podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
RodaRoda Malaysia
Shows
Sprocket Pecah
Episod 8: Asmawi Askor dan cabaran membina Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor.
Dalam Episod ke-8 Sprocket Pecah, kami menjemput Saudara Asmawi Askor (Awie) untuk menceritakan tentang bagaimana tertubuhnya Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor. Menurut beliau, idea ini tercetus setelah tertutupnya Litar Batu Tiga Shah Alam kerana tiada tempat lagi untuk pelumba-pelumba cub prix terutamanya untuk berlatih. Kini, LLRKS yang sepanjang 1.13km ini menjadi tempat latihan serta juga tempat permainan untuk pembalap-pembalap tegar dan baru.
2024-12-03
1h 07
Sprocket Pecah
Episod 7: Tetamu khas dari Bukit Aman memberikan pandangan PDRM tentang keselamatan di jalanraya.
Dalam episod ke-7 ini, Sprocket Pecah telah menjemput Superintendent Khairul Azhar Ismail dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM yang berpusat di Bukit Aman untuk memberikan pendapat dan pandangan beliau tentang hal-hal berkenaan dengan pengguna-pengguna jalanraya, terutama sekali penunggang motosikal. Jabatan beliau mengambil kira setiap statistik kemalangan jalanraya di seluruh negara, dan unit JSPT PDRM ini banyak menumpukan perhatian mereka dalam mencuba untuk menegah jumlah kemalangan ini dari bertambah. Menurut Superintendent Khairul, jika pengguna jalanraya itu bekerjasama di antara mereka, berhemah, berhati-hati dan sentiasa fokus kepada apa yang sedang mereka lakukan, kerja JSPT akan menjadi lebih senang kerana pengguna-pengguna...
2024-11-11
1h 08
Sprocket Pecah
Episod 6 - Zulfahmi Khairuddin tentang "Impian ke MotoGP" dan bakat pelumba negara.
Dalam Episod 6 ini, kami menjemput bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang kini menjadi pengurus serta penggerak utama pasukan ZK Racing tentang usaha-usaha ZK Racing dalam mencungkil bakat-bakat baru di dalam negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Zulfahmi menerangkan tentang program "Impian ke MotoGP" yang dimulakan olehnya semenjak 2018 lagi, dan cabaran-cabaran yang dihadapi olehnya dan anak-anak didiknya. Di dalam Episod 4, kami bertanya kenapa pelumba negara tidak menyerlah di peringkat antarabangsa. Di dalam episod ini, boleh dikatakan jawapannya ialah ... banyak faktor, dan ianya sedang ditangani.
2024-10-23
1h 02
Sprocket Pecah
Episod 5 - Ahmad Khan tentang superbikers "merempit" dan penyelenggaraan motosikal.
Dalam episod ke-5, Sprocket Pecah menjemput personaliti online terkenal, @AhmadKhan66 untuk mengupas sedikit tentang isu superbikers "merempit" di Karak, setelah ianya menjadi topik yang panas (tapi tidak mendidih) di alam maya buat seketika (akibat kata-kata ahli Sprocket Pecah juga, sebenarnya). Disamping itu, beliau bersama Anuar Norick dari @fastlenztv dan Khairil Azuan dari @RodaRodaMY membincangkan hal-hal penyelenggaraan motosikal, dimana Ahmad Khan banyak memberikan petunjuk dan ilmu kepada semua. Jangan lupa melayari channel YT Ahmad Khan di https://www.youtube.com/@AhmadKhan66 untuk mendapatkan lebih maklumat dan ilmu tentang motosikal dan penyel...
2024-10-22
59 min
Sprocket Pecah
Episod 4 - Pelumba Malaysia Tidak Menyerlah Di Peringkat Antarabangsa - Mengapa?
Dalam episod ke-4, ahli-ahli Sprocket Pecah membincangkan mengapa pelumba-pelumba tanahair tidak dapat bertanding dengan pelumba-pelumba dari negara lain diperingkat antarabangsa. Bukannya pelumba Malaysia tidak pernah mengecapi kejayaan, tetapi terlalu jarang dan tidak konsisten. Anuar Norick dari @fastlenztv memberikan penjelasan dan pendapat beliau tentang perkara ini, ditambah perisa pula oleh @YusseriYusoff . Dan hos kita Khairil Azuan juga mempunyai pendapatnya.
2024-10-21
32 min
Sprocket Pecah
Episod 3 - Mat Rempit - Satu Kisah Yang Tiada Kesudahannya?
Dalam episod ketiga ini, kita membincangkan gejala (atau fenomena?) Mat Rempit di negara kita. Adakah ini sesuatu yang boleh diberhentikan, atau adakah kisah Mat Rempit ini akan berterusan dari generasi ke generasi? @anuarnorick dari @fastlenztv memberikan pandangan berdasarkan pengalamannya semenjak dari tahun 80-an lagi, sebagai pengamal media veteran cetak dan elektronik. @YusseriYusoff sesekali mencelah memberikan pendapat, manakala Khairil Azuan, pengarang majalah RodaRoda juga memberikan sebutir dua mutiara kata disamping menjadi hos.
2024-10-20
21 min
Sprocket Pecah
Episod 2 - Kenapa Harga Jualan Motosikal Berbeza Dari Yang Diwartakan Oleh Pengeluar?
Pada amnya, pengeluar mana-mana model motosikal akan memberitahu kepada awam harga jualan motosikal tersebut. Akan tetapi untuk model-model motosikal yang popular terutamanya, harga jualan yang didapati di kedai-kedai motosikal kerap kali lebih tinggi daripada itu. Ada juga untuk model-model yang tersangat popular, harga "sebenar" berbanding dengan harga rasmi jauh berbeza. Mengapakah ini berlaku? Apa yang boleh kita, sebagai pengguna lakukan supaya tidak menjadi mangsa kepada penetapan harga yang tidak munasabah ini? Podcast episod kedua ini dihoskan oleh pengarang RodaRoda, Keryl Ajuan, bersama-sama dengan pengamal media motosikal veteran dari @fastlenzTV, Anuar Norick dan penerbit RodaRoda, @YusseriYusoff .
2024-10-18
27 min
Sprocket Pecah
Episod 1 - Naiktaraf lesen B1 dan B2 ke B penuh
Majalah RodaRoda mempersembahkan episod pertama dalam siri Podcast berjudul "Sprocket Pecah". Dalam podcast ini, kita membincangkan tentang pengumuman YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan berkenaan kenaikan taraf pemegang lesen B1 dan B2 ke B penuh.
2024-10-01
28 min