Look for any podcast host, guest or anyone
Showing episodes and shows of

TMCOK Productions

Shows

Blok208Blok208Episode 10: BasPada tahun 80an, tiada bas awam berhawa dingin, loceng isyarat berhenti hanya terdapat disiling bas dan perjalanan menggunakan bas "feeder" berharga 15 sen sahaja.   Kami berkongsi kisah keterujaan kami menaiki bas dua tingkat, pertama kali kami menaiki bas secara "solo" dan apa yang kami buat jika tak sampai ketinggian untuk memicit loceng isyarat disiling bas. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-10-1232 minBlok208Blok208Episode 9: AnakPerilaku anak adalah cerminan orang tuanya. Sejauh mana keberkesanan kata-kata ini?  Patutkah kita "menjejaki" setiap langkah mereka sampai tidak memberi ruang kebebasan langsung untuk mereka berdikari?  Kita semua tidak diberikan "buku panduan" untuk membesarkan anak-anak. Hanya sekadar mempelajari pengalaman dari kedua orang tua kami, bagaimana membesarkan dan mendidik kami. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-10-0930 minBlok208Blok208Episode 8: NasiKepelbagaian resepi nasi memberi variasi dan mewarnai kehidupan kami.  Untuk menyajikan nasi dan sekutunya seperti lontong atau ketupat, lauk sampingan juga memainkan peranan.   Podcast yang akan membawa anda ke kenangan kenduri tahun 80an dan perbezaan hidangan majlis perkahwinan dulu dan sekarang. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-10-0730 minBlok208Blok208Episode 7: KuihKuih Dadar atau Kuih Ketayap? Roti Kirai atau Roti Jala? Pisang Goreng atau Goreng Pisang? Apa akan terjadi jika stok daun pisang habis satu hari nanti? Kami tidak ada jawapan. Cukup untuk kami nyatakan bahawa cara pembikinan yang dipelajari dari warisan turun temurun serta hasil kerja tangan ikhlas sahaja yang boleh melahirkan seleksi kuih yang terbaik untuk dijadikan santapan. With or without daun pisang. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-10-0530 minBlok208Blok208Episode 6: KerjaUntuk menimba pengalaman berdikari (dan semestinya memegang duit sendiri) kami, seperti remaja lain, turut bekerja untuk meraih pendapatan pada hujung minggu dan cuti penggal sekolah.   Ia mengajar kami tentang pengaturan kewangan dan kesedaran yang ilmu itu boleh diraih di mana-mana. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-09-2830 minBlok208Blok208Episode 5: Pergi MengajiDefinisi mengaji ni ialah membaca Al-Quran.  Selain tu juga, maksud lain bagi mengaji ialah belajar atau menuntut.  Kami mengongsi kisah di rumah guru mengaji yang best dan menimba ilmu di madrasah - cabangan pembelajaran rohani kami yang (menurut ibu bapa kami) akan membentuk pembesaran yang seimbang kelak. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-09-2130 minBlok208Blok208Episode 4: SekolahKami mengimbas kembali kenangan zaman sekolah, kelas tuisyen, cara penerimaan ilmu dan musuh ketat kami - mata pelajaran Matematik.  Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-09-1630 minBlok208Blok208Episode 3: Urban LegendUrban Legend merupakan sebuah mitos atau cerita yang biasanya berkaitan dengan misteri dan seram. Kami mengongsikan kisah-kisah yang menakutkan kami pada zaman kecil.  Semuanya hasil dari cerita-cerita yang kami dengar dan bukan dari pengalaman peribadi. Pastikan anda mengikuti rancangan podcast kami.2020-09-1431 minBlok208Blok208Episode 2: SnekKami menceritakan tentang pengalaman membeli dan mencuba snek kegemaran kanak-kanak dahulu, perbezaan jenis snek di kantin sekolah dan jadual kedatangan apek menjual aiskrim di Blok 208.  Mari ikuti rancangan podcast kami secara santai2020-09-0934 minBlok208Blok208Episode 1: IntroductionEpisode Intro tentang pengalaman Ani dan Nong, dibesarkan dan berjiran sewaktu mereka kanak-kanak di Blok208.  Berlatar belakangkan kehidupan pada tahun 80an, mereka mengimbas kembali saat-saat pahit manis mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.  Mari ikuti rancangan podcast kami secara santai.2020-09-0736 min