok Faisal Halim kembali di khalayak ramai. Juga Nizam dan Yob berminat nak tengok Malaysia Universiti lawan JDT nanti khabarnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
2024-06-20
31 min
Crowded Room Podcast
The Msg To Our Parents (Episode 48)
Podcast ini dibawakan kepada anda oleh Sanggul Emas Bridal. A Modern twist to traditional beauty. IG: sanggulemasbridal Web: www.sanggulemasbridal.com Promo code: CROWDEDROOM20 All services at 20% off promotion valid till 31st December 2023. Dalam episode ini kita telefon Musa untuk bertanya khabarnya , satu hari selepas arwah ayahnya dikebumikan , yang selainnya kita meluahkan perasaan dan menceritakan kerisauan kita tentang ibu dan ayah masing masing. Follow us on our Socials: IG: @crowded_room_sg.
2023-10-02
1h 17
Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]
Kedah Gembira, Kelantan Berduka | Ultras Kuaci Musim Kedua EP28
Macam menang Piala Kedah bila seri dengan JDT. Fan Kelantan pula terus berduka bila kalah 11-2 kepada Selangor. Ini antara benda yang Nizam dan Karam sambil ditemani wakil Analisis Tangga Ayam, Fauzan untuk episod minggu ini. Yob khabarnya ke Selatan? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
2023-08-31
1h 10
Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]
Dah Piala Dunia Woi! ft Abang Botak | Ultras Kuaci Edisi Piala Dunia Qatar 2022
Benda 4 tahun sekali mana boleh tak borak. Nizam dan Karam mendunia sikit sempena Piala Dunia ni. Kali ni bersama Botak yang khabarnya meminati terjahan keras Nigel De Jong di Piala Dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
2022-11-21
44 min
SifisA
A gift For YOu
assalamualaikum listener,,, apa khabarnya nih. di tengah pandemic omicron ini semoga kita tetep sehat and omicron stay away from Us.... aamiin. eh mau dunk kalo dita di kasih Gift / or present... mau pake banget yaahh hahaha.. subhanallah di Islam itu ada aturannya juga loh tentang gift or hadiah or pemberian... soo yukkk kita simak.... podcast tentang Gift for you... mariiii --- Send in a voice message: https://anchor.fm/sifisa/message
2022-01-28
43 min
Al-Muallim Wa Al-Murottil
Alfiyyah Ibn Malik Bab 61 ۞ Khabar dari Alladzi dan Alif Lam ۞
۞ Khabar dari Alladzi dan Alif Lam ۞ الإخبار بالذي والألف واللام Bab Membuat Khobar dengan ALLADZII atau ALIF LAM مَا قِيلَ أخْبِرْ عَنْهُ بِالَّذيْ خَبَرْ ¤ عَنِ الَّذي مُبْتَدأ قَبْلُ اسْتَقَرْ Suatu yg dipertanyakan dg soal: “Buatkanlah khobar darinya dengan Alladzi!” adalah (membuat) Khobar dari Mubtada’ Alladzi yg menetapi sebelumnya وَمَا سِواهُمَا فَوَسِّطْهُ صِلَهْ ¤ عَائِدُهَا خَلَفُ مُعْطِيْ التَّكْمِلَهْ Lafazh selain keduanya (selain Alladzi dan Khobarnya) letakkanlah ditengah-tengah sebagai Shilah, dan ‘Aidnya adalah pengganti Isim pemberi penyempurna (yakni ‘Aid Dhamir yg menggantikan posisi Isim yg dibuat khabar sang penyempurna faidah). نَحْوُ الَّذِيْ ضَرَبْتُهُ زَيْدٌ فَذَا ¤ ضرَبْتُ زَيْداً كَانَ فَادْرِ الْمَأخَذَا Seperti contoh: “Alladzii dhorobtuhuu Zaidun” maka ini hasil dari rupa kalimat: “Dhorobtu Zaidan”. Maka fahamilah (qiyaskanlah) dasar pengambilannya وَباللَّذَيْنَ وَالَّذِينَ وَالَّتي ¤ أَخْبِرْ مُرَاعِياً وِفَاقَ الْمُثْبتِ Juga buatkan khabar dengan Alladzaini, Alladziina dan Allatiy, seraya mempertimbangkan kecocokan terhadap lafazh yg ditetapkan (yakni, kecocokan antara Aid Dhamir Shilah Maushul dengan Isim yg ditetapkan menjadi Khobar). Bab ini dicantumkan oleh Ulama Nahwu sebagai latihan bagi siswa dalam ilmu Nahwu, sebagaimana mereka membuat Bab Abniyah untuk melatih siswa dalam tamrin ilmu Shorof. Bab ini digunakan sebagai ujian khusus, atau sebagai penguatan hukum atas pengetahuan si...
2021-07-27
01 min
Al-Muallim Wa Al-Murottil
Alfiyyah Ibn Malik Bab 52 ۞ Ikhtishosh ۞
۞ Ikhtishosh ۞ الاختصاصُ BAB IKHTISHASH الاخـــتـــصـــاصُ كــــنـــــداءٍ دُونَ يـــــــــا ¤ كَــأَيُّــهـــا الــفــتـــى بـــإِثْــــرِ ارْجُــونِـــيَـــا Ikhtishash itu seperti Nida’ tanpa “Yaa” (tanpa huruf nida’), contoh “Ayyuhal-Fataa” setelah bekas lafazh “Urjuuniy” (Urjuuniy ayyuhal-Fataa = mengharaplah kalian kepadaku seorang pemuda). وقــــــــدْ يُــــــــرَى ذا دُونَ أيٍّ تِــــلْــــوَ أَلْ ¤ كمِـثـلِ نـحـنُ الـعُـرْبَ أَسْـخَــى مَـــنْ بَـــذَلْ Terkadang dipertimbangkan untuk Isim Mukhtash yg selain “Ayyun” dengan menyandang “AL”, contoh “Nahnul-‘Aroba askhaa man badzala” (Kami -orang-orang Arab- adalah paling murahnya orang yg dermawan). Pengertian Ikhtishash secara bahasa adalah Isim Mashdar dari Fi’il Madhi “Ikhtashshah” (mengkhususkan), sebagaimana contoh: اختص فلان فلاناً بأمر IKHTASHSHA FULAANUN FULAANAN BI AMRIN = Fulan menghususi Fulan dengan sesuatu perkara Yakni meringkas si Fulan pada penetapan suatu perkara Pengertian Ikhtishosh menurut istilah Nahwu adalah : mengkhususkan/meringkaskan hukum pada Dhamir selain ghaib dan sesudahnya ada Isim Zhahir Ma’rifat yg menjadi makna dari Isim Dhamir tersebut. Contoh: نحن المسلمين خير أمة أخرجت للناس NAHNU AL-MUSLIMIINA KHAIRU UMMATIN UKHRIJAT LINNAASI = Kami -orang-orang Muslim- adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. أنا طالب العلم لا تفتر رغبتي ANA THAALI...
2021-07-27
00 min