podcast
details
.com
Print
Share
Look for any podcast host, guest or anyone
Search
Showing episodes and shows of
Sofieadie
Shows
ORANG
3.6 LANGIT
Episod santai bersama sofie selepas beberapa bulan senyap dari dunia podcast. Bukan setakat podcast, dunia Alien pun dia senyap. Akhirnya, hari ini menjadi hari baru untuk dia kembali membebel di podcast. Abaikan segala kecelaruan bahasa yang diguna. Maklumlah 5 percent editing. Selebihnya, tanpa skrip. Sempena Thanksgiving, Orang terima kasih kepada korang yang pernah wujud dalam hidup Orang. ^_^Oh ya, Orang juga kembali aktif di dunia blog sofieadie.com. Rajin-rajin, singgahlah komen yo!Till then!
2021-11-25
16 min
ORANG
3.5 AWAN
Awan, kalau dapat kugapai, maka saktilah hamba - Laksamana SunanSuatu kata-kata dari salah seorang idola novel yang menjadi igauan kala Orang hantu novel. Apa kaitan awan dengan hantu novel? Entah!Setiap kali Orang mendongak melihat awan, dia pasti teringat dengan falsafah ni. Awan juga adalah pengubat bagi menghapuskan rungsing di jiwa. Dulu ya, Orang selalu rasa heavy...seolah dialah center of the universe (quote dari lagu Heavy oleh Linkin Park)Tapi sekarang, Orang dah ada buddies. Iaitu Alien!!!!No more Heavy feeling. Yeay!!! Oh, lagi satu Orang suka dengan satu...
2021-10-07
06 min
ORANG
3.4: NIL
Cerita itu selalu sarat dengan metafora. Jarang benar Orang bercakap lurus. Apa rahsia yang Orang cuba selindung?Dia rela merangkak dari berlari. Janji dia tidak terkeluar dari prinsip hidup yang dia pegang. Apa prinsipnya? Adakah dia cuba menjaga prinsip atau sekadar pertahan ego semata? Nil...cerita itu masih belum berakhir.
2020-07-13
08 min
ORANG
3.3: NULL
Tidak pernah Orang menyangka yang kegelapan itukan menjadi tuan rumah dalam dirinya. Sudah lama dihalau, berkali jua dipaksa keluar. Namun kali ini dia kembali lagi dikala kerajaan itu dalam kondisi yang rapuh. Berjayakah Orang menghalaunya kali ini? Atau hanya berserah pada kewujudan kuasa baru?
2020-07-06
07 min
ORANG
3.2: NIHIL
Persoalan yang kerap bermain sejak Orang kenal erti hidup.Dicampak didunia mana sekalipun Orang tetap akan kembali pada 'dia'. Ya, 'dia' yang membawa Orang kepada persoalan itu. Orang bukan tidak percaya pada DIA, cuma hidupnya sejak ada 'dia' membuatkan Orang sukar untuk keluar dari palitan itu.Dan kembali pada nihil...
2020-06-29
06 min
ORANG
3.1: KOSONG
Selepas hampir dua bulan Orang sepi, dia kembali dengan Season Ke-3 berjudul 'Merangkak Atas Angin'.Mengosongkan diri setelah sekian lama dipenuhi dengan pelbagai pengetahuan, rasa serta persepsi yang belum tentu diamal telah membawa Orang kembali merangkak seperti anak bayi dalam mengenal diri.Pertarungan Minda vs Hati, Ego dan Akal telah mencetus kekucaran kerajaannya. Revolusi maknawi meletus!
2020-06-22
07 min
ORANG
2.12: TETAMU
Episod terakhir bagi Season Tinta Tanpa Tarikh telah ditutup dengan meraikan kehadiran tetamu mulia iaitu bulan Ramadhan 1441H. Dalam meraikan tetamu yang disegani ini, Orang juga belajar menerima kehadiran tetamu yang tidak diundang secara redha dengan menyelitkan pengajaran dari potongan Surah Al-Kahfi ayat 23 & 24 mengenai kewajaran dalam merancang.InsyaAllah panjang umur murah rezeki bertemu di season akan datang.Salam Ramadhan 1441H!
2020-04-27
10 min
ORANG
2.11: TAKUT
TAKUT pada bayang sendiri itu seringkali terjadi. Orang menceritakan peristiwa yang ditakutkannya dulu sedang menjadi kenyataan. Takut diuji dengan ujian keyakinan. Episod dedikasi sempena pemergian ayah kepada rakan sekolahnya dahulu, telah membawa Orang ke zaman 20 tahun yang lampau. Semoga kita semua selamat dari fitnah dunia dan fitnah dajjal.Salam perjuangan buat semua!
2020-04-13
16 min
ORANG
2.10: TIKUS
TIKUS adalah istilah yang Orang selalu gunakan bila dia hidup dibawah kawalan. Ia juga adalah teori mengenai sistem yang rata-ratanya manusia takkan terlepas dari menjadi bahan uji kaji. Orang juga membahasakan kenapa dan mengapa semua orang perlu keluar dari perlumbaan tikus itu penting, Turut dikongsi juga betapa pentingnya memperbaharui iman. (p/s: kejanggalan bercakap detected)
2020-04-06
11 min
ORANG
2.9: TINGGAL
Selepas Orang ditinggalkan dari dunia kerjayanya, dia memilih untuk TINGGAL-kan segala perkara serta presepsi tentang dunia makan gaji. Alasan tidak logik seperti COVID-19 & kemerosotan ekonomi kepada beberapa industri yang bukan keperluan, telah menyebabkan kerjaya 10 minggunya ditamatkan. Sungguh, frasa Last In First Out itu benar.Jadi, Orang rasa begitu gembira dan lega kerana menemui kebebasan yang diimpi.Kalau korang berada di tempat Orang, apa reaksi korang?
2020-03-26
16 min
ORANG
2.8: TAUFUFA
Ini bukan episod sejarah Taufufa mahupun resepi mengenai pembuatan taufufa. Ia adalah metafora yang Orang gunakan untuk menggambarkan situasi dunia pada hari ini. Diselit juga satu dua cerita Orang sepanjang dia menyepikan diri. Fasa Jatuh katanya."Dunia luar takkan mampu menumpaskan takhtamu melainkan dirimu membenarkannya masuk..."
2020-03-09
10 min
ORANG
2.7: TAQWA
TAQWA adalah episod yang Orang tak akan bahas. Sebab, bagi dia ramai lagi pakar diluar sana yang lebih layak untuk kupas isu ni. Jadinya, Orang kongsikan nasyid dari kumpulan Qathrunada bertajuk 'Bisikan Taqwa' sebagai renungan kita semua. Dan bermula episod ini, dia mulakan semula fasa hiatus soc-med. Kerana "Offline is new luxury" - Orang
2020-02-03
11 min
ORANG
2.6: TAKDIR
Takdir itu bergerak sejajar dengan usaha Orang membaiki diri ke arah kebaikan. Kerana telah disebut dalam AlQuran yang “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.Maka, kupasan yang dipetik dari khutbah Jumaat ini dijadikan peringatan bersama untuk kita belajar menerima suratan takdir.
2020-01-27
07 min
ORANG
2.5: TEMAN
Teman itu punya 7 macam. Tapi yang kekal hingga ke akhirat itu hanya satu cuma. Orang bercerita mengenai kategori TEMAN selepas seminggu berehat. Kerana dia pilih untuk mengutamakan yang utama kerana yang utama itu lebih utama dari yang utama. Semoga kita dapat menjadi teman hingga ke akhirat. Amin!Salam berjuang teman-teman sekalian!
2020-01-20
09 min
ORANG
2.4: TALI
Orang perlu bebas dari tali duniawi demi menggapai TALI yang boleh membawa dia kepada yang Haqiqi, Untuk mencapai TALI itu, dia perlu berpaut pada TALI yang boleh memimpin hatinya dalam meraih Redha Ilahi."Jangan sampai tersalah melepas tali. Persiagalah! Agar kamu tidak mudah diperdaya..." pesan ustazah lagi.
2020-01-06
10 min
ORANG
2.3: THROWBACK
Throwback adalah suatu episod yang agak berat dan penuh emosi bagi Orang.Sebab ia adalah sebuah kisah love hate story. Ada kisah yang Orang boleh ketawa dan menangis dalam satu masa yang sama. Sebuah episod yang menjadi pemula kenapa orang menjadi Orang...."Life isn't about the perfect timeline....." 2009
2020-01-01
18 min
ORANG
2.2: TINGKAP
Peluang itu tidak selalunya datang mengetuk pintu, boleh jadi ia terjahan melalui tingkap yang kadang kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai tetamu.....Tiba masanya untuk Orang terjun dari tingkap demi meluaskan perspektif terhadap kehidupan....Katanya, jika dirimu dilanda keraguan yang tak pasti, sandarkanlah ia pada yang Tidak Mati....
2019-12-23
08 min
ORANG
2.1: TANGGA
SEASON 2: TINTA TANPA TARIKH telah bermula.Tangga adalah sebuah fasa perubahan yang menakutkan dalam hidup Orang. Dia harus tinggalkan platform yang selesa dan terusan mendaki ke puncak yang seterusnya. Terlalu lama berada di tangga yang sama, lambat laun iakan rapuh dan runtuh. Jadi dengan bertemankan surah Al-An'am ayat 165 dia cuba faham yang ditakuk mana kedudukan kita, semuanya akan dipertanggungjawabkan. Orang juga ada menceritakan bagaimana pemikiran dia boleh jadi senget dan kenapa dia takut pada tangga (secara realiti).
2019-12-16
07 min
ORANG
1.12: POKOK
Episod terakhir bagi Season 1: Cuba, Jatuh dan Bangkit didedikasikan khas kepada pokok yang telah tiada di Academic Height UiTM, Perlis. Pokok yang tiada gantinya....pokoknya, pokok itu sudah tiada.....p/s: gambar diambil ketika musim jerebu sebelum final exam hydrography surveying.(1316)
2019-12-02
11 min
ORANG
1.11: BANGKIT
Bangkit setelah jatuh itu tidak mudah. Dengan bertemankan ayat 128 dan 129 surah at-taubah, Orang jadikan ia sebagai amalan setiap kali usai solat sebagai peneman tika Bangkit. Semoga wujudnya kita di atas muka bumi ini dapat menjadi penyumbang dalam kebangkitan daulah islamiah kelak. Amin.
2019-11-24
06 min
ORANG
1.10: PENYU
Tiada siapa pernah mendengar suara penyukan? Orang tertarik berhujah teori penyu bersama rakan hujahannya Major A. Dan penerangan yang Orang dapat adalah sangat menakjubkan. Kisah teori penyu ini juga disertakan bersama dengan potongan ayat dari Surah Al-An'am ayat 133 dan 134.Marilah bersama kita mengkaji kisah penyu ini dengan lebih mendalam!
2019-11-18
11 min
ORANG
1.9: SENJA
Season 1, Bahagian 3: BangkitSenja menggambarkan situasi kebangkitan Orang setelah Jatuh mengharungi badai kehidupan dalam meninggalkan status sebagai seorang pelajar selepas 20 tahun menggalasnya. Walau secara hakiki dunia pembelajaran itu tak akan pernah terhenti hingga mata terpejam. Persiagakan diri kala senja menjelma bertemankan ayat 28 surah Al-Kahfi.
2019-11-04
10 min
ORANG
1.8: RAWAN
Walau pemikiran itu sering membuat Orang rawan, ia tidak bermakna dia tewas dengan peperangan dalaman. Dia harus kuat! Dia perlu bangkit! Dia harus keluar dari dunia kegelapan yang terlalu payah untuk dibuang lekitnya. Kerana, ini bukan pengakhiran. Dia pilih untuk bebas bahagia.....bagaimana???
2019-10-21
07 min
ORANG
1.7: HATI
Kejatuhan sebuah kerajaan dalam diri Orang telah menimbulkan huru hara serta kacau bilau secara fizikal. Hingga Akal dan Iman memilih untuk menghukum Pesalah yang menjadi punca utama takhta itu jatuh di pihak yang salah. Pertempuran ilusi itu nyata lebih sukar ditemui kata sepakat....Mereka terpenjara dalam perangkap samar....
2019-10-14
06 min
ORANG
1.6: H.I.N.A
H.I.N.AAkronim yang direka Orang. Monolog tercetus di zaman kegelapan yang dia sendiri tidak sedar bilakah waktu Orang ditakluk. Gelap....kelam....dia sesat dalam cahaya....Dia tewas kala mencari makna kehidupan. Kalau boleh, dia tidak mahu melalui zaman itu lagi...kalau boleh, biarlah ia menjadi detik terakhir. Tapi itu semua kalau......
2019-10-07
08 min
ORANG
1.5: HILANG
Part 2: JatuhOrang hilang kala mencari identiti baru. Setiap kali perubahan, dia pasti hilang...kadang sesat hingga lupa jalan pulang....Tulisan adalah peneman untuk dia kembali pada dunia nyata sebelum kembali ke dunia haqiqi....
2019-09-29
07 min
ORANG
1.4: TULIS
Episod terakhir bahagian pertama siri CUBA, JATUH DAN BANGKIT.Tulis.Setiap orang boleh menulis. Ubah tulisan dan menjadi penulis....Kita boleh edit muka surat yang ditulis, tapi kita tak boleh edit muka surat yang kosong. Cuba mengubah tulisan hidup, namun ada beberapa Tulisan yang hanya Dia saja tahu jawapannya. Kita merancang, Dialah yang tentukan...perkongsiaan potongan ayat 34 surah Luqman menjadi peringatan kala Orang sering lalai dalam hal yang mengkhayalkan....
2019-09-23
09 min
ORANG
1.3: TAKLUK
Episod istimewa sempena Hari Malaysia yang ke-56. (Tapi percayalah, langsung tiada kaitan.) Orang mengetengahkan penggunaan bahasa melayu Sarawak dalam episod kali tok. Sekda sari kata, pande-pandelah paham kedirik. Kita berloya pasal 'raja dalam diri', camney mok kontrol 'sidak' dengan tingkatkan kesabaran berdasarkan ayat 200 surah al-Imran. Selain dari ya juak, Orang mengajak kita semua supaya menguatkan benteng tentera dalam diri supaya sidak sik kecundang dengan anasir luar dengan mudahnya.... (p/s: ralat. Bukan Toy Story 3, tapi Toy Story 4😅)
2019-09-17
14 min
ORANG
1.2: GENRE
Sebuah permulaan: Apa GENRE hidup kau?Bercerita mengenai pengalaman kali pertama di tempat asing. Menyebabkan Orang tertanya apa sebenarnya pemula bagi genre hidup dia. Penguatnya pula adalah potongan ayat ke-110 dari Surah Al-Imran. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus mencari definisi pemula dan genre hidup kita.
2019-09-08
09 min
ORANG
1.1: PILOT
Musim 'Cuba, Jatuh dan Bangkit'Episod pengenalan Orang secara ringkas dan perkongsian mengenai kepentingan Niat dalam setiap perkara.Salam Tahun Baru Hijrah 1441 kepada seluruh umat Islam. ^_^
2019-09-01
08 min